Thursday, 16 April 2026

Journey Braces Part 4 ~~ After 6 Months

Assalammualaikum w.b.t


Sedar tak sedar dah 6 bulan rupanya pakai braces. Terasa cepat sebab appoinment pun dah sebulan sekali je sekarang. Sakit pun dah minimal except sehari lepas appoinment. Yang ni memang the whole day lah saya akan hibernate. Kalau boleh bercakap pun tak nak. Makan yang lembut2 je and sometimes bubur. Tapi on 2nd day tu biasanya sakit akan kurang and boleh dah makan macam biasa. Kerepek pun saya dah bedal tau sekarang. Haha. Cuma beringat jugak lah risau jugak kalau bracket tercabut lagi. Jom tengok gambar progress kat bawah 

Bulan per- 1

Bulan ke-2

Bulan ke-3

Bulan ke-4

Bulan ke-5

And finally bulan ke-6 gigi bawah dah tersusun elok dah. Gigi taring atas pun dah tak tajam sangat. Cumanya bila tengok lama-lama saya rasa senyum yang sekarang tak sama pulak dengan dulu. Gummy smile lebih terserlah and manis tu macam kureng. Adakah ini perasaan ku saje? lol

My gummy smile yang makin obvious sekarang. Tapi bila tanya chatgpt dia kata nanti doktor akan align kan balik gigi tu. Hopefully betul la sebab sekarang saya masih rasa muka saya tak simmetri.

Apapun. let's wait until next appoinment sebab saya akan cabut gigi geraham yang failed RCT haritu. Finally i've made the decision. Hopefully semua okey je. Doakan 






Monday, 29 December 2025

Hari Kecemerlangan Kakak

 Assalammualaikum w.b.t


Finally my dreams come true untuk tengok anak sendiri naik pentas terima anugerah kecemerlangan. Sebenarnya saya ni bukan lah ibu yang memaksa sangat cuma sebab sepanjang bersekolah dulu saya antara yang kerap naik pentas sampai tangan abah penuh dengan hadiah jadi teringin juga nak tengok anak sendiri dapat benda yang sama. Cuma saya dulu belajar sendiri, jadi masa senggang memang diisi dengan membaca buku je. Buku teks pun saya baca kulit ke kulit. Tapi anak-anak saya tengok bukan jenis yang rajin membaca. Membelek buku pun hanya bila disuruh. Jadi banyak tahun juga saya rasa lost setiap kali tengok result dorang. 

Sampailah tahun ni sebab kakak Bunga nak ambik UPKK, jadi saya daftarkan dia kelas tuisyen online dengan Ustazah Azizah. Awal tu saya tak nampak lagi perbezaan tapi lepas result pra trial upkk keluar saya terkejut sebab kakak Bunga dapat no 1 dalam kelas dia dan markah setiap subjek pun agak bagus. Masa ni baru lah saya detect yang anak saya ni perlukan kelas tuisyen dan dia tak boleh belajar dengan saya. Mungkin sebab saya garang kot time mengajar jadi susah dia nak masuk T________T

Dan Alhamdulillah untuk tahun ni, kakak Bunga berpeluang naik pentas untuk anugerah KAFA

⭐Kamil Peringkat Daerah

⭐ Kedudukan dalam kelas No 1

Anugerah mata pelajaran terbaik Aqidah, Bahasa Arab, Sirah, Adab dan Jawi

 







First time dapat tengok nama anak bersusun macam tu. I'm so proud of you kakak!
Dan tanpa disangka kakak dapat anugerah juga untuk kelas kebangsaan bagi

⭐ PBD Terbaik Bahasa Melayu





Insya Allah next year kakak up kelas lain untuk KAFA dan kebangsaan. Semoga terus bertambah cemerlang. Next year gonna be more tough sebab kakak kena buat persediaan untuk sekolah menengah. Saya nak dia betul2 menguasai silibus sekolah rendah supaya dia tak terkejut atau ketinggalan masa sekolah menengah nanti. Kakak pun bagitahu yang dia berminat untuk aliran agama walaupun saya lebih prefer utk dia aliran sains. But, takpe lah kita ikut pilihan anak sebab dia yang nak belajar. lagipun aliran agama sekarang dah ada aliran sains agama. Untuk setahun ni saya akan observe dia dulu sama ada boleh bawa atau tak 

