Monday 25 September 2023

Maksud Nama Zuhayra / Zuhayr

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Harini Dhuri rasa macam nak share pulak maksud nama anak-anak kitorang. Alhamdulillah Allah kurniakan dengan dua permata hati. Dulu sebelum kahwin impian Dhuri nak anak ramai. Kalau boleh 5 orang. Haha. Tapi terpaksa akui lah diri ini tak mampu. Proses mengandung saja pun dah buat Dhuri separuh nyawa. Belum lagi melahirkan dan berpantang. Nak kata serik tu tak lah tapi Dhuri lebih kepada takut. I have to admit yang my pain bearable is low.  Sakit sikit pun memang dah tak tahan. Mak pun advise untuk Dhuri tak payah mengandung lagi dah sebab dia sendiri saksi betapa teruknya keadaan Dhuri sepanjang 9 bulan pregnant dan continue lagi sampai atleast 4 bulan selepas baby lahir. Macam-macam sakit. phewww

Dipendek kan cerita, disebabkan dulu nak anak ramai so Dhuri banyak jugak lah simpan nama-nama yang Dhuri rasa best. Haha. Yang Dhuri still ingat nama Imran, Ilham, Lydia, Iman...tapi lepas dapat anak takde pula ku guna nama-nama tu. lol

Okey anak first Dhuri, kitorang namakan dia dengan nama Zuhayra Adhaliya

    Zuhayra bermaksud Kuntuman Bunga. 
    Adhaliya bermaksud Bunga Dahlia. 

Jadi Zuhayra Adhaliya bermaksud Kuntuman Bunga Bunga Dahlia

And that's why juga Dhuri panggil dia Bunga. Sebab maksud nama dia sendiri adalah bunga. Doa Dhuri semoga dia membesar cantik indah seperti kuntuman bunga yang sedang mekar kembang mewangi. Cantik dipandang, indah peribadi. 

Anak kedua pulak kitorang beri nama Muhammad Zuhayr Aqeel. Zuhayr tu sebab nak cari nama yang sepadan dengan nama kakak dia. Tapi lepas tengok maksud memang Dhuri sendiri terus berkenan dengan nama Zuhayr. 

    Zuhayr bermaksud Yang Terang/Yang Bersinar
    Aqeel bermaksud Yang Sangat Bijak

Jadi Zuhayr Aqeel bermaksud Yang Terang, Yang Sangat Bijak

Semoga terang hatinya dan bijak pandai orang nya. Baik dalam pemikiran mahupun perkataan dan perbuataan. 

Kadang Dhuri panggil dia Zuhayr, kadang Aqeel. Tapi dalam family memang panggil Aqeel. Cuma kawan-kawan dia mostly panggil Zuhayr. Dan nama Muhammad tu Dhuri memang letak untuk ambil berkat nama penghulu segala nabi, Nabi Muhammad S.A.W

Semoga di akhirat nanti, baginda memberi syafaat dan mempermudahkan segala urusan perhitungan buat anakanda tercinta. 

So itulah nama anak-anak Dhuri. 

Ada juga reserve lagi satu nama kot lah tiba-tiba bertambah anak pula satu hari nanti. Tapi macam confident pula dapat anak perempuan sebab Dhuri dengan husband reserve nama Kaysa Yasmeen untuk anak perempuan. 

    Kaysa bermaksud Keindahan Ku / Kesopanan Ku
    Yasmeen bermaksud Bunga Melur

Sedap kan nama ni. Hehe. Kalau ada rezeki Insya Allah. Tapi Dhuri pun banyak juga suka nama-nama lain macam Zuhri (kecantikanku), Zharfi (keindahanku), Zhufayr (yang berjaya)....eh banyak nya nama sedap2. Kalau lah boleh mengandung banyak-banyak kan. Haha

Tapi dapat 2 orang ni pun dah syukur Alhamdulillah. Semoga kekal berkasih sayang hingga ke syurga Allah 



Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

No comments:

Post a Comment