Tuesday, 29 April 2025

Pengalaman Anak Warded di HPKK

 Assalammualaikum w.b.t


HPKK atau nama penuh nya Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM. Dhuri first time tahu pasal hospital ni sebab nak dijadikan cerita Jan tahun lepas, kakak Bunga tiba-tiba tak sihat. Actually kejadian ni berlaku beberapa hari sebelum dia dijadualkan ikut rombongan sekolah dia ke zoo dan kilang coklat Beryl's. Memang dia dah semangat sangat masa ni. Tapi Dhuri perasan dia batuk. And malam sebelum pergi tu dia demam. Tapi dia keep on cakap dia okey sebab dia tak nak kitorang cancle kan trip dia tu. Jadi bersungguh lah dia buat macam dia sihat. 

Tapi hati Dhuri tak sedap bila dengar batuk dia makin teruk, plus dengan demam lagi. And lepas tu dengar pulak dia macam mencungap sikit. lagipun Dhuri baru je habis quarantine covid, so agak risau. Sbb test covid kat dia, negatif. Tapi simptom dia macam orang yang affected disebabkan covid. Dah tak nak risau-risau lagi tengah malam tu jugak kitorang bawak dia ke KPMC. Dah tak layan dah pasal zoo dia tu.

Doktor kat KPMC check and bagitahu dia kena warded. Kitorang okey je at first untuk payment sendiri. Sebab tahu dah malam and tak kan lah nak contact HR malam-malam tu untuk mintak keluarkan GL. Tapi ntah kenapa doktor tu macam merendahkan pulak bila kitorang bgtau Bunga takde medical card. 

So sentap punya pasal Dhuri kata "it's okey i bawak anak i pergi gov"

Doktor keluarkan referal letter and kitorang terus lah keluar dari KPMC. Husband masa tu drive je untuk balik rumah sebab tak tahu nak pergi mana. Dalam fikiran masa tu nak pergi Putrajaya tapi rasa macam jauh pulak. Sebolehnya kitorang nak elak kan Hospital Serdang atau Kajang sebab masalah parking. 

And suddenly Dhuri teringat HUKM. Agak dekat jugak dengan rumah kitorang. Plus, hospital ni semi gov so maybe tak sesak sangat. Bagitahu husband and dia terus drive ke sana. Husband drop kitorang and Dhuri terus ke bahagian emergency. Orang agak ramai tapi queue tak lama. Tak sure lah maybe sebab budak jadi dia proceed dulu. Lepas check kat bahagian saringan tu dorang terus letak Bunga atas stretcher and tolak masuk zon.....tak sure zon apa. 

Kat situ dorang pasangkan drip and masuk kan air dulu sementara tunggu next procedure. Masa ni Dhuri pun agak blur jugak sebab dorang tak bagitahu keadaan Bunga teruk ke apa atau apa yang kitorang kena tunggu. So just duduk je lah kat situ. Yang Dhuri tahu selain demam dia tinggi, oksigen dia pun drop jugak sampai kena pasang wayar oksigen tu. 

Sempat lah satu hospital tu dengar Bunga meraung sekejap masa nak pasangkan drip. Suhu Bunga memang agak tinggi masa tu so memang Dhuri expect dorang tak kan bagi balik. Plus, dengan rekod history Dhuri yang baru lepas kena covid ni. Mujur jugak dorang bagi kerusi kat Dhuri sebab dari pukul 1 lebih macam tu sampai dekat pukul 5 pagi baru doktor datang and bagitahu bunga kena masuk ward. 

Antara risau dan relief sbb lega kita akan pindah wad. Tapi keadaan Bunga masih belum tahu lagi. Sorang nurse dan asisstant datang untuk tolak stretcher Bunga masuk ambulans. Masa ni Dhuri hairan jugak kenapa kena naik ambulans? Rupanya sebab dia kata ward kanak-kanak kat hospital sebelah. So masa tu lah baru tahu HUKM dan HPKK adalah 2 unit yang berbeza. 

Masa sampai je kat HPKK tu Dhuri terpegun sekejap sebab tengok hospital dia cantik betul. Lepas tu setiap ward pulak memang single ward. Tak share dengan siapa-siapa. Mungkin sebab hospital ni kan hospital pakar kanak-kanak jadi dia sediakan environment yang khas untuk kanak-kanak rasa gembira dan seselesa mungkin. Kalau kongsi ward mungkin emosi dorang terjejas tengok kawan sakit, menjerit, atau meninggal kan. 

Plus, ibu atau ayah yang temankan tu dapatlah bilik yang selesa jugak, dengan privacy yang baik. 

Ni dah tukar baju ward. Nurse bagi ubat demam and suruh rehat. Target pertama dorang adalah untuk turunkan suhu Bunga dulu. Pagi esok tu lepas sarapan dorang datang untuk pasangkan neb pulak. 

Tak silap lepas dua kali neb kot baru dorang bukak wayar oksigen dia tu. Maybe masa tu pernafasan dia dah okey

Tengah hari tu husband datang hospital untuk hantarkan makanan. And kitorang sempat lah keluar sekejap untuk cash out kan money and bayar deposit. Pelik ek kenapa tak bayar pakai debit card je kan masa tu? haaa ada ceritanya cuma Dhuri tak kan cerita kat sini lah. 

Deposit dia tak mahal pun. RM 750 je. kalau kurang nanti kita kena tambah masa discharge. 

Settel urusan tu, balik semula ke ward. Malam tu doktor ambik darah Bunga untuk test sama ada demam dia disebabkan virus atau bakteria. Tapi masa ni memang dah start antibiotik dah sebab Bunga masih demam on off lagi. Risau giler masa ni. Dengan dia pun yang tidur masih meniarap sebab lagi selesa bernafas macam tu. Doktor bagitau kalau demam dia disebabkan bakteria, dorang kena detect bakteria apa..baru dorang akan tukar ke antibiotik yang sesuai. So antibiotik yang dia ambik sekarang mungkin untuk elak jadi worst je...i dunno la doktor2 ni punya keje. Kalau virus pulak, dorang tak kan bg ubat sebab memang takde ubat. Badan kena fight sendiri. 

So another day in the hospital. Selagi result darah belum keluar, memang takde apa pun boleh buat. And doktor expected result tu akan keluar pagi esok. So just habiskan masa dengan jalan-jalan explore hospital je la. Kebetulan Bunga pun masa ni dah okey sikit. Cuma badan dia belum kuat lagi. Dhuri bawa dia turun lobi untuk beli makanan. And pagi tu jugak ada clown yang datang kat setiap bilik wad bagi candy and gift. Memang seronok lah dia. 

Sofa bed ni jugalah yang jadi tempat tidur Dhuri sepanjang 3 malam kat HPKK ni. Dia selesa bila bantal tu sedap. Kalau takde bantal kita, agak keras jugak. Hehe. So memang husband bawak bantal-bantal kitorang dari rumah.

Esok tu sementara tunggu doktor pakar datang kitorang sempat lah jugak jalan-jalan lagi kat hospital. Ada perpustakaan tau kat sini. Kat setiap level ada troli buku so boleh ambik dan baca 


Bila doktor pakar datang, and dia bagitahu result darah Bunga.

It's Rhinovirus! Sejenis virus yang Dhuri pun baru je pertama kali dengar nama nya. Bila dah confirm virus, doktor stop kan antibiotik and continue ubat demam sahaja. 

Sementara tunggu husband datang ambik kitorang, Dhuri kemas-kemas barang and settelkan bayaran dulu. Total semua RM 827. So Dhuri tambah lagi RM77 sahaja. Husband datang tengah hari tu semua dah settle. Bunga pun dah tukar baju biasa. So itulah pengalaman 3 hari 3 malam di ward HPKK

Disebabkan benda ni tahun lepas jadi banyak gambar yang Dhuri dah delete dari phone. Sobss. Yang tinggal ni je lah kita buat kenangan kat blog ni. 

And walaupun ibu seronok temankan kakak kat HPKK ni sebab rasa macam stayvacation sekejap, tapi ibu doakan kakak terus sihat-sihat selalu. Insya Allah, aminn




Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Swiss Malaysia a.k.a Temiang

 Assalammualaikum w.b.t


Dhuri kan dalam proses menclearkan gambar-gambar lama dari galeri phone. Tengah scrol-scrol tu baru perasan gambar yang Dhuri ambil dengan siblings kat Highway Temiang tak upload pun lagiiik. lahhhhh

Temiang ni ramai yang cakap cantik ala-ala Swiss Malaysia. Sebenarnya jauhhh la lagi nak sampai level Swiss tu tapi tak dinafikan yang tempat ni cantik. Jalan dia berbukit dan kiri kanan dipenuhi hamparan rumput yang menghijau. And last year Dhuri turn beraya kat Senawang and last year jugak adalah tahun ke-3 mak pindah Senawang. So masih baru lagi. Kitorang pun takde rutin nak pergi mana. Kalau kat kampung selalunya kitorang akan melayan saudara mara je yang rajin datang ke rumah. Memang raya pertama dan kedua tu busy layan tetamu. 

