Wednesday 7 November 2018

Jalan-Jalan JPO Dan Offline Coaching Pursuericious JB

Assalammualaikum w.b.t

Hai korang!!

Weekend lepas sempena cuti Deepavali Dhuri dengan husband plan balik kampung husband kat Senggarang Batu Pahat. Nak ambik anak dara yang dah 3 minggu duduk dengan nenek dia and kebetulan tu terus ke JB untuk jumpa dengan downlines a.k.a bff Dhuri dari zaman diploma kat UiTM Segamat.

Rasanya sejak 2 tahun kitorang berniaga ni, inilah first time yang Dhuri betul2 dapat jumpa serentak dengan dorang.

Actually ada lagi beberapa orang downlines Dhuri yang duduk kat Johor. Tapi yang free dan duduk berdekatan cuma dua orang ni je. Ngeee

Takpelah kita proceed coaching sambil throwback kenangan masa lalu



Sehari sebelum tu dah plan nak buat kat rumah Ana. Dia siap plan nak masak mihun tomyam lagi untuk kitorang. 
Thanks Ana sebab jamu kitorang makan and bagi anak2 kitorang sepahkan rumah ko! haha

Dhuri dengan husband gerak dari Batu Pahat lebih kurang pukul 10 pagi. Singgah Rengit dulu untuk jumpa downline Dhuri yang lagi sorang sebab nak cod order dia.



Sorry Yus bagi plastik pos laju je. Hehe
Sebenarnya plan asal nak pos tapi sebab dah kitorang 2,2 ada kat Batu Pahat and rumah Yus pun takde lah jauh mana dengan rumah mertua Dhuri so tu yang decide pegi je rumah dia. 
Yang lawaknya boleh pulak dia tak angkat phone. Naseb baik Dhuri masih ingat sikit2 rumah dia sebab dulu masa diploma pernah tido rumah Yus. Next time aku datang lama sikit Yus. Boleh makan masakan cik Ani yang sedap marvelous tu. hehe

Lepas rumah Yus kitorang terus je ke JB and sampai kat Gelang Patah Ana kata dia belum ready lagi so decide singgah sekejap JPO (Johor Premium Outlet). Dah lama Dhuri teringin nak pergi tapi asik tak sempat je. Kalini rezeki dapat singgah sekejap



Panas terik wehh JPO time ni. Gigih ku duduk tengah2 panas tu sebab nak ambik gambar. Tak pasal2 jadi juling. Haha
Dengan anak2 berlari sana sini. So at last Dhuri sorang je yang masuk kedai. Husband tunggu kat luar. Lebih selesa la konon nya. Tapi sadisnya pulak ku tersesat okeh!
Husband kena pusing satu JPO tu sebab nak carik bini dia yang dah tak ingat jalan balik ni. Naseb dia tak maki Dhuri. Haha. 



Sampai rumah Ana ngam2 dia dah siap semua and Pau pun sampai tak lama lepas tu. Macam biasa isi perut dulu lepas tu baru start coaching and pillow talk

Sebenarnya dorang ni dah buat bisness dengan Dhuri dah almost 2 tahun tapi ape ke hei ntah payah sungguh nak rank up sv. So sesi coaching kali ni lebih kepada bagi semangat and korek halangan2 yang mungkin jadi punca dorang susah nak rank up

Actually big WHY dorang besar. Pau terutamanya tapi biasalah kadang2 manusia ni banyak sangat biawak dalam kepala yang menghalang diri sendiri untuk pergi jauh. Dhuri harap Dhuri dah berjaya lah buang semua biawak dalam minda dorang and dorang boleh pergi jauh sejauh jauhnya lepas ni

Sampai pukul 6 lebih jugak kitorang coaching sambil2 throwback kenangan lalu. Zaman muda mudi masa duduk satu kolej kat UiTM segamat dan UiTM Shah Alam dulu. Hehe

Lepas Pau balik Dhuri stay sampai pukul 10 pm kot. Sebab husband ku nak jumpa bff dia iaitu husband Ana. Haha. Nak bersembang pulak


Sambil tunggu Acik Ana masak dinner, Kakak Bunga nyanyi lagu dulu untuk ibu. hehe

Anyway thanks Ana sebab macam2 dia masak malam tu. Siap dengan spagety sekali untuk anak2

yang kelakarnya dah nama pun BFF tak sah la kalau takde something yang kitorang sama2 share sebab suka



Taraa!!!!!

Nampak tak? Disebabkan Dhuri rasa warna lipstick Ana ni cantik balik tu terus ku pergi Watson beli jugak. HAHA


Sesuai ke idok dengan muka Dhuri ni? hehehe

Kalau korang nak tau dulu bibir Dhuri jenis mudah pecah dan merekah. Actually bukan dulu je. Sampai sekarang pun kadang2 akan pecah dan merekah

Satu sebab dulu Dhuri kurang minum air and kedua sebab jenis kulit Dhuri memang kering. So sekarang Dhuri amalkan Vitamin C dan Vitamin E untuk lembapkan kulit dan cegah dari kulit merekah

Hasilnya Alhamdulillah bibir dah kurang pecah. Kalau pecah jugak sebab kurang minum air Dhuri akan cepat2 telan Vitamin E dan sapu sikit kat bibir. Esok tu memang nampak fresh terus!

Kalau korang nak try vitamin E dan C ni boleh lah contact Dhuri ye. And kalau nak join bisness pun dialu-alukan untuk contact. Insha Allah sedaya mungkin Dhuri akan cuba guide

Okeylah. Till then bye ~~

**


Ps://Macam biasa nak order supplement Boleh contact Dhuri. No kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 

Promo bulan ni!
Beli 2 diskaun 5%
Beli 6 PERCUMA 1 

No comments:

Post a Comment