Wednesday 9 October 2019

Cancel Flight Air Asia and Get Full Refund

Assalammualaikum w.b.t

Hi korang! Dhuri nak share dengan korang cara-cara untuk cancel flight dan dapat full refund. Benda baik haruslah dikongsi bersama kannnn. T__T

Tapiiiiiii harus diingat ini hanyalah terhad untuk flight ke Korea sahaja! Diulangi ke Korea sahaja!. Since ramai yang nak jumpa abam2 kpop tapi last minute ada hal lain pulak yang cross line so ramailah yang menangis kann sebab membayangkan duit yang bakal burn begitu sahaja. 

 Actually Dhuri pun baru je tahu benda ni sebab i pun antara yang menangis sebab tersalah tengok tarikh. Haritu lah sebab sekarang dah riang ria semula. Dhuri beli tiket ke Seoul dalam bulan 4 haritu. Masa tu memang fikir nak pergi time spring je. Nak tengok bunga sakura lah konon nya tapi dalam masa sama risau husband tak dapat cuti panjang. So last2 booked je tarikh 26 April tahun depan. Dah confident dah tarikh tu perfect sebab boleh sambung cuti sampai hari buruh 1 May



Cantiknya full blossom di Korea. Love it!!


Sekali.............

First kesalahan! Plan asal nak beli untuk 5 hari tapi terbeli 6 hari. Dahhhh tak boleh nak declare musafir. Tak boleh solat jamak dan qasar ye kalau kita dah tahu nak stay kat tempat tu melebihi 5 hari (2 hari untuk perjalanan pergi dan balik)

Okey lah Dhuri pejam mata je bab ni sebab still boleh adjust. Boleh solat waktu akhir dan awal. Lagipun solat ni bukan susah sangat pun. Kat mana2 pun Insha Allah boleh je solat asalkan pakaian dan tempat tu bersih dan cukup syarat.

Tapiii kesalahan kedua pulak muncul!! Bunga sakura yang Dhuri beriya sangat nak tengok tu rupanya muncul pada tarikh2 tertentu je. Dan full blossom untuk tahun depan jatuh pada 6 April sampai 13 April



Pergi tarikh 26 April tu ada apo je lagi?? Memang kirim salam di angin lalu lah jawabnya. Walaupun boleh ku pujuk hati ada bunga lain tapi rasa terkilan jugak sebab sebelum tu Dhuri memang refer kat satu blog ni and dia yang suggest pegi hujung April ehhhh. So lepas ni korang tak payah lah percaya kat blog lagi. Check je kat skyscanner tu tarikh2 cherry blossom kat Korea ikut kawasan tertentu.

Annnddddd kesalahan ketiga muncul! Yang ni paling tak boleh ditutup sebelah mata lagi dah!!! Tarikh 26 April tu rupanya jatuh bulan puasa!! Puasa 24 April so kiranya kitorang pergi 2 hari lepas puasa. Apakah???? Terus turn off habis mood. 2 hari gak dok blurr fikir nak proceed ke atau cancel terus sebab tau dah Air Asia mana boleh refund. Boleh tukar tarikh je tapi still kena penalti. 

Kali pertama Dhuri check kos penalti dan tukar tiket baru almost 2k. RM1200 untuk penalti sahaja sebab tiket oversea. Tapi masa tu tak tahu lagi and plus salah tengok pulak. So Dhuri ingat mahal sebab harga tiket mahal. Kiranya nak try lagi lah bila harga berubah tapi rupanyaaa memang penalti dia harga 1.2k tu eh. Sama harga dengan tiket awal yang Dhuri beli sebab beli time promo 1.2k je untuk 2 orang pergi balik. 

Nak tak nak memang kena proceed je atau cancel terus. Tukar flight atau beli baru memang bukan option sebab kitorang tight with the budget. Tak nak over spent. Dhuri dah fikir untuk cancel terus tapi husband suruh proceed je. Dia kata why not kita pergi je and rasa pengalaman berpuasa kat negara orang. Tapiiii Dhuri still serba salah sebab travel time puasa ni tak tahan lah. Lapar boleh tahan tapi haus tak boleh tahan. Dengan keadaan muka bumi korea yang banyak turun naik tangga and bukit tu memang Dhuri rasa kitorang akan surrender awal

Tapi nak dijadikan cerita Alhamdulillah Allah maha mendengar keluhan dan kerisauan hati Dhuri ni and dia pertemukan kitorang dengan penyelesaian. Tiba2 je terbaca satu posting kat IG yang kita boleh dapat refund untuk flight ke Korea. Teruslah Dhuri bukak website Air Asia and check betul ke tak. Rupanya betul!!!!

Yeayyyy! Alhamdulillah. Selamat duitku. Tapi Dhuri takde lah mintak refund serta merta sebab takut dorang bagi dalam bentuk point nanti kena guna dalam masa 3 bulan. Takut tak sempat kena dengan promo lain yang best. Air Asia kan banyak buat promo. lol

Tapiii disbebakan tiket Dhuri tu lambat lagi. Which is lebih dari 6 bulan so Dhuri boleh lah apply untuk dapat 100% refund. Ada syarat jugak untuk apply k. Korang refer gambar kat bawah. 




Cara nak apply mudah je. Korang bukak website Air Asia and terus chat dengan AVA (kartun berbaju merah yang sudi membantu korang 24h/7d) T__T

And lepas tu pilih lah option REFUND nanti dia akan bagi option nak refund lokasi mana. Click more smpai muncul perkataan Korea lepas tu select and follow je next instruction dia. Very easy peasy beb

Nanti dia akan tanya nak refund untuk satu tiket je ke atau tiket pergi balik. Nak refund untuk sorang atau semua sekali. Reason kita nak mintak refund pun dia akan tanya. And for me Dhuri jawab jujur je tak boleh nak travel time ramadhan. Lepas bagi reason dia akan tanya nak refund dalam bentuk point atau cash



Yang ni ikut korang lah nak pilih mana. ada pro and cons. Kalau pilih point takut tak sempat guna dah expired sebab ada time limit 3 bulan kalau tak silap. Kalau pilih duit takut terguna pulak untuk benda lain. Oppss.
Dhuri pilih cash refund sebab hati dah separuh nak pergi ke tak. 

Homestay Dhuri dah tukar tarikh dari 26 ke 5 April sampai 10 April. Memang sesuai lah untuk tengok cherry blossom tapi risau tiket tak murah time tu. So better i save cash supaya fikiran ku tenang. Kalau ada rezeki dapatlah pegi. Kalau tak kita postpone jelah ke tahun seterusnya. Homestay tak risau sebab boleh cancel je kalau tak jadi pergi.



Alhamdulillah dah settle. Now tunggu jelah duit masuk semula ke account yang kita guna untuk bayar haritu. Doakan impian Dhuri nak ke korea ni tercapai jua akhirnya k. Banyak sangat rintangan ni. T__T

Semoga bermanfaat untuk korang yang nak cancel flight tu. Haritu Dhuri browse tak jumpa sangat orang share cara untuk refund ni. Mostly untuk cancel je. Tapi yelah sebab yang boleh refund pun Korea je. Ada la lagi 2-3 negara tapi macam tak related sangat dengan rakyat marhaein macam kita ni. Nak tahu detail korang check je FAQ Air Asia k. Ni pengalaman Dhuri dengan flight Air Asia je. Airlines lain Dhuri tak tahu boleh ke tak dapat refund.


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!







Thursday 3 October 2019

Konsert Reunion Exists 2019

Assalammualaikum w.b.t

Masih terasa lagi bahangnya konsert exist reunion yang baru je berlangsung hari sabtu 28 Sepetember lepas. Masih tak boleh move on lagi Dhuri ni. Hari2 masih lagi repeat dengar kat youtube and video dalam phone yang sempat Dhuri rakam masa konsert haritu. To be honest this is my very first time pergi konsert and it is beyond my expectation

Dhuri memang peminat exist sejak sekian lama. I adore giler dengan drummer dia Ujang and gitarist dorang Along atau G-Nola. For me dorang adalah talented artis. Ada bakat yang bukan calang2 kurnian dari yang Maha Esa. Lagipun lagu2 exist ni bila jiwang tu memang jiwang habis. Bila rancak pulak memang fun and boleh buat kita berjoget sama. T__T

To started the career since from the very early age ofcos ada turun naik and beberapa kisah tak best kan tapi bagi Dhuri tu adat lah. Lagipun i nak dengar muzik bukan nak judge kisah hidup orang. haha

Okey jom layan picture



Ni masa on the way ke Shah Alam. Kisah nya macam ni, Dhuri since tahu je exists buat konsert reunion Dhuri dah ajak husband untuk beli tiket. Tapi husband tak nak. Yelah tak pernah2 nya pergi konsert tetiba je nak pegi mestilah dia tak nak kan. Lagipun anak2 nak letak mano? Haha

Tapi kalau dah dasar tak reti putus asa tu memang Dhuri tak give up lah ajak dia. Sampailah dah tinggal lagi 2 hari sebelum tarikh konsert tetiba Dhuri ternampak Elin upload tengah layan lagu exist kat ig story dia. Teruslah Dhuri komen kata ni band favourite Dhuri. Nak tahu apa Elin reply?



Haaa ni dia reply. Terus dia ajak pi konsert weh.


Memang berkobar lah balik semangat ku yang hampir padam itu. Husband balik je dari lepak dengan kawan dia malam tu terus Dhuri tunjuk kan message Elin and cakap dengan dia sambil terlompat-lompat "i nak pergi...i nak pergi" 

Husband Dhuri macam biasalah okey je. Tak pernah dia kata tak okey. Lagipun bukan guna duit dia. Itu yang paling penting. lol. Esok tu terus Dhuri beli tiket and petang tu booked homestay kat Shah Alam sekali. Homestay tu Dhuri booked sebab sejenis bini manja nak husband hantar and jemput. T__T 
Lagipun murah je sebab guna free kredit dari airbnb. Tambah RM 19 hengget je



Pejam mata je dengan harga tiket. Kalau bukan sebab exists tak keluar duit ai sebanyak ni tau. T__T



Kitorang sampai homestay dekat 6.30 jugak. Sengaja gerak lambat sebab tak nak sampai awal sangat kat homestay. Nanti anak-anak bosan duduk dalam bilik je. Tu muka monyok sebab tengah tunggu bapak dorang setting tv. Sampai je Dhuri terus bersiap and tunggu azan maghrib. 



Okey dah ready! Konsert start pukul 8.30 tapi 7.30 ku dah ready




Mekap simple je tapi dalam gambar nampak putih berkepuh pulak. lol



On the way tetiba hujan lebat wehhh. Dah terfikir dah aku ni kena layan konsert dalam hujan ke??? haha sebab tak pernah pergi stadium Melawati so tak tau dia ada bumbung ke tak.

Husband hantar sampai tangga nak naik stadium and Dhuri keluar je kereta terus memecut laju naik ke atas. Sempat lah ada orang offer beli baju hujan tapi ku tolak sebab memang tak bawak duit pun. Bawak henpon dengan ic je. T__T



At first Dhuri ingatkan bila pergi konsert ni kena beratur panjang and orang akan berebut rebut. Rupa-rupanya itu semua tidak berlaku ye kawan-kawan. Fans exists ni semua baik2 belaka. Mungkin jugak sebab masing2 umur dah banyak. Dah level mak bapak budak and ni bukan konsert rock pun nak berebut-rebut. Petugas dorang pun ramai. So smooth je. Cuma nak cari gate tu jelah kena tanya setiap que sebab dorang tak letak kertas penanda apa-apa. Tapi kalau ada pun mungkin dah basah kena hujan. T__T



Dhuri masuk dulu sebab Elin dengan Hani belum sampai lagi. Lama jugak tunggu dorang kat luar ni. Dah gelisah jugak sebab ku ni over excited. Kalau boleh nak duduk depan stage ha. Baru puas hati bayar mahal-mahal kan. haha





Bukan hujan renyai-renyai ye. Memang hujan lebat. Dhuri okey lagi lari naik tangga je ke pintu masuk. Elin dengan Hani kena menapak dari lot parking. Jauh tu

Elin dengan Hani sampai dalam 8.15 and kitorang terus je masuk. Surprisingly exist zone belum ramai lagi orang. Yang pilih seat je dah hampir penuh. And yang dah datang pun tak duduk depan stage. Dorang duk tengah2. And ada yang sengaja pilih belakang. So apalagi kitorang terus lah ke depan 


 Masuk-masuk je stadium terus nampak stage yang tersergam indah ni. 


