Friday 31 May 2019

Holiday Langkawi 2019 Day 2 - Part 1

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Hari kedua kitorang kat Langkawi!! Pagi ni breakfast nasi lemak dengan makanan berlebih yang beli kat pasar malam Pekan Kuah semalam. Anak-anak dah excited nak mandi laut. So lepas je breakfast terus masing2 tukar baju mandi


Adik nak baju Ultraman kakak pulak nak baju ponny. Dhuri beli kat shoppe je. murah. Tapi made in China la. Esok nak pergi harini baru sampai bajunya. hehe


Nak tau tak kakak Bunga sebab excited sangat dapat baju ponny sampai dia pegi iron kan baju tu tanpa kitorang sedar. Tu yang tangan jadi seksi tu sebab Dhuri terpaksa alter. Mujur terbakar kat tangan, kalau kat dada ke perut ke memang ke tong sampahlah jawabnya. T__T

Pantai Cenang. Bersih dan putih halus je pantai dia


Kitorang mandi manda dari pagi sampai ke tengah hari. Memang tak rasa langsung masa berlalu kalau dah berendam dalam laut ni


Nak ambik gambar kat sini buat kenangan tapi silap sebab pegi time dah basah kuyup. Memang tak lah jawabnya...Seksi uuuu. lol


Mak mertua tak mandi so boleh lah bergambar. Happy sangat mak sebab dapat duduk tepi laut. memang dah lama dia cakap nak bercuti tengok laut T__T

Lepas mandi manda kitorang balik semula homestay dan start mendobi. Itu yang untung nya ambik homestay ni sebab boleh basuh baju and tak payah bawak balik baju kotor. kannn. Dah setel semua kitorang keluar balik untuk lunch dan shopping! 

Tempat first yang kitorang pergi adalah Idaman Suri

Leleh air liur tengok pinggan mangkuk cantik-cantik kat sini. Tapi sebab naik flight maka pandang jelah yang mampu


Adik kirim teko. So ni tunjuk kat dia untuk dia pilih. Siap buat video call lagi kat dalam tu. Daring je staff kedai tu pandang ai. T__T


Yang ni pun dia berkenan jugak.. Dok pujuk suruh beli. Boleh letak kuih and desert time raya. Terpaksa lah kakak dia ni ikutkan je. Naseb baik kotak dia kecik tau. Dhuri risau pecah je sebab dulu pernah beli and wrapped masuk luggage. Sampai airport pecah tau. Sedih giler.. So kali ni bawa masuk kabin tapi takleh banyak lah


Husband suruh beli pisau ni and memang nak beli pun tapi last2 tak jadi hokeh. Ralat!!


Teko lagi. Why la teko2 kat Langkawi ni murah and cantik. Why takde jugak kat KL yang macam ni......

Lama jugak kitorang kat sini. Husband beli kuali yang base dia marmar. Senang nak masak dia kata, tak melekat. And memang betul pun. Murah je RM 30 lebih tapi serius berbaloi

Lepas habis menyoping kat Idaman Suri kitorang gerak ke Haji Ismail Group pulak untuk beli coklat


Kalau korang pergi Langkawi sila lah borong coklat ni banyak2. Dhuri rasa coklat ni yang paling sedap sekali kat dunia. Dhuri beli 6 peket kot and cepat giler habis. Rugi sangat tak borong banyak2

Yang ni Whittaker's bar. Dhuri tak beli pun sebab dah beli yang almond gold kat atas tu. 

Ada satu lagi coklat sedap. Ritter Sport. Tapi Dhuri beli satu je yang caramel mousse punya. Pun rugi giler sebab tak borong banyak2. Haihh nape lah ai pegi beli coklat Hershye dengan Daim yang banyak. lol

Dah puas memborong kitorang balik homestay semula untuk rehat. Malam ni nak dinner kat tempat yang famous kat Langkawi. Kat mana tu??? Tunggu next entry k. Hehe



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!








No comments:

Post a Comment