But last year, lepas je makan pagi raya semua macam blur nak pergi mana. So itulah yang timbul idea "Jomm pegi ambik gambar raya kat Temiang" haaaa gituu


Only 3 of us yang perempuan. Kakak sulung masa ni dah pergi beraya kat KL. Yang sorang tu anak buah Dhuri. 



Sakit hati eh tengok cop jari tu tapi sebab masa tu cuaca memang terik betul. Jadi bila tengok balik gambar lepas snap tu memang tak perasan. Bila tengok semula sekarang, hurmmm redha je lah.


Me and my beloved husband. Sebenarnya raya kat Seremban ni memang tak best pun sebab seumur hidup kitorang beraya kat kampung. Bila tiba-tiba raya kat bandar rasa tepu dan bosan je. Tapi itulah pengorbanan untuk mudah uruskan abah. Siapa sangka itulah tahun terakhir beraya dengan abah and kitorang langsung takde satu gambar pun dengan abah. Huhu. Sedih sangat kalau fikir balik. 


Nah behind the scene. Masing-masing lelap mata sebab menahan teriknya matahari. Yang bawah ni, ntah hape pulak kakak Dhuri buat tu ek. Macam nak menurun pun ada. Haha



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Sunday, 27 April 2025

Snow World Monkey Canopy

Assalammualaikum w.b.t


Dah lama Dhuri simpan cerita ni tapi since memory phone dah penuh, so rajin kan diri untuk tulis entri ni so that pics kat phone boleh delete. lol 

Awal tahun haritu Monkey Canopy ada bukak harga promosi untuk attraction dorang yang terbaru which is Snow World. Masa ni fee cuma RM20 sahaja per person. And memandangkan rumah Dhuri dekat je dengan Monkey Canopy ni so kitorang plan nak bawa anak-anak ke sana. Kebetulan pulak adik Dhuri datang KL and bermalam kat rumah kitorang. So apa lagi terus je lah ajak dia ke sana jugak. Mak pun ikut sekali. Masa ni mak belum sihat sangat lagi. Baru je detect ada athma. Risau jugak tapi sebab mak nak ikut jugak so bawak je lah. Hehe 

Nak queue untuk registration tu panjang jugak sbb benda tengah murah kan. Hehe. Lepas dah bayar terus ambil baju dan boot. Agak crowded jugak kat luar ni masa tu. So memang ambik je selaju mungkin. Takde masa nak pilih-pilih sangat. Plus, Dhuri tengok masa ni saiz boot untuk dewasa dengan kanak-kanak lebih kurang je. Cuma baju je ada sampai size kecik. Tapi untuk Aqeel tak lah kecik sangat, tangan kena lipat jugak.

Bapak-bapak tinggal kat rumah. So mak-mak lah yang siapkan anak-anak. Masa ni jugak anak buah Dhuri dah tunjuk tanda macam tak sihat. Perut dia tak berapa selesa. Sedang elok je nak masuk dalam Snow World tu dia muntah. Anak-anak yang lain semua dah berlari ke dalam. So adik Dhuri uruskan dia sekejap and suruh dia duduk tunggu kitorang kat luar. Memang no choice sangat masa tu. Mujur jugak dia dah besar boleh bawak diri. 


Kalau tengok gambar masa ni pun memang muka dah pucat. Kesian dia. Kalau tak lama sangat queue kat luar, mungkin dapat jugak masuk sekejap. 

Adik Dhuri masuk dengan anak-anaknya yang lelaki je. Lagi sorang budak perempuan tu anak buah Dhuri jugak import dari Senawang. Hehe

First time mak masuk rumah salji. Masa ni memang risau dengan athma mak. Sebab lepas je dia masuk tu memang dah start nak batuk dah. So ambik gambar sekejap and lepas tu mak keluar temankan cucu dia kat luar. Alhamdulillah, atleast merasa jugak mak masuk. 

Walaupun kat luar crowded tapi Alhamdulillah kat dalam ni macam lega jugak. Cuma ada certain permainan yang kena queue panjang. So awal-awal tu kitorang pergi je kat tempat yang tak perlu queue. Memang kat dalam tu sekejap je dah rasa beku ye. Dhuri tak tahu lah boleh ke tak pergi negara bersalji sebab masuk rumah salji buatan pun dah menggigil. Haha

Seronok anak-anak main papan luncur ni. Yang ni tak ramai sangat orang so tak payah queue pun. 

