Monday, 29 December 2025

Hari Kecemerlangan Kakak

 Assalammualaikum w.b.t


Finally my dreams come true untuk tengok anak sendiri naik pentas terima anugerah kecemerlangan. Sebenarnya saya ni bukan lah ibu yang memaksa sangat cuma sebab sepanjang bersekolah dulu saya antara yang kerap naik pentas sampai tangan abah penuh dengan hadiah jadi teringin juga nak tengok anak sendiri dapat benda yang sama. Cuma saya dulu belajar sendiri, jadi masa senggang memang diisi dengan membaca buku je. Buku teks pun saya baca kulit ke kulit. Tapi anak-anak saya tengok bukan jenis yang rajin membaca. Membelek buku pun hanya bila disuruh. Jadi banyak tahun juga saya rasa lost setiap kali tengok result dorang. 

Sampailah tahun ni sebab kakak Bunga nak ambik UPKK, jadi saya daftarkan dia kelas tuisyen online dengan Ustazah Azizah. Awal tu saya tak nampak lagi perbezaan tapi lepas result pra trial upkk keluar saya terkejut sebab kakak Bunga dapat no 1 dalam kelas dia dan markah setiap subjek pun agak bagus. Masa ni baru lah saya detect yang anak saya ni perlukan kelas tuisyen dan dia tak boleh belajar dengan saya. Mungkin sebab saya garang kot time mengajar jadi susah dia nak masuk T________T

Dan Alhamdulillah untuk tahun ni, kakak Bunga berpeluang naik pentas untuk anugerah KAFA

⭐Kamil Peringkat Daerah

⭐ Kedudukan dalam kelas No 1

Anugerah mata pelajaran terbaik Aqidah, Bahasa Arab, Sirah, Adab dan Jawi

 







First time dapat tengok nama anak bersusun macam tu. I'm so proud of you kakak!
Dan tanpa disangka kakak dapat anugerah juga untuk kelas kebangsaan bagi

⭐ PBD Terbaik Bahasa Melayu





Insya Allah next year kakak up kelas lain untuk KAFA dan kebangsaan. Semoga terus bertambah cemerlang. Next year gonna be more tough sebab kakak kena buat persediaan untuk sekolah menengah. Saya nak dia betul2 menguasai silibus sekolah rendah supaya dia tak terkejut atau ketinggalan masa sekolah menengah nanti. Kakak pun bagitahu yang dia berminat untuk aliran agama walaupun saya lebih prefer utk dia aliran sains. But, takpe lah kita ikut pilihan anak sebab dia yang nak belajar. lagipun aliran agama sekarang dah ada aliran sains agama. Untuk setahun ni saya akan observe dia dulu sama ada boleh bawa atau tak 

Setakat ni 3 sekolah pilihan yang bakal saya pilih untuk kakak 

1. SMAP Kajang (sebab dekat dengan rumah)

2. SBPI Jempol (kawasan luar bandar jadi peluang lebih tinggi. Plus point, dekat dengan rumah makteh dia. If anything makteh boleh sampai dulu)

3. SMKA Maahad Hamidiah (juga sebab dekat dengan rumah dan boleh pilih untuk harian)


I know SMAP Kajang tu sekolah cluster, kalau dapat tu memang kira rezeki terpijak kakak la. T____T 

Tapi tak salah juga kalau kita mencuba kan..Saya suka sebab dekat dengan rumah je. Kalau tiba2 rindu anak boleh jugak jenguk2 balik pagar. lol

And untuk Maahad Hamidiah tu sebenarnya kalau satukan pilihan dengan SBP peluang akan jadi rendah. Silap2 kena reject terus. So saya masih fikir sama ada nak tukar kepada SMAP Labu atau tukar 3-3 terus kepada SMKA. Mungkin kena tunggu result upkk dan psra kakak dulu dan tengok peluang dia lebih cerah ke mana. Semoga Allah beri ilham yang terbaik. 

So itu saja update menjelang penghujung tahun 2025 ni. Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak rezeki dan berita baik. Insya Alah


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment