Thursday 22 December 2016

Rombongan Meminang Wan Noya

As'mualaikum w.b.t

Nak cerita tentang perjalanan kitorang satu family haritu ke Kedah untuk misi meminang buat adik lelaki saya.

Dari lepas raya lagi dah decide nak buat bulan 12. So bila dah hujung2 tu memang masing2 excited lah sebab ni first time kitorang satu family nak jalan jauh. hehe sadis tak? selalunya kitorang pergi yang dekat2 je macam PD atau Melaka. Yang jauh2 ni jarang sebab mak saya ada masalah mabuk kereta. so kalau pergi jauh2 takut dia pening and tak larat nak jalan

yang pergi ke kedah ni pun dia dah stay rumah saya seminggu dulu. kalau direct dari kampung memang terus tak boleh rasanya.

So macam yang dijanjikan hari jumaat tu, kakak saya dari Yong Peng sampai Cheras lebih kurang pukul 9 malam. Terus masuk kan barang2 and terus jalan je.

Perjalanan lebih kurang 9 jam. kitorang ada berhenti sekejap kat RNR Tapah sebab nak recharge battery. Driver semua dah kepenatan. Sampai Kedah pukul 6 Pagi


haha. tangan sape lah yg ambik gambar ni. berkabus betul. Kena tunggu sekejap sampai bakal tunang adik sampai untuk bukak pintu.

Homestay ni sangat besar dan selesa untuk family saya. Rumah Semi D dua tingkat. 3 bilik, full air cond, ruang tamu besar, dapur pun besar. cuma kekurangan dia tak boleh masak. tu je.




Disebabkan kitorang sampai pukul 6 pagi so kakak saya mintak dengan keluarga perempuan untuk anjak kan masa dari pukul 11 pagi ke pukul 2 petang.

Naseb baik kakak saya anjak kan masa sebab lepas tu kitorang semua tidur tak sedar diri. yang adik ipar saya dengan abah boleh pulak pergi masjid lepas tu kereta kena block. haha

Terpaksa tunggu kat masjid sampai dekat pukul 8 kot. kesian betul.


On the way nak pergi rumah perempuan. orang penting kena duduk belakang sbb kereta adik ipar lowered pulak...sadis...haha


Dalam pukul 3 lebih kitorang sampai kat rumah pihak perempuan. lambat sikit sebab tersesat. sampai je terus masuk and bermulalah perbincangan

yang jadi tukang cakap of course lah adik ipar saya. Abang ipar dgn izwan tukang angguk je.. :p

Gambar masa berbincang takde. tapi sekejap je pun sebab semua nya dah decide dari awal dah. datang pun untuk adat je kan.

Bila semua dah confirmed, mak pun terus sarungkan cincin.


Alhamdulillah dah settle. Majlis buat kat rumah nenek tunang adik saya. Insha Allah majlis kahwin nanti pun akan buat kat sini jugak.

And Insha Allah jugak kalau takde pape aral, bulan 7 tahun depan majlis kahwin nya pulak akan dilangsungkan. Semoga semuanya dipermudahkan.

Sebelum balik,  kitorang lepak sekejap kat depan rumah ni sebab pemandangan cantik. ada anak sungai dan sawah padi.


Masa ni hari nak hujan. Jadi gambar gelap



Bukan main seronok lagi Bunga berlari lari. Kesian kakak Bella kena kejar


rehat sekejap


Ibu dengan kakak Bella pulak nak pose

So itulah saje. tengah hari tu keluarga perempuan jamu kitorang dengan makanan kedah yang memang sedap giler. saya dah tak ingat ape sebab cuma ambil ayam masak merah je. hehe. tapi memang banyak ulam2 kampung yang susah nak dapat kat sini. Minum petang pulak air kopi dengan kek2, puding semua. Sangat berterima kasih.

And Alhamdulillah jugak perjalanan ke Kedah ni mak langsung tak rasa pening sebab sebelum naik kereta tu saya dah bagi mak ostematrik dulu untuk bagi mak rileks dan boleh tidur lena dalam kereta.
This is the best part tentang kalsium sebab dia bagi otot kita rileks dan tak stress. Bila tak stress takde lah sakit kepala. so dah tak payah ambil panadol atau ubat tahan muntah yang tak berapa elok untuk badan tu


hilangkan sakit kepala dan mabuk kereta mak

Ok lah tu je nak cerita. nanti saya sambung pulak untuk  aktiviti malam dan shopping di Padang Besaq. Next entry okey.

ok daa~~

Your trusted Shaklee Distributor
013-2331510




No comments:

Post a Comment