Setakat ni 3 sekolah pilihan yang bakal saya pilih untuk kakak 

1. SMAP Kajang (sebab dekat dengan rumah)

2. SBPI Jempol (kawasan luar bandar jadi peluang lebih tinggi. Plus point, dekat dengan rumah makteh dia. If anything makteh boleh sampai dulu)

3. SMKA Maahad Hamidiah (juga sebab dekat dengan rumah dan boleh pilih untuk harian)


I know SMAP Kajang tu sekolah cluster, kalau dapat tu memang kira rezeki terpijak kakak la. T____T 

Tapi tak salah juga kalau kita mencuba kan..Saya suka sebab dekat dengan rumah je. Kalau tiba2 rindu anak boleh jugak jenguk2 balik pagar. lol

And untuk Maahad Hamidiah tu sebenarnya kalau satukan pilihan dengan SBP peluang akan jadi rendah. Silap2 kena reject terus. So saya masih fikir sama ada nak tukar kepada SMAP Labu atau tukar 3-3 terus kepada SMKA. Mungkin kena tunggu result upkk dan psra kakak dulu dan tengok peluang dia lebih cerah ke mana. Semoga Allah beri ilham yang terbaik. 

So itu saja update menjelang penghujung tahun 2025 ni. Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak rezeki dan berita baik. Insya Alah


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Sunday, 7 December 2025

Journey Braces Part 3 ~ Ketatkan Wayar Braces

Assalammualaikum w.b.t


Since pakai braces haritu doktor set appoinment setiap 2 minggu sekali untuk check keadaan braces and tinggikan bite riser. Bite riser ni doktor letak filing putih yang macam tampalan gigi tu kat gigi geraham hujung kanan dan kiri supaya kita tak boleh tutup mulut rapat. Dia tak nak gigi atas dan bawah bersentuhan sebab boleh lambatkan proses gigi atas tu bergerak ke depan. Bite riser ni tak sakit cuma susah lah nak kunyah makanan. Biasanya saya akan kunyah sikit je and lepas tu telan. Haha

So appoinment selang 2 minggu tu doktor biasanya akan tambah ketinggian bite riser tu sbb dia akan terhakis bila kita makan. Sampailah Jumaat lepas, i thought doktor akan buat macam biasa tapi kali ni doktor suruh saya menggigit banyak kali sambil dia check keadaan gigi. And this time dah tak tambah bite riser lagi tapi sebaliknya doktor ketuk2 gigiku. Suspicious betul masa ni sebab nak tengok tak boleh. 

Then doktor bgtau dia nak cuci sikit gigi. Memang sebelum pasang haritu doktor dah bagitau setiap kali appoinment dia akan cuci juga gigi sikit2. Bukan scaling tau. Just cuci sikit2 je. And masa ni lah baru saya tahu yang doktor ketuk2 tadi tu sebab dia buka setiap bracket untuk keluarkan wayar. Actually bukan ketuk la tp masa dia bukak tu sakit jugak sbb ada force kat gigi. 

Then barulah dia cuci setiap satu gigi. Lama jugak. Saya memang suka doktor ni sebab dia teliti and tak berkira. Settle cuci gigi saya tengok dia ambik wayar yang dah bukak tadi tu and potong sikit kat hujung. Then baru dia masuk kan balik. Masa ni terpejam jugak mataku sebab terasa sakit and pressure. Ada tempat yang bracket tu mungkin susah nak tutup rapat doktor akan ketuk sikit. Dia punya sakit fuhhhhh

Bila dah siap pasang atas bawah baru betul2 terasa gigi jadi rapat and mulut mengecil sikit compare sebelum ni. Sebelum ni mulut saya muncung ke depan. Now jadi slim sikit. T____T

Tapi lepas tu memang susah lah nak bercakap and makan sebab sakit. Mujur esok tu dah okey sebab saya pun lepas je habis appoinment tu nak terus gerak ke rumah adik untuk majlis akikah dan kesyukuran anak buah. And after 3 days ni apa yang saya noticed saya rasa lebih selesa. Mungkin sebab wayar dah pendek and gigi dah rapat sikit so saya tak terasa sangat braces tu mengganggu bibir atau mulut saya. And i'm totally happy with this. So jom tengok gambar. Saja simpan sini untuk kenangan my braces journey


