Wednesday 20 September 2023

Holiday Di Langkawi

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Dhuri nak sambung entry percutian kitorang di Langkawi pada 31 August yang lalu. Lepas huru-hara kat KLIA dengan kisah hilang IC semua tu, kitorang landed lewat sejam setengah jugak. Supposed pukul 10.30 pagi tapi kitorang sampai pukul 12 tengah hari. Lepas dapat kereta terus decided untuk lunch. Kitorang skip aktiviti bergambar di Dataran Lang sebab masing-masing dah kelaparan. 

Tahun lepas Dhuri pernah tulis entry trip ke Langkawi jugak and bagitahu dah bosan ke Langkawi and kalau nak repeat pun sebab tak puas makan kat Bayview Hotel. So bila kali ni pergi memang terus tuju ke sana dulu. Order pizza and ayam goreng yang pernah kitorang makan dulu. Tapi kannnn...rasa dia dah tak sesedap yang kitorang makan dulu. Tak tahu lah dah tukar chef ke apa tapi serius rasa dia kurengg sangat if compare dengan dulu. 




Total lebih kurang RM150...dah nama pun makan kat hotel kan hadap je lah. T________T tapi disebabkan tak sedap so rasa macam rugi jugak. lol

Settle lunch kitorang ke RAMs sekejap untuk survey harga coklat and beli sikit untuk buat rasa-rasa. Tak lama pun sebab takde apa sangat nak tengok kat RAMs. Settle membeli kitorang check in hotel D'Baron yang lokasinya memang dekat dengan RAMs. 


Dhuri honestly tak sangka yang hotel D'Baron ni view dia cantik. Masa booking tu bila tengok gambar memang nampak hotel ni dah berusia sikit tapi sebab pool dia nampak menarik and tepi laut Dhuri booking jugak sebab mak request nak tepi laut and anak2 pulak biasalah mesti nak ada kolam. Tapi memang Dhuri puas hati lah sebab bukan saja dapat tunaikan impian 2,2 tapi mata sendiri pun syok dapat tengok view cantik


Lepas check in kitorang naik bilik tukar baju and terus turun bawah balik. Kakak Bunga dengan Aqeel dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. Dhuri tak mandi cuma duduk tepi je. Tak lama lepas tu mak dengan husband turun. Husband terus take over tengok kan budak2 ni and Dhuri jalan dengan mak ambik angin tepi laut. 

Dhuri duduk kat gazebo ni sampai tertidur. Haha. Memang best betul layan angin laut. Adik Dhuri pun join sekali. Sampai lewat petang jugak kitorang kat sini sampailah tekak meminta nak makan laksa pulak barulah kitorang naik bilik, mandikan anak-anak and keluar semula ke Cenang. 

Kitorang nak order laksa dengan pasembor tapi pasembor dah habis. Rupanya kedai-kedai kat area airport ni sampai petang je. Dhuri ingatkan sampai malam. So banyak lah makanan yang dah habis. 



Laksa kat kedai ni biasa-biasa je pada Dhuri. Langsung tak rasa kick laksa kedah nya tu. Tapi view memang superb Masya Allah. Tenang je rasa tengok laut. Cuma lepas sunset tu rasa seram sikit sebab gelap. Kalau nak meriah kena pergi Pantai Cenang betul-betul. Sana hidup sebab tourist ramai. 

Perut dah kenyang, balik hotel tidurlah apa lagiii. hehe. Balik hotel awal sebab Dhuri nak closing business shaklee. Lagipun kesian kat mak dah jalan jauh dari pagi. Alhamdulillah effective leader walaupun tengah bercuti. Best betul buat shaklee ni. 

1 Sept 2023

Esok tu Dhuri bangun awal jugak tapi hari hujan so masuk bilik mak sembang-sembang dulu. Dhuri booked 2 bilik. Ingatkan connecting room sebab ambil type sama, family room. Rupanya tak connecting. Family room hanya connecting dengan deluxe room je. Rugi pula sebab tak tahu. Leceh bila bilik lain-lain ni. Susah nak sembang. Hehe. 

Kitorang keluar dekat nak tengah hari jugak. Terus pergi lunch. Kitorang pilih restaurant nasi campur Kak Yan. Quite famous kat Langkawi ni and memang patut pun famous sebab lauk dia macam-macam jenis ada. Dari masak berkuah, ikan bakar sampailah ke desert. Buah rambutan pun ado. Kitorang beli satu tangkai, rm5 je....murahhh


 

Tak sampai rm100 pun makan kat sini. Memang tersangat puas hati. Terus kitorang decide esok nak makan kat situ jugak. Sempat jugak membeli jeruk and asam kat luar restaurant Kak Yan ni sebelum ke destinasi seterusnya, Beras Terbakar. 


