Sunday, 6 September 2026

Jalan-Jalan di Sekinchan ~ 2 Days 1 Night


Assalammualaikum w.b.t

Kalau bukan asbab mak mentua datang ke Sekinchan kami pun tak mungkin ke Sekinchan ni. Hehe. Tapi asbab mak mertua dengan biras ikut rombongan ke sini dan budak-budak ni pun belum berjumpa dengan nenek dorang lagi sepanjang cuti sekolah ni, maka terjadilah percutian singkat ni. Which is I never regret sebab rupanya sangat enjoy ye, especialy to me yang memang dilahir dan dibesarkan dengan perkampungan sawah padi ni. So manyyyyy memories to remembered. 

Plan asalnya nak gerak seawal 7 pagi tapi kitorang terlambat sikit. Sepanjang perjalanan dari rumah sampai ke Rawang saya banyak tertidur je. Haha. Dah nak masuk Sungai Besar tu baru betul-betul terjaga and mula menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang.

Husband berhenti sekejap kat sini atas permintaan wife dia yang nak turun tengok padi dekat-dekat. Rinduuuuuuuu

Macam biasa ada sorang yang muka happy dan sorang lagi muka terpaksa. Haaha. Tapi lepas tu dia pun seronok juga bila dah rasa angin sawah yang kuat bertiup tu. 

Perjalanan diteruskan lagi sebab masing-masing dah kelaparan. Kami berhenti kat warung Fatboy yang viral kat tt. Tapi sejujurnya makanan kat sini tak berapa kena dengan tekak kami. Harga boleh tahan mahal tapi kualiti agak menyedihkan. Sobss

Tapi mujur view depan kedai ni cantik. So boleh lah bergambar sekejap.

Habis makan kami teruskan perjalanan dan kali ni husband bawak ikut jalan shortcut yang meredah semak samun. At first tu saya masih positif lagi tapi bila semak samun makin tinggi and kereta pun dah start terlanggar bonjol sana sini, i is serammm. Anak-anak pulak yang tenangkan mak dorang and confident bapak dorang tahu jalan yang dia ikut tu 

Finally, ini rupanya tempat yang husband nak pergi. I don't understand whyyyyyy. Bukan menarik pun T________T

Sekali lagi meredah semak samun sebelum berjumpa dengan jalan bertar and kitorang keluar kat Laman D Choco. At first nak stop tapi tak jadi. Kitorang berhenti kat kilang Berkat sebab teringin nak beli beras baru. Dah alang-alang sampai kan. Saya beli 1 pek yang 2 kg punya and 1 pek lagi yang 1 kg untuk bagi kat mak nanti. Dulu masa abah masih aktif bersawah memang setiap kali lepas padi tuai kitorang akan dapat satu guni beras baru. Saya dah lupa rasanya tapi memang sedap lah and orang biasanya akan excited kalau kitorang bagi beras baru ni sebagai hadiah. 

And sebenarnya masa kat kilang Berkat ni rombongan mak mertua pun ada jugak tapi mak mertua saya tak turun dari bas sebab dah kepenatan so budak-budak ni masih belum tahu lagi yang nenek dorang ada kat sini. Hehe

Lepas beli beras baru kitorang ke chalet yang rombongan mak mertua bakal check in, Inap D' Bondang. Tunggu sambil menikmati angin sawah padi yang sangat kuat. Oh myy i really miss those moments yang saya bersidai tepi sawah dengan friends, adik beradik satu ketika dulu. 

Kalau orang lain suka suasana sawah padi sama ada yang tengah menghijau atau kuning keemasan, tapi untuk saya, saya paling suka sawah padi selepas padi baru mula ditanam. Sebab sawah masa ni akan penuh dengan air. Dah macam lautan. Padi pulak baru tumbuh kecil. Dari jauh boleh nampak burung-burung meluncur laju atas air. Pesawah pun boleh nampak jelas dari jauh dengan topi jerami dorang. And masa ni kalau nak lari kat batas tu lebih yakin sikit sebab jelas. Kalau padi tengah tinggi tu risau sikit sebab asik kena libas je. Hehe


Kitorang tunggu agak lama jugak tapi disebabkan bas mak mentua masih belum settle lagi so decided untuk check in hotel dulu. Budak-budak ni pun dah bising kata nak rehat and asik tanya je kita tunggu apa kat sini ibu? aiyooo penat ubah topik. 

Hotel kitorang di Sabak Bernam. 20 minit juga dari Sekinchan dan Sungai Besar. Alhamdulillah sangat selesa dan lokasi tengah bandar Easy access to everything. Hotel pun baru. Takde gambar dalam bilik sebab terlupa nak ambil. Kitorang ambik triple room so kene pergi bangunan sebelah and kat bangunan sebelah ni takde lift so kena angkut sendiri barang-barang naik tangga. Tapi okey je sebab anak-anak pun dah besar. Masing-masing bawak beg sendiri. 

Malam tu baru keluar semula untuk dinner sekaligus jumpa mak mertua dan mokde dorang. 

Lepas lah rindu masing-masing. Mak mentua duduk chalet kat sini. And programme dorang pun full sampai ke malam. Baru je plan nak bawa mak mentua dengan biras keluar dinner sekali tapi tak boleh sebab ada lagi aktiviti dorang. 

Balik jumpa mak mentua baru kitorang gi dinner. nak cari ikan bakar, kerang bakar tapi sebab dah lambat so makan je lah apa yang mampu. Hehe. Tapi gerai-gerai kat sini memang bukak sampai tengah malam so no worries. Kita je lah larat tak larat lagi nak makan. Aqeel makan dengan mata separuh terbukak dah.


Day 2 

Esok nya lepas check out singgah Laman D Choco sekejap untuk shopping Choco jar. Sedap jugak. Rugi pulak beli 2 je. Kitorang ambik yang custom made, RM10 satu box. Saya share dengan Aqeel, husband share dengan Bunga sebab saya nak butterscotch + coklat. Husband pulak tak nak butterscotch sebab dia kata pelik and manis sangat. Aqeel of course lah ikut saja apa yang ibu suka. Haha

Try juga aiskrim Malaysia dengan ais tebu ni. Aiskrim tu biasa je tapi black tebu pong tu sedap!

Bergambar sekejap sebelum perjalanan diteruskan untuk mencari lunch pulak. Kitorang makan kat D'Miziee Warung. Kedai dorang ni nampak biasa je tau. Aqeel siap cakap lagi betul ke kita nak makan kedai atuk-atuk ni ibu sebab ramai atuk-atuk je makan kat sini tapi rupanya lauk dia sedap sangat! Semua lauk dia best. Cuma ralatnya mee udang je takde. Mee udang dorang ni ramai review kata sedap tau. Kitorang lepas makan pun siap tapau lagi lauk kari daging dia. 

Overal, trip ke sekinchan ni memang best lah. Kalau nak pergi sana better pergi bulan September macam ni. Ada tempat yang sawah menghijau, ada tempat yang padi baru ditanam. Kalau memang nak tengok view menghijau je bulan October just nice kot. 

So itulah dia percutian singkat kami. Insya Allah next month bawak anak-anak ke Janda Baik pulak untuk trip bersama USSRC. Tunggu dorang habis exam besar dulu baru enjoyyyy



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




No comments:

Post a Comment