Friday 25 January 2019

Trip Cameron Highlands - Avant Chocholate and Green View Garden

Assalammualaikum w.b.t

Hi Korang!!! OMG dah masuk tahun baru 2019 baru nak up cerita vacation 2018. Ahahaha. Tapi takpelah bukan dah berbulan bulan pun. Baru bulan lepas pergi nya pun. Masih segar lagi dalam ingatan kuuuu

So long story cut short. Eh short lah sangat kalau dah tulis kat blog. Confirm berjela jugak kang ni. Haha 
Kitorang pergi Cameron ni bulan doblas tahun 2018 sebab time cuti sekolah kan and my husband memang favourite giler dengan Cameron ni. Tak tahu lah apa yang dia suka sangat. Makan stoberi kot. Sebab saya memang tak suka pergi Cameron ni. Bukan tak suka sebab tak best ke apa. Best je Cameron, sejukkk, stoberi murah, gumuk2 cuma jalan nya ituuuuu bersimpang siur bikin perut gue berombak ombak sampai tak tentu arah dibuatnya

So lepas 3 tahun dia memujuk maka tahun lepas kerana sayang ku turutkan lah juaaa

Kitorang naik ikut Jalan Simpang Pulai sebab jalan dia kurang bengkang bengkok sikit tapi still ku pening jugak okeh!  haha


Half way berhenti sekejap hirup udara segar. Mak pening dikkk. Ni Aqeel dari puncak bukit. Seram weh tengok ke bawah. Masa ni angin sejuk dah mula terasa

So first stop kitorang adalah Avant Chocholate yang terkenal dan viral sebelum ni. Location kedai ni senang je. Memang tepi jalan betul. Kalau dari arah Simpang Pulai, ini adalah kedai pertama yang korang akan jumpa.


Surprisingly kedai dia kecik jeeee. Mahapkan laki ku yang excited terlebih tu. Orang dok pandang je dia terlambung lambung anak depan dinosour ni


Menyelerakan bukannn. Ye itu sekadar dalam gambar je. Bila kat sana tak terasa pun nak beli. Tak tahulah. Maybe sebab saya bukan penggemar aiskrim berwarna warni camni kot. Oh btw kedai ni belum ada halal Jakim ye.


Mak belum ready bapak ko dah ambik gambar. Maka gini lah rupanya. 


Disebabkan Avant Chocholate tu kecik sangat maka 15 minit dah habis pusing. So kitorang pun beralih arah lah ke lokasi sebelah. Green View Garden


Kat Green View ni ada banyak pokok bunga dan tempat bergambar cantik-cantik. 


Kena paksa posing dengan ayah. muahaha


Alahai, sadis betul tengok rambut Aqeel tu


Ek eh ibu pun nak jugak posing depan pondok warna warni ni. Hehe


Haaa kan dah kata kat Green View ni sesuai sangat untuk orang yang suka bergambar macam saya. Banyak port cantik-cantik. Ni picture taken by husband. Hiks


Besar jugak tempat ni. Siap ada mini zoo dan kolam kat tengah2 tu. Boleh lah beli makanan arnab dan bagi arnab2 tu makan kalau anak korang sejenis sukakan haiwan macam Aqeel ni.

Sebenarnya ada ambik gambar kolam kat tengah tu tapi tak tahulah mana pulak hilangnya gambar tu. haha. So saya describe jelah ye. Kolam tu kalau anak korang nak merasa naik bot itik kayuh pakai tangan boleh lah cuba. Saya tak bagi sebab anak2 ku kecik lagi, kang terbalik pulak bot tu dorang berdiri atas tu


Family poret tanpa ibu di sisi. Sobs


Yeayy ibu dah ada. Ni saya letak henpon kat celah2 pagar tu and set timer. Tak kesahlah background tak cantik pun asal ada muka kitorang berempat. Nak suruh orang ambik kan payah. Haha


Satu peringatan untuk kaum wanita di luar sana. Bila keluar rumah pastikan lah kita ni berpakaian sempurna dan menutup aurat dengan sebaiknya. Sebab kita tak tahu kita ni di photoboom kat orang ke tidak. Kang dah terupload tak pasal2 jadi banyak dosa sebab ramai yang tengok aurat kita. Dapat pengguna prihatin macam hakak, rajin ku tutupkan dengan bunga2 cinta. dapat yang tak rajin?? Apapapun bukan sebab photoboom je tapi sebab dosa tau. Ingat tu! Tutup dan longgarkan pakaian anda. 


Okeylah last picture. Kita main lambung2 lagi sekali. Haha

Anyway tu je. rasanya kitorang spend lebih kurang 2 ke 2 jam setengah jugak kat sini. Green View tu best. Ada cafe jugak incase korang nak makan aiskrim or minum2 ke. Kitorang memang tak singgah sebab dah plan nak makan aiskrim strowberry kat Big Red Strawberry Farm!

Yang tu Dhuri sambung kat next entry k. Daaa

~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







No comments:

Post a Comment