Monday, 15 April 2019

Day 1: Trip to Singapore - Universal Studio

Assalammualaikum w.b.t


Since bas kitorang ke Singapore pukul 12 tengah malam so around 10 pm macam tu kitorang dah sampai kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Kitorang beli tiket online so kena confirm kan dulu kat kaunter and print tiket tu. Senang je proses dia. Dah siap semua just tunggu je gate bukak. Sementara tu beli lah apa yang patut. Dhuri beli mineral water sebab kat Singapore nanti air mineral mahai. Hehe


Bas kitorang lambat dalam 10 minit macam tu. Once dah sampai memang lega sebab dah tak sabar nak naik bas and tidur. 

Perjalanan dari TBS ke Tuas checkpoint ambil masa 5 jam
Nak masuk Singapore ni ada dua checkpoint. Satu melalui Tuas dan lagi satu melalui Woodlands. Kalau ikut review, Woodlands ni sesak sikit so kalau boleh korang cari lah bas yang masuk melalui Tuas. Boleh jimat masa dan tak lama sangat beratur kat immigration nanti. Rasanya ada certain bas je yang masuk ikut Tuas ni so korang check betul2 k

Macam kitorang, naik bas Star Qistna Express ni sampai Larkin je lepas tu tukar bas lain pulak untuk ke Singapore. Masa ni driver akan bagi kertas putih untuk isi maklumat diri dan hotel tempat kita tinggal. 


Macam ni lah rupa kertas putih tu 

Urusan kat immigration Malaysia cepat je. Sebab dia cuma cop passport. Tapi kat immigration Singapore lama sikit sebab dia akan scan bag dan cop passport. Tapi lane pelancong tak ramai sangat pun orang so takde lah berejam pun beratur

Dari immigration Singapore ke Little India (kitorang ambil bas yang berhenti kat Little India) dalam setengah jam. Turun je bas terus cari tempat untuk solat subuh. Plan asalnya nak solat kat Masjid Abdul Gafoor tapi masjid ni tengah renovate so kitorang masuk je kat MRT Little India and solat kat situ. Takde surau pun tapi pandai2 lah cari tempat yang okey dan tersorok sikit

Kalau korang nak terus pergi USS boleh beli pass MRT kat Little India ni and terus ke Harbour Front. Tapi since kitorang nak drop bag dulu kat hotel so kitorang beli tiket ke Farrer Park station. Kitorang tak beli Singapore Tourist pass sebab lepas kira2, beli tiket setiap kali nak naik MRT lebih murah dari beli pass tu. 

Dari Little India ke Farrer park cuma satu station je. sampai kat Farrer Park cari gate terdekat yang boleh keluar ke jalan besar. Kitorang confused sikit masa ni and bila tanya orang jadi makin teruk pulak sebab dorang pun tak familiar dengan nama2 hotel bajet kat sana. So kalau nak senang cari ikut nama jalan atau landmark tertentu. Macam kitorang stay kat Arianna Hotel so supposed cari Mustafa Centre sebab Arianna Hotel ni memang berdepan dengan shopping complex ni


Kalau bajet korang besar boleh lah stay kat Park Royal Hotel ni. Depan Farrer Park station je. Kitorang hanya mampu bergambar je. lol 

Sampai je kat Arianna Hotel terus check in dan masuk bilik untuk letak barang. Sebenarnya plan asal nak sewa locker je kat USS tapi lepas fikir balik better ambil check in awal sebab tambah 40 dollar je (RM 120). Locker besar kat USS 35 dollar (RM 105) tapi kitorang pun tak sure besar dia tu macam mana. Takut tak muat beg kitorang bertiga. So to be safe kitorang check in je awal.

Lepas letak barang semua terus gerak balik ke Farrer Park Station and beli tiket ke Harbour Front

Perjalanan cuma 30 minits and MRT kat Singapore ni pun memang efisien giler. Semuanya on time

Sampai kat Harbour Front, kitorang naik ke tingkat paling atas untuk naik monorail ke Sentosa Island pulak. Ada option jugak untuk naik bas atau cable car. Ikut lah korang prefer yang mana. Kitorang naik monorail and dalam 10 mins macam tu dah sampai ke Sentosa Island!!


