Monday, 12 September 2022

Holiday ke Langkawi 2022

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang! Nak continue cerita trip kitorang ke Langkawi March haritu. Ya Allah dah lama baru nak sambung ni. Haha. Nak buat camne, aktiviti sangat penuh. Every weekend pun full dengan event atau seminar. So jom kita sambung 

At first Dhuri beli tiket tarikh 2 April - 5 April 2022. Lepas tu baru perasan 3 April dah start puasa. Dhuri ni sokmo lah terbeli tiket time puasa. T____T Bila dah sedar salah tu Dhuri beli semula tiket tarikh 30 Mac - 1 April. Harga tiket masa tu murah je. 4 orang pergi balik RM99. Tapi husband pulak tanya kenapa beli 3 hari je. Mana cukup. Kemain kannnnn. Tapi sebab dah beli redha je lah.

Tapi ditakdirkan Air Asia banyak pula kes reschedule flight. And flight kitorang pun tak terkecuali. Bila dapat je email kata tiket yang kitorang beli first tu kena reschedule, Dhuri terus option untuk tukar tarikh. Ambil 30 Mac - 2 April. Dapat lah 4 hari. And kitorang akan balik betul2 sehari sebelum puasa. Kira okey lah. And rezeki lagi bila flight yang kedua tu pun reschedule jugak. Yang ni Dhuri terus minta untuk refund. Tak dapat duit tapi dapat points. Okey jugak lah sebab Dhuri dah tebus dengan tiket flight ke Sabah next year. Hihi

Dah lama teringin nak ada gambar kat ruang legar airport ni tapi haritu macam rushing pulak. Jadi sempat ambik gambar kakak bunga je.

So bermula lah perjalanan kitorang 4 beranak seawal 6 pagi. Sampai airport pukul 7. Tengok gate dah buka terus je la masuk. Boarding pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah everything went smooth je walaupun airport waktu tu sangat lah berbeza dengan zaman sebelum covid. Memang sangat2 lengang. Sunyi sepi. Tapi flight kitorang penuh. rasanya tu lah reason kenapa Air Asia banyak kali reschedule. Sebab nak bagi flight dia penuh baru jalan. 

Tengok lah memang sangat-sangat lengang KLIA masa ni

Dorang berdua ni memang sangat excited waktu ni. Mungkin sebab dah 2 tahun berkurung dalam rumah. So sepanjang kat airport tu memang tak reti duduk diam la

Kakak bunga sibuk nak bawak beg sendiri jugak. Dhuri cari-cari terjumpa beg dia masa tadika ni, kira boleh lah. Haha

kan dah kata...tak reti duduk diam. Hehe

Ready to boarding. Seats kitorang ni Air Asia dah siap susun elok dah.

Husband duduk sorang-sorang kat seat sebelah.

My baby boy

Mendarat je kat airport Langkawi, kereta sewa kitorang dah siap tunggu. Dhuri booked saga tapi dapat nissan almera. T______T 

Nah no phone : 012-414 4408 Nama dia Dhuri dah lupa. Deposit RM50, total untuk 4 hari RM240


Alhamdulillah safely landed

Ya Allah rockersnya anak ku. T________T

Tengoklah keletah masing-masing. Memang tak duduk diam si Aqeel ni time tu

Dah dapat kunci kereta apa lagi....jom lah cari makan pulak 


Memenuhi hajat suami yang nak lunch kat Selera Kampung ni. Tempat ni kitorang pernah pergi dulu masa last time datang Langkawi. 

Ikan bakar dia memang sedap!

Dulu penuh dengan aneka makanan. Yang kali ni kitorang datang kurang sikit. Mungkin baru nak slowly hidup selepas suram 2 tahun sebab covid. Tapi apapun, makanan dia tetap sedapppp! Pakcik owner kedai makan ni pun sangat ramah dengan husband. 

Dulu lagi banyak pilihan. Tapi masa kitorang pergi ni pun kira not bad jugak. 


Settle isi perut, kitorang tak check in hotel lagi...tapi terus ke Jalan Telaga Tujuh sebab nak naik CABLE CAR....!!!

Yayy dah lama sangat teringin nak naik cable car ni tapi sebelum ni kalau pergi Langkawi mesti timing tak kena. Cable car nya tutup sebab under maintenance. So kalau korang nak naik cable car jangan pergi bulan April k 

Anyway...untuk kisah di Cable Car ni, Dhuri up next post ye. Sebab nak story lebih tersusun. Hehe 

Datang langkawi jangan lupa singgah di Selera Kampung tu...

Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment