Sunday, 28 October 2018

Masalah Kulit Muka Berjerawat

Assalammualaikum w.b.t

Hai korang!!

Eeeee stressnya tengok muka naik jerawat kan!!!
Geram!!!
Rasa nak picit2 je!!!



Tapi makin dipicit, makin banyak lah jerawat baru yang naik nanti. SO kat sini Dhuri nak share tips khusus untuk korang yang ada masalah jerawat ni. Mesti dah lama stress dan dah tak tau nak buat apa kn.
Okey, so here we go


TIPS HAPUSKAN JERAWAT

1. Minum banyak air kosong
Tolong jangan culas k. Kalau sehari korang hanya minum 2 cawan je air macam mana jerawat nak surut? Jerawat tu isi nya apa? Nanah kan? So nanah tanda nya toksin. Banyak toksin bawah kulit. Nak buang toksin kena percernaan kita lawas. Sama ada air kencing atau najis. Jadi minum lah banyak2 air kosong biar kerap kencing dan tak sembelit. Orait

2. Jaga pemakanan
Girlss kalau nak kulit cantik kena jagalah selera makan. Dok kudap kacang je pagi petang siang malam memang banyak lah jerawat pasir naik. Makanan yang terlalu berminyak pun please avoid. Setiap hari try selit buah-buahan dalam diet korang. Or atleast seminggu 2,3 kali pun okey

3. Vitamin C sebagai tambahan
Dhuri pelik jugak orang yang nak hapuskan jerawat kat muka ni tapi hanya bergantung pada skincare je. Sampai banyak kali tukar pembersih muka. Habis satu watson tu dia try and error. Tapi dalaman tak jaga

Vitamin ada ambik tak?

Haaa tu lah vitamin takut nak makan kan. Tapi nak kulit cantik. Camne tu??

Korang kena bezakan vitamin yang okey dan tak okey. Basically semuanya berfungsi untuk tambah nutrient pada badan. Cuma ada vitamin yang dibuat secara kimia dalam lab. Yang ni badan akan ambik masa lama sikit untuk proses dan uraikan sebab binaan dia komples

Tapi kalau vitamin tu organik. Dari sumber buah buahan, badan tak ambik masa lama pun untuk proses. Macam korang makan real food jugak. And janganlah takut makan 2,3 jenis dalam satu masa sebab setiap vitamin fungsi dia lain2. Dia akan pergi kat part yang berbeza untuk isi gap (kekurangan nutrient) kat situ

Okeylah letih pulak sembang panjang-panjang. Haha
Jom tengok testimoni those yang ambik Vitamin Shaklee untuk kulit cantik kat bawah


masalah kulit berminyak selesai!

Kombinasi vitamin yang diminati ramai dan terbaik untuk selesaikan masalah kulit jerawat dan parut degil!


Kulit makin cerah dan berseri


Bila tambah Vitamin C lagi bertambah best kesan dia 

Pengguna setia vitamin C

Luka jahitan cepat elok tu adalah testimoni Dhuri sendiri. Anak first dulu siap ada infection lagi sebab naik turun tangga. Alhamdulillah anak kedua takde sebab dah ambik vitamin c, luka cepat elok. Kena naik turun tangga tu bukan apa sebab kena pegi KK checkup baby. Ngee

Jerawat nasi makin kurang dan kulit makin cerah berseri!

Best bila jerawat cepat kecut!

Jerawat dah segan nak naik lepas consisten Vitamin C

Tak payah guna mekap tebal-tebal pun kulit dah berseri

Say NO pada jerawat dan muka berminyak!!

Baaaanyakkkk lagi sebenarnya testimoni dari pengguna Vitamin C Shaklee ni sebab Vitamin kami antara yang paling hot dan tinggi permintaan tapi cukuplah Dhuri bagi yang ni je dulu. 

Kalau korang nak beli online boleh click kat sini atau kalau nak harga kasih sayang dan fast response macam biasalah boleh wassap Dhuri dulu. Nanti Dhuri explain detail dan cara makan yang sesuai ikut kondisi kulit korang. Cod sekitar Kajang dan Cheras adalah percuma. Boleh baca syarat cod kat sini ye


Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



Friday, 19 October 2018

Trip Percuma Shaklee ~~ Mediterranean Cruise 2018

Assalammualaikum w.b.t

Hai korang!!

Dhuri nak share gambar-gambar dari TRIP PERCUTIAN PERCUMA SHAKLEE yang terbaru untuk tahun 2018 ni! Untuk pengetahuan korang yang layak untuk trip ni adalah dari rank supervisor ke atas sahaja tau. Jadi yang belum rank up kena cepat2 lah naik rank dan cukup kan point. Dhuri tak cukup point untuk cycle lepas so tak dapatlah pergi. Haha. Tapi siapa tahu kot cycle kali ni lepas pulak kan. Ada 5 bulan lagi untuk fight. Anything can happen babe

And trip Shaklee ni Dhuri berani katakan adalah yang terpalinggggg best di antara semua trip yang company lain pernah bagi pada staff/ahli dorang especially yang buat direct selling and especially kat Malaysia! Haha.
Dhuri dah google banyak dah pengalaman trip company lain memang takde se awesome Shaklee weh. Shaklee ni style dia memang dia akan sponsor habis from A to z. memang tak payah risau satu hape langsung. Beg luggage dia sponsor, jaket dia bagi kalau masa tu tengah musim sejuk Shaklee akan bagi winter coat. Duit belanja pun Shaklee akan bagi setiap sorang. Takde nya dia nak lepas je kau pergi trip terkontang kanting takde duit belanja. Aktiviti semua padat. Takde istilah hantar pergi trip and pandai2 lah urus diri. Nope! Semua Shaklee susun dan atur bagi kita puas hati betul2 sepanjang kat sana. Apa yang menarik dan jadi tarikan kat tempat tu Shaklee akan booking khas untuk sid dia

Tak percaya? Okey jom kita review gambar kat bawah and korang decide lah sendiri best ke tak best trip Shaklee ni 🤭


Day 1 ~ Hola Barcelona!

Destinasi pertama. Sampai je Shaklee terus bawa ke La Boqueria's Market. Nak sebut pun berbelit lidah aihh. 
La Boqueria's Market ni adalah pasar yang paling terkenal di Barcelona. Memang wajib pergi kalau siapa yang datang Barcelona tu. Bermacam macam jenis buah and sayuran ada kat sini dan semuanya fresh! 
Shaklee jamu lobster and seafood Paella untuk semua ahli rombongan kat sini




Day 2 ~ Symphony of The Seas!

Hari kedua dimulakan dengan visit ke Scenic Park Guell. Tempat yang menjadi tarikan utama pelancong kat Barcelona! Kat sini boleh tengok seni landskap dan pemandangan dari atas bukit yang sangat indah dan memukau



View dari atas bukit

Hari kedua ni jugak team Shaklee dibawa untuk menaiki cruise terbesar di dunia untuk mengelilingi 3 buah negara dan 6 buah bandar sepanjang 7 hari! Memang best giler!! Sebab Cruise ni ada 17 tingkat dan first time merasmikan perlayaran pertama mereka. Beruntung la dorang sebab semua accommodation adalah baru dan first time nak guna. 


 17 tingkat weh. memang lengkap denagn restoran, mall dan taman tema dorang sendiri dalam ni


Setiap bilik ada balkoni sendiri yang menghadap laut. Just imagine korang bangun pagi bukak je mata terus nampak biru laut terbentang. Wowww!


Day 3 ~ Its Spain!

Kat sini team Shaklee dibawa menikmati pemandangan indah sepanjang persisiran pulau Bandar Palma de Mallorcani. Time to relax, shopping and enjoy the beach




Day 4 ~~ Marseille, Perancis

Perancis dan lavendar berpisah tiada. Kat sini team Shaklee dibawa melawat museum lavendar dan lihat sendiri macam mana pure lavendar diekstrak untuk menghasilkan sabun, perfume, dan macam-macam lagi. Memang best!
  


Lepas puas mencium keharuman lavendar, team Shaklee dibawa pula ke Roussillion village untuk melawat kawasan indah disini dan menikmati pemandangan menakjubkan dari atas puncak bukit


And last before balik ke cruise Shaklee belanja sorang satu aiskrim gelato yang sedap marvelous kat sini!


Day 5 ~~ La Spezia, Florence Italy


Hari yang ceria dan indah untuk team Shaklee kerana sepanjang harini dorang dibawa mengelilingi bandar untuk mengetahui sejarah disini, bergambar, dan shopping! Setiap sorang dapat hadiah satu topi lagi tau dari Shaklee. Betapa concern nya Shaklee taknak bagi ahli dia rentung dibakar cahaya matahari. Haha



Day 6 ~~ Civitavecchia, Rome Italy

Apa perasaan korang kalau diberi peluang petik sendiri anggur yang fresh kat ladang? 




 Dan diberi peluang merasa sendiri jus anggur yang baru dipetik?


Seronok giler kan!!!
Masa ni musim anggur dah habis tapi Shaklee buat special request kat tuan ladang untuk reserve ladang ni. Dia nak bagi jugak team Shaklee rasa feel petik anggur tu

And tak sah lah kalau datang ke Italy tapi tak tengok binaan bersejarah yang menjadi antara keajaiban dunia kat sini


Colusseum!! 

Amfiater terbesar yang dibina pada zaman pemerintahan empayar Rom. Masih kukuh berdiri hingga ke hari ini. Antara tempat yang Dhuri paling nak sekali pergi lepas terpengaruh cerita Merlin. Hihi


Day 7 ~~ Capri Island, Italy

Haha sabar k sikit je lagi nak habis entry ni. Nak buat camne kan banyak sangat tempat best2 Shaklee bawak tu yang panjang berjela entry ni. 
Untuk hari last ni team Shaklee dibawa berperahu mengelilingi Pulau Capri. Sangat indah pemandangan kat sini!




Italy ni adalah tempat kelahiran Pizza. Jadi lunch dorang kat sini dah tentulah Shaklee bagi makan pizza dan aiskrim gelato sorang satu. Best giler!!



Sepanjang trip percuma ni memang makanan sepenuhnya ditaja oleh Shaklee. Tak payah keluar duit beli makanan sendiri. 
Kat dalam cruise lagi la heaven sebab style bufet. Pilih je nak makan apa, semua ada



Best kan Trip Shaklee? Gambar dalam cruise Dhuri takde. Kalau ada sure lagi best sebab cruise Symphony of The Seas ni dah ibarat sebuah negara kecil. Macam2 ada kat dalam tu. Nak main ice skating pun ada tau!! Malam2 pulak full dengan entertainment. Memang 10 hari trip tu enjoy dan relaks saja. 
And cruise ni kalau korang nak tahu cost puluhan ribu ringgit untuk seorang. Yelah dah cruise terbesar kat dunia dengan fasiliti 1st class haruslah mahal kan... Dengar kata lebih 20k per head. Memang tak mampu la weh kalau nak pergi sendiri

Team ryg pun kata kalau bukan sebab buat bisness Shaklee memang takde nya nak merasa trip mewah macam ni. Kitorang semua ni bukan nya anak orang kaya pun nak senang2 buang duit macam ni. Hehe

Untuk cycle 2018/2019 ni Dhuri masih lagi mengumpul points. Next year Shaklee akan taja ke Las Vegas pulak! Best!!

So siapa yang nak pergi Las Vegas free dengan percutian paling mewah boleh lah start buat bisness Shaklee ni sekarang. Now Now!! Jangan tunggu lagi. Register keahlian 75 ringgit je tapi berpeluang dapat trip 20 ribu per head!! Lagi banyak point lagi banyak kita boleh bawa ahli keluarga sama-sama. Nanti Dhuri ajar cara nak kira point tu. 

