Tuesday 26 September 2023

Jalan-Jalan Kuala Lumpur

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Last week kakak kedua Dhuri datang ke KL. Memang plan untuk jalan-jalan di KL sempena cuti Hari Malaysia 16 September. Lagipun kakak Dhuri ni dulu lepas habis SPM dah datang ke KL untuk bekerja. Tapi since kahwin dan pindah ke Johor memang dah tak datang lagi dah ke KL. Kira ni trip throwback untuk dia la. Sambil bawa anak-anak tengok mercu tanda Malaysia macam KLCC, Menara KL dan yang terbaru Tun Razak Exchange (TRX) yang dibina sewaktu zaman pemerintahan Dato' Sri Najib Razak. 

Plan nya jumaat tu kitorang berkumpul dulu kat Senawang, rumah mak then baru gerak sama-sama ke Kajang, rumah Dhuri. Dhuri kena jemput sebab abang ipar tak biasa drive jalan KL. Takut sesat pula nanti. Sampai Kajang lepas asar. Rehat sekejap and lepas maghrib terus kitorang keluar untuk misi jalan-jalan KL nya

But first, makan dulu la isi perut. Hehe


Husband bawa ke Restaurant Ikan Bakar, Hulu Langat. 

Selesai makan kitorang naik ke Bukit Ampang untuk tengok view KL waktu malam dari puncak bukit. First time Dhuri datang sini lepas kahwin dulu, husband bawa and lepas tu ada jugak lah beberapa kali datang lagi


Memang amazing view dari atas ni. Ramai jugak yang melepak kat sini. Kitorang yang perempuan ni memang bergambar je lah. Yang lelaki konon-kononya healing. Haha. Dalam setengah jam macam tu angah tanya tak pergi KLCC ke? Kitorang ingat dah bawa situ dah okey dah...eh dia ajak pergi KLCC pulak...

Haaa jommmm lahhhhhh



Husband bawa kat Dataran Merdeka dulu sebab anak buah Dhuri minta nak ke sini. Sejujurnya Dhuri sendiri rasa kagum sangat tengok bandaraya KL ni waktu malam. Cantik sangat. Bergemerlapan dengan lampu. Dah macam dalam lukisan tau sebab warna-warna lampu dia tu perfect. 

Kitorang duduk kat Dataran Merdeka ni sampai dekat pukul 1 pagi jugak. Lepas tu angah tanya lagi tak pergi KLCC ke? Eh kakak ku ni dia tak puas lagi rupanya selagi tak nampak KLCC depan mata. Dia tak nak sipi-sipi macam ni. haha. Okey jommm

Nah KLCC depan mata. T____________T


Kitorang kat depan KLCC ni sampai lampu tutup. Pukul 1.30 pagi. Dapat lah beberapa keping gambar yang Masya Allah cantik sangat. Tapi masa ni mak dah lena diulit mimpi. Husband pun tidur sekejap dalam kereta. Kitorang je yang masih aktif super cergas. 

Tapi yang paling best apa tau....bila drive kat Highway SUKE.

Dhuri rasa ni lah tempat yang paling best sekali untuk healing. Highway SUKE ni tak banyak kereta guna jadi jalan agak lengang. Lepas tu dia tinggi. Dhuri rasa cecah jugak 7,8 tingkat tau. Atau mungkin lebih. So bila kat atas tu memang cantik lah tengok lampu-lampu dan bandar KL kat bawah. Next time nak ajak lagi husband saja-saja drive sini. hehe

Hari Kedua

Esoknya kitorang keluar rumah lambat sikit sebab malam tadi dah balik lambat. First sekali lunch dulu. Then baru ke MRT. Harini kitorang fully guna public transport. Nak ke MRT Bandar Tun Hussien Onn ni pun kitorang naik grab jugak. Plan nya nak ke KLCC naik MRT. Tapi husband cakap kalau ke KLCC pun tak nampak sebab MRT bawah tanah. So kitorang beli tiket ke Bukit Bintang

Dari Bukit Bintang kitorang jalan kaki ke Times Square. Sempatlah bergambar tengah-tengah Lot 10 ni. New York sangat rasa. lol



 Dah macam rombongan Cik Kiah. T_______T

Masuk sekejap Sungei Wang Plaza. Masuk sini sebab nak short cut ke Times Square tapi sempat pulak Dhuri beli sehelai baju dengan fridge magnet. Murah lah baju kat sini. Terkejut tengok harga. Lebih kurang shopee dengan harga tiktok shop je. 


Fridge magnet ni sebab nak buat koleksi. Walaupun KL je tapi percaya tak Dhuri cakap kitorang yang dah duduk kat Kajang hampir 10 tahun ni sebenarnya sangat jarangggg masuk KL. Kalau masuk pun sebab memang ada tempat tujuan nak pergi. Jalan-jalan macam ni boleh kata tak pernah. 

Kat Times Square kitorang lepak makan McD sambil tengok roller coaster. Aqeel punyalah seronok sampai banyak kali mintak nak main jugak. Tapi mak dia ni tak berani oiii. Kalau muda dulu mungkin lah kot, jiwa membara je. Dah tua ni kita slow down lah sikit. T_____T

Dari Times Square kitorang naik Monorel pula sampai ke Bukit Nanas. Plan nya dari Bukit Nanas kitorang turun dan tukar LRT di Dang Wangi untuk ke Kampung Baru sebab kitorang nak ke Salome Bridge. Masa ni memang enjoy sangat tengok view dari Monorel. Tapi bila sampai Bukit Nanas tu Kakak Bunga dah complaint letih berjalan. 


Kakak Bunga ni memang tak berapa fit sangat kalau kena berjalan lama. Masa ni bila tengok dia aduhhhh kesian nya la hai. And since kitorang pun risau juga mak penat berjalan sebab memang banyak kena naik turun tangga, teurs kitorang decided untuk order grab je pickup dan hantar kitorang ke Saloma Bridge. 

Mujurlah masa kat Salmoa Bridge ni Kakak Bunga dah ceria balik. Bagus juga kitorang sampai awal sebab kitorang start jalan kat Saloma Bridge ni petang and time sunset. Masa ni orang belum ramai so puas lah bergambar. Gambar tak berapa cantik tapi view kat sana memang Masya Allah cantik sangat. 



Bila orang dah start ramai and kitorang pun dah puas bergambar, terus order grab lagi and hantar ke MRT Raja Uda. Dari sana kitorang straight forward je ke MRT Bandar Tun Hussien Onn

Sampai rumah memang masing-masing dah kepenatan. Dinner malam tu pun grab jugak. Pagi esok tu kakak Bunga siap muntah and demam lagi. Patutlah semalam tu dia complaint tak larat. Penangan ikut makngah berjalan. Memang sakan ye. haha

Esok nya lawat rumah Vista sekejap and lepas tu terus balik Senawang. Kitorang bakar ikan and makan ramai-ramai. Petang tu angah balik Johor dah. Basically habis lah trip Jalan-Jalan KL nya. Insya Allah next time will repeat again sebab kakak ku cakap dia tak puas lagi. Haha. Mana nak puas nya sebab kitorang tak boleh pulun sangat sebab ada kanak-kanak dan warga emas. hehe


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!





No comments:

Post a Comment