Me with my sister. Walaupun sibuk mengawal anak-anak tapi kitorang tetap having fun tau. Time dorang beratur tunggu turn, time tu lah kitorang explore dan bergambar. Hehe

Hopefully one day boleh main salji yang betul-betul punya. Sekarang ni kita main salji tipu-tipu je dulu. Hehe. Walaupun tak tahan sejuk tapi niat dan impian tu tetap tersimpan. Atleast sekali dalam seumur hidup orang kata. And dalam fikiran Dhuri it's either Japan or China. Tengok lah rezeki yang mana satu nanti. Kena menabung kasi tabung ayam penuh dulu. 

Dhuri tak sure nama-nama tempat ni apa, sebab dia buat macam castle, ship dengan hidupan laut jugak kat situ. So just pegang-pegang and bergambar je lah. 

Yang ni nama nya An Icy Rush. memang bagi anak-anak je main. Dapat lah merasa sorang sekali. Nak queue dia tu yang tak tahan. Lamaaaa. 

Yang ni pulak Castle Slide. Yang ni pun queue ramai. So anak-anak main sekali je. Cuma ada satu game je yang anak-anak tak main. Which is Merry Go Round Tree. Yang ni sebab masing-masing dah kesejukan. Tak nak dah beratur sebab nak keluar cepat-cepat. Dhuri dengan Aqeel je yang keluar lambat sebab boleh pulak dia hilang sekejap masa ni. 

Puas mencari. Rupanya dia back ke game Sledding zone. Seronok pulak dia meluncur jadi beruang kutub kat situ. Terus Dhuri ajak dia keluar. Tapi sebelum tu kitorang ke tempat salji turun tu sekali lagi sebab tadi Dhuri takde gambar dengan dia. Kat sini lama jugak kitorang. Macam-macam style. Hehe

Dah puas baru lah keluar. 

Tengok masing-masing kat luar dah siap tukar baju dah. Terus lah Dhuri dengan Aqeel pun tukar baju and siap-siap untuk balik 

So itulah trip beberapa jam kami kat Snow World, Monkey Canopy. Dhuri tak boleh komen either berbaloi atau tak. Lebih menarik dari rumah salji kat i-City Shah Alam ke sebab yang i-City tu Dhuri tak pernah pergi lagi. Tapi sebab Monkey Canopy ni dekat giler dengan rumah Dhuri, plus dengan harga promo masa tu so Dhuri rasa ianya berbaloi je untuk kami. 

Lagipun ni pengalaman pertama anak-anak jugak. And now mak dia pening sebab dorang dah request untuk main salji betul-betul pulak. T_______T

Insya Allah semoga ada rezeki nanti bawa anak-anak. Dan semoga mak terus sihat-sihat selalu. Boleh bawak jalan-jalan lagi. Insya Allah



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







Sunday, 6 April 2025

Raya 2025

  Assalammualaikum w.b.t


Selamat Hari Raya Aidilfitri Dhuri ucapkan kepada semua. Tahun ini buat pertama kalinya, sambutan raya terasa begitu berbeza. Selama puluhan tahun raya Dhuri pasti bersalaman dan mencium kedua belah tangan ayah bonda, namun tahun ini hanya tinggal mak. Rasa lain, rasa tak biasa. Tapi itulah takdirnya...siapa kita untuk mengubahnya. Sebak di dada hanya Allah s.w.t yang tahu. 

Sehari sebelum aidilfitri, Dhuri dan angah (kakak kedua) menziarahi kubur abah sesudah subuh. Kami sampaikan salam rindu, bacaan yassin dan doa buat abah. Kami sirami dengan air dan taburan bunga. Semoga abah tenang dan bahagia di sana. Kami tahu abah tak hilang, masih ada...cuma kita sudah berbeza alam.

Selamat hari raya aidilfitri abah....

Balik dari kubur, kami singgah beli groceries raya. Tahun ni adik bongsu hulur kad suruh kami shopping. Alhamdulillah adik bongsu dah dewasa. Kalau dulu kakak-kakak paling risaukan dia, sekarang dah boleh perlahan-lahan menarik nafas lega. 

Sampai di rumah, sinsing lengan dan terus lah memasak. Menu raya kami, nasi impit dan kuah lodeh, rendang daging, sambal sotong, ayam masak merah, ketupat palas, kuah kacang serta lemang. Kebanyakan menu angah yang masak. Dhuri cuma masak sambal sotong je itupun half way sebab lepas tu angah kena alter sambal sotong ku.. hehe. Lemang pulak adik beli. Dulu masa abah masih ada dan sihat setiap tahun lemang kami buat sendiri. Abah akan cari buluh dan jaga api. Tak pernah lemang keras, mentah atau tak sedap. Tahun ni dah 2 kali beli lemang tapi tak dapat rasa lagi lemang sesedap air tangan mak + abah. 

Pagi raya kami solat aidilfitri di masjid Senawang. Tahun ni Dhuri sambut raya dengan keluarga kat Senawang. Manakala husband dan anak-anak sambut raya di Senggarang. Terima kasih suamiku kerana sangat memahami jiwa ini yang masih belum pulih. Mood raya Dhuri sesungguhnya memang takde tahun ni. Bersalaman pagi raya dengan mak pun, sangat sayu dan hiba. Berat sungguh untuk kami menghadapi pemergian abah. 

Tapi mujur juga sebelum balik kampung haritu, dah ambil gambar raya bersama-sama. Adalah juga kenangan dengan anak-anak untuk diabadikan. 






Ini pula waktu bergambar dengan adik beradik. Cuma adik perempuan, Amy saja yang tak ada. 




Sama-sama lah kita kuat mak...

Raya kedua pula, kami balik kampung untuk kemas rumah mak kat kampung. Sempat ziarah kubur abah dulu sebelum bertolak.

 

Terlalu banyak kenangan di rumah ni. Bila Dhuri terjumpa meja belajar yang abah buat untuk Dhuri mengalir lagi air mata. Itulah cara kasih sayang abah tunjuk kan buat anak-anak nya. Terima kasih abah. 

Dulu sewaktu mak dengan abah duduk kat rumah ni, rumah ni sangat kemas dan terjaga. Mak dengan abah 2-2 pembersih. Sepanjang ingatan Dhuri mak akan selalu kemaskan dalam rumah sementara abah akan kemas bahagian luar rumah. Balik saja dari kebun atau sawah, memang abah akan capai pencakar dulu untuk sapu daun-daun kering. Mungkin asbab tu juga kubur abah sangat bersih dan terjaga. 

Kami juga terima kunjungan adik beradik mak sewaktu sedang sibuk bersihkan rumah tu. Memang rutin kat sana pada hari raya kedua adalah zirah kubur. Dhuri pun sebenarnya dah lama sangat tak ziarah kubur arwah wan dan atuk. Insya Allah balik kampung next time Dhuri akan cuba juga ziarah. 

Dulu Dhuri ingat ziarah kubur ni tak perlu. Cukup hanya dengan doa saja. Kalau ziarah setahun sekali time raya saja pun macam nak menunjuk saja lebih. (ini pandangan Dhuri satu ketika dulu). Sehinggalah bila abah meninggal, Dhuri banyak dengar ceramah dari ustaz-ustaz. Rupanya ziarah kubur ni, selain ketaatan berterusan dari seorang anak kepada ibu ayah nya yang telah pergi, mereka yang di alam sana itu sebenarnya nampak kita (dengan izin Allah). Jadi bila kita datang tu mereka rasa terhibur la. Dapat tengok kita. Kalau kita tak datang mereka tak dapat tengok. Jadi untuk anda yang dah kematian ibu ayah, rajin-rajin lah ziarah mereka di kuburan. Amalan Dhuri, dalam perjalanan sebelum sampai tu, Dhuri memang minta dengan Allah sangat-sangat supaya DIA izinkan untuk abah nampak Dhuri. Sebab segala nya pun hanya terjadi dengan izin Allah. 

Malam raya kedua tu husband dan anak-anak sampai dari Johor. paling tak sangka bila mak mertua pun ikut sekali. Menantu dia tak dapat balik beraya, mak yang datang ke sini. Alhamdulillah. Terima kasih mak. Dan di raya ketiga bilamana semua adik beradik dah berkumpul, kami adakan sedikit bacaan tahlil dan doa buat abah. Semoga abah gembira di sana mengetahui kami anak-anak tidak pernah sekali pun melupakan abah. Akan selamanya terpahat dalam ingatan dan doa selagi hayat di kandung badan. 

Jadi itulah saja catatan raya Dhuri untuk tahun ini..Semoga Allah s.wt. kurniakan lebih banyak lagi kesempatan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga tersayang. Bila dah kehilangan abah ni, memang dah rasa agak trauma untuk hilang lagi ahli keluarga. Huhu


PS: Kenangan last raya bersama abah di Kampung Simpang Durian 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!