Wednesday, 14 June 2023

Melawat Tempat Menarik di Kundasang Sabah

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Sambungan dari trip Dhuri dan keluarga ke Sabah, Dhuri nak mulakan dengan pengalaman kami sepanjang 3 hari 2 malam di Kundasang dulu. Sebenarnya sebelum Dhuri plan trip Sabah ni Dhuri takde lah rasa beriya sangat nak ke sana. Tak tahu lah kenapa mungkin sebab takde bahan bacaan atau tontonan di Sabah yang menarik minat Dhuri. Kiranya trip ke Sabah ni pada asalnya hanyalah sebagai satu trip yang dibuat untuk melengkapkan negeri-negeri dalam Malaysia yang kami lawati. Asal jejak kaki lah orang kata. Tak macam Sarawak yang Dhuri memang nak sangat sangat pergi dari kecil sebab memori buku Taram yang Dhuri pernah baca. Sebuah buku yang menggambarkan keindahan Sarawak dengan cukup baik sehinggakan hati Dhuri tak sabar-sabar nak ke sana. 

Tapi apapun segalanya berubah sebaik sahaja kami sampai di Kundasang. Keindahan gunung Kinabalu yang tersergam indah depan mata Dhuri sangatlah memukau sehingga kan Dhuri tak tahu nak rekod atau ambik gambar macam mana lagi dah sebab tak sama cantiknya dengan pandang real depan mata. Kami bertolak seawal 5 pagi menuju ke KLIA. Macam biasa sahabat baik kami yang tinggal dekat dengan kami yang pickup dan hantar ke airport. Sebaik saja sampai solat subuh dulu dan beli sedikit roti untuk alas perut sebelum check in. Kali ni gate dibuka agak lewat tapi Alhamdulillah proses cepat dan mudah sahaja. 



Plan asalnya sampai di Airport Kota Kinabalu (BKI) nanti baru nak cari sarapan tapi dalam flight dah terasa lapar sangat. Jadi Dhuri tanya dengan flight attendant ada makanan lebih tak untuk kami beli. Alhamdulillah ada. Husband ambil nasi beriyani manakala Dhuri ambil menu baru glutinous rice with chicken and dimsum combo. Air pula teh tarik. Memang sedap menu baru ni. Harga onboard hampir sekali ganda dari beli awal di apps. Naseb lah kan..T___T

Perjalanan selama 2 jam lebih agak bosan juga. Melayan anak-anak sajalah main dengan toys dorang. Aqeel sempat tidur. Bunga pulak macam biasa lah bukan jenis suka tidur jadi memang main sajalah sepanjang 2 jam lebih tu 

Bunga bagi headband dia kat Aqeel untuk tutup telinga sebab Aqeel kata telinga dia sakit. Hehe kelakar pula bila tengok keletah dorag berdua ni. Tapi kalau naik flight memang ada risiko gegendang telinga sakit disebabkan tekanan tinggi. Pandai Bunga bila dia suruh adik dia telan air liur banyak kali. Sememang nya bila berlaku perubahanan tekanan kita kena telan air liur atau kunyah sesuatu untuk kurangkan rasa sakit. Jadi boleh lah standby gula-gula mentos sebelum naik flight ye. 


Flight mendarat di BKI lebih kurang pukul 10.30 pagi. Agak terlewat dari jadual asal sebab kami berlepas pun lewat. BKI tak jauh beza dengan airport di Kuching. Vibes Borneo yang agak kuat sebaik saja menjejak kan kaki. Kereta sewa yang kami tempah dah siap sedia menunggu. Lepas serahkan deposit rm50 dan ambil full video keadaan kereta, husband terus drive ke stesen minyak untuk isi full tank. Lokasi pertama kami di Sabah ini adalah Lokan Bakar Kak Tini!



Sejujurnya Dhuri tidur dalam kereta. Haha. Letih sangat. Bila sedar tu memang dah nak sampai. Jadi terlepas lah nak tengok view dari airport ke Tuaran. Kami memang spesifically cari kedai Kak Tini ni sebab ramai yang review lokan bakar di sini sedap. Tak susah nak cari. Kedai Kak Tini ni di tengah-tengah deretan kedai lokan bakar yang lain.

Kat sini lokan dijual longgok. Saiz paling kecil selonggok rm15, sederhana besar rm20 dan besar rm25. Dhuri pilih saiz sederhana besar. Cara masak memang bakar saja kalau tak silap. Kami order air kelapa juga. Cuaca panas memang sedap bila dapat minum air kelapa muda. Jam waktu tu baru 11 lebih tapi sebab Sabah kan awal satu jam dari semenanjung jadi memang dah tengah hari terik lah kat sana.



Perut dah kenyang jadi kami teruskan perjalanan ke Tamparuli pula untuk bergambar di Jambatan Tamparuli yang kaya dengan sejarah ni. Masa ni anak-anak dah start tertidur dan bila dikejutkan dorang mula tanya dah sampai hotel ke belum? T____T

Mujur jugak bila Dhuri tunjuk Jambatan Tamparuli tu dorang kembali excited. Aqeel paling tak sabar nak naik sebab ni first time dia tengok jambatan gantung. Bunga pula pegang tangan ayah dia tak lepas sebab takut bila jambatan tu bergoyang. Dari apa yang Dhuri baca, sejarah jambatan ni dibina dari korban seorang anak gadis. Zaman dulu kan percaya benda-benda karut ni. Tak pasal nyawa seorang anak terkorban...

Kitorang jalan sampai hujung dan patah balik. Takde apa pun yang menarik kat sebelah sana. Sebelum balik kitorang sempat tengok persembahan tarian etnik dusun yang kalau tak silap Dhuri memang setiap hari ada. Boleh lah join menari sikit-sikit ikut sumandak Sabah. Hehe

Dari Tamparuli kami dah tak singgah mana-mana lagi dan terus saja ke Kundasang. Sepanjang perjalanan ni ada jugak Dhuri tertidur tapi bila dah nak dekat Kundasang tu memang dah sedar. Rugi kalau tidur sebab view makin cantik. Cuaca pulak makin sejuk. Husband dah mula drive dengan lebih berhati hati sebab jalan mendaki dan selekoh. One thing yang agak kurang best pasal Kundasang ni cuma jalan raya dia ni lah. Agak teruk. Berlubang dan tampal sana sini. Dia punya berlubang tu macam kena korek. Kecik tapi dalam. Lepas tu banyak. So memang sakit badan jugak lah. Dhuri dah start pening. Tak sure sama ada sebab selekoh atau sebab tekanan yang makin rendah sebab dah makin dekat dengan kaki gunung. Atau sebab 2,2. Haha

Nak segarkan sekejap badan husband berhenti tepi jalan ni. Singgah untuk pergi toilet dan tengok view gunung kat belakang tu. Sepanjang jalan nak ke Kundasang ni memang banyak toilet. So tak perlu risau. Bayaran masuk pun cume 50 sen je. Yang perlu risau adalah sebab air dia sejuk gilerr. Dah macam cebok guna air batu. Hehe. Tapi toilet semua bersih sampaikan Dhuri curious cukup ke bayar 50 sen tu untuk maintainance toilet dorang ni. Huhu


Kami teruskan perjalanan ke Pasar Tamu Nabalu atau Nabalu Market. Kat pasar ni memang banyak dijual makanan tradisi dan terkenal rakyat Sabah. Souvenier pun ada. Dhuri dengan husband sempat membeli kuih cincin, amplang dan fridge magnet. Tak beli banyak pun. Hanya untuk makan dalam kereta je sebab plan nya di KK nanti baru nak borong. Dhuri cari juga hiasan rumah yang cantik-cantik untuk mak sebab mak memang suka hiasan gantung-gantung ni tapi takde yang cantik dan berkenan di hati. 



Di sebelah pasar tamu ni ada tempat khas untuk bergambar tau. Berlatar belakang kan Gunung Kinabalu. Tapi kami terlepas tempat tu. Hanya sempat ambil gambar di belakang kedai je tapi cuaca haritu berkabus tebal jadi tak nampak pun gunung nya. 


Kami sampai di pekan Kundasang lebih kurang pukul 4 petang. Ini flight pukul 7 pagi tau. Kalau Dhuri tak tukar masa penerbangan, kitorang punya flight pukul 9 lebih. Tak tahu lah boleh sampai Kundasang pukul berapa pula. So thanks to Air Asia sebab reshedule flight kami dan buat Dhuri atur semula perjalanan seawal mungkin. So if korang nak bercuti ke Sabah ambil je flight paling awal supaya boleh maximizekan masa. 

Disebabkan dah rasa macam suntuk kami tukar plan asal untuk ke War Memorial Park kepada Selfie Park. Bayaran masuk rm5 dewasa dan rm3 kanak-kanak. Husband sewa selfie stick jadi tambah rm5 lagi. Hasilnya memang terbaikkk. Gambar-gambar kitorang kat sini semuanya cantik-cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana satu untuk upload di ig dan blog. Hehe

Ada dua section tau kat sini. Tiket lain-lain. Kami pilih yang sebelah kanan sebab booth lebih banyak dan menarik. Memang setiap satu tu kitorang bergambar sampai puas sebab kebetulan orang pun takde sangat waktu tu. 

Asalnya kitorang tak nak pun nak sewa selfie stick tapi sebab bila minta dua orang teenager yang kebetulan tengah lepak kat situ tolong ambilkan gambar, Dhuri sangat lah tak berpuas hati bila tengok hasilnya. Ku ni cerewet sikit bab gambar sebab kenangan seumur hidup kan. Haruslah cantik dan sesempurna mungkin. Tengok wife dia muka frust itu yang husband terus sewa selfie stick. Hehe

Selesai bergambar kitorang singgah di pasar malam Kundasang depan Selfie Park tu je. Beli sayap dan makanan lain untuk dinner. Beli siap-siap sebab kitorang akan check in di hotel Kiram Village yang terletak jauh atas bukit. Memang takde dah nak turun cari dinner lagi. Cuaca pulak makin sejuk dan gelap. Kitorang sampai Kiram Village Cabin pukul 6 lebih. Dhuri ada tulis review disini. Selesai urusan check in kami terus ke cabin kami Apple. Malam di Kundasang memang takde apa sangat yang menarik. Kitorang pun tidur awal. Tak tahan sebab cuaca sejuk sangat. Dhuri siap bawa stokin untuk satu family dan baju lengan panjang. Itupun masih terasa sejuk sehingga ke tulang lagi tau. 


Keesokan nya, seawal 6 pagi lagi Dhuri dah kejut semua sebab kitorang akan jalan kaki ke Kampung Mesilau untuk tengok view Gunung Kinabalu. Masing-masing berjalan sambil peluk tubuh pagi tu sebab sejuk sangat..hihi. Tapi berbaloi!!! sebab boleh nampak clear gunung kinabalu tanpa kabus. Syukur Alhamdulillah atas peluang dan rezeki yang Allah beri pada kami tercapai hajat nak tengok Akinabalu ni










Gambar ni diambil oleh pelancong tempatan yang sama-sama berjalan kaki dengan kami waktu tu. 

Tak dapat nak digambarkan keindahan gunung kinabalu dari kampung Mesilau ni walau beribu gambar Dhuri letak di blog ni. Memang sangat indah!

Ada hikmah kami tukar tarikh penerbangan sebab akhirnya kami menginap di Kiram Village ni. Nak tengok view macam ni hanya jalan kaki sikit je ke atas. Keluar seawal 7 pagi untuk elak kabus. Sebab masa kami turun tu kabus dah mula naik dan menutup pemandangan gunung. Kalau terlewat sikit memang kirim salam lah sebab esok tu lagi tak nampak apa sebab kabus tebal sepanjang hari. 

Turun dari Kampung Mesilau, kami bersarapan di cafe yang terletak berdepan dengan Kiram Village. At first kitorang ingatkan harga makanan kat cafe ni ikut apa yang kita ambil rupanya style bufet. Agak mahal pada Dhuri sebab pilihan makanan tak banyak. Disebabkan kitorang pun dah letak nasi goreng dalam pinggan maka terus je lah duduk. Untuk sarapan saja rm50 habis. T__T kalau turun ke bawah sikit ada supermarket atau Bataras dan boleh beli waffle saja di sana. Tapi takpe lah bab makan tak boleh berkira sangat kan. Atleast dapat membantu ekonomi dorang di sana. 

Selesai sarapan kami balik ke cabin dan berkemas untuk checkout dari Kiram Village. Destinasi seterusnya ke Dairy Farm pula. Dekat je Dairy Farm ni dengan Kiram. Memang laluan turun dari Kiram ke pekan Kundasang. Tapi sayangnya tak boleh masuk. Kena beli tiket dan pilih time slot dulu. Disebabkan haritu hari ahad jadi slot pagi dah penuh. Kami beli tiket online dan pilih pukul 2 petang. So kalau tak nak kecewa macam kitorang sila lah beli tiket online awal ye. Sementara nak tunggu pukul 2 kitorang ke pekan Kundasang dan melawat War Memorial dulu. Harga tiket masuk cuma rm5 untuk dewasa dan rm3 untuk kanak-kanak. 








Cantik sangat tempat ni. Memang sesuai lah untuk siapa yang suka bergambar tu. Ada sejarah di Ranau ni dimana sewaktu perang dunia kedua dulu tentera Jepun telah menawan tentera-tentera British dan Australia, memaksa tawanan mengangkat beban yang berat serta melalui jalan yang jauh dari Ranau ke Kota Kinabalu. Banyak tawanan yang meninggal dunia kerana tidak diberi makan dan ubat. Disebabkan sejarah pahit ni lah War Memorial ni dibina. 



Habis melawat di War Memorial kami tengok masa ada lebih kurang 2 jam lagi sebelum slot di Dairy Farm, jadi decided untuk lunch dulu. Kalau ikut itinerary asal Dhuri pilih untuk kitorang lunch di restaurant Puteri Nabalu. Tapi entah kenapa masa nak masuk tu tiba-tiba jadi was-was pulak. Dhuri ajak husband patah balik ke pekan Kundasang dan kitorang pilih restaurant Syah Adillah untuk lunch. Alhamdulillah memang best decision ever! Makanan dia tersangat lah sedap sampai harini teringat-ingat tau. Harga pun okey and esok tu kitorang repeat lagi. Hehe. 


Daging masak cili kering ni dah jadi favourite anak-anak Dhuri. Dorang siap suruh ibu belajar masak macam ni kat rumah. Apooo 

Sotong goreg tepung dia is the best for me. Susah tau nak cari kedai yang boleh masak goreng tepung sedap ni. 

Settle lunch kitorang terus ke Desa Dairy Farm pulak. Terlewat sikit so masa nak sampai tu memang beratur la tunggu queue nak parking. 

And maybe sebab cuti sekolah so orang sangat ramai! Nak beli aiskrim gelato yang famous kat sini pun beratur sampai dekat sejam. Dhuri dengan husband split. Sorang beratur untuk beli aiskrim. Sorang beratur untuk beli susu. But overall tempat ni memang best la cuma bau taik lembu tu kuat jugak. Pandai-pandai lah korang tahan hidung kan demi sesuap gambar yang cantik. Hahaa. Anddddd memang banyak sangat gambar kitorang yang cantik-cantik kat sini. Cuaca pula redup berangin. Memang sejuk. Terasa vibes New Zealand nya tu. Hehe

Kitorang kat sini sampai lewat petang. And macam biasa sebelum balik hotel isi perut dulu kenyang-kenyang. Sebab dah sampai hotel nanti takde nya nak keluar lagi. Baik tido je. Haha. So restaurant pilihan kitorang adalah D'hati Corner. Restaurant ni berdepan dengan gunung Kinabalu. Tapi masa tu berkabus. Jadi hanya sesekali je boleh nampk puncak. Tu pun macam beberapa saat je sebelum tertutup balik. Kitorang order tomyam dan sayap ayam.

 

Dah kenyang baru sambung untuk check in hotel kedua pula di J Residence. Dapatlah merasa duduk di dua hotel berbeza sepanjang di Kundasang ni. Pada Dhuri kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Kiram lebih sejuk dan dekat dengan Gunung Kinabalu serta Dairy Farm. Manakala J Residence pula lebih dekat dengan Kinabalu Park serta tak sesejuk Kiram sebab J residence ni kira hotel yang kat bawah-bawah dah. Tapi 2,2 pun berada tak jauh dari pekan Kundasang. Dhuri ada tulis review J Residence disini

Esoknya pagi-pagi lagi kitorang dah sampai di Kinabalu World Park Heritage. Wajib sampai seawal mungkin Kalau tak nak terlepas view yang menakjubkan. Kinabalu park ni tempat pendaki berkumpul untuk memulakan pendakian ke puncak. So memang sangat sejukkkk dan hijau. Sebab hutan kan. Cuma rezeki kitorang tak berapa ada sebab view gunung kinabalu hanya muncul sekejap je sebelum hilang terus di balik kabus. Nak ambik gambar pun tak sempat. Memang tak dapat view secerah di kampung Mesilau semalam.

Tak nak sedih-sedih kitorang decided untuk drive sampai gate masuk Timpohon. Park kereta kat tepi and jalan kaki naik ke atas. Ikutkan nak drive lagi sampai ke batu tanda mangsa-mangsa gempa bumi gunung kinabalu dulu tapi dorang tak bagi kereta persendirian naik. So kitorang jalan kaki je lah. Orang kat gate tu kata 2km. Tapi kitorang dah jalan lebih 2km pun tak sampai-sampai lagi eh. Rupanya 4km weh!!! Naiyaa pak karem. Haha




Dhuri dengan bunga dah mintak nyawa dah. Tak larat nak jalan lagi. Husband dengan Aqeel je yang masih semangat. Tapi bila tengok kitorang dah kepenatan tu husband cakap okey lah jom turun. Fuhhhh

Tengok lah anakku itu sampai terbaring baring kepenatan T____T. Tapi kan time turun cepat pulak sampai ke bawah. Haha

Masa kat bawah tu nampak lah ramai team pendaki yang tengah get ready untuk mulakan pendakian. Dhuri hanya mampu doakan keselamatan dan kejayaan dorang saja sebab haritu memang cuaca berkabus teruk sangat. Kalau ku bila tengok cuaca macam tu memang dah surrender dah. Takutttt. huhu

Turun tu kitorang sambung ke restaurant Syah Adilah lagi untuk breakfast cum lunch sebelum balik hotel untuk packing dan checkout pula. Nak ikutkan kitorang ada plan juga nak ke hot spring tau sebab tiket ke world park heritage tu dah cover sekali harga untuk hot spring tapi sebab cuaca yang tak berapa mengizinkan dengan berat hatinya terpaksa lah kitorang cancle. But it's okay....jom sambung makan kenyang2 sebelum balik KK. 

Again our favourite daging masak cili kering!! and this time combo dengan baby crab masak buttter. Memang sedap sangat!!!

And finally time to leave Kundasang. Sobss... 3 hari 2 malam yang sangat packed tapi Alhamdulillah sangat banyak memori manis yang tercipta. Banyak lagi tempat yang kitorang tak sempat pergi tapi takpe lah maybe next time in shaa Allah. 

Kali ni otw balik sempat singgah pekan Nabalu lagi semata mata nak bergambar kat tempat yang kitorang terlepas sebelum ni tu




Kundasang yang berkabus tebal kami tinggalkan dengan harapan akan bertemu lagi satu hari nanti. In Shaa Allah 

See you soon Akinabalu ~~


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment