Wednesday 31 January 2018

CLOSING DAY & SHOPPING DI SOGO

As'mualaikum w.b.t

Saja nak story kisah closing semalam. Biasalah bisness Shaklee ni hari terakhir untuk bulan tu kitorang akan kalut untuk closing. Masa ni lah masing2 nak make sure capai target dan secure rank atau bonus masing2. Kiranya hari closing ni adalah last day dah untuk pulun supaya dapat berapa banyak bonus yang kita nak bulan depan

So pagi2 lagi Dhuri dah bangun kemas rumah, basuh kain and siapkan apa yang patut supaya rumah teratur dan Dhuri boleh concentrate untuk closing. Masa ni peluh sejuk semua keluar la sebab nak make sure anak cucu bisness capai the highest percentage untuk bonus dorang. Bisness Shaklee ni dia ada pengiraan untuk percentage bonus. Paling rendah 5% dan paling tinggi 21%. Yang ni tak termasuk bonus lain seperti car bonus dan leadership bonus la. So kalau anak bisness dah hampir nak capai 5% tu memang tugas leader la untuk encourage dorang bagi cukup kan.

Apa yang Dhuri perasan sepanjang lebih setahun berniaga Shaklee ni, bisness Shakle ni bukan diukur dengan berapa banyak kau mampu buat sales tapi berapa banyak yang kau mampu untuk korbankan demi kejayaan mereka yang ada di bawah ko. Sejujurnya dulu Dhuri ni adalah orang yang introvert tau. Seorang yang pendiam dan cuma buat hal sendiri je. Tak campur sangat dengan orang apatah lagi dengan masalah hidup orang. Memang jenis tak suka nak dengar. Haha

Sampaikan dah kerja bertahun kat Utar ni pun ramai lagi yang Dhuri tak kenal walaupun satu level je. Tercengang cengang kalau kawan2 cerita. Bukan kat ofis je, kawan2 sekolah pun kalau bukan satu kelas, memang payah lah Dhuri nak ingat nama dan muka. Kadang2 bila orang cerita penat perah otak fikir siapalah ni. Haha. Memang pelik sikit tapi itulah diri Dhuri.

Tapi sejak berniaga, dan Shaklee pulak sistem dia ada upline dan downline. Upline kena tolong downline, kena ajar cara berniaga, ajar cara branding, ajar tulis iklan dan ajar macam2 benda lah supaya dari seorang yang tak tahu pape pasal bisness dia boleh pandai berniaga. Tapi sifat manusia ni ada masanya dia happy dan ada masanya dia mungkin down atau ada masalah dan kat sini lah leader atau upline tu mainkan peranan. So dari seorang yang tak suka campur masalah hidup orang Dhuri bertukar jadi a bit kepochi skit. Tapi kepochi yang baik la sebab dah jadi rajin tanya khabar anak bisness, rajin bagi nasihat kalau dorang ada masalah dan rajin brainstorming idea bisness marketing dengan dorang.

So back to the topic. Haha jauh melencong

Since semalam adalah hari closing so memang busy lah. Tapi husband pulak tiba2 cakap yang khamis depan dia ada confirmation meeting. Tak sangka dah setahun rupanya dia tukar kerja. Rasa macam baru semalam je ngaruk2 cakap kenapa kena kerja sampai malam, kenapa kena kerja weekend, sampai last2 dia berhenti kerja dan cari kerja lain. Kehkeh

So untuk isteri kat luar sana, kalau rasa tak boleh handle sebab kerja suami korang timetable dia pelik sangat, korang mengaruk okey sampai dia tukar kerja lain. Haha

Husband Dhuri ni kerja setiap hari pakai t-shirt dengan jeans je. Tapi untuk confirmation meeting ni dia kena pakai baju formal la which is baju yang dia takde. Haha
Rasanya last beli baju kemeja dia 5 tahun lepas masa dia keja kat UTM tu pun dah tak tau masuk kotak mana dah. So sebab semalam cuti Thaipusam husband ajak pergi shopping cari baju dia. Kebetulan Sabtu ni kitorang ada BLNC (event Shaklee) so timing tu agak perfect la untuk dia (tapi tak perfect untuk ku)

Ingatkan dia ajak pergi yang dekat2 je sekali dia bawak sampai ke SOGO dahhhhh

Orang lelaki ni memang, kalau time kita nak shopping dia bawak pegi Aeon je. Tapi time dia nak shopping tudiaaaa sampai ke SOGO wehhhhh

Tapi semalam okey lah jalan tak sesak sangat walaupun cuti Thaipusam. Sales macam biasa merata-rata. Kat SOGO kalau tak sales tak sah lah kannn. Heheh




Semalam terlupa nak ambik gambar so belanja gambar kitorang shopping kat SOGO dua tahun lepas. Heheh. Tapi lebih kurang lah dengan suasana semalam.

Husband try seluar dengan kemeja. Ada sales sampai 80% tapi yang murah baju je. Seluar dia tetap beli yang mahal k. Tapi takpelah setahun sekali kan bang. 😏




Seluar pilihan husband. Lagi mahal dari harga kasut Dhuri sepasang 😂




Baju ni lawak. Sebab masa test kat SOGO muat je tapi bila balik rumah kecik pulak. Rupanya kat sana dia try yang lengan pendek. Yang dia beli ni lengan panjang fitting kecik. Memang sempit la. Seksa ku tengok. Haha




Tali pinggang pun dia ambik jugak sebab yang ada kat rumah versi tak formal




Sambil tunggu husband shopping Dhuri pusing2 tempat lain. Terjumpa pulak jeans comel ni. Macam sesuai sangat kalau Aqeel yang pakai. So ambik la sehelai. Murah je, RM 30 tapi tak tahu lah tahun bila baru Aqeel boleh pakai sebab saiz 1-2 yrs dia ni besar kat Aqeel. Haha comel sangat anak ku itu




Eh apa ni..apa ni...Haha. Dah settle shopping barang husband dia ajak naik tingkat atas pusing2 sekejap sebelum balik. sampai kat bahagian handbag ni dia cakap "kalau bie nak, ambik lah satu"

Wahhh apa lagi kan, orang dah offer, kita rebut lah peluang. Hehe. Lepas pusing 16 kali depan cermin Dhuri ambik yang ni sebab warna ni tak pernah ada lagi. Plus harga dia tak mahal sangat. Ku sayang duit laki oiii sebab bini dia ni lah menteri kewangan keluarga. Takmo membazir di saat banyak lagi benda lain lebih penting. Ceewahhh 😂

Dah siap bayar semua turun bawah sekejap pastu makan. Masa ni dah tak senang duduk sebab Upline Kak Cip dah start wassap tanya pasal closing. Haa baru tau panas bontot kannnnn. Time menyoping tak hengat doniaa

Cepat2 ajak husband balik and sampai je rumah kembali memerap dalam bilik dengan laptop dan phone untuk fokus closing pulak

Sampai ke malam dok pulun kejar target lagi.




Sempat bancuh secawan vivix sejukkkk sambil tangan laju berbalas wassap dengan team mates Pursuericious dan customer sebelum ni

Alhamdulillah tepat kol 10.30 malam Dhuri finally closing dengan sales keseluruhan Pursuericious hampir RM 10 Ribu Ringgit dan berjaya kekalkan bonus 4 angka dalam Shaklee. Alhamdulillah

Sepanjang setahun lebih berniaga ni tak pernah lagi Dhuri tak dapat bonus dari Shaklee. Sentiasa on time Shaklee bayar. Dengan duit bonus ni jugak lah banyak yang kitorang mampu simpan dan beli apa yang kitorang nak. Tahun lepas sahaja total bonus Dhuri lebih 10 ribu ringgit dan dengan bonus tu kitorang dapat percepatkan impian untuk beli rumah. Alhamdulillah

Lagipun berniaga ni memang salah satu tujuan nya adalah untuk bahagiakan keluarga dan insan tersayang kan...So happy lah sebab sekali lagi dapat bonus 4 angka bulan depan. Hehe

Yang nak join Dhuri berniaga dan tambah pendapatan Dhuri alu-alukan sangat. Boleh join Dhuri di Pursuericious dan RYG. Ada banyak sangat kelas bisness yang kitorang aturkan untuk bantu korang belajar berniaga

Jangan segan silu untuk tekan imej kat bawah k



Atau kalau nak tengok katalog harga dan pesan order boleh pergi kat link ni (katalog Dhuri)

Ok till then. Bye ~



Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious



No comments:

Post a Comment