Monday, 29 December 2025

Hari Kecemerlangan Kakak

 Assalammualaikum w.b.t


Finally my dreams come true untuk tengok anak sendiri naik pentas terima anugerah kecemerlangan. Sebenarnya saya ni bukan lah ibu yang memaksa sangat cuma sebab sepanjang bersekolah dulu saya antara yang kerap naik pentas sampai tangan abah penuh dengan hadiah jadi teringin juga nak tengok anak sendiri dapat benda yang sama. Cuma saya dulu belajar sendiri, jadi masa senggang memang diisi dengan membaca buku je. Buku teks pun saya baca kulit ke kulit. Tapi anak-anak saya tengok bukan jenis yang rajin membaca. Membelek buku pun hanya bila disuruh. Jadi banyak tahun juga saya rasa lost setiap kali tengok result dorang. 

Sampailah tahun ni sebab kakak Bunga nak ambik UPKK, jadi saya daftarkan dia kelas tuisyen online dengan Ustazah Azizah. Awal tu saya tak nampak lagi perbezaan tapi lepas result pra trial upkk keluar saya terkejut sebab kakak Bunga dapat no 1 dalam kelas dia dan markah setiap subjek pun agak bagus. Masa ni baru lah saya detect yang anak saya ni perlukan kelas tuisyen dan dia tak boleh belajar dengan saya. Mungkin sebab saya garang kot time mengajar jadi susah dia nak masuk T________T

Dan Alhamdulillah untuk tahun ni, kakak Bunga berpeluang naik pentas untuk anugerah KAFA

⭐Kamil Peringkat Daerah

⭐ Kedudukan dalam kelas No 1

Anugerah mata pelajaran terbaik Aqidah, Bahasa Arab, Sirah, Adab dan Jawi

 







First time dapat tengok nama anak bersusun macam tu. I'm so proud of you kakak!
Dan tanpa disangka kakak dapat anugerah juga untuk kelas kebangsaan bagi

⭐ PBD Terbaik Bahasa Melayu





Insya Allah next year kakak up kelas lain untuk KAFA dan kebangsaan. Semoga terus bertambah cemerlang. Next year gonna be more tough sebab kakak kena buat persediaan untuk sekolah menengah. Saya nak dia betul2 menguasai silibus sekolah rendah supaya dia tak terkejut atau ketinggalan masa sekolah menengah nanti. Kakak pun bagitahu yang dia berminat untuk aliran agama walaupun saya lebih prefer utk dia aliran sains. But, takpe lah kita ikut pilihan anak sebab dia yang nak belajar. lagipun aliran agama sekarang dah ada aliran sains agama. Untuk setahun ni saya akan observe dia dulu sama ada boleh bawa atau tak 

Setakat ni 3 sekolah pilihan yang bakal saya pilih untuk kakak 

1. SMAP Kajang (sebab dekat dengan rumah)

2. SBPI Jempol (kawasan luar bandar jadi peluang lebih tinggi. Plus point, dekat dengan rumah makteh dia. If anything makteh boleh sampai dulu)

3. SMKA Maahad Hamidiah (juga sebab dekat dengan rumah dan boleh pilih untuk harian)


I know SMAP Kajang tu sekolah cluster, kalau dapat tu memang kira rezeki terpijak kakak la. T____T 

Tapi tak salah juga kalau kita mencuba kan..Saya suka sebab dekat dengan rumah je. Kalau tiba2 rindu anak boleh jugak jenguk2 balik pagar. lol

And untuk Maahad Hamidiah tu sebenarnya kalau satukan pilihan dengan SBP peluang akan jadi rendah. Silap2 kena reject terus. So saya masih fikir sama ada nak tukar kepada SMAP Labu atau tukar 3-3 terus kepada SMKA. Mungkin kena tunggu result upkk dan psra kakak dulu dan tengok peluang dia lebih cerah ke mana. Semoga Allah beri ilham yang terbaik. 

