Friday, 15 August 2025

Pengalaman Sleepers Train Bangkok to Hatyai

Assalammualaikum w.b.t

 

Dhuri dah lama teringin nak naik sleepers train. Pernah booking sebelum ni train dari Gemas ke Kota Bharu tapi sayangnya plan terpaksa dibatalkan sebab masa tu abah keluar masuk hospital lagi. Kali ni bila dapat je peluang holiday ke Bangkok, Dhuri terus bagitau husband my plan adalah untuk beli tiket flight sehala je ke Bangkok, transit 8 hours di Singapore. Then travel from Bangkok to Hatyai by sleepers train and balik semula ke KL dengan bas. 

Husband macam biasalah memang setuju je. So benda pertama Dhuri buat adalah cari sebanyak mungkin info pasal slepeers train ni. Ramai jugak yang buat video kat tiktok dan youtube tapi ada certain info yang Dhuri rasa sangat penting tapi tak jumpa siapa2 yang highlight. So here i am..hopefully dapat membantu korang menambah pengetahuan sebelum ke sana. 

Dhuri beli tiket melalui website www.dticket.railway.co.th Kena tukar language kepada english dulu and origin from Krung Thep Aphiwat. Jangan tulis Bangkok sebab nanti sampai ke sudah takde train. Destination pula pilih Hat Yai Junction

Dhuri beli sebulan awal. Agak confused jugak nak pilih 1st class atau 2nd class coach. 1st class korang akan dapat bilik sendiri. Sesuai la untuk yang nak privacy tu cuma harga dia agak mahal. Kalau 2nd coach kita dapat coach biasa sahaja dan kena share toilet. Kelebihan nya harga lebih murah and tingkap lebih besar. Lepas fikir2 Dhuri ambik 2nd coach sahaja sebab Dhuri tertarik dengan kelebihan tingkap besar tu. 

Pilih train nombor 31 atau Special Express CNR. Sebab ni train baru. Lebih selesa, cantik dan laju. 

Masa nak pilih coach korang google translate je tulisan Thai dia tu. Ada coach yang untuk orang awam. Ada coach untuk OKU dan ada coach untuk wanita dan kanak2 sahaja. 

Untuk coach awam, ada 2 coach tau. So kalau coach pertama penuh, korang tengok coach kedua pulak. Dhuri masa nak beli tu sempat menggelabah sekejap sebab ingatkan tiket dah habis. Mujur perasan ada 2 coach (1) (2)

Then next2 je sampai lah selesai. Seat bawah nombor genap dan forward facing. Nombor ganjil untuk katil atas dan backward facing. Dhuri ambil seat 6 dan 8. Tak nak dekat sangat dengan toilet tapi tak nak jauh sangat jugak. Pastikan no passport diisi dengan betul. Nama tak kisah. Dah settle boleh lah print dan simpan elok2. Nanti nak naik akan guna kertas ni je untuk scan pintu masuk. 


Tibalah hari yang dinantikan. Masa ni kitorang jalan santai je masuk station sebab banyak masa lagi. Kelaparan jangan cakap lah sebab tak sempat lunch. Mujur kat dalam tu ada orang jual nasi dengan ayam goreng halal. Beli lah buat alas perut. Eh sedap pula. Terus order lagi untuk tapau bawa masuk train nanti. Sebab dalam train takde makanan halal. 


Dah lapar semua jadi sedap. 



Antara yang kitorang beli sebab risau lapar dalam train. Asam tu sebab Dhuri takut pening nak tidur nanti. So standby awal. Tapi Ahamdulillah tak pening pun. Rasa macam tidur dalam buai je. Hehe


Kerusi dia ni besar. Boleh je kalau nak duduk 2 orang sebab Dhuri dengan husband ambil seat bersebelahan. Kitorang tak ambil atas bawah sebab tak nak tidur kat atas. Tapi okey je sebab walaupun duduk menghadap tapi buat hal masing2. orang depan Dhuri pun kebetulan naik lepas seat dah tukar jadi katil. 




Fefeling layan view. Sesekali husband datang mengacau. lol
 

Dalam pukul 6 macam tu staff dorang akan datang untuk tukar kan seat kepada katil. Sarung bantal, cadar dan selimut semua akan dapat baru. Tilam dia pun quiet okey jugak. Takde lah nipis sangat. Selesa je bila tidur malam tu. Masa ni korang nak baring terlentang macam mana pun terpulang lah cuma charger plug kat kaki. Make sure cable panjang atau terpaksa tukar kedudukan bantal.


Nak duduk atau terus baring pun boleh. Selesa je waktu duduk tapi mungkin jugak sebab Dhuri tak berapa tinggi sangat, Ni santai je sambil layan view dan sunset. Best duduk coach biasa ni sebab tingkap dia besar. Luas mataku memandang

 
7-7.30 pm tu mostly semua dah tutup tirai. Toilet pun masa ni dah free sikit. Dhuri makan malam dulu kat katil lepas tu baru bersihkan diri and solat jamak dan qasar sambil duduk. Nak solat dalam kenderaan ni senang je. Bukak apps untuk tengok arah kiblat dulu then terus solat. Kalau arah kiblat berubah pun lepas tu tak apa yang penting masa angkat takbir tu kiblat kita betul. 

Pengalaman sepanjang 17 jam dalam train tu sangat best. Dhuri tengok perubahan siang ke malam then malam ke pagi pulak. Sepanjang tidur pun takde rasa terganggu dengan orang atas. Tak dengar pun kalau ada orang berdengkur ke apa unless kita keluar dari katil dan jalan kat luar tu untuk pergi toilet ke. Orang atas Dhuri turun naik tangga pun tak rasa terganggu atau goyang. 


Lepas solat subuh kitorang memang lepak je kat katil sementara tunggu staff datang tukar kan semula katil kepada seat. View masa ni dah masuk kampung2. Dapatlah tengok kawasan rumah dorang kat sana. Mostly yang Dhuri perhatikan kawasan dorang ni belum membangun lagi. Tengah syok layan view boleh pulak ternampak orang 'membuang' kat sungai. Aduhhh spoil. Haha


Sebelum train sampai ke Hat Yai, Dhuri jalan2 sekejap dalam train dari satu coach kepada satu coach. Ni gambar kat cafe dorang. Cantik sangat. Makanan kat cafe ni tak halal tapi if nak beli coffee boleh kot Dhuri rasa. Tak sure sebab Dhuri tak beli apa2 kat sini. 


Hanya duduk bergambar je. Lepas edit terus meletops gambar iols.. Haha. Rasa macam kalah Angelina Jolie dalam movie train to Venice. T___________T


Masa di coach OKU Dhuri tengok toilet dorang luas. Tak sure kita boleh guna ke tak tapi Dhuri rasa boleh je if tengah kosong. Kalau nak mandi ke okey kot sebab toilet biasa asiklah terhantuk sebab sempit. Cuma tak boleh lama2 la. Kena guna common sense juga. 


Tapi sejujurnya Dhuri tak mandi pun. lol. Hanya bersihkan apa yang patut je. Tak selesa lama2 dalam toilet dalam keadaan bergoyang-goyang. Sink dan paip disediakan di setiap coach. Mostly kitorang gosok gigi kat sink je. Dhuri cuma tak berkenan dengan paip sink dia je sebab jenis tekan baru keluar air. Lepas tu air dia kuat. Kalau tertekan lebih terus basah baju. 


Navigation maps pun ada. Boleh lah tahu train dah kat mana, next destination, jarak and tempoh masa semua tu. 


Gambar seat lagi. Masa ni seat dah banyak yang kosong sebab ramai yang dah turun.


Finally dah sampai Hat Yai Junction. Ini adalah last station tau. Lepas kita turun staff cleaning akan naik untuk bersihkan dan kutip segala cadar selimut untuk dobi. 



Jom explore bandar Hatyai pulak untuk 2 hari!!!!


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!





Tuesday, 12 August 2025

Bercuti di Bangkok Day 2

Assalammualaikum w.b.t


Day 2 in Bangkok

Hari kedua diteruskan dengan breakfast di Rotinis lagi. Kali ni kitorang order tomyam pulak sebab semalam dah makan Beef Stew. Dan disebabkan dah tersuka dengan pulut mangga, Dhuri order pulut mangga jugak serta banana pancake. 