Day before pasang braces


One day after pasang braces


After first month

After 2nd month

So far yang saya perasan paling ketara adalah gigi No 43 dah mula masuk sebaris dengan gigi lain. Sebelum ni kedudukan dia agak terkeluar sikit. Itu je lah. Gigi atas masih belum nampak dia ke depan lagi. Cuma kalau tanya doktor dia cakap gigi atas tu sebelum ni serong ke dalam now dah mula semakin lurus ke bawah. Rasanya kena tunggu lagi 2 ke 3 bulan untuk tengok perubahan gigi atas tu. Sejujurnya memang rasa tak sabar sangat tau.  Appoinment pun sekarang dah gap sebulan sekali je. Things are getting easier.  Alhamdulillah

And masa kat kenduri akikah anak buah haritu yang baru semua family members tahu saya pakai braces. Diorang tegur muka makin tirus. Hehe. Saya memang nak surprise kan dorang pun. Soon my sister pulak akan follow pakai braces jugak lepas balik umrah nanti. Insya Allah



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Monday, 6 October 2025

Journey Braces Part 2 ~ Pasang Braces Self-Ligating

 Assalammualaikum w.b.t


Finally I am on braces!!! My childhood dream tercapai pada umur 38 ye. Haha. So jom nak cerita pengalaman Dhuri. Sebenarnya sehingga ke saat akhir sebelum pasang tu Dhuri still rasa was2 tau. Of cos 80% on me dah nekad nak pasang. Tapi ada rasa takut jugak especially bila fikir sakit yang Dhuri perlu tanggung nanti. So masa doktor tanya dah ready ke nak pasang? Dhuri gelak2 lagi. Hehe

First thing, doktor explain dulu semua risk yang kemungkinan Dhuri akan hadap. Antaranya gigi akan sakit, tak boleh makan macam dulu lagi, kena makan benda2 lembut je. Gigi juga ada possibility untuk hilang mineral, gusi menyusut, ada black triangle di antara gusi. Which is semua ni Dhuri dah aware dah sebab dah banyak baca and tengok video2 kat tiktok. So tak tanya banyak Dhuri signed je. Doktor kat sini memang sangat baik tau. Sabar je dia explained semua tu. 

Then, terus baring and menganga lah untuk 2 jam sampai kebas mulut ku. Hehe. Doktor cuci dulu sikit2 sebab Dhuri pun baru je buat scaling. Dengar lah doktor bagi instruction kat staff dia tapi sepanjang 2 jam tu Dhuri bukak mata sipi2 je sebab i is takoddd. Lagipun macam pelik pulak nak bertentang mata dengan doktor yang tengah menggodek gigi kita walaupun pakai spek hitam. lol

Sepanjang proses pasang bracket dengan wayar ni staff jarang2 tau suction. So pandai2 lah telan air liur sendiri. T_____T

And bila dorang tinggalkan Dhuri sekejap Dhuri try lah usik gigi dengan lidah sebab masa tu Dhuri macam tertanya dah pasang ke belum ek? bila lidah dah tersentuh besi2 yang keras tu barulah percaya yang diri ini sudah berbraces. Once done, doktor ajar cara untuk gosok gigi pulak sebab pakai braces ni akan rumit sikit. Perlu bersihkan gigi setiap kali lepas makan and perlu teliti supaya tiada sisa makanan tertinggal yang boleh buat gigi rosak. Sayang lah kan gigi dah elok teratur tapi rosak pulak. 

Beberapa jam lepas pakai tu Dhuri dah start rasa tekanan pada gigi tapi macam okey lagi. Nervous nak tunggu pagi esoknya sebab orang kata one day after pasang baru rasa sakit. Tapi Ahamdulillah Dhuri okey. Tak rasa sakit sepanjang masa pun cuma rasa sakit waktu nak makan je. Basically memang langsung tak boleh menggigit la sebab gigi tak boleh ada tekanan langsung. 

So sepanjang weekend tu Dhuri hanya makan bubur je. Husband blend kan ikan bilis untuk buat lauk and lepas tu belikan sup, tomyam, dengan puding. Boleh lah buat hirup kuahnya. Dhuri takde lah rasa frust sangat bab makan sebab Dhuri rasa Dhuri dah enjoy 38 tahun makan macam2. Insya Allah untuk bersabar selama 2 tahun lebih ni I think I can. Tak tahu lah ek...harap2 okey je lah. 

