Sunday, 2 April 2023

Bercuti Di Sabah ~~ 5 Hari 5 Malam

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Alhamdulillah Dhuri dan keluarga baru je balik dari percutian kami ke Kota Kinabalu (KK) dan Kundasang selama 5 hari 5 malam. Hampir setahun jugak plan trip ni. Sebelum ni pernah rancang nak pergi tapi belum ada kemampuan. Tengok harga tiket tu adoiii lemah jiwa den. T____T

Kebetulan last year, lepas je husband settlekan akpk dan blacklisted dia tu Dhuri tengok harga tiket ke Sabah macam murah jugak. Nak rawat hati kitorang yang dah keluarkan simpanan puluh ribu sebab bayar hutang ni maka Dhuri pun tanpa fikir panjang terus je beli tiket untuk kitorang 4 beranak. Dari duit habis semua ke bank, nak jugak merasa untuk diri sendiri kan. Hehe

Tapi tak sangka dapat peluang beli rumah pula lepas tu. Ragu-ragu jugak nak proceed atau cancle kan je trip ni sebab fikir banyak duit nak pakai untuk rumah ni. Tapi hati rasa berat untuk cancle kan sebab Dhuri sendiri dah lama tunggu peluang nak ke Sabah. Kalau cancle sebab rumah, tak tahu bila lagi yang kitorang akan pergi. Sebab hidup macam tu lah kan....memang akan sentiasa ada je komitmen. Nak tunggu waktu terbaik tu boleh jadi tiada. Kena kita sendiri yang cipta. So bagitahu husband kita kena pergi jugak Sabah ni. Duit tu in shaa Allah pasti ada. And once dah bulat hati, teruslah Dhuri start plan the whole trip. Buat itinerary, kira kos, etc

Memang lamaaaa sangat nak siap tau. Dhuri rasa ini adalah the most complicated trip for me. Tapi berbaloi! Worth every penny!!



1. Flight

Dhuri dapat harga rm1365.80 lepas tolak credit acc dari flight ke Langkawi yang cancle beberapa bulan sebelum tu. Beli masa Julai 2022 and kalau tak silap masa tu ada promo diskaun ke atau free seat. Tak ingat dah tapi yag pasti memang time low fare la. And lepas check in online Dhuri tukar satu seat masa balik rm20.89 and beli 2 meal masa on board. So total semua lebih kurang RM1436.69


2. Hotel 

Hotel ni adalah part yang paling menstresskan Dhuri. Tak pernah lagi Dhuri pergi bercuti mana-mana yang rasa sangat stress nak booking hotel. Ke Sabah ni lah first time. Sampaikan dah sampai Kundasang and dah habis sehari pun kitorang still takde hotel lagi. Haha

Okey ceritanya macam ni, Dhuri dah booked hotel J. Residence di Kundasang untuk 2 malam, Sixty3 hotel di KK untuk baki 2 malam lagi. Dhuri booking 4-5 bulan rasanya sebelum trip lagi. And i've got quiet a good deal. Hotel J. Residence cuma rm198.36 dan sixty3 hotel rm320.76. Dhuri booking tengah malam so dapat time flash sales. Tapi Dhuri reschedule ke tarikh lain sebab nak pergi jemputan kahwin anak kawan ofis lama. Harga dah berubah. Dah tak dapat harga below 200 untuk hotel di Kundasang. One thing about Kundasang ni kan hotel kat sana agak mahal juga walaupun mostly 3 bintang. And kalau baca review memang susah nak jumpa hotel yang okey. Ada je something yang buat kita rasa "betul ke aku nak ambik hotel ni?" T_____T

Jauh ke atas bukit, seram sangat, air tak sampai, Banyak tangga. Sampaikan Dhuri terpaksa cancle beberapa hotel yang dah booking sebab takut baca review. Dah kalau orang kata hotel tu creepy, dorang check out awal...tak kan kita nak duduk jugak kan...seremmmmm

So proses kejap booking kejap cancle tu lah yang buat Dhuri stress. Sampailah jumpa Kiram Village Cabin. Harga murah, tempat pun cantik, review semua okey..Dhuri booked untuk 3 hari 2 malam, ambik cabin onion. Tapi lagi 2 minggu nak pergi hotel whatsap bagitahu booking Dhuri duplicate dengan orang lain. Kitorang hanya dapat satu malam je. Pulakkkk dahhhhh


Jenuh bukak tutup booking.com dengan agoda time ni. Tarikh dah dekat tapi hotel takde lagi. Yang husband pulak dok suruh ambik je mana2 asalkan kitorang ada tempat untuk tidur. fuhhh senang kat dia tapi complicated kat I tau. Last2 Dhuri booked tanpa payment J Residence dan 36 Mile. Dhuri fikir sampai sana nanti tengok dulu hotel tu kat mana then baru decide nak pilih yang mana satu. 

And finally Dhuri pilih J. Residence. Memang jodoh dengan J Residence lah ni. Antara hotel yang Dhuri cancle adalah Crystal Hill, Strawberry Garden, Nabalu, Ayana dan 36 mile. Actually 36 mile tu sangat2 okey sebenarnya hotel dia tapi mahal sikit dari J. Residence. Kitorang check in pun dah lewat petang, dan esok tu nak checkout awal so tak rasa perlu ambik hotel mahal2. T____T 

But if korang consider hotel yang laluan masuk dia okey, tak berbukit sangat, kedudukan centre di antara pekan kundasang dan Kinabalu park serta boleh nampak view gunung kinabalu yang awesome, maka hotel 36 mile is a great choice. 

So untuk kitorang, Kiram Village Cabin rm110, J Residence rm137.41. Total untuk hotel di kundasang dan KK RM 568.17

Hotel J Residence

3. Entry Ticket

Kitorang sediakan rm300 untuk entry ticket di Kundasang dan ke Pulau Manukan. Sebelum pergi lagi Dhuri memang dah susun itinerary dan check harga di website dan dari blogger yang dah pernah pergi. 

1st Day    
- Jambatan Tamparuli (free)

- Kundasang Selfie Park (Adult rm5, Child rm3)


2nd Day   
- Kundasang War Memorial Park (Adult rm5, Child rm3)   

Desa Dairy Farm (Adult rm5, Child rm4. Please booking dulu di website rasmi dorang time slot yang kita nak pergi sebab dorang tak terima walk in) 

 - Merakau Fish Spa (Tak pergi sebab tak cukup masa)


3rd Day    
- Kinabalu Park Headquarters (Adult rm5, Child rm3)

- Poring Hot Spring (Harga dah termasuk dengan Kinabalu Park Headquarters tapi kitorang tak pergi sebab tak sempat plus cuaca pula sejukkkk sangat memang tak larat dah nak main air)
- Borneo Ant House (Yang ni sepatutnya kitorang singgah otw balik dari Kundasang ke KK tapi kitorang tak singgah sebab nak pergi makan lokan bakar T____T. Tiket rm18 untuk adult dan rm9 untuk child)


4th Day  
- Pulau Manukan (Adult rm35, Child rm30. Life jacket setiap sorang rm10. Dah sampai pulau nanti ada yuran konsesi rm8 untuk adult. Dan kalau nak tambah peralatan snorkeling rm10 setiap satu. Kitorang ambik 2 set snorkeling)



Kos semua sekali untuk kitorang RM 256 tapi dapat diskaun rm10 sebab life jacket husband free. Jadi total RM 246


3. Transport

Dhuri booked kereta sewa untuk 2 hari 5 jam sahaja iaitu hari kitorang sampai di airport dan sehingga check in hotel di KK. Memang purposedly nak guna sepanjang kitorang di Kundasang sahaja. Di KK kitorang akan guna grab. Dhuri minta quotation dari banyak juga tempat and finally pilih dari Borneo Kereta Sewa ni sebab harga dorang paling murah. Dhuri mintak bezza tapi owner advise kitorang ambik myvi 1.5cc sebab dia kata myvi lagi okey dari bezza. Nak naik ke kundasang ni memang kena pilih kereta yang okey. Kalau boleh cc besar sebab banyak jalan naik bukit. Kawan Dhuri share dia ambik bezza and dah tekan minyak sampai ke lantai tapi kereta nak tak nak je naik T_____T. 

