org kate kalau anak lelaki 17 minggu ni dah boleh nmpak dah sebenarnye, tp haritu scan kt kk seram pulak nk tanye doktor...kalau pegi scan kt private skrg rase rugi pulak sbb kebarangkalian doktor ckp x nmpak tu tinggi...hehe...lgpun 2 minggu lagi nk kene repeat scan lagi...so sabar jela...owh btw, last time jumpe doktor haritu doktor pesan utk dtg semula 2 minggu lagi utk repeat scan and bawak buku merah yg lame sbb die nk tgok previous record..dia nk confirmkan aku betul2 ade gbs atau x...lgpun dr result scan baby mcm progress lambat 2 minggu...hati aku risau jugak sbnr nye sbb last scan kt hospital sg long haritu date baby dgn last period aku masih selari...tp bile fikir balik bunga dulu pun setiap kali scan doktor kate kecik 2 minggu,,,kecik 3 minggu..so aku mcm tenang skit la....hopefully xde pape...sebelum keluar, doktor advise utk pegi hospital kalau berlaku apa2 pendarahan.
okeh back to the topic...since its too early to know baby's gender trough scan so aku saje2 la google tips org2 lame ni ha....so nnt boleh la kite compare betul ke tidak...haha....lets cekidaut..
Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika...
Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
- - Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. x pasti la sbb check kt kk xde lagi dgr degup jantung tu....mungkin next checkup boleh update..
dah check..tp baru sekali je check...118
- - Perut anda “rendah”. rase mcm biasa je...tp yg sbnar nye xtau nk tgok cmne...haha
- - Anda sangat berseri-seri ketika hamil. Boleh kate langsung x berseri...kusam je muka ni, jerawat kecik2 pun dah penuh satu muka...malas giler nk makeup...
- - Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. mabuk....mane boleh x mabuk aku ni...cume kurang skit la kot dr bunga dulu tp still aku kategori kan sbgai teruk sbb aku mmg lemah giler...n pemalas giler...smpai harini pun aku x penah lagi masak...masuk dapur pun nk cpt2 je keluar..wan yg kne masak hari2..haha
- - Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri. biarlah rahsia...tp bnda ni cam xleh ikut sgt sbb bunga still lagi menyusu kdg2 n aku pulak mmg lebih selesa bg dia belah kanan...so xleh nk ambik sbgai testimoni...hehe
- - Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar. x test lagi...nanti aku try...hehe
- dah test...x besar pun...haha
- - Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging. daging mcm x lalu sgt...dulu time ngandung bunga boleh kate hari2 order sup daging...tp yg kali ni bau sup aku x suke...daging pun mcm makan terpaksa2 je...huhu
- - Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil. aku dah rase tapak kaki aku...rase cam biasa je...hehe..tp mane lah aku tau sebelum ngndung dulu die cepat ke lambat ke jadi sejuk kan :p
- - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing. x penah try tp lepas ngndung bunga dulu budak2 ofis aku ni ade la buat game cmni..ikat cincin pastu letak atas tpk tgn..kalau ikut time tu...mmg lepas membulat die pusing panjang lak....dorg ckp yg bulat anak pempuan, yg pusing panjang anak laki....aku ni sbnr nye xde la nk percaya bnda ni sbb takut jadi syirik tp mmg ade kajian kata emas ni mcm ade skit telepati dgn rahim org perempuan...cube kalau buat kt tpk tgn org laki..mmg xbergerak...tp apepun wallahualam....
- - Kulit anda menjadi kering. kulit aku ni mmg semulajadi kering sbb ade ekzema kn...kulit muka lagi la..dah mcm bersisik kdg2 aku tgok...cmne eh nk buat...hehe
- - Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap. umur aku skrg 28. nombor bulan ia berlaku 7...jadi nya 28 + 7 = 35...nombor ganjil.....
- - Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil. rambut aku mmg pattern nipis..lagi la sejak bunga dah pndai menyembur ni..asik gugur je...tp aku suka jugak la tgok rambut aku lepas syampu sbb nmpak cam cantik berseri seri je...
- - Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil. bulu kaki x pasti...
- - Anda lebih mudah diserang sakit kepala. yup...bila x cukup tidur atau panas mula la sakit kepala (sbb tu aku snggup angkat kipas letak belakang workstation aku ni sbb econ opis semput sgt)...mungkin benda ni biasa tp masa ngndung bunga dulu aku x pernah walau sekali pun dpt sakit kepala...pelik kan...Alhamdulillah sgt sbb aku setakat ni bila ngndung je, demam ke selsema ke mmg xde..cuma aku mabuk je... Alhamdulillah 3x
- - Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur. xtau la utara ke timur ke selatan ke sbb xde kompas...henpon aku ni pun bila install kompas, x bergerak jarum nye....
- - Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
- - Anda tidur mengiring ke kiri.
- - Air kencing anda berwarna kuning cerah.
- - Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
- - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
- - Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.
so itu yg laki, now lets cekidaut yg perempuan lak.....
Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika...
Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
- - Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
- - Perut anda bulat.
- - Perut anda “tinggi”.
- - Muka anda tidak berseri-seri.
- - Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
- - Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
- - Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
- - Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
- - Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
- - Kulit anda lembut.
- - Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
- - Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
- - Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
- - Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
27+ 3 = 30 haaaaaa no genap pulak bunga dulu...hahahaha
- - Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
- - Anda tidur mengiring ke kanan.
- - Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
- - Air kencing anda berwarna kuning samar.
- - Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
so rasa2 nya yg mane satu? baby boy kah or baby girl kah? hehe...aku pun xtau la...tp instinct mcm baby lelaki....tp instinct aku ni xleh pakai sgt sbb time ngndung kan bunga dulu pun instinct aku baby boy jugak..hehe....tggu 22w nanti eh ibu scan lgi sekali....harap2 dah nmpak la masa tu...sama2 kita nantikan...debar pulak...heheh
daaa~~~
No comments:
Post a Comment