Dont worry bisness Shaklee ni tak memerlukan korang untuk buat loan kat bank! Takde nak buat stok menimbun nimbun simpan bawah katil semua. Customer bank in duit baru kita submit order. Repeat jelah cara ni dari kita ikan bilis sampailah jadi jerung besar. Kalau tak percaya boleh wassap Dhuri 0132331510 atau register keahlian online kat sini 



Anyway thanks kepada upline Dhuri yang tersayang Kak Cip dan Suami sebab buat suprise belikan Dhuri hadiah Special dari atas cruise. 



Cantik giler!! Good taste Kak Cip!

So habis dah cerita free trip Shaklee ni. Yang dah membuak buak semangat nak dapat trip best macam ni boleh terus wassap Dhuir k

Ok Bye korang. Have a nice weekend and thanks for reading

~~

Ps://Macam biasa nak order supplement Boleh contact Dhuri. No kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




Thursday, 11 October 2018

USIA MUDAMU DIHABISKAN UNTUK APA?



Assalammualaikum w.b.t

Uishh seram
Risau Dhuri bila bab ni sebab masa muda banyak berhuha je 

Dulu bila Dhuri ambik degree dalam science computer dan terlintas benda ni dalam kepala mula la serabut perut. Sebab to be honest, Dhuri takde la minat sangat programming dan bab berkenaan komputer ni.Tapi bila ada ilmu kita wajib amal. Kalau tak di amal nanti di akhirat akan di tanya. So masa tu Dhuri terfikir macam mana lah dengan ilmu ni aku nak sumbang sesuatu pada agama? Aku dah lah tak minat sangat. Nanti Allah tanya kat padang masyar nak jawab apa?
.

Sampailah satu saat Dhuri ubah cara fikir. Ilmu ni mungkin tak menjadikan aku programmer yang power dalam dunia tapi dengan tamatkan belajar dan genggam degree, aku boleh dapat kerja yang baik. Aku boleh tolong mak abah aku keluar dari kemiskinan. Aku mungkin tak mampu sumbang banyak pada agama dengan ilmu ni sebab aku tak pakar tapi insha Allah aku mampu senangkan mak abah aku. Dapat berbakti pada mereka. Dan sejak tu hati jadi lebih tenang sikit 

.

So masa cari kerja pun Dhuri tak apply untuk post programmer or buat sistem apa2. Sebab dah tak berapa minat jadi tak boleh lah nak paksa. Tapi Dhuri mintak kerja yang lebih rileks dan ada sangkut paut sikit je. Lebih kepada support system la kira nya. Atleast hati dan otak tak sakit hadap coding pelik2 

.

Dan Alhamdulillah disebabkan bekerja dapat lah bagi duit belanja bulan2 kat mak abah. Dapat ringankan beban mak abah. Dapat bagi mak abah selesa di usia tua tanpa risau fikirkan pasal duit. Dan bila buat bisness Shaklee Dhuri rasa lebih bermakna sebab Dhuri dapat banyak ilmu berniaga dari upline dan dengan ilmu tu Dhuri boleh sampaikan pulak pada orang lain dan mereka boleh dapat income bila apply ilmu tu. Perasaan dia macam lega sangat tau. 
.

Finally Dhuri boleh cakap dengan diri sendiri atleast aku ada sesuatu yang aku buat pada usia muda aku ni untuk tolong orang lain. Kat Malaysia ni ramai sangat orang yang susah. Yang ada macam2 masalah hidup. Ada yang sampai nak beli susu anak pun takde duit Jadi bila dapat ajar dorang ni berniaga dan tengok sendiri betapa gembiranya dorang bila dapat side income hasil berniaga memang perasaan tu speechles. Kita tahu kita buat benda yang baik. Yang akhirnya ada manfaat pada orang lain selain ahli keluarga kita
.

Impian Dhuri lepas ni dengan bisness Shaklee ni Dhuri nak tolong lebih ramai lagi dan senangkan mak abah lebih lagi. Sampai satu tahap mak abah nak beli apa pun tak payah risau. Cakap je insha Allah terus dapat. Siapa yang rasa berniaga ni hanya dapat penat dan letih je actually it is beyond that. Atleast for me. Perasaan dapat menyumbang sesuatu untuk perubahan hidup seseorang tu sangatlah best



Till Then Bye ~~