Assalammualaikum w.b.t
Day 2 in Bangkok
Hari kedua diteruskan dengan breakfast di Rotinis lagi. Kali ni kitorang order tomyam pulak sebab semalam dah makan Beef Stew. Dan disebabkan dah tersuka dengan pulut mangga, Dhuri order pulut mangga jugak serta banana pancake.
Sejujurnya untuk hari kedua ni Dhuri boleh katakan banana pancake tu sahaja yang meet expectation. Yang lain tu boleh lah. Tapi mungkin jugak sebab Dhuri memang kureng sikit dengan tomyam Thai so agak susah nak jumpa yang betul2 kena dengan selera Dhuri. Air pulak kitorang order teh thai..pun sama jugak so-so je. T_____T
Tapi apapun Rotinis ni tetap wajib pergi kalau korang ke Bangkok. Dhuri pun teringin nak pergi lagi. Mungkin pemilihan menu hari kedua tak berapa sedap di tekak Dhuri tapi untuk hari pertama memang sangat sedap. So if pergi lagi Dhuri nak order beef skewers dengan beef stew tu. And of course banana pancake.
So pergi jugak lah tanya spa sebelah hotel. Dorang takde pulak kawasan bertutup. Dhuri tanya yang depan hotel pulak. Dia bukan bilik tapi boleh tutup tirai sepenuhnya. Dhuri pun terus lah onz je. Tengok harga pun murah dalam Rm35 je. Kena tunggu sekejap sebab dorang nak panggil tukang urut wanita dia.
Inilah rupa partition urut tu. Masa ni kosong takde orang. Dhuri lah customer pertama dorang. Dah nak habis tu baru ada customer lain masuk. Selesa jugak. Setiap partition ni ada disediakan plug so boleh lah kalau nak baring sambil charge phone.
Baju dan seluar ganti disediakan. And surprisingly urut dia tu best eh. Dhuri ambik traditional thai massage. Dia bukan lah urut yang betul2 cari urat tu. So memang kena lah dengan Dhuri yang tak suka urut deep2 sangat ni. Dhuri prefer urut manja2 je..Satu jam tu memang layan habis. Siap rasa rugi pulak dah nak balik. Kalau tahu dari malam sampai tu lagi Dhuri dah bermassage. Huhu
Husband tengah baca map kat bus stop dia. Tak nak tersesat lagi.
Walau muka senyum tapi sebenarnya dah habis tenaga. Masa ni ikut je husband bawa ke mana.
Finally naik bas yang betul. Dahsyat ek muka laki ku. Terserlah kepenatan tu. Haha. So destinasi kitorang seterusnya adalah Bang Sue Grand Station untuk naik train ke Hatyai pula. Yang tu Dhuri akan sambung kat entri seterusnya.
Teeetttt bukan laki ku je yang kepenatan. Dhuri pun separuh nyawa dah kepenatan. Gambar ni husband yang snap masa otw ke Bang Sue Grand Station. Masa ni boleh bertenang sebab bas kat Bangkok ada konduktor. And dia aware kitorang nak turun kat situ.
Till then bye ~~~
Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah
Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious
Atau nak lebih pantas??
Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!
No comments:
Post a Comment