Assalammualaikum w.b.t
Haii korang!! 31 Ogos haritu Dhuri ke Langkawiiiiiii and dah 2 minggu balik dah pun tapi harini baru Dhuri berkesempatan untuk tulis kat blog. Busy sangat ye mencari mood. haha. Nak tulis blog pun kena ada mood uolls nak mengarang ayat panjang-panjang ni haaa....
Okey so let's start. Macam yang Dhuri tulis sebelum ni seats kitorang berterabur and tak boleh nak tukar sebab full house. Tapi dah rezeki 2 hari sebelum fly ada orang yang Dhuri tak tahulah cancle atau tukar seats lain, Dhuri dapat arrange mak, bunga, adik Dhuri and myself duduk dekat2. So settle bab tu. Lega sangat
Tapi trip ni memang menguji tau korang. Permulaan yang memang rasa tak best betul. Dah half way ke KLIA2 boleh pulak husband tertinggal IC. Dia lupa nak ambik wallet dari seluar yang dia pakai semalam nya. Mujur jugak grab tu kawan kitorang jugak and husband yang drive, so dia patah balik.
Kitorang sampai KLIA2 lagi 40 minit macam tu sebelum gate tutup. Jadi terpaksa jalan laju. Dhuri plan sampai awal supaya kitorang boleh jalan slow-slow je sebab bawa mak kan. Tapi sebab insiden ic tu jadi terpaksa jalan laju and gesa semua untuk jalan laju sekali. Kesian dengan mak masa ni. Huhu
Dah sampai kat waiting room, adik Dhuri pulak tak jumpa ic dia. Puas cari. Kitorang syak ic dia tercicir masa scan beg kat immigresen. Gelabah jugak lah time ni sebab fikir tak boleh nak masuk. Mak pun dah siap menangis dah sebab dia ingat adik tak boleh ikut. Dhuri try tanya stewardess boleh tak terbang jugak tanpa ic, mujur dia kata boleh sebab dah lepas immigresen. Kalau belum lepas immigresen memang tak boleh fly. Kena lodge report kat polis KLIA.
Dah lepas masuk flight tu rasa lega dah. Ingat dah habis ujian tapi kapten pulak announce yang kitorang tak boleh take off lagi. Ruang udara ditutup 1 jam sebab ada pertunjukan hari merdeka. Kebetulan tahun ni pertunjukan buat kat Putrajaya. So memang dekat lah dengan Sepang. Kitorang dibenarkan untuk stay atau keluar. Dhuri ajak mak dengan husband keluar sebab kitorang tak sempat beli apa-apa pun tadi. Dhuri nak cari gula-gula sebab risau mak sakit telinga masa fly nanti. Masa ni rasa geram jugak lah sebab kalau tahu nak delay takde lah kitorang terpaksa jalan laju-laju sampai ic adik tercicir. Dah jadi satu hal pulak sampai Langkawi nanti kena buat report kat balai polis. Kalau tak, tak boleh balik pulak nanti. Dengan nak kena buat ic baru nya nanti. Denda rm100 tau kalau ic hilang. Duit rm100 tu buat beli coklat lagi bagus. huhu
Tapi bila dah keluar tu adik bagitahu yang dia nak cuba cari ic dia. Nak try ikut semula jalan yang kitorang ikut tadi. Dhuri risau nak bagi dia pergi sorang sebab takut sesat. KLIA kan besar. So Dhuri decide untuk ikut dia sekali. Kitorang plan nak pergi sampai ke tempat immigresen tu. Tapi rupanya tak boleh naik sampai ke atas once dah turun. Frust jugak time ni. Tapi dah redha dah. Buat je lah nanti ic baru. Tengok jam ada lebih setengah jam lagi sebelum gate tutup so kitorang patah balik tapi takde lah rushing. Sempat lagi singgah beli gula-gula...
Tapiiii rupanyaa kitorang salah pilih pintu. Dah jalan sampai hujung baru tersedar. Kena patah balik jauhhhhh giler and masa tinggal lagi 15 minit je masa tu. Memang Dhuri dengan adik terus berlari. Tapi serius jauhhhhhh. Lari pun macam tak sampai-sampai. Ya Allah penat giler masa ni. Rasa menyesal pun ada sebab patah balik cari ic tu. Patutnya kitorang duduk je diam-diam dalam flight. Sighhh
Dhuri sampai dah tak larat nak lari and dah tahap redha je kalau gate tutup.
Dhuri sampai kat waiting room ngam-ngam je sebelum tutup. Tengok husband dengan mak dah masuk and tengah tunggu kitorang dengan muka risau. Kira kitorang antara yang last jugalah masuk sebab lepas Dhuri tu ada lagi satu family. Husband cakap dorang pun berlari lari juga ke waiting room. Masuk flight berpeluh-peluh ye kitorang. Lencun ketiak. Haha. Mujur jugak husband belikan air dengan roti kat luar.
And this time Alhamdulillah flight boleh take off. Tapi setengah jam jugak beratur tunggu turn sebab banyak flight yang sama-sama delay sebab penutupan ruang udara tadi. Tapi Dhuri dah boleh bertenang lah sepanjang penerbangan ke Langkawi. Dah boleh tarik nafas.
Kitorang sampai Langkawi lewat 1 jam lebih dari jadual. Dah lah Dhuri salah pula bagi timing kat kereta sewa. Lama dorang kena tunggu kitorang. Tapi Alhamdulillah dapat kereta cantik. Dhuri tempah Alza tapi dorang bagi toyota sienta. Tercapai hajat kakak Bunga nak kereta pintu bukak sendiri. Hehe
If ada yang nak tempah kereta sewa kat Langkawi boleh try contact no ni. 60 12-414 4408 Dhuri dah 2 kali booked and so far okey je. Harga pun affordable.
And benda paling sadis sebagai penutup entry ni..........
Dah masuk kereta, adik Dhuri bukak wallet dia and jumpa ic dia terselit kat duit. Pehhhh gaisssss
Dhuri hanya mampu ketawa je. Tapi syukur lah tak perlu nak ke balai, buat report atau buat ic baru. Selamat rm100. Fuhhh memang lain machiamm ye trip Langkawi kitorang kali ni. Rasa serik pun ada. Haha
Apapun, next entry lah baru Dhuri cerita trip Langkawi 3 hari 2 malam kitorang k.
Till then bye ~~~
Atau nak lebih pantas??
.
No comments:
Post a Comment