Sunday 28 January 2018

KRITERIA UTAMA SEBELUM MULA BERNIAGA ONLINE

Assalammualaikum w.b.t



Sekarang ni dah merata orang buat bisness online kan. So petang ni Dhuri nak share sikit kenapa bisness online ni jadi pilihan ramai dan apa kriteria yang perlu diambik kira sebelum menceburkan diri dalam dunia bisness online yang penuh onak duri ni. Eh bukan bisness online pun banyak onak duri jugak. Heheh

Tapi harini kita cerita pasal bisness online jela k sebab Dhuri pun buat bisness online jerrr


Walaupun Dhuri baru je berniaga online tak sampai 2 tahun lagi tapi sikit2 ilmu tu boleh la untuk share dan mana tahu kalau ianya bermanfaat dan boleh jadi panduan untuk orang lain jugak. Kannnn


Okey so back to the topic, kalau nak berniaga online apa kriteria utama yang korang kena fikir?


1. Nak bisness ada mentor atau takde mentor




Sekarang ni ada banyak bisness yang offer sistem mentoring. Stokis dengan dropshipper. Upline dengan downline. Tak kisah korang nak pilih yang mana pun asalkan kena kat hati sendiri. Tapi better ambik bisness yang ada mentor. Jangan start bisness online sorang2.

Sebab...


berniaga online ni benda baru yang kita baru nak cuba buat. Jadi kenalah ada mentor untuk tunjuk camne cara nak mula menjual tu. Tak kan main ambik gambar lepas tu up iklan "Saya jual ni. Meh la beli"

Kalau jual kuih kat padang sekolah boleh la guna teknik ni kan. Tapi bisness online berbeza. Customer tak duduk depan mata kita. So kita kena fikir

Berapa kali iklan kita nak up?
Macam mana nak tau orang baca ke tidak iklan kita?
Nak tulis gaya macam mana supaya orang tertarik nak baca?
Gambar pulak nak letak macam mana supaya orang tak rasa menyampah tengok iklan kita?


Semua ni kena ada orang yang boleh bagi tunjuk ajar. Kalau hentam keromo je result dia akan kurennggg memberansangkan. Belum kira lagi kalau kita nak belajar buat fb ads, copywriting sentap menyentap. Bayangkan takde cikgu nak ajar? Memang boleh karam bisness kita sebab kita akan lost. Tak semua benda kita boleh belajar sendiri dalam masa singkat. Jadi the fastest way untuk bisness kita bagi untung dan bukan nya rugi adalah find a good mentor first

Kalau boleh dari niche bisness yang sama. Kalau dia buat bisness lain kureng sesuai sebab setiap produk tu adakalanya tak sama cara marketing dan approach

Kalau bisness yang korang nak buat tu tak offer mentor maka cari atau pertimbangkan bisness lain dulu. Takut nanti korang baru mula sebulan lepas tu tenggelam. Tak nak macam tu k. Kita berniaga kalau boleh biar sampai bisness tu boleh diwariskan pada zuriat keturunan kita. Bukan untuk sehari dua atau sebulan dua k!! 


2. Apa platform bisness online yang korang nak guna

Nak guna FB sahaja ke? Atau instagram sahaja ke? Atau blog? Atau semua sekali? Macam mana nak tahu audience korang kat Fb suka baca iklan yang macam mana, instgram pulak suka yang macam mana. Semua ni kena tahu dulu lah. Atleast yang basic. Nak kerja mudah belajar dari mentor. Back to kriteria no 1. Hehe

3. Ada produk atau tanpa produk



Kena hati2 tau sebab sekarang ni zaman orang banyak menipu. Bila kita nak mula berniaga kita tak faham lagi kerenah manusia. Kalau bisness kita tu produk dia asik takde stok je, Macam mana kita nak jual. Betul tak? Ni banyak terjadi pada drosphipper yang tolong jual produk orang lain. Sebulan dua meletop lepas tu senyap. Customer nak repeat order, stok tak cukup atau tak sempat renew. Sudahnya customer mengamuk dan lari kat orang lain. Kita pun tercengang cengang sebab ini bukan salah kita tapi kita yang mendapat bahananya. Dah kena carik produk lain dan start semula from 0 marketing.  Rugiii masaaa

Kalau korang nak pilih bisness yang ada produk kat tangan pulak hati2 jangan sampai buat personal loan berpuluh ribu. Belum pandai berniaga lagi tapi dah percaya diri mampu jual stok berpuluh ribu ringgit

Impossible melainkan korang public figure terkenal!

Ukur baju di badan sendiri. Jangan termakan dengan janji manis orang yang nak tarik korang berniaga bawah dia sebab nanti dia dapat komisyen, korang semput nak habiskan stok sebab nak rolling duit bayar loan

Kita berniaga sebab nak tambah income bukan untuk buat hutang dan jerut diri sendiri!

The best bisness online bagi Dhuri adalah bila dia boleh offer korang mentor, stok in demand dan korang tak perlu buat loan sampai berpuluh ribu semata2 mata untuk mula berniaga

Macam Shaklee, Dhuri tak perlu keluarkan duit untuk modal. Cuma bayar keahlian je 80 ringgit. Dhuri dapat mentor hingga 6 orang ke atas which mean kalau mentor atas Dhuri stop berniaga atau tak membantu I can go for the other up level




Dan style bisness Shaklee ni registerkan orang ahli tak kan dapat apa2 komisyen. Dan bisness ni pun tak perlukan korang keluar duit untuk beli stok awal. Style dia, ada order baru kita submit dan Shaklee poskan barang

Basically lebih kurang dropshipper lah sebab kita cuma collect order je tapi bonus lebih besar hingga 43% dan sebab produk ni dari establish company yang dah bertahan 30 tahun kat Malaysia jadi takde isu yang biasa wujud antara dropshipper dan stokis. hehe. Sebab kita order direct dari website atau beli sendiri kat branch

Walaupun cuma ahli biasa tapi dah act macam stokis sebab boleh ambik sendiri, order sendiri, dan plan marketing sendiri. 


So amacammm nak buat bisness Shaklee tak?


Kalau nak boleh join Dhuri di team Pursuericious dan RYG. Boleh tengok katalog produk dulu kat sini (katalog Dhuri)

Atau register terus keahlian korang dengan click imej kat bawah 😊






Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious





No comments:

Post a Comment