Thursday 9 December 2021

Anak Kena Gegata

Assalammualaikum w.b.t

Haii korang!! Pernah tak anak korang tiba2 je naik gegata satu badan? And korang tak tahu pun punca nya kenapa....Ni lah yang terjadi kat bunga pagi tadi. Bangun tidur tiba2 je bawah mata dia bengkak. Dhuri sapukan cream herbal blend and bengkak tu surut so dia pun pergi lah sekolah macam biasa

Balik sekolah masih lagi okey. Tapi macam sejam dua lepas tu dia bagitau kata badan dia gatal. Bila Dhuri tengok, mata dua2 belah dah bengkak. Bengkak yang besar betul tau sampai mata dia jadi berat nak bukak. And kat tangan and kaki dah start naik sikit2 bintat merah. Dhuri sapu lagi cream herbal blend and tinggalkan dia sekejap2 untuk buat kerja rumah

Tapi setiap kali datang tengok dia balik mesti bintat tu makin bertambah and jadi makin besar. Kitorang laki bini ni sebab dah banyak kali pengalaman anak allergic so memang tahu lah ni mesti allergic jugak ni. Terus decide bawak klinik sebelum makin melarat. Bunga pun time ni dah tak boleh nak tidur sebab asik tergaru garu je.

Tapi mujurlah masuk dalam kereta dia aktif balik. So kurang sikit lah risau tu


Ke KPMC lagi lah kita. Mujur jugak husband pilih KPMC sebagai klinik panel. Senang juga bila ada emergency macam ni. Boleh terus ke sini je. 


Sampai je kat klinik, tengok bintat kat muka Bunga makin besar. Kat dahi tu dah macam benjol terlanggar tembok


Urusan pendaftaran cepat walaupun sekarang tengah musim covid. Cuma basic rules lah dorang tanya kita ada demam ke batuk atau tak. And since kitorang berdua takde batuk atau demam, terus isi borang and tunggu nama kena panggil


Dhuri je yang masuk temankan Bunga. Husband dengan Aqeel masuk kemudian tapi Dhuri suruh dorang keluar balik and tunggu dalam kereta. Risau lah ramai-ramai kat klinik time covid ni. Better kita extra berjaga-jaga.

Sedihnyaa muka T____T

Alhamdulillah masa nak jumpa doktor tu bengkak dia dah surut banyak. So doktor just bagi ubat anti radang, gatal dan calamine lotion untuk sapu. In case gegata ni berulang lagi baru buat allergy test pula. Sebab sekarang ni memang tak tahu lah dia allergy apa. Sebab tengah hari tadi dia makan nasi putih dengan lauk ayam masak asam. Kat sekolah pula makan nasi ayam. Benda yang dia biasa makan je pun. Macam tak logic pula jadi punca allergy. Tapi Dhuri teka mungkin sebab habuk. Kebetulan jiran kitorang tengah renovate rumah. Ni Dhuri teka je lah. Sebab tu je benda yang berbeza. Atau mungkin juga sebab hujan sebab dia tunggu ayah dia jemput tadi dalam keadaan hujan gerimis.

 Adik senyum mengejek. lol

Selalu adik yang kena allergic ni tapi kali ni kakak pulak yang kena. Solution Dhuri untuk anak2 allergy ni memang cream Herbal Blend and kalau teruk sangat bawak klinik. Macam Aqeel memang tak boleh tunggu sebab dia allergic siap dengan pakej hingus meleleh. Bahaya takut salur pernafasan bengkak dan tak boleh bernafas. Macam Bunga ni selalunya sapu herbal blend je dia surut. Cuma malam ni macam bertimpa timpa pulak naik nya. Itu yang akhirnya ke klinik juga kitorang

Sedikit petua untuk anak2 korang yang kerap kene gegata, sila la standby Herbal Blend kat rumah sebab memang sangat2 membantu bengkak surut. Dia ambik masa sikit tapi insya Allah bengkak akan surut lepas 2-3 jam. Macam Bunga tadi lepas sapu kitorang terus bawak ke klinik. Masa kat klinik pun dah start surut sebenarnya. 

And kalau jenis gegata lamaaaaa nak elok, boleh cari daun bonglai, layurkan kat api and bila dah sejuk tekap kat tempat gegata. Ni pun insya Allah satu petua yang sangat mujarab. Sebab Dhuri dah pernah laluinya sendiri. Boleh cuba ye

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



 









No comments:

Post a Comment