Wednesday 21 December 2016

Review Set Berpantang Shaklee

Assalammualaikum w.b.t

Wahhh lama nya tak update blog. Dah bersawang habis dah ni. Sebanarnya yang buat lama tak update ni sebab saya sekarang dah busy dengan bisness

Macam tak percaya pulak kan. T__T

Takpe yang tu buat entry baru lah nanti. Sekarang ni nak review set berpantang shaklee macam yang saya janjikan

Masa mengandung Aqeel ni saya memang dah ambik few items dalam shaklee so untuk berpantang saya just continue je set yang saya ada and restock mana yang dah habis.

Saya ambik Vitalea, Vitalea ni untuk tambah darah. lepas bersalin kan kita banyak hilang darah and sepanjang berpantang kalau darah tak cukup, nanti mudah pening dan rasa nak pitam. So syaa standby vitalea siap2

Then tambah vitamin c untuk bagi luka cepat elok dan sebab taknk bagi demam masa berpantang. Orang dalam pantang kan tak boleh jatuh sakit. Demam apatah lagi sebab nanti boleh bentan. And alhamdulillah memang sepanjang pantang saya takde demam and luka sangat cepat elok. Saya rasa tak sampai seminggu kot dah kering. Memang jauh beza dengan waktu bunga dulu. Time Bunga dulu sampai luka jahitan tu terbukak sikit and nyarissss nak kena infection. Ngeri bila ingat balik

Selain tu saya ambik oste. Yang ni memang feveret saya dari mengandung lagi sebab sepanjang mengandung takde kena krem kaki, plus tak payah tahan2 loya minum susu. And reason kedua saya nak teruskan oste ni sebab saya kan sakit bontot yang kronik lepas bersalin. Memang setiap hari saya ambik ikut dos yang sepatutnya and Alhamdulillah lepas 2 minggu macam tu saya dah boleh bangun and berjalan tanpa perlu dipapah sangat. Memang rasa seronok sangat sebab time bunga dulu hampir 2 bulan kot saya menderita sebab sakit bontot ni. Sampai berkali kali kena pergi urut. Yang ni Alhamdulillah tak perlu dah. Naik je keja memang dah 100% sihat walafiat

Omega Guard saya ganti degan Lecithin sebab masa tu saya fokus nak kempiskan perut. Lagipun masa tu tak bape faham sangat fungsi item2 shaklee ni. Sekarang ni dah faham barulah tahu Omega pun boleh menguruskan badan jugak cuma Lecithin dia fokus untuk kurangkan inci.

So saya ambik tu jelah kot sbb Alfalfa memang tak ambik. Dah ada phyto dan air akar. Esp pun tak ambik sebab masa tu saya asik fikir soya tak bagus untuk orang berpantang

Tapi sekarang dah consume soya dah and dah terjatuh cinta dah pun degan esp. Soya esp ni berbeza tau dengan soya lain.

Soya shaklee ni dia non-gmo. Shaklee tanam sendiri tanpa guna racun atau bahan kimia berbahaya. Dan dia jugak ada ahli botani sendiri yang awasi pertumbuhan soya ni. Kiranya dia mmg 100% organik dari ladang dan tidak diubah genetiknya dalam makmal macam kebanyak kan soya lain.

Selamat untuk diambil even oleh pesakit cyst dan fibroid jugak. Sebab soya shaklee tidak menggalakkan pertumbuhan cyst atau fibroid.

Sebab tu saya consume esp sekarang walaupun saya pernah ada kes cyst sebab saya percaya dan yakin shaklee tidak menyebabkan pengamal dia dapat penyakit sebaliknya dia bantu untuk tingkatkan lagi kualiti hidup lebih ramai orang.

Buktinya shaklee sentiasa buat kajian tanpa henti pada semua produk dia. Setiap bahan yang dia guna dia uji lebih 300 ribu kali. Betapa telitinya shaklee kalau nak compare dengan produk kesihatan lain. Asal lulus KKM sudah.... Shaklee tak macam tu sebab tu produk dia boleh tahan lebih 100 tahun dah

Overall memang saya berpuas hati berpantang dengan shaklee. Takde healing crisis, takde rasa susah nak makan ke apa... Plus badan rasa jauhhh sangat beza kalau compare dengan pantang Bunga dulu. Yang kali ni sakit kepala takde, luka cepat elok, badan segar and cergas

Saya mmg recommend korang untuk try shaklee ni. Sebab dia support badan dgn semua nutrisi yg kita perlukan.



Dan disebabkan suka dengan effect Shaklee ni sepanjang saya mengandung dan berpantang maka saya terus register jadi ahli. Saya nak beli sendiri dengan harga yang lebih murah and boleh tolong kawan2 yang nak beli jugak. Kalau korang ada yang berminat nak cuba produk Shaklee jugak boleh wassap saya ye...hehe

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


No comments:

Post a Comment