Monday 23 December 2019

Arahan Pembunuhan Atau...

Assalammualaikum w.b.t

Lately rasa terganggu dengan isu politik Malaysia antara pengakuan bersumpah Azilah dan sumpah laknat Dato Seri Najib. Well i'm not here to talking about politik sebab minat Dhuri adalah pada kes pembunuhan dan misteri

Dari kecik Dhuri memang suka baca novel-novel penyiasatan. Kisah 5 Sekawan, 3 sekawan, 7 penyiasat, siri salma, and many more. Movie mcam X-files, Sherlock Holmes, CSI, and banyak lagi la...Memang always become one of my favourite genre. Documentary or biography pasal2 kes2 crime yang besar kat Malaysia ni pun Dhuri akan tengok sama ada baca kat blog, kat youtube atau iflix-netflix

Cuma kes pembunuhan Altantuya ni yang agak misteri sikit sebab sampai sekarang motif pembunuhan tak diketahui dengan jelas. Ada banyak misteri pembunuhan atau kehilangan yang unsolved until today macam pembunuhan adik Nurin Jazlin, kehilangan adik Sharlini, kes Norita tapi kita tahu kenapa dorang dibunuh atau hilang cuma pembunuh nya yang tak dapat dikesan sehingga ke hari ni

Cuma kes Altantuya ni bagi Dhuri pelik sebab pembunuh dah ditangkap tapi motif masih tak jelas sehingga ke harini. Sama macam hilangnya MH370 tapi tak tahu sampai ke hari ni kenapa boleh hilang? Hilang ke mana?

Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, Dhuri pun antara yang masih menanti untuk mengetahui kebenaran akan kes ni

Well I'm not an expert cuma Dhuri pelik kenapa sewaktu pengadilan, hakim atau pendakwa raya tak pernah tanya apa motif Azilah dan Sirul bunuh Altantuya? Atau dah ditanya tapi dorang yang tak nak jawab? Why dorang tak nak bagitahu?? Apa yang dorang cuba sembunyikan?

Betul ke kes ni adalah konspirasi untuk menjatuhkan seseorang atau konspirasi yang perlu ditutup atas salah laku VVIP???

I'm not judging sebab Azilah dan Sirul dah diberi masa bertahun tahun untuk membela diri dan peluang untuk membela diri sentiasa ada selagi nafas masih di badan dan orang yang dituduh pun telah bersumpah laknat yang beliau tidak buat. So for me it's fair. 

Cuma yang Dhuri fikir...di saat semua orang merasakan kes ni complicated, konspirasi, penipuan, penutupan and so on why takde yang terfikir mungkin kes ni hanyalah sebuah pembunuhan yang mudah

Kerana dorongan nafsu? 
Kerana keadaan yang tidak memihak
Kerana memang ingin membunuh...

Ingat lagi kes Canny Ong? Mayatnya dibakar selepas dirogol dan dibunuh.. Cuma forensik masih menemui bukti sebab mayatnya tidak 100% hapus

Berbeza dengan Altantuya. Mayatnya sudah 100% hapus. Jika ada pun kesan pergelutan, rogol atau sebagainya..bukti itu sudah tidak dapat ditemui lagi

Mungkinkah Azilah dan Sirul membunuh kerana diarahkan atau kerana nafsu yang tidak dapat dikawal lalu kerana tidak mahu mendedahkan sikap buruk mereka lalu kisah itu dipendam dan dipergunakan oleh sesetengah pihak yang bertujuan jahat. Mereka tidak menafikan yang mereka membunuh Altantuya tapi how far it's gonna be, how brutal it can be......we dont know. They are UTK. Unit yang terlatih. They can be brutal if they want to

We have to remember, Mahkamah melepaskan Razak Baginda tanpa perlu membela diri. Seandainya mahkamah tidak dipengaruhi, maka keputusan membunuh ni sepenuhnya dibuat oleh Sirul dan Azhar sendiri

Semuanya logik bukan???

Well, i will keep this theory until the truth prevail



No comments:

Post a Comment