Malam sebelum bertolak tu husband perap ayam, sosej dan burger. Saya cuma kemas baju je. Barang-barang lain semua husband yang prepare untuk bawak. Seawal 8 pagi lagi kitorang dah gerak dari rumah sebab Kalumpang ni jauh jugak dari rumah kitorang.
Sampai sana budak-budak ni of course dah tak sabar nak mandi. Tapi sebelum tu husband tanya dulu kalau ada gazebo yang kosong untuk kitorang sewa. Alhamdulillah dapat yang dekat dengan parking dan just nice dengan sungai.
Kitorang siap bawak toto dan bantal lagi tau. Harga sewa kalau tak silap RM100 untuk sehari. Sementara husband bawa turun barang-barang dan setup untuk BBQ, saya bawak budak-budak ni mandi sungai dulu.
Air dia sejuk masya Allah. Bunga pun tak tahan. Aqeel je gigih berendam. Suruh naik makan pun dia tak nak.
Husband pulak take over mandi dengan budak-budak ni. Saya memang tak mandi la. Saya naik atas untuk berehat di gazebo.. Tengah syok baring tiba-tiba dengar suara riuh. Rupanya cuaca tiba-tiba bertukar jadi hujan gerimis. Kelam kabut saya bangun nak panggil husband dengan anak2. Tengok pekerja kat sini pun dah jerit-jerit panggil suruh naik atas sebab risau kepala air.
Tapi hujan tak lama. Lepas tu cuaca elok balik. Tapi sepanjang gerimis tu kitorang memang spent kat gazebo je sambil makan-makan. Anak-anak pun saya dah suruh tukar baju. Tak berani nak bagi dorang mandi lagi. Lagipun air dia sejuk sangat.
Sebelum balik bergambar dulu kat jambatan gantung ni. Sebelah sana private chalet. Kalau nak bermalam, boleh ambil chalet kat sini. Nak camping pun boleh. Nak buat family day pun sesuai sebab tapak dia luas. Cuma air dia agak laju sikit and banyak batu besar. Kalau setakat nak berendam je okey. Tapi kalau plan nak buat kuak lentang bagai tu tak berapa sesuai.
Gazebo tu kalau sewa sehari boleh stay sana sampai petang. Kitorang sampai pukul 5 je and lepas tu kemas2 sebab nak singgah cendol Pak Samat KKB pulak. Yang ni wajib kalau dah datang sini sebab cendol dia surrr gilerrr
Walaupun cuma sehari dan singkat tapi anak-anak sangat happy dapat mandi sungai. Ibu pun happy sebab tahun ni kitorang dah boleh plan semula percutian keluarga. Kita start small k anak2
Till then bye ~~~













No comments:
Post a Comment