Sejujurnya untuk hari kedua ni Dhuri boleh katakan banana pancake tu sahaja yang meet expectation. Yang lain tu boleh lah. Tapi mungkin jugak sebab Dhuri memang kureng sikit dengan tomyam Thai so agak susah nak jumpa yang betul2 kena dengan selera Dhuri. Air pulak kitorang order teh thai..pun sama jugak so-so je. T_____T




Tapi apapun Rotinis ni tetap wajib pergi kalau korang ke Bangkok. Dhuri pun teringin nak pergi lagi. Mungkin pemilihan menu hari kedua tak berapa sedap di tekak Dhuri tapi untuk hari pertama memang sangat sedap. So if pergi lagi Dhuri nak order beef skewers dengan beef stew tu. And of course banana pancake. 


Selesai makan kitorang balik semula ke hotel. Ada beberapa jam lagi sebelum checkout. So plan nya husband nak ke dobi untuk basuh segala baju dan Dhuri stay kat bilik. Tapi terfikir juga why not kalau Dhuri massage. Sebab kat hotel Dhuri tu ada 2 spa yang bersebelahan hotel. Dhuri ni sebenarnya tak suka massage sebab pengalaman Dhuri lepas je massage mesti badan jadi sakit. So tak nak lah holiday sakit2 pulak. Tapi teringin nak mencuba. Haa itulah dilemanya. 

So pergi jugak lah tanya spa sebelah hotel. Dorang takde pulak kawasan bertutup. Dhuri tanya yang depan hotel pulak. Dia bukan bilik tapi boleh tutup tirai sepenuhnya. Dhuri pun terus lah onz je. Tengok harga pun murah dalam Rm35 je. Kena tunggu sekejap sebab dorang nak panggil tukang urut wanita dia. 


Inilah rupa partition urut tu. Masa ni kosong takde orang. Dhuri lah customer pertama dorang. Dah nak habis tu baru ada customer lain masuk. Selesa jugak. Setiap partition ni ada disediakan plug so boleh lah kalau nak baring sambil charge phone. 


Baju dan seluar ganti disediakan. And surprisingly urut dia tu best eh. Dhuri ambik traditional thai massage. Dia bukan lah urut yang betul2 cari urat tu. So memang kena lah dengan Dhuri yang tak suka urut deep2 sangat ni. Dhuri prefer urut manja2 je..Satu jam tu memang layan habis. Siap rasa rugi pulak dah nak balik. Kalau tahu dari malam sampai tu lagi Dhuri dah bermassage. Huhu


Tibalah masanya untuk meninggalkan Bangkok. Tapi sebelum tu kitorang nak lunch dulu kat Sinthorn Steakhouse. Sebuah restaurant steambot dan gril yang halal. Tapiii disebabkan kawasan Pratunam ni under construction kitorang terpaksa jalan jauh nak ke bus stop. Kat sini je dah habis masa. Dah naik bas boleh pula salah bas. Kena turun dan pusing balik. Bila tengok jam dah hampir pukul 2 petang. Dari Pratunam nak ke Sinthorn steakhouse tu ambil masa 1 jam. Tak kan nak makan steambot 30 min je kan. So fikir2 husband kata takpe lah, takde rezeki nak pergi. Dari terkejar-kejar baik cancle terus.



Husband tengah baca map kat bus stop dia. Tak nak tersesat lagi. 


Walau muka senyum tapi sebenarnya dah habis tenaga. Masa ni ikut je husband bawa ke mana. 


Finally naik bas yang betul. Dahsyat ek muka laki ku. Terserlah kepenatan tu. Haha. So destinasi kitorang seterusnya adalah Bang Sue Grand Station untuk naik train ke Hatyai pula. Yang tu Dhuri akan sambung kat entri seterusnya.


Teeetttt bukan laki ku je yang kepenatan. Dhuri pun separuh nyawa dah kepenatan. Gambar ni husband yang snap masa otw ke Bang Sue Grand Station. Masa ni boleh bertenang sebab bas kat Bangkok ada konduktor. And dia aware kitorang nak turun kat situ.

Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!