Monday 26 September 2022

Laksa Sedap di Langkawi

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang! Kembali bersiaran. Kalau ke Langkawi tak sah lah kalau tak pekena laksa kan. Tapi kat mana laksa yang sedapppp? 

Okey ikut pengalaman Dhuri, Laksa tersedap di Langkawi adalah laksa ikan sekoq yang boleh didapati di sekitar airport Langkawi. Memang banyak food truck kat situ. Mostly dengan menu yang lebih kurang sama. Laksa, air kelapa, abc, pasemboq, rojak...Kalau korang rajin boleh try setiap satu food truck untuk cari yang paling sedap. Dhuri personally takde yang favourite sebab semua pun sedapppp. Hehe

Makan-makan kat sini sambil menikmati angin laut dan turun naik kapal terbang memang best.

Trip kitorang ke Langkawi kali ni lebih santai jadi hampir setiap hari memang kitorang akan datang ke sini sama ada waktu lunch atau untuk minum petang


Cantiknya bila tengok lautan biru luas terbentang. Sometimes kan Dhuri rasa dorang yang buka gerai kat sini beruntung sebab boleh nikmati pemandangan indah macam ni setiap hari. Mesti seronok je kan..hidup sederhana tapi jiwa aman bahagia. 



Sementara tunggu makanan yang kami order sampai, anak-anak main di tepi pantai dulu. Seronok sangat dorang walaupun kat rumah dah puas mandi kat private pool tapi bila jumpa laut tetap excited juga. 





Laksa yang Dhuri makan first day ni sedap tapi kalau ikutkan Dhuri pernah makan yang lebih sedap lagi dari ni. Tak sure la maybe sebab takde ikan sekoq ke atau sebab kuah nya agak kurang pekat..


Tapi mee bandung dia sedap! Yang ni memang Dhuri suka dan puas hati. Cuma kalau kurang pedas lagi umphhh sebab ku ni tak tahan pedas sikit. T____T


Hari ketiga kitorang datang lagi. Kali ni order mihun sup, rojak dan macam air lai chi kang tu tak sure nama apa. Dari gerai lain-lain pula. 



Laksa kali ni sedap sikit dari semalam. But still Dhuri tak jumpa rasa yang sesedap Dhuri pernah makan dulu. Ohh btw, time kitorang pergi ni memang takde ikan sekoq tu. Dorang kata tak musim. So marilah berhuhu....


 Coconut manggo ni memang banyak kat situ. Kitorang beli juga untuk rasa. Sedap juga




Gelagat anak-anak di hari ketiga. Seronok betul lepak kat sini. Datang setiap hari pun Dhuri sanggup. Hehe

Ohh selain daripada laksa, ada satu kedai ikan bakar yang sedap kat Langkawi ni tau. Kitorang jumpa secara kebetulan sebab time tu agak kurang kedai makan beroperasi. Kedai pun tutup awal. Maybe sebab baru nak okey dari pkp, so lepas jalan-jalan kat Pekan Kuah nak on the way balik ke Cenang kitorang jumpa kedai ni. Husband berhenti kat sini sebab nampak tak ramai sangat orang. Kitorang memang dah lapar gila time tu sebab cari kedai makan tak jumpa. So bila tengok tak ramai kitorang agak mesti lah makanan nya cepat sampai kan...

 Rupanya bukan setakat servis je bagus tapi makanan dia pun memang sedap!! kedai ni bukak dari petang sampai awal pagi. Siap ada live band lagi tau kat sini. Malam pertama kitorang datang tu, dorang nyanyi lagu Alleycats, setahun sudah berlalu. Fuhh syahduuu. Terus lusanya tu datang lagi. Haha 




Kena datang sini k kalau korang ke Langkawi. Daging goreng kunyit dia wajib untuk korang cuba sebab lain dari yang lain. Dan Insya Allah tak mengecewakan. 

Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment