Monday 23 October 2023

Tips Check Defect Rumah Baru Sendiri

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! First thing first lepas dapat kunci rumah kan mesti nak kena check defect dulu tau. Ini khas untuk rumah baru sebab developer akan bagi tempoh masa 24 bulan untuk kita check rumah dan report segala kerosakan yang bukan kita buat la. Means, memang betul-betul kesilapan dari developer sendiri. Kalau kita tebuk dinding terpecah ke hape itu salah sendiri. Sila repair sendiri. Tapi kalau salah developer sila submit report cepat-cepat sebab developer diberi masa 30 hari untuk settlekan defect kita tu. Lagi cepat dorang settle, lagi cepat kita boleh move in kan..

Untuk rumah pertama kitorang dulu di Cyberjaya, Dhuri upah defect inspector untuk check defect rumah kitorang. Dorang check, and prepare the complete report. Report tu kita submit je kat developer. Memang mudah lah. Cuma kena sediakan duit je. 

Tapi untuk rumah kedua ni kitorang decided untuk buat sendiri. Ada few reasons la antaranya sebab Dhuri tak rasa proses check defect ni terlalu complicated sangat. Dapatkan ilmu sikit-sikit dari pembacaan dan video, insya Allah boleh je buat

Secondly, barang-barang yang digunakan pun tak terlalu susah nak cari. Yang basic korang kena sediakan:

                    1. Tapping rod untuk check tiles kosong atau tak
                2. Sticker berwarna. Beli 2-3 warna yang berlainan tau so korang boleh labelkan kerosakan ikut warna tertentu. Contohnya merah untuk tiles kosong, hijau untuk finishing yang tak cantik
                3. Water level ruler - Yang ni guna untuk check dinding and lantai kita simetri atau tak. Boleh check video kat youtube untuk cara penggunaan
                4. Test Pan untuk check aliran elektrik. 
                5. Charger phone untuk check soket semua berfungsi dengan baik. 

Dhuri beli tapping rod untuk check tiles tu kat shopee je. Baru rm8. Beli sticker kat mrDiy. Water level ruler tu husband pinjam.  Test pan dengan charger phone tu memang ada. Total beli barang tak habis rm50 pun. Kalau upah orang kitorang kena bayar dekat rm600 lebih jugak untuk double storey. So memang boleh jimat banyak juga kat sini.

Yang ketiga sebab kitorang nak betul-betul puas hati. Masa rumah first dulu kitorang memang takde ilmu langsung. Memang serah 100% kat inspector. Apa yang dorang check itu je lah yang kitorang tahu. Even report pun Dhuri tak belek sangat sebab masa tu tak berapa faham. Bila developer claimed kata dah settle defect, kitorang hanya terima je lah. Nak check semula pun tak boleh sebab takde alat. Plus, kitorang pun tak ingat sangat tempat-tempat yang defect tu. Nak upah inspector sekali lagi kena bayar lagi..

So atas reason-reason tu lah Dhuri and husband decided untuk buat defect checking sendiri je. 


Kitorang boleh ambil masa secukupnya, tak perlu rush untuk siap dalam masa satu hari. Kitorang bahagi-bahagikan ruang jadi memang boleh check banyak kali sampai puas hati. Cuma untuk earthing je yang kitorang tak dapat nak check sebab takde kepakaran. Tapi Dhuri tulis juga dalam report supaya developer boleh beri info berapa bacaan earthing rumah kitorang. Bacaan yang baik adalah bawah 10ohm. Kalau lebih dari ni bahaya sebab boleh berlaku lintar pintas bila kilat menyambar. Tak pasal2 rumah terbakar atau barang-barang elektrik rosak semua nanti. 

Kawasan rumah kitorang ni dah lah atas bukit, so kalau hujan lebat tu memang sekali dengan kilat dan guruh. Kalau nak buat check untuk earthing ni saja kos dalam RM200 lebih. 

First day untuk check defect kitorang fokus ruang bawah dulu. Dhuri start dulu then husband double check lagi sekali. Hari kedua baru buat ruang atas pula. Tengok lah gambar tu kemain gigih ye sampai ke bumbung pun kitorang check semua. Then, double check sekali lagi. And last baru buat untuk water ponding. Total hari lebih kurang 2 minggu jugak. Haha

Kitorang detect banyak jugak tiles yang kosong. Plaster simen pun banyak yang kosong. Mostly ruang kat yard dengan porch. Tiles pula banyak yang kosong kat toilet. Toilet master bedroom kitorang memang boleh kata kosong semua. 

Setiap kali tampal sticker Dhuri akan ambil gambar. Balik rumah duduk depan pc and tulis report. Mula-mula tu nak tulis in English tapi husband kata tulis dalam BM je sebab orang yang buat repair tu orang Indon. Kalau dia faham, senang sikit kerja, cepat siap. Hehe



So Dhuri pun tulis lah report in BM je. Kalau nak ikutkan rumah ni finishing dia agak messy sikit tapi kitorang fokus pada tiles, simen, dan water ponding tu lebih. Cat yang mana ketara je kitorang tampal sticker. Yang sikit-sikit tu pejam mata je. So total kerosakan yang kitorang report tak lebih 150 pun. 



Lepas 2 minggu lebih submit report, pekerja-pekerja defect datang rumah untuk settlekan defect. Lega sangat. Sebab pekerja defect ni tak ramai and queue pulak panjang. Kitorang ni nak masuk rumah cepat so memang berharap kerja-kerja defect boleh settle sebelum kitorang pindah. And sebab tu jugak report kitorang tak cerewet sangat. Yang major-major je dulu. Nanti dah pindah dan ada kerosakan lain boleh report lagi. Ada 24 bulan kan..

Setakat ni setiap hari husband memang pantau kerja-kerja defect dorang. Tiles tu memang nak kena make sure betul-betul penuh. Kalau tak lepas 2 tahun nanti mula la kembung and meletup. Kos besar tau if nak tukar tiles so part ni memang kitorang teliti sikit. 

Insya Allah lepas developer settlekan defect nanti, kitorang akan jalan kan checking lagi sekali untuk make sure dorang memang betul-betul dah repair semua yang kitorang tampal sticker tu. Tools pun memang dah ada, so senanglah.

Kesimpulan nya, either kita gunakan defect inspector atau check sendiri 2,2 ada kelebihan dan kekurangan. Ni based on pengalaman Dhuri sendiri la. Tak kisah kita nak pilih yang mana pun asalkan kita puas hati dan sesuai dengan bajet kita. If bajet tak berapa besar, tak perlu pun upah inspector luar, buat je sendiri. Kuncinya kena rajin saja. Nak buat apa-apa pun mesti dengan ilmu. Insya Allah everything akan smooth

First day masuk rumah ni gaya dia ye...Sabor jek lah

Okeylah, nanti Dhuri akan share pula kemana kitorang pergi untuk memborong keperluan rumah seperti lampu, kipas dan dapur k


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment