Tuesday, 19 August 2025

Bercuti di Hatyai 2 Hari 2 Malam

 Assalammualaikum w.b.t


Kali kedua Dhuri sampai di Hat Yai. Pengalaman pertama Dhuri dengan kawan2 ofis. This time dengan my other half pula. Sebaik sahaja turun dari sleepers train, kitorang sakan sekejap bergambar kat train station tu. Sempat jugak gaduh sebab husband ambik gambar Dhuri tak cantik. Haha. Tapi bagus jugak sebab lepas tu husband dah takde main snap je dah. Dia akan check dulu if my pose okey ke tak, over sangat ke and baju, tudung semua on point. T_______T




Day 1 HatYai 

Kitorang sampai di Hat Yai Junction seawal 7 pagi kalau tak silap. Husband order grab untuk ke next destination. Kitorang plan nak breakfast di Marita Dimsum tapi grab bawak ke Chabura Dimsum pulak. Dhuri dah pernah pergi Chabura so nak lah try kedai lain pulak. Masa ni geram jugak lah dengan grab tu. And since baru lepas gaduh dengan husband kan so husband tak nak mood wife dia ni jadi lebih tak best so dia cepat2 order grab lain. Haha. Padahal boleh je kalau masuk je Chabura tu. 


Gambar yang mencetuskan pergaduhan manja kitorang. Dhuri nak ada gambar kat sini jugak tapi lepas seploh doblas ribu kali snap pun takde yang cantik. Tiftiftif


Sejujurnya pilihan dimsum kat Marita ni tak sebest kat Chabura. Even dimsum salted egg yang Dhuri favourite sangat tu pun tak rasa sedapnya. Huhu


Dimsum salted egg ni kalau nak puas makan sila lah pergi kat Chabura. Cuma kena datang awal la sebab orang ramai. 



Kitorang tak order banyak pun dimsum. Sebab takde yang menarik sangat kat Dhuri. Tapi Pad Thai dia sedap! Yang ni Dhuri approved. Udang besar2 dia bagi. Air yang Dhuri order tu pun sedap cuma dah lupa nama dia apa. 


Lepas breakfast kitorang ambil grab ke Kim Yong market. Letak beg dulu kat hotel yang Dhuri pernah duduk sebelum ni V.L. Hatyai Hotel Sementara tunggu nak check in kitorang jalan2 dulu kat Kim Yong market. Husband beli gula2 gummy buah secara random sebab nak try test dulu. Dhuri pulak terus beli buah berangan 1 kilo. Sebab dah pernah rasa dulu, sedap!


Tapi macam penat pula nak jalan. So husband cadangkan kitorang sewa motor. Lagipun murah je, RM 35 untuk 24 jam kalau Dhuri tak silap. Lepas google kitorang jumpa tempat ni untuk pickup. Actually ni tempat kedua sebab tempat first tu dah fully booked. 


Pilih helmet dulu sementara tunggu husband setlekan bayaran sewa dan deposit. Kena tunjuk passport tau. Dorang nak isi no passport tu dalam form and ambik gambar. 



Seronok sewa motor ni. Kitorang dapat je motor tu terus rasa macam hidup balik semangat.  Hilang segala kepenatan yang di bawa dari Bangkok. Husband nak bawa pergi pantai tapi half way tu rasa macam jauhnyaaaa. Haha. Dhuri pula bila kena angin motor tu terus kuyu je mata. Skuter ni faham je lah tak boleh laju. So last2 husband pusing balik and kitorang singgah lepak kat taman. 


Cantik taman nya. Ada tasik jugak. Kitorang beli buah potong and duduk kat sana sambil makan. Then balik semula ke Kim Yong market. Kali ni try luck untuk tanya hotel if dah boleh check in. Ikutkan ada sejam lagi. Luckily hotel bagi check in awal. Memang bergumbira la. Tak sabar nak mandi and rehat. 



Bilik kitorang. Tak seluas bilik yang Dhuri tempah sebelum ni masa first time gi Hat Yai tapi okey lah. Selesa dah untuk kitorang ni. Harga untuk satu malam executive double room RM128.77. Kitorang ambik 1 malam tambah 4 jam late check out. 





Fridge, toiletries semua ada. Memang heaven ye dapat mandi air suam lepas perjalanan panjang yang kitorang tempuh dari kat Bangkok. Petang tu baru keluar semula untuk lunch and dinner. Disebabkan ada motor so macam rileks lah sikit. Husband pun siap bawa ikut jalan short cut lagi. Plan asal nak terus ke Greenway night market tapi sebab kat Bangkok kan kitorang dah missed makan kat Sinthorn Steakhouse Steambot and Grill so Dhuri ajak husband ke Klonghae Seafood Buffet sebagai ganti. Dhuri dah pernah makan kat sini. Memang sangat puas hati



Gambar2 yang sempat diambil masa atas motor. Hat Yai ni memang mewah dengan makanan laut. Geram je nak beli fresh2 tu bawak balik. 



Dah sampai Khlonghae Buffet. Parking motor dulu sebelum masuk. Kitorang walk in je. Mujur ada meja kosong sebab Khlonghae ni sentiasa penuh. 







Antara yang Dhuri dan husband ambik. Siakap limau tu sedap giles! Sebab tu Dhuri ambik sampai 2 kali.. Hehe. Udang pecah telur dia pun sedap. Dhuri ambik nasi time ni sebab lapar sangat. Breakfast kat Marita tadi kan macam tak berapa nak lalu sangat. Husband je tak ambik nasi. Dia asik berulang ambik seafood untuk gril. Banana pancake dia untuk Dhuri tak berapa sedap sebab tebal. Rasa macam makan lempeng pisang. 



Seronok husband. Sekarang ni kalau dia sebut2 pasal Hatyai pun sebab nak repeat Khlonghae Seafood ni je. Bayaran murah dalam RM35 je per head tapi boleh makan sepuasnya. 


Muka puas hati. T_______T
Selesai makan kitorang ke night market pulak. Kalau sebelum ni Dhuri dah ke Asean Night Market so kali ni Dhuri ajak husband ke Greenway Night Market pulak. Orang kata lagi best dari Asean Night Market. 



Tujuan utama Dhuri adalah untuk beli blouse dan ole2 untuk anak2. Tapi tak tahulah sama ada kitorang yang dah penat ke atau Greenway Night Market ni yang memang tak best. lol. Tak habis pusing pun sebab rasa tak menarik pun. Husband kesian tengok Dhuri tak membeli apa2, dia ajak ke Asean Night Market pulak. Dhuri ikutkan je walaupun masa tu risau jugak kalau dorang dah tutup. 



Mujur masih meriah walaupun jam dah menginjak 10 malam. Kat Asean Night Market ni la baru rasa seronok sikit nak membeli. Tapi blouse yang Dhuri nak tak jumpa pulak. So at last kitorang beli seluar Thailand ni je sehelai sorang. Anak2 suka dan selalu pakai sampai sekarang.



Sebelum balik hotel, kitorang singgah 7e dulu. Husband nak beli air coklat tapi sayang nya dah habis. Dhuri pula suka latte. Air ni kalau nak beli kena datang masa time dorang topup. Datang dah lewat malam memang habis dah la. 7e kat Hat Yai tak sebest kat Bangkok. Banyak barang yang Dhuri aim kat Bangkok nak beli kat Hatyai takde. 


Day 2 HatYai 

Pagi ni kitorang dah tak nak breakfast dimsum lagi. So try tempat baru Ayuthaya Noodle. Nak cari noodle yang sedap2. Tapi sebab keluar lambat so masa sampai tu kedai dah penuh. Terpaksa lah kitorang tunggu sekejap. Bila dapat je meja tunggu orang ambik order pulak lambat. Sudahnya husband order sendiri kat kaunter. Masa ni Dhuri perasan ada jugak beberapa orang yang dah dapat meja blah macam tu je. Mungkin dorang tak sanggup menunggu. 



Tak ingat air apa yang Dhuri order ni. So-so je lah rasa dia.




Husband je yang order nasi. Dhuri order ayam goreng je sebab rasa 5 hari kat Thailand ni kenyang sangat dah. Banana pancake tu order sebab masih berharap akan jumpa yang sedap kat Hatyai tapi ternyata kecewa lagi. Lepas ni kalau pergi Hatyai tak nak dah beli banana pancake.


Tapi bawang goreng dia sedap! Husband siap beli satu bungkus besar lagi untuk kitorang bawak balik. 




Then kitorang jalan2 sekejap kat area Kim Yong Market beli gula2 gummy mango yang husband try semalam. Gula2 ni je yang sedap. So kitorang jus borong yang tu je berkilo kilo bawak balik. 


And happy giler sebab dapat blouse yang Dhuri nak. Tapi masa tu beli 2 helai je pulak. Aishh rugi sebab considering duit yang Dhuri bazirkan kat 7e beli benda merepek, i should use the money to buy the blouse more. Husband pulak beli tshirt one piece original. Tapi sampai sekarang tak pakai lagi tu. Sayang betul



Sebelum balik hotel, kitorang tapau nasi khaomok kat Kaitod Meena. Sampai hotel kira duit yang berbaki sebab nak one last time shopping kat 7e sebelum balik KL



Tibalah masanya untuk kembali pulang ke realiti. Cuaca hujan masa ni. Dalam hati rasa syukur sebab sepanjang kitorang kat Bangkok dengan Hatyai cuaca Alhamdulillah okey je. 



Pilih bas Alisan lagi sebab pengalaman lepas yang okey. Seat alhamdulillah selesa. Siap dapat selimut free. Charger port pun ada kat seat cuma kitorang dapat seat belakang2. Dhuri suka seat depan. Tapi okey lah. Berhenti sekali kat Kedah untuk solat and dinner. Kat Kedah Dhuri makan nasi putih daging bakar dengan air asam. And Masya Allah that food sangat2 lah sedap and macam rip off all the food yang kitorang makan kat HatYai.

Memang Malaysia tanah tumpah darahku!

Sampai TBS around 3am, and terus ambik kereta kat parking and balik rumah. Holiday panjang from KL ~ Singapore ~ Bangkok ~ Hatyai finally comes to the end. 

Kalau ada rezeki insyAllah will repeat again the journey but this time with kids pulak. Insya Alah

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!