Thursday 25 November 2021

Meletihkan

 


Perjuangan melawan emosi sungguh meletihkan…

.


Saya pernah merasakan hidup telah berada di puncak kebahagian. Tiada lagi ujian2 besar kerana semuanya telah berjaya diharungi 

Dikurniakan suami yang penyayang. Anak2 yang sihat dan mendengar kata. Keluarga yang sentiasa menyokong dan menerima baik buruk diri ini. Sama ada di keluarga sendiri mahupun di keluarga mertua. 


Tiada apa yang perlu dirungut atau dikesal kesalkan lagi. Bersama peredaran masa, pengalaman demi pengalaman, kesusahan demi kesusahan…saya latih diri menjadi kuat dan ya saya rasa saya kuat.


Sehingga saya merasakan datanglah apa pun ujian saya boleh laluinya…


Saya terlupa bila Allah menguji bukan dia nak tengok kita kuat atau tak kuat. Kita power atau tak power…


Yang Dia uji bukan kekuatan…tetapi iman


Dulu saya rasa bila kita susah, yang boleh tolong diri kita adalah kita sendiri. Apapun yang berlaku, kena diri kita yang kuat, kita yang kena usaha, ikhtiar, perbetulkan..

Tapi harini saya faham…ada perkara yang kita sendiri pun tak boleh nak tolong diri kita. Kita rasa kita boleh, kita cuba dan cuba sehingga menjadi letih dan lelah. Sehingga akhirnya kita tersedar kita tak mampu


Sehingga terdamparlah kita di tikar sejadah, di keheningan malam, dengan deraian air mata dan rayuan berulang kali “Ya Allah tolonglah aku…” 


Kita tidak minta lagi kekuatan, kita tidak minta lagi kesabaran. Kita juga tidak minta lagi ditunjuk kan jalan keluar. Yang dipinta cuma bantuan. Tidak kira apa pun ia, kita hanya mahu Dia bantu kita


Kerana kita benar2 kelam dan buntu. Ingin minta kesabaran, kita tidak tahu benarkah sabar boleh membantu dalam keadaan ini. Atau kita perlu bertindak...tapi tindakan yang bagaimana? Adakah itu yang terbaik? Bagaimana kalau hanya kita yang merasakan itu yang terbaik tapi tidak di sisi dan pandangan tuhan?


Benar, ujian Dia pada orang mukmin adalah iman. 


Dalam keadaan kita yang paling rendah, paling bawah…imanlah yang teruji. 


Kuat atau tak kuat…ada orang tetap boleh laluinya juga kerana dia sememangnya kuat. Mental dan emosinya telah dilatih untuk sentiasa kuat dan pandang ke hadapan. Tapi adakah apa yang diteruskan sememangnya apa yang Allah ingin dia terus buat…?


Bagaimana hidup menjadi kuat tetapi hilang keberkatan dan rahmat….


Inilah yang sedang saya lalui. 


Diuji bukan saja dengan sesuatu yang disayangi tapi lebih besar kerana menentukan keimanan. 


Tidaklah seorang mukmin itu mengaku beriman selagi dia belum diuji. Dan dia pasti diuji dengan sesuatu yang dia sayangi. Boleh jadi suami, isteri, mak ayah, pangkat, kedudukan atau harta benda.


PASTI!





No comments:

Post a Comment