Kitorang sampai awal so memang puas bergambar kat globe ni


Yeayyy dah sampai USS. Impian sekian lama tercapai jugak akhirnya guna saving dari bonus Shaklee. Hehe 


Over ngat minah dua orang ni. haha


Nampak pendek ku disitu... :p

As soon as bukak je gate kitorang terus serbu untuk masuk. Excited hokeh! And first impression like wowwww
Macam masuk dunia magical sebab building kat sana design semua cantik2 and classic. Kitorang terus ambik map and tuju section pertama which is


Madagascar. Yeayyyy!!


Ni pintu masuk dia. Tak ramai orang pun masa ni


Shiela

Zaira

Kat sini kena naik bot dan korang akan tengok sepanjang sungai tu bintang2 dalam filem ni bersembang antara satu sama lain siap dengan effect semua. Memang best. 


Ni lah rupa dalam bot yang kitorang naik tu. Satu row boleh duduk 3 orang. Dun worry kat sini tak kan basah pun


Lepas Madagascar kitorang beralih ke Shrek pulak. Kat sini kitorang naik roller coaster Enchanted Airways

Actually dari awal lagi masing2 tak nak naik roller coaster pun sebab roller coaster ni ekstrim kan. Tapi dah sampai kat sana rasa rugi pulak kalau tak try. So kitorang pilih lah rolloer coaster shrek ni sebab nampak macam tak mencabar je. 


nampak tak mencabar kan?? Tapi korang jangan terpedaya dengan rupa dia yang biashe-biashe ni tau.

Sekali dah naik.....terus tobat!!. Terus cari panadol okeh sebab pening. haha


Kalau korang jiwa kental and suka benda2 ekstrim ni boleh lah try naik roller coaster Galactica ni. Ada yang naik sampai 2 kali tau. Dhuri memang kenot lah. naik roller coaster Shrek pun dah mintak nyawa. Kalau naik yang ni mau pitam kat atas tu


Anchient Egypt. Kalau korang nak cari makanan halal tanpa was-was kat sini lah tempat dia. Surau pun kat sini jugak. Surau dia kecik je. Kena bawak telekung sendiri sebab kat sini takde telekung. Tempat wudhuk ada dalam surau tapi toilet kena cari kat luar


Lunch kitorang. Harga dalam 12 USD. Air tin 4 USD. Semua sekali 16 USD = 48 ringgit. Nasi ayam beriyani je uools. lol

Lepas lunch kitorang masuk Shrek semula untuk tengok show 3D. memang best lah sebab effect dia semua rasa. Kerusi bergoyang, si keldai tu hembus hingus dia, naik kereta kuda. Semua macam real. Yang tak best sebab kena berdiri lama je sebelum masuk panggung untuk introduction. Kebas kaki


Tak ingat la pulak show ni kat section mana. Jurassic Park kot. Ada waktu2 tayangan dia so korang kena alert dengan masa. Memang best show ni. real habiss. Adegan tembak2, letup2 dia semua real. Time terbakar pun rasa panas dia. And pelakon dorang ni semua dari hollywood. Kitorang duduk kat barisan tengah sebab yang depan2 dorang dah bagitau memang akan basah kena percik air. Ada yang kena siram satu baldi terus. Haha


Yang ni naik bot jugak. Nampak tak kitorang standby siap2 poncho sebab kat sini korang akan basah habis. Poncho tu kitorang bawak dari KL. Beli kat kedai Eco je

Agak pening jugak lah naik bot dia sebab dia berpusing pusing. Ada laluan yang mencabar, bot akan senget and masa ni air masuk. Redha jelah kasut dengan stokin basah. And klimaks dia bila bot masuk dalam Hydroelectric Plants ni


Masa ni dia akan bunyikan siren macam emergency alert tu dan bot korang akan dinaik kan setinggi-tingginya. Kitorang teka dia nak hempas semula bot kitorang ke bawah tau rupanya dia campak kan bot kitorang tu ke luar. Crazy!! Masa ni memang terjerit habis dahhhh. Basah lenjun. hahahaha

Lepas keluar dari bot tu masing-masing dah tingtong dah sebab pening. Kitorang dah start tapis game yang kitorang nak main. yang bergayut gayut semua kitorang dah tak nak naik dah. Last-last naik kereta terbang dinasour je. Pun berpusing jugak. Haha. Kejap dia naik tinggi kejap dia turun bawah. lol

And sedar tak sedar dah pukul 4 petang pun time ni. Sedih sikit sebab Transformer tengah tutup so takde chance kitorang nak naik robot


Ubat hati dengan minum starbuck. Ni 2nd time Dhuri berstarbuck. My friend hantu starbuck so dia yang suggestkan Dhuri pilih air apa. Sedap!! Caramel latte apa ntah...hehe


chillin. Murah je starbuck kat sini. 6 atau 7 SGD kalau tak silap = RM 18


Lepas tu sesi jalan-jalan sambil bergambar. Masa ni dah penat dah and kitorang pun dah habis pusing and main semua permainan yang best2


Sambil tutup mata pun boleh lahh sisturr


Ada show Marilyn Monroe kat tepi jalan ni. Tapi ada timing dia. Kena check pukul berapa dia buat show. Kitorang sempat tengok dah hujung2 je


Botol air yang Dhuri pegang tu Dhuri beli siap2 kat Shell. Botol air ni unik. Ada pressure untuk pancutkan air. So untuk tempat2 macam Singapore yang toilet dia takde paip air ni korang strandby lah botol macam ni dari rumah k. Tapi kat USS ni tak guna pun sebab ada toilet dia yang ada sedia paip air


Mana abang driver ni. Adik manis dah tunggu lama nak naik teksi ni. lol

Pukul 5 lebih kitorang decide untuk keluar dah. Actually USS ni tutup pukul 7 tapi since semua tempat kitorang dah pergi so keluar je lah awal. Destinasi seterusnya adalah Merlion Park

Ok sadisnya kisah kitorang ni, kitorang nak pergi Merlion Park sebab nak bergambar dengan tugu Singa yang femes tu and bila google ada dua lokasi Merlion Park ni. Satu kat Sentosa Island and lagi satu kat Esplanade. Dah alang2 kat Sentosa Island kitorang terus jelah naik monorail pergi Merlion Park kat Sentosa Island ni. Monorail dalam kawasan Sentosa Island is free of the charge ye

Sekali sampai. Taraa.....


Sedih wehhh. Mana air pancut kat mulut dia??? haha. Tempat yang orang ambik gambar tu bukan Merlion Park kat sini. Tapi kat Esplanade

Lepas fikir2 and tengok masa pun banyak lagi so kitorang decide untuk pergi je Esplanade. Nak bergambar dengan tugu singa punya pasallll
Kitorang naik balik monorail ke Harbour Front. Dari Harbour Front terus ke Dobby Ghaut. Kat sini tukar MRT line oren ke Esplanade. Korang kena pandai baca map MRT dia tau. Bila tukar line means korang sama ada kena turun bawah atau naik escalator ke atas cari line tu. Kalau tak jadilah macam kitorang dok tunggu lama giler kat bawah sebab MRT ke Promenade (laluan Esplanade) tu tak sampai-sampai. lol

Tapi akhirnya penat lelah kitorang berjalan jauh giler siap dengan sesat bagai lagi kat bawah MRT tu terbayar...


Dengan sunset nya, dengan suasana tenang air laut nya, dengan latar belakang hotel termewah di dunia nya everything seems so perfect

except!!!


Singa keluar air pancut kat mulut tu tade wehhh. Tengah under renovate. hahaha

Tapi canggih la Singapore ni sebab dia buat renovation memang tak nampak langsung cacat cela dari atas. Kitorang teka dia bawak turun singa tu ke bawah tanah sebab tu dari atas tak nampak kren atau orang2 tengah bekerja pun.


Tak kisah lah asal asal cheq puas hati dah jelajah Singapore


Mungkinkah satu hari nanti dapat rasa bermalam kat hotel mewah tu? keke


Kalau pergi waktu malam lagi cantik orang kata sebab penuh dengan lampu. Tapi ni pun dah terpegun dah. Memang A clas betul architect dorang ni.

Kitorang kat Merlion Park ni lebih kurang sejam jugak. Sambil bergambar and duduk kat tepi jambatan tu menghirup udara petang laut. Syok habis siap tertidur lagi. haha

Dah puas tu masuk balik Esplanade dan ambil tren balik ke Dobby Ghaut and Little India. Sampai hotel terus masing-masing cari bantal and tilam. Penat giler!! Recharge untuk day 2 pulak esok. 

Day 2 in Singapore


Previous Post:


Till then bye ~~

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment