Monday 7 August 2023

Long Services Award

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Just want to share some pictures of me semasa Long Services UTAR Award Ceremony haritu. This year marked as tahun ke-11 Dhuri bersama UTAR. Syukur Alhamdulillah. Masih segar lagi dalam ingatan saat-saat Dhuri datang untuk interview dulu. Dengan naik motor. Dengan sesatnya. Masa tu belum ada waze lagi. So Dhuri akan study pasal jalan melalui google maps sehari sebelum pergi mana-mana. Memang survivor skill sangat lah tinggi waktu tu. Haha

Nervous sangat masa interview sebab boss Dhuri chinese. Sebelum tu Dhuri kerja kat company melayu. Tiba-tiba tukar angin ke universiti cina jadi nervous sikit lah. Walaupun lepas tu baru Dhuri tahu yang UTAR ni open to all races sebenarnya. Bukan chinese sahaja. Cuma staff waktu tu memang mostly chinese la. lepas 5-6 tahun Dhuri kerja baru start nampak ramai staff melayu masuk.

Interview and programming test masa tu semua okey. Lepas seminggu dapat email untuk ambil offer letter. Memang Dhuri sangat bersyukur sebab masa tu memang dah takde hati nak teruskan kerja kat company lama. And hijrah ni juga menemukan Dhuri dengan kawan-kawan yang sangat best. Environment yang fresh dengan boss dan colleague yang sangat supportive

Even though, after 10 years banyak yang dah berubah. Kawan-kawan pun dah ramai yang resign dan bersara awal, tapi pada Dhuri disini still tempat terbaik untuk Dhuri terus mencari nafkah. In shaa Allah hingga usia persaraan. 

Okey, enough membebel...jom tengok gambar

.

.

With current president, Ir. Prof. Dr. Ewe Hong Tat. Setakat ni Dhuri dah merasa kepimpinan dari 2 orang presidents.  


Ni pula gambar dari official photographer haritu. Hurmmm rasa tak sesueii pula baju ittuwwww. T____T


Antara menu lunch kitorang haritu. Agak sederhana sikit if nak compare dengan event Shaklee. T______T tapi apapun tetap disyukuri. Kenyang jugak. Bertambah tambah Dhuri makan. Siap repeat lagi ambil makanan vvip sebelum balik. Haha

.

.

Dear UTAR,

"These ten years have been so great and wonderful journey to me. Thank you and see you again for 20th anniversary"

:)



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment