Friday 2 August 2019

Jalan-Jalan di Kuching Sarawak ~ Day 1 (Pasar Serikin & Tasik Biru)


Assalammualaikum w.b.t

Continue Day 1 kat Kuching!! Lepas je dapat kereta sewa first thing yang kitorang buat adalah....

.

.

.

Makan!! Haha. Perut dah kebuluran uolls. Tapi sebab kitorang baru je lagi sampai and tak tahu nak makan kat mana so Dhuri bagitahu husband "kita stop jelah kat mana2 kedai makan otw ke Serikin ni" and guess whattt??

Husband stop kat KFC okeh! Jauh2 datang berjalan makan kat KFC jerrrr. Kebetulan husband stop sebab nak isi minyak and ada KFC kat situ so teruslah turun sekali makan. Order snack plate je. Orang pun tak ramai. Settle makan kitorang teruskan perjalanan ke Pasar Serikin yang hanya ada time weekend je. 



Perjalanan sepanjang ke Pasar Serikin Sarawak. Dhuri suka suasana dia. Nyaman dan segar je. Kalau bukak tingkap boleh rasa bau kehijauan tu. Tapi kan... Dhuri sebenarnya banyak tido je sepanjang perjalanan ni. Haha. Sebab pagi tadi kan bangun awal so tengah recharge battery supaya boleh bertahan sampai ke malam. lol


Yeayy dah sampai ke Pasar Serikin yang Dhuri teringin sangat-sangat nak pergi tu.. T___T

Senang je nak parking kereta kat sini sebab ada disediakan parking berbayar. Cuma bayar RM3 je. Kitorang sampai dalam pukul 2 petang. Haaa nampak tak kat tangan Dhuri tu apa??? Ramai yang cakap Pasar Serikin ni panas dia berdenting. Bukan alang2 panas tau tapi panas yang luar biasa sebab kedudukan dia yang betul2 atas garisan khatulistiwa. Sebab tu Dhuri standby bawa payung siap2. Lagipun payung ni memang ada dalam kereta sewa. 

Tapi Alhamdulillah sepanjang kat sana cuaca takdelah panas sangat cuma tekak rasa kering. Anak2 pun takde meragam. Cuma Aqeel je tak nak berjalan sebab dia baru bangun tidur. So husband kena dukung dia



Kedai first yang kitorang nampak. Tikar Sarawak! Sebenarnya kan niat asal Dhuri ke Pasar Serikin ni memang nak beli tikar Sarawak punnn tapi bila dah sampai kat sini rasa tak berkenan pulak. Maybe sebab Dhuri put higher expectation sangat. Dhuri bayangkan tikar dia tu dah siap varnish so berkilat cantik. Rupanya tak berkilat pun. Nampak kusam pulak kalau letak dalam rumah..T___T

So cancel lah niat membeli tikar



Tikar plastik dengan karpet pun ada jual tapi Dhuri tak minat



Ada jual buah-buah jugak kat sini. Nampak menggiurkan kan. Ruginya Dhuri sebab kitorang tak berani mencuba beli buah yang rupa dia pelik sikit. Padahal buah kat Sarawak ni susah tau nak jumpa kat Semenanjung and mostly boleh kata takde punnn. 



Kat sini banyak jual topi dengan payung. Maybe sebab cuaca dia yang panas so 2 item ni laku kerasss. 



Kakak pantang nampak color pink. Tu dia tengah pujuk Dhuri beli topi frozen color pink



Kedai-kedai kat sini beratap zinc je. Maybe sebab tu yang jadi bertambah panas. Maybe lepas ni kawasan ni boleh ditambah baik. Sebab bila kedai selesa peniaga dia boleh lah jual barang elok sikit. Ni Dhuri tengok macam dah out-dated je barang kat sni. T__T



Rasanya ni tempat orang duduk-duduk kot. Tapi bestlah sebab unik and ada anak sungai pulak kat bawah tu...



Laki ku ambik kan gambar...hilang pondok tu separuh. lol



Okey jalan lagi. Jumpa buah durian belanda. 1 tompok tu means 1 longgok. T__T



Ikan bilis dengan ikan masin pun ada tapi Dhuri tak beli. 



Kat sini banyak jual beg jugak tapi bila Dhuri belek-belek tak berkenan. Selain tak ori kualiti dia pun macam sedih sikit nak cerita T__T



Baju batik Sarawak. Siapa yang minat pakai kebaya boleh lah beli. Dhuri tak minat



Cantikk tapi bagi Dhuri design camni out-dated dah. lol



Ada yang sudi beli letak kat rumah? Hik hik



Periuk belanga pun banyakkk. Siapa yang nak buat kenduri tu boleh lah borong



Tempat ni kan kalau dia berbumbung confirm lagi selesa nak membelek. tapi sebab dia letak je camni and tempat ni panass so niat tu banyak yang terpaksa di cancel kan. Anyway, Dhuri berkenan dengan kerusi rotan tu tapi camno lah nak bawak balik naik flight???? Maka pandang jelah yang mampu. T__T



Haaaa ni lagi satu!!! Dhuri sebenarnya adalah jugak niat nak membeli sudip nasi tu. Lagipun kayu cengal. Harga pun murah je RM 10. Tapi kannnn i kenot tahan dengan bau badan penjual tu. Bau peluh agaknya sebab tempat ni kan panas. Bila dia datang je rasa nak termuntah. Dhuri cuba bertahan sampai kembang kuncup hidung tapi tak boleh lahhh. Termasuk jugak bau2 tu kat lubang hidung. So dari nak belek2 Dhuri terus blah je. Takut pengsan pulak i kat situ. huhu T__T


Husband beriya nak beli buah limau. Katanya manisss sebab limau madu. Bila dah beli terkujat muka kitorang berdua. Limau dia gersang. Langsung takde rasa. Maybe dehydrated sebab panas sangat kat sini. lol



Beli buah mangga pulak. Pun katanya maniss. Tapi bila dah kupas hurmmm...rasanya buah-buah kat Serikin ni memang takde yang manis. Semua dehydrated



Last-last kena paw dengan anak beli beg ponny. T__T (RM 20)



Anak lagi sorang mintak baju ultraman. Pakej dengan topeng sekali. RM 30



Opocot!! Masuk kereta terus pakai okeh



Apa yang Dhuri rasa berbaloi kat sini ialah telekung yang Dhuri beli. Kain sejuk, cantik. Cuma RM55 je sama ada kain putih bersulam atau yang bewarna. Dhuri ambik color biru tu



Bila dah balik belek-belek gambar baru perasan telekung yang warna putih bersulam ni pun cantikk. Rugi pulak tak beli 2 pasang. Huhu



Okey dah setel menyoping. Moh ler balik. Kitorang tak jalan sampai hujung pun sebab barang-barang dia lebih kurang sama je. Tapi seriusly Dhuri rasa pasar ni seharusnya dibangunkan dan dimodenkan sikit. Walaupun barang dia mungkin biasa je tapi sebab ni tempat tarikan pelancong, kalau kedai dia ada bumbung elok supaya tak panas sangat maybe ramai jer yang terborong beli. Dapatlah tambah sikit income dorang. Or adakah sebab peniaga kat sini mostly dari Indonesia maka government tak nak majukan tempat ni??

But personally untuk Dhuri sendiri kalau datang lagi Dhuri tak pergi dah kot pasar serikin ni melainkan nak beli telekung lagiiii

Otw time balik masing2 dah segar so Dhuri ajak husband singgah tasik biru sekejap. Memang laluan balik ke Kuching pun



Tasik buatan yang juga bekas lombong emas. Ni semua zaman James Brooke dulu lah ni. Dorang gali dalam sangat sampai terpecah saluran air bawah bumi ke apa ntah. Dhuri pun dah lupa. So air tu membuak keluar menjadi tasik. Terpaksa lah stop melombong sebab tak nak jadi lebih teruk. Tapi dalam ni still ada lagi emas tau. Sape yang ada bran tu boleh la menyelam korek. T__T



Anak daraku...



Biru ke hijau sebenarnya tasik biru ni?? T__T



Welcome to Sarawak ~~~ hehe



Posing sakan nampakkk tak takut kena libas dengan bujang senang ke?? Haha




Okey dah ler tuu moh ler balik. Jauh lagi perjalanan ni. Kalau nak ikutkan satu jam jugak dari pasar Serikin ke bandar Kuching

Kitorang sampai homestay pukul 5 petang. Inform Stella co-host homestay kitorang untuk jemput kat lobby. Part homestay ni Dhuri sambung entry lain. Rumah cantik tapi ada something sikit yang Dhuri rasa tak seronok. Tunggu next entry k


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment