Sunday 22 April 2018

Kek Cartoon Masha and The Bear Sempena Birthday Bunga

Assalammualaikum w.b.t

Tak tahulah berapa lama dah peram cerita kek Kakak Bunga ni oiii. Dia umur 2 tahun 4 bulan dah baru ibu dia hegeh-hegeh nak story. Hahahaha

Mintak maap la nak, ibu mu ni sibuk doplohpat jam. Tapi harini Dhuri cerita jugak kot ada yang tengah mencari kek cantik dan superrr sedap macam kek Kakak Bunga ni. Dan of cos sebagai kenangan jugak untuk anak ibu. Dah besar nanti boleh throwback keh. Hihi


Ini lah rupa kek birthday Kakak Bunga yang ke-2 tahun pada Disember lepas

Dhuri tempah dari teal.kitchenette 

Owner dia nama Kak Hayati. Baik sangat orang nya dan boleh tolerate dengan spesies mak cerewet macam Dhuri ni. Selera berubah-ubah sebab kek Kak Hayati semua cantik-cantik

Dhuri pilih Kek Nutella Fudge Caramel dengan tema Masha and The Bear

Masa dapat kek ni rasa nak melompat sebab cantik sangat. Kakak Bunga pun tak lepas pandang sebab dia fefeling dia Masya tu. hikhik

Harga kek ni RM 160 
Memang sangat berbaloi baloi sebab sedap yang teramat dan kek dia pun besar 

Bukan Dhuri je yang cakap kek dia ni sedap tau tapi semua customer dia pun puji kata kek dia semua sedap2. Korang boleh baca review kat ig dia. Dan sejujurnya teal.kitchenette ni bff Dhuri yang recommend

3 hari jugak baru kek ni habis. Walaupun simpan dalam peti sampai 3 hari tapi rasa dia tak berubah. Plus bila kita makan tu tak rasa muak macam sesetengah kek lain

Overal, Dhuri puas hati giler 

Ni no phone kak hayati if anyone interested nak tempah dengan dia 012-7770776 tapi korang kena pickup sendiri kek tau sebab kak Hayati tak buat delivery. Either pickup kat KLCC atau Bandar Saujana Putra

Dhuri pickup kat Saujana Putra sebab satu jalan ke Port Dickson. Kebetulan kami buat family day sekali

Okeylah, jom layan gambar sepanjang birthday party tu.  

Princess of the day

Menitis air liur bila teringat nutella fudge caramel ni. Sedap ya ampun


Kak Hayati bagi candle free jugak style bunga api macam ni

Acara potong kek. Adik dia yang over tak sabar. Hihi

Family potret

Bunga bersama maklong, makngah dan makteh




Finally, walaupun dah 4 bulan berlalu but still ibu nak wish jugak Happy birthday kakak ❤️

Till then bye ~~


No comments:

Post a Comment