Tuesday 27 September 2022

Review: Bayview Hotel Langkawi

  Assalammualaikum w.b.t

Haii korang!! Dua hari terakhir di Langkawi kitorang check out dari Hotel La Villa dan check in Bayview Hotel di Pekan Kuah pulak. Dhuri sebenarnya dah lama teringin nak check in Bayview ni sebab ni antara hotel yang kita akan wajib nampak kalau ke pekan Kuah. So selalu lah tengok dari jauh. Cuma nak stay tu tak berkesempatan sebab selalunya dah ada plan lain. Yang kali ni sebab trip ni pun memang untuk santai-santai so last day lah baru kitorang plan nak beli sikit coklat atau ada pinggan mangkuk yang berkenan ke untuk bawa balik KL. Bayview ni memang strategik sebab dia betul-betul kat pekan kuah dan sangat dekat dengan HIG. Jalan kaki pun boleh. But, being me..(princess lilin) of course lah pergi sana naik kereta. Haha



So dah alang-alang last day takde plan nak buat apa dah. So kitorang booked lah hotel Bayview ni. Bayview ni hotel 5 star. Tapi rate dia tak lah mahal sangat. Kitorang ambil superior room with twin beds, harga cuma rm99 je untuk 2D 1N. Sampai je depan hotel ada bellman yang akan bukakan pintu dan bawa luggage kita ke bilik. Hotel La Villa yang kitorang bayar hampir 2K tu pun kena bawa luggae sendiri k. lol


Disebabkan kitorang sampai tu dah petang sebab sebelum tu jalan-jalan dulu kat sekitar pantai cenang makan laksa dan beli souvenier sikit so masa sampai tu memang kelaparan lah. Kafe pulak dah tutup untuk lunch tapi dorang still ambil order. So kitorang tempah room service je. Order pineapple fried rice dengan ayam goreng. Ya Allah sedappp gila wehh. Chef hotel 5 star lah masak kannn. Dhuri rasa memang sangat berbaloi. Tak payah makan tempat lain dah. Kat hotel ni je pun memang dah sedap sangat. 




Bilik pun luas. Selesa. Superior room je pun tapi puas hati! Setiap bilik pulak memang ada bath tub. Lagi bergumbira lah anak-anak ku mandi. Haha

Cuma yang kurang nya adalah toiletries. Tak disediakan berus gigi ye disini. Hanya shampoo, shower dan conditioner sahaja. Ohh dengan shower cap. Mujur ada extra berus gigi dan ubat gigi yang kitorang angkut dari La Villa. So kitorag guna yang tu je. lol

Takde aktiviti sangat pun kat hotel ni. Malam tu keluar sekejap untuk cari luggage tambahan tapi sayang nya pekan Kuah waktu tu betul-betul suram. Luggage yang kitorang beli agak menyedihkan tapi dah takde option lain dah. Beza sangat dengan last time pergi dulu. macam2 jenis luggage ada. HIG pun suram lagi menyedihkan. Coklat tak banyak pilihan. Pinggan mangkuk semua lagi lah takde. Kitorang tak beli pape pun kat HIG. 


Esok tu disebabkan kitorang tak ambil breakfast so pagi tu memag bermalasan je lah. Pukul 12 tengah hari check out baru kitorang pergi ke kafe dia untuk lunch

And again, makan kat sini memang sangat-sangat sedap!!! Bila ingat balik kan Dhuri rasa rinduuu gila nak makan lagi pizza dia tu. Ya Allah sedapnya. Walaupun sebelum ni cakap tak nak dah pergi Langkawi sebab semua tempat dah pergi tapi now dah ada reason untuk datang lagi. Haha


Perut dah kenyang maka jom lah kita balik. Sebelum ke airport sempat lagi singgah beli coklat sikit. Kitorang macam tak nak beli banyak sangat sebab takut lebih muatan. Dah sampai airport baru perasan coklat daim kitorang 2-3 pack je. Apoooo
And kat airport Langkawi takde timbang luggage ye. So kalau terlebih tu takde hal pun sebenarnya. Ramai je yang bawak naik ke kabin. Padahal kan kitorang ni dah selalu pergi Langkawi, tapi part ni mesti lupa. Rugiiiiiiii. lol



Beg merah tu lah yang kitorang beli. Tak best pun sebab tak boleh tarik sisi tapi sebab dah takde choice lain.. Anyway, Bayview hotel is the best!!! Hopefully next time kitorang pergi lagi, Bayview still sediakan harga bilik yang murah macam ni dan makanan still sedap macam sebelum ni. Aaaaaaa dah start rinduuuuuu T________T




Goodbye Langkawi. Jumpa lagi next year. Hiksss


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




No comments:

Post a Comment