Suasana dalam stadium. Yang kerusi kuning tu meat and great seat. Penuh okeh! Elin siap cakap "Elin ingatkan takde orang nak beli meet and great ni" sebab satu seat RM700+ . Dengan muka selamber Dhuri cakap "Kalau elin nak tahu sayalah salah sorang yang plan nak beli seat meet and great tu" haha. Tapi mujurlah tak beli sebab dorang cakap sesi jumpa dengan band exists tu sekejap sangat. Selamat duitku. huhu. Lagipun tak puas lah tengok jauh2 ni. Yang pilih seat platinum ke apa ntah itu lagi lah jauh. Nun hujung sekali tapi rege murah sikit lah RM 130



Exists reunion. Kitorang pun reunion jugak. Dah hampir 8 tahun tak jumpa Hani. 



Sempat ambik gambar sebab nak jeleskan Kak Bada dengan Shaf. Haha



Masa ni konsert belum start lagi tapi dah ada yang gigih tau berdiri tunggu. And Dhuri pun macam ralat sikit lah sebab tak duduk depan lagi. Kalau tak memang muka aku jelah masuk camera agaknya. Haha


Ini namanya selfie dalam selfie ye kawan2. Haha


Okey konsert dah start. Dorang pasang je intro terus masing2 bingkas bangun and ke depan stage. Dhuri dapat second row. Memang puas hati sebab nampak exists band semua depan mata.


Tengok lah minah belakang tu layan semacam je. T__T



Tak dinafikan aura Mamat sangat kuat. Dia keluar je orang semua jerit2 nama dia and petikan gitar Shah memang berbisa lah. Sayang sikit sebab Along berdiri side kiri so tak clear sangat nak ambik gambar dia



Ramai peminat yang sayangkan Mamat ni. Suara dia pun malam tu memang A plus sangat.


Along dengan Ezad. 



Orang tengah layan lagu la weh. Korang bergosip pulak. Haha



Yang ni kelakar. Drummer siap berjalan jalan lagi sebab lagu Jangan Gentar kan drum main lambat. I guest Ujang tengah meluruskan pinggang dia. T__T


Ezad ni Dhuri takde lah minat sangat sebelum ni. Tapi lepas konsert ni memang terus adore dengan suara dia. Bila dengar live memang lemak berkrim disukai ramai!! Dah lah kuat gelak pulak tu. Boleh join dengan Elin. T__T



My favourite drummer Ujang. The best in Malaysia and Asean


Dua kali dorang buat gimik macam konsert dah nak habis tapi tak habis. And 2-2 gimik tu tak jadi. haha. Tapi finally habis jugak. 


Thank you existsband. 2 jam setengah yang sangat puas walaupun ku terbang RM260 ringgit. Duit boleh dicari tapi pengalaman manis mungkin sekali ni je datang kan. T__T


Until we meet again. Dhuri rasa konsert exists ni memang sangat2 berbaloi sebab band dorang ni genius. Sepanjang konsert dorang tayang lirik sekali untuk fans sama2 nyanyi. Memang meriah habis. Sound system haritu pun diakui yang the best sekali so far kat Stadium Melawati. Loud and clear. Tone musican semua perfect and cantik (well dorang memang top musician pun kat Malaysia)


Ni Dhuri dah otw nak balik. Muka semua happy and puas hati.


Me and the girls that night.


Jumpa untuk konsert road tour pulak kalau ada. hehe

Sebagai kenang-kenangan kat bawah ni Dhuri ada compile kan video yang Dhuri sempat record sepanjang konsert. Takde lagu yang Dhuri record penuh pun sebab konon nya nak enjoy the konsert. Tapi lepas tu menyesal sebab rindu wehhh. Haha

Korang layan lah k. Antara yang buat Dhuri suka dengan lagu2 exists ni sebab muzik dorang. Dari intro, gitar solo sampai lah ke ending boleh dengar clear muzik dia ikut setiap bait-bait lirik tu. And yang amazing nya dorang ni play sendiri time record tanpa guna sessionist. Umur 12-13 tahun dah genius weh. Respect!



Ni pulak link untuk tengok kat youtube.


Anyway, Good luck Exists untuk konsert di Singapore pulak esok!!!


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!