Dengar memang kelakar tapi kalau kita sendiri terpaksa alami benda tu seram jugak. Lagi-lagi hotel J Residence yang kitorang pilih tu jalan dari gate ke receptionist dia kemain tinggi lagi bukitnya. Kiram village pun kedudukan dia tinggi jugak sebab dah betul2 bawah kaki gunung.

So bayaran kereta sewa RM310. For me best in town harga ni. Duit minyak rm100 tapi ni pun masa pulangkan kereta ada lebih dari separuh lagi. So kalau nak bajet rm70 pun okey dah kot untuk myvi

And reason kitorang guna grab di KK pula sebab nak senang dan mudah. Tak perlu fikir untuk parking. Kat sana kalau nak parking korang kena beli kupon parking tau. And of course sebab nak jimat juga. Hehe. Sebab kitorang ada one day yang dari pagi sampai petang kat pulau so rugi pulak sewa kereta tapi kereta tinggal kat parking. 

Tapi Dhuri memang advise korang untuk sewa je kat KK sebab jalan kat sana kalau time peak hour memang jammed teruk. Ambil hotel kat centre. Kitorang just bayar rm5 sahaja dari hotel ke jesselton jetty, pasar filipina dan todak waterfront. Nak ke Nelayan Seafood Floating tu je bayar rm9 sebab peak hour. Waktu balik bayar rm7 je. Bagusnya naik grab ni selain kita rileks sikit tak perlu drive kita boleh bersembang dengan driver dorang yang juga orang tempatan sana. Biasanya dorang akan share kat mana kedai yang murah untuk makan seafood, tempat2 yang best untuk kitorang pergi. Tak pasal lidah pun auto bertukar jadi orang sabah bahh. hahaha

And kalau korang pilih sixty3 hotel macam Dhuri, hotel ni memang dah kat centre dah. So kalau tak nak naik grab boleh jalan kaki je. Kitorang nak pergi todak waterfront dengan pasar filipina memang jalan kaki je. So kos grab kitorang sepanjang 2 hari lebih tu tak sampai rm50 pun. Jimat gilerrr kan. 


4. Makan

Dhuri dah asingkan siap-siap rm600 untuk makan di Kundasang dan RM1200 untuk di KK. Yang Kundasang tu memang ngam elok habis rm600 tapi di KK siap berlebih sebab seafood kan murahhhh kat sana. Kitorang tak ambik lobster ke udang galah ke yang mahal-mahal tu. Just ambik ikan, udang, sotong yang biasa je.

Di Kundasang mostly kitorang makan di restoran Syah Adilah. Kat sini memang terpaling sedap for me. Kat KK pun tak boleh challenge tau kesedapan masakan seafood kat sini. Memang highly recommended. 

Kat KK kitorang makan di Restaurant Terapung Nelayan seafood dan di Todak Waterfront. Restaurant Nelayan tu sedap cuma harga agak mahal sikit. Sekali makan di Restaurant Nelayan ni boleh dua kali makan di Todak Waterfront. Tapi worth it la sebab makanan sedap, tempat selesa and setiap malam pukul 7.45 akan ada persembahan kebudayaan. Cuma hari kitorang datang tu takde pula persembahan nya. Sedihhh. Kalau tak nak kecewa korang boleh call dulu restaurant untuk booking dan tanya jadual persembahan.



5. Shopping

Bila pergi dengan husband ni Dhuri selalunya tak beriya sangat shopping. Kitorang memang akan enjoy sepuasnya apa yang ada depan mata waktu tu je. Just beli sikit untuk souvenier family dengan kawan-kawan rapat je. Dhuri bajet rm300 tapi sebab rambang mata tengok keronsang cantik-cantik kat sana tak sedar terborong sampai rm430 pulak. Opsss

Tapi serius beli keronsang Sabah berbaloi. Dah lah cantik murah pulak tu. Yang kuih cincin ke amplang ke Dhuri kurang sikit nak membeli sebab makan kat sana je. Tapi keronsang ni boleh pakai lama and senang nak bawa balik sebab size pun kecik comel je. Nanti kat sana korang round2 lah semua kedai dulu baru decide nak beli yang mana. Dhuri tersilap borong awal kat kedai yang mahal. huhu. Satu box untuk keronsang kecik-kecik tu boleh dapat rm30 je. Ada 12 set. Keronsang batu swarovski yang terpaling cantik sekali. Satu box boleh dapat rm180. Ad 12 set juga. Kalau Dhuri tak borong banyak sangat keronsang kecik2 sebelum tu memang dah ambik satu box dah. hehe. Ni mampu beli 5 set je. Satu set Dhuri hadiahkan kat pengasuh bunga. Keronsang yang besar boleh dapat dari harga rm10. Tapi yang quite okay rm20 ke atas. Memang lawa terukkkk. Dhuri beli beberapa set untuk hadiahkan pada mak dan mak mertua. 

6. Itinerary

Satu advise yang Dhuri nak bagi kat korang. Seeloknya ambil flight paling awal yang korang boleh and lepas sampai terus ke Kundasang dulu. Sebab perjalanan dari KK ke Kundasang ni ambil masa 2 jam setengah dan jalan dia tak berapa okey sangat. Banyak lubang dan bertampal. Kalau korang sampai lambat agak bahaya juga nak drive ke sana. Sebab di Sabah dorang malam cepat. Pukul 6 tu biasanya dah gelap. So kalau boleh sampai sebelum pukul 5 petang then just nice la. Macam Dhuri kitorang ambil flight pukul 7.10am dari KL then masa balik ambik flight malam pukul 8.20pm. Memang nak maximizekan masa sungguh2 kat sini sebab bukan senang nak datang kan. So dah dapat peluang kita cuba lah cover sebanyak mungkin tempat best-best kat sini. Hehe

Okey Dhuri share kan itinerary kitorang serba ringkas sahaja untuk trip 5 hari 5 malam. 

        1st Day - Lokan bakar Kak Tini, Jambatan Tamparuli, Nabalu Market, Tamu pekan Kundasang dan check in Kiram village cabin

                        

        2nd DayJalan-jalan Kampung Mesilau, Kundasang War Memorial Park, check in hotel J Residence. 

        3rd Day - Kinabalu Park Headquarters, Lokan bakar Kak Tini, check in sixty3 hotel, dinner di Kpg Nelayan Floating Seafood.

        4rd Day - Trip to Pulau Manukan, dinner di Todak Waterfront, shopping keronsang mutiara di pasar sinsuran.

        

         5th Day - Lunch ayam penyet di warung Bandung, shopping di pasar Filipina, dinner di Todak waterfront.      

        

    Full itinerary nanti Dhuri akan tulis di entry lain. Reason nya sebab nak share gambar cantik-cantik yang beribu kitorang snap sepanjag di sana. hehe

    Total kos sepanjang Dhuri kat sana lebih kurang 4.9K. Campur grab hantar dan jemput dari airport serta kos beli barang-barang sebelum fly dalam 5k lebih sikitttt la. Pada Dhuri trip ke Kundasang dan Sabah ni sangat berbaloi sebab close to nature. Sangat cantik view kat sana. Aaaaa dah mula rindu negeri di bawah bayu ni. In shaa Allah ada rezeki nanti memang akan repeat semula. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



No comments:

Post a Comment