Wednesday 9 October 2019

Cancel Flight Air Asia and Get Full Refund

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Dhuri nak share dengan korang cara-cara untuk cancel flight dan dapat full refund. Benda baik haruslah dikongsi bersama kannnn. T__T

Tapiiiiiii harus diingat ini hanyalah terhad untuk flight ke Korea sahaja! Diulangi ke Korea sahaja!. Since ramai yang nak jumpa abam2 kpop tapi last minute ada hal lain pulak yang cross line so ramailah yang menangis kann sebab membayangkan duit yang bakal burn begitu sahaja. 

 Actually Dhuri pun baru je tahu benda ni sebab i pun antara yang menangis sebab tersalah tengok tarikh. Haritu lah sebab sekarang dah riang ria semula. Dhuri beli tiket ke Seoul dalam bulan 4 haritu. Masa tu memang fikir nak pergi time spring je. Nak tengok bunga sakura lah konon nya tapi dalam masa sama risau husband tak dapat cuti panjang. So last2 booked je tarikh 26 April tahun depan. Dah confident dah tarikh tu perfect sebab boleh sambung cuti sampai hari buruh 1 May



Cantiknya full blossom di Korea. Love it!!


Sekali.............

First kesalahan! Plan asal nak beli untuk 5 hari tapi terbeli 6 hari. Dahhhh tak boleh nak declare musafir. Tak boleh solat jamak dan qasar ye kalau kita dah tahu nak stay kat tempat tu melebihi 5 hari (2 hari untuk perjalanan pergi dan balik)

Okey lah Dhuri pejam mata je bab ni sebab still boleh adjust. Boleh solat waktu akhir dan awal. Lagipun solat ni bukan susah sangat pun. Kat mana2 pun Insha Allah boleh je solat asalkan pakaian dan tempat tu bersih dan cukup syarat.

Tapiii kesalahan kedua pulak muncul!! Bunga sakura yang Dhuri beriya sangat nak tengok tu rupanya muncul pada tarikh2 tertentu je. Dan full blossom untuk tahun depan jatuh pada 6 April sampai 13 April



Pergi tarikh 26 April tu ada apo je lagi?? Memang kirim salam di angin lalu lah jawabnya. Walaupun boleh ku pujuk hati ada bunga lain tapi rasa terkilan jugak sebab sebelum tu Dhuri memang refer kat satu blog ni and dia yang suggest pegi hujung April ehhhh. So lepas ni korang tak payah lah percaya kat blog lagi. Check je kat skyscanner tu tarikh2 cherry blossom kat Korea ikut kawasan tertentu.

Annnddddd kesalahan ketiga muncul! Yang ni paling tak boleh ditutup sebelah mata lagi dah!!! Tarikh 26 April tu rupanya jatuh bulan puasa!! Puasa 24 April so kiranya kitorang pergi 2 hari lepas puasa. Apakah???? Terus turn off habis mood. 2 hari gak dok blurr fikir nak proceed ke atau cancel terus sebab tau dah Air Asia mana boleh refund. Boleh tukar tarikh je tapi still kena penalti. 

Kali pertama Dhuri check kos penalti dan tukar tiket baru almost 2k. RM1200 untuk penalti sahaja sebab tiket oversea. Tapi masa tu tak tahu lagi and plus salah tengok pulak. So Dhuri ingat mahal sebab harga tiket mahal. Kiranya nak try lagi lah bila harga berubah tapi rupanyaaa memang penalti dia harga 1.2k tu eh. Sama harga dengan tiket awal yang Dhuri beli sebab beli time promo 1.2k je untuk 2 orang pergi balik. 

Nak tak nak memang kena proceed je atau cancel terus. Tukar flight atau beli baru memang bukan option sebab kitorang tight with the budget. Tak nak over spent. Dhuri dah fikir untuk cancel terus tapi husband suruh proceed je. Dia kata why not kita pergi je and rasa pengalaman berpuasa kat negara orang. Tapiiii Dhuri still serba salah sebab travel time puasa ni tak tahan lah. Lapar boleh tahan tapi haus tak boleh tahan. Dengan keadaan muka bumi korea yang banyak turun naik tangga and bukit tu memang Dhuri rasa kitorang akan surrender awal

Tapi nak dijadikan cerita Alhamdulillah Allah maha mendengar keluhan dan kerisauan hati Dhuri ni and dia pertemukan kitorang dengan penyelesaian. Tiba2 je terbaca satu posting kat IG yang kita boleh dapat refund untuk flight ke Korea. Teruslah Dhuri bukak website Air Asia and check betul ke tak. Rupanya betul!!!!

Yeayyyy! Alhamdulillah. Selamat duitku. Tapi Dhuri takde lah mintak refund serta merta sebab takut dorang bagi dalam bentuk point nanti kena guna dalam masa 3 bulan. Takut tak sempat kena dengan promo lain yang best. Air Asia kan banyak buat promo. lol

Tapiii disbebakan tiket Dhuri tu lambat lagi. Which is lebih dari 6 bulan so Dhuri boleh lah apply untuk dapat 100% refund. Ada syarat jugak untuk apply k. Korang refer gambar kat bawah. 




Cara nak apply mudah je. Korang bukak website Air Asia and terus chat dengan AVA (kartun berbaju merah yang sudi membantu korang 24h/7d) T__T

And lepas tu pilih lah option REFUND nanti dia akan bagi option nak refund lokasi mana. Click more smpai muncul perkataan Korea lepas tu select and follow je next instruction dia. Very easy peasy beb

Nanti dia akan tanya nak refund untuk satu tiket je ke atau tiket pergi balik. Nak refund untuk sorang atau semua sekali. Reason kita nak mintak refund pun dia akan tanya. And for me Dhuri jawab jujur je tak boleh nak travel time ramadhan. Lepas bagi reason dia akan tanya nak refund dalam bentuk point atau cash



Yang ni ikut korang lah nak pilih mana. ada pro and cons. Kalau pilih point takut tak sempat guna dah expired sebab ada time limit 3 bulan kalau tak silap. Kalau pilih duit takut terguna pulak untuk benda lain. Oppss.
Dhuri pilih cash refund sebab hati dah separuh nak pergi ke tak. 

Homestay Dhuri dah tukar tarikh dari 26 ke 5 April sampai 10 April. Memang sesuai lah untuk tengok cherry blossom tapi risau tiket tak murah time tu. So better i save cash supaya fikiran ku tenang. Kalau ada rezeki dapatlah pegi. Kalau tak kita postpone jelah ke tahun seterusnya. Homestay tak risau sebab boleh cancel je kalau tak jadi pergi.



Alhamdulillah dah settle. Now tunggu jelah duit masuk semula ke account yang kita guna untuk bayar haritu. Doakan impian Dhuri nak ke korea ni tercapai jua akhirnya k. Banyak sangat rintangan ni. T__T

Semoga bermanfaat untuk korang yang nak cancel flight tu. Haritu Dhuri browse tak jumpa sangat orang share cara untuk refund ni. Mostly untuk cancel je. Tapi yelah sebab yang boleh refund pun Korea je. Ada la lagi 2-3 negara tapi macam tak related sangat dengan rakyat marhaein macam kita ni. Nak tahu detail korang check je FAQ Air Asia k. Ni pengalaman Dhuri dengan flight Air Asia je. Airlines lain Dhuri tak tahu boleh ke tak dapat refund.


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







No comments:

Post a Comment