Tuesday 16 November 2021

Rentas Negeri Selepas Episod PKP



Assalammualaikum w.b.t

Haii korang!! Finally kerajaan benarkan rentas negeri. Ramai la yang ambik peluang untuk balik kampung. Yelah dah 2 tahun terperangkap kat rumah sendiri, bila dapat je kebenaran rentas negeri, masing2 bagai ayam lepas reban la. Hahaha

Sebenarnya sebelum kerajaan umum boleh rentas kitorang dah sampai dulu ke kampung saya. Sebab road block dah takde and kitorang agak yakin kebenaran rentas negeri akan dapat dalam 2-3 hari lagi. So redah je lah balik. 2 minggu juga saya dengan anak2 kat kampung. Husband balik semula ke KL lepas seminggu sebab dia kena masuk ofis. Saya pula masih lagi work from home


2 kanak-kanak riang yang banyak betul akalnyaa

Antara gambar kenangan anak2 sepanjang kat kampung

Bila saya kene masuk ofis, husband pula work from home. And disebabkan dah lama sangat husband tak balik jumpa mak dia, kitorang decide untuk husband balik dulu Batu Pahat bawa anak2 meanwhile saya tinggal kat KL sampailah last day keje.

Seminggu jugaklah duduk rumah sorang2 T___T 

Awal2 tu rasa sunyi jugak sebab dah biasa bunyi riuh rendah suara anak2. Ni tiba2 tinggal sorang2 je...


Tapi bila dah start kerja, kurang dah rasa sunyi sebab siang pergi kerja. Husband pula siap pesan "dah tinggal sorang ni nak makan apa2, order aje" haha yang dirisaukan bukan bini dia takut duduk sorang ke apa tapi takut bini tak makan T___T

Tapi yang lawaknya hari last je order. Lain masak sendiri. lol 

Sepanjang husband takde tu, saya pergi kerja naik motor je. Dah lama tinggalkan dunia merempit, nervous lah jugak. Tapi sehari je. Masuk hari kedua dah siap boleh cilok dah


Orang kata skill ni camne pun akan datang balik once kita mula praktis semula.

Balik Batu Pahat ni saya ambil bas. Tapi bukan ke BP sebab hari yang saya balik tu husband nak melawat makcik pakcik dia di Kota Tinggi. Saya beli tiket ke Yong Peng dan decided stay kat rumah kakak saya sehari dua sebelum husband boleh datang jemput


Ni masa kat TBS tengah tunggu bas sampai. Awal juga saya sampai. Saya advise korang kalau beli tiket pukul 10am, turun la kat bawah tu paling lambat 9.30am. Bukan apa, sebab saya tengok ramai sangat yang tertinggal bas sebab turun ngam2 atau lambat 5-10 min. Kesian pun ada tengok yang siap bawa mak ayah....tp nak buat camne, bas dah jalan. Kene lah beli tiket baru. So kalau tak nak bazir duit, turun awal k


Saya naik bas Billion Star. Bas ni mewah. 3 seat je setiap row. Kerusi siap ada function massage lagi. Ada tab, wifi. Pendek kata memang selesa and puas hati la. Bas berhenti sekali kat Terminal One, Seremban. Then terus je ke Yong Peng. Sempatlah megimbau kenangan bila tengok Terminal One tu. Rasanya kali terakhir pergi terminal ni 8 tahun yang lalu. Hiks 

Terminal ni masih sama macam dulu. Tak banyak perubahan. Ni lah kenangan naik turun bas setiap kali nak keluar dari N9


Sampai Yong Peng, abang ipar dengan anak2 buah jemput. Kakak saya tengah kerja lagi. Dok ingat abang ipar terus drive balik je tapi rupanya dia bawak ke kenduri kahwin T__T 

Lepas makan, and bersalaman dengan tuan rumah baru lah kitorang balik. Sempat juga hulur untuk salam kaut, yelah dah kita pun datang tak diundang...tapi makan dijemput ye. T__T

Kakak saya balik petang tu terus kitorang siap2 untuk dinner kat luar pula. kakak saya bawak makan kat Batu Pahat



Puyuh goreng. Korang pernah makan tak? T__T

Our main dish. Ikan siakap masak stim limau 

Bergambar sekejap sementara tunggu order sampai.

Esoknya sambung lagi makan2 dan jalan2. T__T

Belanja kakak dengan anak2 buah makan di US Pizza


US Pizza ni pizza baru jugak lah kat Malaysia. Tapi kalau tanya review, saya lebih prefer domino's. Pada saya domino's sedap lagi....



Kitorang dine in tapi kene duduk 2 meja berasingan sebab policy time2 covid ni satu meja dua orang dewasa sahaja.

Habis makan, sambung jalan2 kat BP Mall pula



Dia tak sedar ku snap picture ni. Hehe

Malam tu selepas seminggu lebih terpisah, husband datang jemput. Jejak kasih sekejap dengan anak2. T__T  Duduk kat rumah mak mertua saya 2 malam lagi then kitorang sambung ke Melaka pulak...

Dah jadi macam rutin pulak. Asal balik BP je mesti singgah Melaka. Haha. Tapi kali ni bawak anak buah saya sekali jalan2. Pergi zoo, makan2....saya sambung kisahnya kat next entry k


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


 


No comments:

Post a Comment