Untuk hari yang keempat pakai ni Dhuri dah makin okey, dah boleh sesuaikan diri cuma gigi geraham Dhuri yang pernah buat RCT dulu tu je yang langsung tak boleh guna. Gigi lain semua dah okey dah boleh gigit sikit2. Dhuri rasa sooner or later terpaksa buang jugak gigi ni nanti. Cuma Dhuri seboleh nya nak try tahan sebab tak nak effect result. Tapi Dhuri pun tak sure either lebih bagus bertahan or buang je dari awal. Tunggu lah next appoinment nanti tanya doktor. 

Throwback sikit

Ni gigi Dhuri sebelum pasang braces. Boleh nampak jelas ye underbite tu. Now hari2 tengok if dah ada pergerakan ke belum kat gigi bawah tu. Hehe Tak sabarrr.

And this is my gigi now. Bibir kering kat tepi2 tu sebab lama sangat menganga. Awal2 lagi dah kena pakai elastic band tu sebab kondisi underbite. Tapi okey je tak sakit pun cuma renyah sikit nak kena bukak time makan and gosok gigi. Jalan pintas nya Dhuri makan je sekali dengan elastic band tu tapi slow2 la takut putus and tertelan pulak nanti. Walaupun safe tapi i dun wannn

Antara persiapan awal yang Dhuri buat. Dhuri beli berus gigi khas untuk braces, interdental brush dan wax. Yang masih tengah shipping, dental floss khas untuk braces dengan organic mouth wash. Dhuri juga beli banyak wax and bermacam jenis sebab risau ulser. Wax tu guna untuk tampal besi2 bracket supaya tak cucuk pipi. So far brand yang best adalah Yandy. Berus gigi dengan wax dia 2,2 best. Next in the list Dhuri nak tambah water floss pulak. Tapi so far pakai interdental brush dengan berus kecik tu pun dah okey dah. Juga nak tambah mouth wash yang ada fluoride. Sebab flouride ni kena guna sekali seminggu untuk protect enamel gigi. Mouth wash biasa tu boleh pakai hari2. Dhuri tukar dari listerine kepada organic sebab tak nak risau sangat pakai banyak kali sehari

Untuk those yang ada massalah underbite sama macam Dhuri jangan fikir banyak dah. Go get your teeth fix k. Insya Allah semua boleh settle


Trust the process!

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Tuesday, 30 September 2025

Team Building di Avi Pangkor Beach resort

 Assalammualaikum w.b.t


Setelah 13 tahun berkhidmat di UTAR inilah pertama kali company Dhuri buat team building. Macam kelakar pulak kan. Tapi better lah than never. Team building kitorang ni buat ikut department. So untuk kali ni 4 department yang bergabung sekali. Organiser dari department IT. Dhuri wakil tunggal dari Software Department. Lagi dua dari Department Multimedia dan ..... tak ingat nama. lol

Basically department IT, Software dan Multimedia ni saling kenal each other sebab lamaaaaa dulu semua ni di bawah satu department sahaja iaitu IT. And lepas tu split jadi dua dan recently split lagi jadi 3. So kiranya pergi dengan geng2 je lah ni. Perjalanan kitorang bermula seawal 3 pagi dah berkumpul depan UTAR. Dalam 3am lebih bas dah gerak sebab kitorang kena sampai di Jeti sebelum pukul 9am. Hanya berhenti sekali sahaja di Manjung untuk solat subuh 


Masa sampai kat jeti ni sempatlah bergambar sekejap sementara tunggu feri departure. Trainer yang akan kendalikan team building kitorang pun dah sampai dan bagi short briefing untuk perjalanan kitorang nanti. Dhuri dah pernah sampai Pulau Pangkor ni 12 tahun dulu. Ni kiranya kali kedua lah Dhuri datang. Tak banyak pun yang berubah kat Pangkor ni. Masih meriah dengan pengunjung. Pantai pun masih cantik macam dulu. 