So itu saja update menjelang penghujung tahun 2025 ni. Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak rezeki dan berita baik. Insya Alah


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Sunday, 7 December 2025

Journey Braces Part 3 ~ Ketatkan Wayar Braces

Assalammualaikum w.b.t


Since pakai braces haritu doktor set appoinment setiap 2 minggu sekali untuk check keadaan braces and tinggikan bite riser. Bite riser ni doktor letak filing putih yang macam tampalan gigi tu kat gigi geraham hujung kanan dan kiri supaya kita tak boleh tutup mulut rapat. Dia tak nak gigi atas dan bawah bersentuhan sebab boleh lambatkan proses gigi atas tu bergerak ke depan. Bite riser ni tak sakit cuma susah lah nak kunyah makanan. Biasanya saya akan kunyah sikit je and lepas tu telan. Haha

So appoinment selang 2 minggu tu doktor biasanya akan tambah ketinggian bite riser tu sbb dia akan terhakis bila kita makan. Sampailah Jumaat lepas, i thought doktor akan buat macam biasa tapi kali ni doktor suruh saya menggigit banyak kali sambil dia check keadaan gigi. And this time dah tak tambah bite riser lagi tapi sebaliknya doktor ketuk2 gigiku. Suspicious betul masa ni sebab nak tengok tak boleh. 

Then doktor bgtau dia nak cuci sikit gigi. Memang sebelum pasang haritu doktor dah bagitau setiap kali appoinment dia akan cuci juga gigi sikit2. Bukan scaling tau. Just cuci sikit2 je. And masa ni lah baru saya tahu yang doktor ketuk2 tadi tu sebab dia buka setiap bracket untuk keluarkan wayar. Actually bukan ketuk la tp masa dia bukak tu sakit jugak sbb ada force kat gigi. 

Then barulah dia cuci setiap satu gigi. Lama jugak. Saya memang suka doktor ni sebab dia teliti and tak berkira. Settle cuci gigi saya tengok dia ambik wayar yang dah bukak tadi tu and potong sikit kat hujung. Then baru dia masuk kan balik. Masa ni terpejam jugak mataku sebab terasa sakit and pressure. Ada tempat yang bracket tu mungkin susah nak tutup rapat doktor akan ketuk sikit. Dia punya sakit fuhhhhh

Bila dah siap pasang atas bawah baru betul2 terasa gigi jadi rapat and mulut mengecil sikit compare sebelum ni. Sebelum ni mulut saya muncung ke depan. Now jadi slim sikit. T____T

Tapi lepas tu memang susah lah nak bercakap and makan sebab sakit. Mujur esok tu dah okey sebab saya pun lepas je habis appoinment tu nak terus gerak ke rumah adik untuk majlis akikah dan kesyukuran anak buah. And after 3 days ni apa yang saya noticed saya rasa lebih selesa. Mungkin sebab wayar dah pendek and gigi dah rapat sikit so saya tak terasa sangat braces tu mengganggu bibir atau mulut saya. And i'm totally happy with this. So jom tengok gambar. Saja simpan sini untuk kenangan my braces journey


Day before pasang braces


One day after pasang braces


After first month

After 2nd month

So far yang saya perasan paling ketara adalah gigi No 43 dah mula masuk sebaris dengan gigi lain. Sebelum ni kedudukan dia agak terkeluar sikit. Itu je lah. Gigi atas masih belum nampak dia ke depan lagi. Cuma kalau tanya doktor dia cakap gigi atas tu sebelum ni serong ke dalam now dah mula semakin lurus ke bawah. Rasanya kena tunggu lagi 2 ke 3 bulan untuk tengok perubahan gigi atas tu. Sejujurnya memang rasa tak sabar sangat tau.  Appoinment pun sekarang dah gap sebulan sekali je. Things are getting easier.  Alhamdulillah

And masa kat kenduri akikah anak buah haritu yang baru semua family members tahu saya pakai braces. Diorang tegur muka makin tirus. Hehe. Saya memang nak surprise kan dorang pun. Soon my sister pulak akan follow pakai braces jugak lepas balik umrah nanti. Insya Allah



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!