Kat Beras Terbakar kitorang survey harga je dulu. Esok sebelum balik baru plan nak shopping. Tapi mak, adik dengan husband dah memborong dulu dah tshirt untuk pakai esok. Kitorang jalan-jalan kejap je sebelum ke Dataran Lang untuk bergambar pula. Tapi cuaca tak berapa mengizinkan. Hujan renyai-renyai turun. Kejap berhenti kejap lebat betul. Mujur jugak kitorang sampai Dataran Lang sebelum hujan lebat. Tapi lama juga tersadai tunggu hujan berhenti. Sempatlah membeli fridge magnet dengan cenderamata lain.





Dah puas bergambar kitorang balik hotel. Budak-budak ni nak mandi kolam lagi. Masa ni hujan memang dah berhenti. Puaslah dorang mandi sampai kolam tutup. Dhuri pun mandi sekali jugak sebab husband ajak. Haha. Kitorang main gelongsor air tu banyak kali jugak. Memang best gilerrrr walaupun air sampai masuk hidung sebab tenggelam. T__________T

Malam tu plan nak keluar tengok coklat and periuk kat Pantai Cenang tapi on the way tu hari hujan lagi. Lebat sampai jalan jammed. Memang ramai lah yang tersadai kat kedai-kedai tak boleh pergi mana. Dhuri terus tak jadi turun. Husband patah balik ke Kuah sebab masing-masing dah kelaparan. Kitorang sampai kat Mirza Ceria ni pukul 10 lebih. Terpaksa tunggu dalam kereta sampai hujan berhenti sebab takde payung nak turun


Akhirnya kitorang dinner pukul 11 malam. Punyalah lewat. Mujur mak masih steady sebab lunch tadi dah makan banyak. Restaurant Mirza ni masakan dia memang sedap cuma queue dia lama sangat nak kena tunggu. Kalau last time kitorang pergi ada busking, so taklah bosan sangat sambil tunggu boleh join menyanyi. Tapi kali ni dah takde. Tak tahulah takde sebab hujan ke atau memang dah takde. Frust sikit

Lepas makan kitorang terus balik hotel. 

2 Sept 2023




Last day di Langkawi!! Sekejap sangat masa berlalu. Awal pagi lagi Dhuri dah turun bawa anak-anak mandi kolam dulu. Pukul 10 naik bilik and kemas-kemas untuk check out pula. Bila bawa mak ni dah faham dah memang akan shopping banyak barang. So Dhuri dah standby 2 luggage kosong. Alhamdulillah muat je semua lepas susun elok2. Tak terlebih kilo pun. 


Kitorang lunch dulu kat Restauran Nasi Campur Kak Yan. Then nak pergi Idaman Suri tapi tutup pula. Disebabkan malas dah nak pusing-pusing lagi kitorang decided beli periuk kat RAMs je. Dhuri memang niat nak beli periuk sebab nak tukar periuk yang dah usia lebih 10 tahun kat rumah ni. Nak ambil vibes rumah baru pun iye jugak. Hehe. Lepas beli periuk pergi Beras Terbakar semula

Dhuri beli sehelai baju kaftan and kain batik dah siap jahit. Mak beli kaftan juga untuk diri dia dengan untuk kakak and adik perempuan Dhuri. Coklat pula kitorang borong kat TS Duty Free je. Memang kat Beras Terbakar je kedainya. Orang kata TS Duty Free ni dengan kedai Warisan kat Pantai Cenang murah. Dhuri pun tak sure sangat sebab tak sempat pun nak survey harga. 

Memang banyak lah kitorang memborong coklat. Cuma Dhuri beringat jugak lah sebab nak masuk rumah baru kan..kang pokai pulak. Haha. Adik Dhuri borong smpai habis rm300. T_________T

Lepas beli coklat kitorang ke Cenang untuk pekena laksa sekali lagi sebelum balik. Kali ni beli kat kedai lain and memang sedap laksanya!!! Tak puas makan semangkuk je tapi perut dah kenyang sangat pulak. So ambik angin laut je lah sementara nak tunggu pukul 6 petang untuk serah kereta semula. 





Perjalanan balik kitorang Alhamdulillah lancar. Mak pun happy dengan pengalaman first time dia naik flight. Cuma mak cakap dia tak puas sebab kejap sangat. Hehe




Doakan saja untuk anakmu ni mak. Insya Allah ada rezeki kita pergi bercuti lagi nanti. Pergi tempat jauh sikit pulak. Untuk Langkawi Dhuri rasa tak pergi dah kot untuk 2-3 tahun ni. Rasa bosan dah. Lagipun kat Langkawi ni kalau nak masuk tempat2 attractive dia kena bayar mahal juga. Kalau setakat nak jalan-jalan free je takde sangat tempat yang menarik melainkan coklat DAIM tu je lah. Huhu

Apapun, hajat Dhuri sebagai anak untuk bawa mak dengan adik bongsu Dhuri naik flight dah pun tercapai. Hajat nak bawa abah je belum tercapai. Yang ni tak tahulah ada rezeki ke tak. Kalau tengok keadaan abah sekarang macam tak je. Tapi kuasa di tangan Allah kan. Kalau Allah bagi abah sihat semula, insya Allah tak mustahil pun. 


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




No comments:

Post a Comment