Sebaik sahaja sampai kitorang terus di bawa ke bilik seminar untuk registration dan breakfast. Selepas sesi pengenalan, aktiviti pertama dimulakan iaitu treasure hunt. Kitorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahun lahir. So dalam setiap kumpulan akan ada ahli yang senior dan junior T________T

Kumpulan Dhuri ada tiga orang je perempuan and dua orang tu dari Kampar.  Tak rasa kekok pun sebab dari awal memang dah mesra. Masa ni lah nak kenal colleague Dhuri yang based Kampar. Game treasure hunt kitorang buat kat pantai. Ada 5 kot checkpoint dan kitorang kena selesaikan quiz di setiap satu checkpoint. Berpeluh jugak lah sebab jauh2 jarak nya. Tapi sangat enjoy sebab masa ni lah masing2 mula kenal perangai each other dan semangat kitorang yang excited nak menang. Haha

Selesai game treasure hunt kitorang lunch di kafe hotel. Makanan masa ni memang semua nya sedap2 ye walaupun dalam gambar cuma banyak tu je yang Dhuri ambik. Hehe. Alasannya sebab dah kenyang. Dhuri recommend hotel Avi Pangkor ni kalau korang datang sini. Tempat dia pun cantik walaupun bilik dia agak plain. Laut pun dekat je. Jalan kaki dah boleh sampai. Ada gerai2 makanan kat sekitar dan aktiviti pantai jugak macam banana boat, etc. 

After lunch, kitorang dah boleh check in bilik dan rehat. Dhuri sharing bilik dengan Nurul and kitorang dapat bilik bawah je menghadap taman. Sangat cantikkk cuma masa tak berapa ada untuk menikmati. Adatlah kan bukan nya datang holiday. lol


Petang kitorang sambung dengan telematch pulak di pantai sekali lagi. Kali ni lebih meriah dan kelakar. Games nya pun semua best2. Dhuri rasa macam tak cukup pulak sebab tengah fun2 tu tiba2 habis. lol

Ambik angin petang sekejap di pantai sebelum kembali ke hotel dan dinner. Masa ni perut kenyang betul ye asik makan je. Hehe

Untuk malam kitorang buat aktiviti character building sekejap je and lepas tu trainer lepas kan kitorang untuk aktiviti sendiri. Since malam tu adalah malam merdeka so kat pantai tengah meriah dengan fire show. Dhuri tak join tengok fire show sebab Dhuri ikut geng IT round Pulau Pangkor. Hehe


Majoriti tempat kat sini Dhuri dah pernah pergi 12 tahun dulu so kali ni just jalan2 je lah. Kitorang sewa van pink untuk bawa kitorang shopping coklat dan kemudian sambung 1 jam pusing2 Pangkor. Bayaran untuk 1 jam cuma Rm50 je. Sempat lah memborong sikit coklat Daim dan melawat beberapa tempat.

Kitorang sampai semula ke hotel hampir pukul 11pm kot. Ada yang sambung beli air dan makan2 kat luar tapi Dhuri dengan Nurul balik bilik sebab dah letih dah. Siap2 kan baju untuk esok dan terus zzzzzz

Day 2

Pagi kitorang start dengan light exercise, poco2 dan games macam biasa. Sangat happening sebab masing2 semua jenis masuk air. Banyak gelak je masa ni. Tak puas sebab rasa macam sekejap sangat game pagi tu. Then sambung dengan breakfast pulak and sesi bergambar. Breakfast day 2 ni pun semua sedap2. 



Selesai sesi bergambar, tibalah masanya untuk packing barang2 dan check out. Tapi belum balik lagi sebab kitorang masih ada games dan sesi penutup. Game yang last ni pun happening giler walaupun Dhuri rasa macam blur je nak catch up. lol

Selesai lunch dan sesi penutup barulah kitorang berkumpul semula untuk naik van pink sekali lagi ke jeti pulak. Kitorang sampai awal walaupun tiket balik pukul 4.30 pm. So ada masa untuk shopping coklat lagi sebelum balik KL.

Kali ni sakan jugak lah Dhuri memborong sebab husband pesan suruh tambah lagi coklat Daim. Yang Dhuri beli malam tadi tak cukup. T________T


And finally berlepas semula dari Marina Jeti ke terminal Lumut. Bas Utar dah siap sedia menanti. Otw balik ke KL kitorang sempat berhenti untuk shopping ikan bilis pulak sebab tempat yang ni lebih murah sikit dari kat Pangkor. Then berhenti sekali lagi untuk dinner di Tanjung Karang. Perjalanan balik pun kelakar jugak sebab jalan yang agak bumpy dan seram. Tapi Ahamdulillah semuanya selamat. Berakhir lah sudah team building 2 hari 1 malam yang julung2 kali dibuat ini. Insya Allah panjang umur jumpa lagi next team building 2 tahun lagi. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!