Saturday, 30 May 2026

Berkelah di Sungai Bekok Johor

Assalammualaikum w.b.t


Since masih lagi cuti sekolah jadi husband plan nak bawa anak-anak balik kampung Batu Pahat Johor jumpa nenek dorang. Saya asalnya plan tak nak ikut. Sejak abah sakit dah jadi kebiasaan untuk saya ikut sampai Senawang je untuk spent masa dengan mak abah. Husband pun okey sebab dia faham. Mak ayah kami semakin tua, kita pulak semakin terikat dengan bermacam perkara. Jadi kalau dapat cuti tu bukan nya lama mana. Kalau nak balik 2,2 tempat dapat spend masa sekejap je. Belum habis lepas rindu lagi dah nak balik. So best choice adalah balik kampung masing2 dan spend lah masa dengan mak ayah masing2 sementara mereka masih ada. Anak2 pulak bebas pilih nak ikut siapa. 

Cuma kali ni, kakak saya mintak bawak mak jalan2 ke rumah dia. Kebetulan, adik perempuan pun nak ikut sekali maka terjadi lah percutian singkat 3 hari 2 malam yang tidak dirancang ini. Hehe

Saya bawak sekali anak buah 2 orang ikut ke Johor. 

First day sampai tu, terus kakak bagitau esok kita pergi Bekok. Dia nak bawak mandi manda kat sana. Teruslah kitorang shopping barang basah untuk perap and bawa esok. Beli ayam, sosej, burger, mee, nuget dan macam2 lagi. Dengan kakak saya ni senang banyak kitorang sebab dia rajin bab sediakan makanan. Semua kakak yang prepare. Kitorang tinggal bawak badan je. Hehe

Kalau nak pergi Bekok time cuti sekolah ni kena pergi awal. Baru dapat port best. Kalau lambat memang susah sikit lah. Kitorang tu pun pusing beberapa kali and sempat tukar tempat jugak baru dapat port yang okey sikit. 

Tapi sungai kat sini best. Air dia tak dalam sangat dan tak sesejuk Sungai Inki yang kitorang pergi sebelum ni. Batu pun tak banyak. Jadi budak-budak ni memang puas lah mandi manda. Dorang boleh berendam seharian sampai tak nak balik. T_________T

Mak mentua dengan 2 orang adik ipar saya pun datang sekali untuk join. Excited anak-anak tengok nenek dorang datang. 

Saya sempat naik ke atas sekejap dengan Bella. Acah hiking. Kalau nak tengok air terjun yang cantik sikit memang wajib naik sampai atas ni. 

Adik saya stay sampai petang tu je. Lepas tu dah nak kena balik dah. Kitorang stay lagi rumah kakak saya untuk sehari lagi. Budak-budak pulak balik rumah nenek dorang. Nak lama sikit pun tak boleh sebab mak tak larat duduk rumah orang lama2. Mak sekarang di usia yang kalau boleh nak duduk rumah je. Ini pun puas kitorang pujuk untuk ikut. Sejak abah meninggal, mak makin tak larat sangat nak jalan. 

Hopefully kesihatan mak makin baik and dapat spend time banyakkk lagi buat aktiviti best2


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



 

Saturday, 23 May 2026

Berkelah di Sungai Inki, Kalumpang

Assalammualaikum w.b.t



Ini post entry sebenarnya. Cuti Sekolah May haritu husband ajak berBBQ kat Sungai Inki, Kalumpang Selangor. Sebelum ni husband ada ride ke sana untuk programme bersama USSRSC dan saya pun pernah merancang untuk bawa team USSRC ke sana tahun lepas tapi proposal ditolak. Sobs. So since husband baru pergi and dia rasa tempat tu best so dia ajak kami ke sana. 

Malam sebelum bertolak tu husband perap ayam, sosej dan burger. Saya cuma kemas baju je. Barang-barang lain semua husband yang prepare untuk bawak. Seawal 8 pagi lagi kitorang dah gerak dari rumah sebab Kalumpang ni jauh jugak dari rumah kitorang. 

Sampai sana budak-budak ni of course dah tak sabar nak mandi. Tapi sebelum tu husband tanya dulu kalau ada gazebo yang kosong untuk kitorang sewa. Alhamdulillah dapat yang dekat dengan parking dan just nice dengan sungai. 

Kitorang siap bawak toto dan bantal lagi tau. Harga sewa kalau tak silap RM100 untuk sehari. Sementara husband bawa turun barang-barang dan setup untuk BBQ, saya bawak budak-budak ni mandi sungai dulu.

Air dia sejuk masya Allah. Bunga pun tak tahan. Aqeel je gigih berendam. Suruh naik makan pun dia tak nak. 

Husband pulak take over mandi dengan budak-budak ni. Saya memang tak mandi la. Saya naik atas untuk berehat di gazebo.. Tengah syok baring tiba-tiba dengar suara riuh. Rupanya cuaca tiba-tiba bertukar jadi hujan gerimis. Kelam kabut saya bangun nak panggil husband dengan anak2. Tengok pekerja kat sini pun dah jerit-jerit panggil suruh naik atas sebab risau kepala air. 

Tapi hujan tak lama. Lepas tu cuaca elok balik. Tapi sepanjang gerimis tu kitorang memang spent kat gazebo je sambil makan-makan. Anak-anak pun saya dah suruh tukar baju. Tak berani nak bagi dorang mandi lagi. Lagipun air dia sejuk sangat.

Sebelum balik bergambar dulu kat jambatan gantung ni. Sebelah sana private chalet. Kalau nak bermalam, boleh ambil chalet kat sini. Nak camping pun boleh. Nak buat family day pun sesuai sebab tapak dia luas. Cuma air dia agak laju sikit and banyak batu besar. Kalau setakat nak berendam je okey. Tapi kalau plan nak buat kuak lentang bagai tu tak berapa sesuai. 

Gazebo tu kalau sewa sehari boleh stay sana sampai petang. Kitorang sampai pukul 5 je and lepas tu kemas2 sebab nak singgah cendol Pak Samat KKB pulak. Yang ni wajib kalau dah datang sini sebab cendol dia surrr gilerrr

Walaupun cuma sehari dan singkat tapi anak-anak sangat happy dapat mandi sungai. Ibu pun happy sebab tahun ni kitorang dah boleh plan semula percutian keluarga. Kita start small k anak2


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!