Tuesday 19 October 2021

Pandemik COVID, Cuti 2 Tahun

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Lamanya tak tulis pape kat blog. Puncanya sebab covid19 lah ni. December 2019 adalah tahun last yang dunia ni normal. Masuk je January 2020, dunia terus kecoh dengan virus baru yang sangat cepat merebak dan membawa maut. Selalunya tengok dalam movie je kan tapi kali ni real beb. betul2 terjadi di dunia sebenar. Punyalah ramai yang meninggal dunia, banyak negara yang lumpuh sistem kesihatan mereka. Selama 3 bulan Malaysia cuba bertahan tapi pada March 2020 kerajaan umumkan untuk lock down satu negara

Bermula lah episod baru dalam hidup kami. Dhuri dengan husband start bekerja dari rumah. Anak2 pun dicutikan terus dari sekolah. Kakak Bunga masa tu 6 tahun dan Aqeel 4 tahun. memang stop terus hantar Pasti. Selama beberapa bulan tu juga kitorang adjust hidup sebaiknya. Bayangkan tak boleh keluar rumah langsung, beli barang dapur setiap 3-4 hari and husband lepas keluar rumah akan terus mandi, basuh baju segala, etc

Paling sedih sebab raya 2020 tu lah pertama kali dalam hidup tak boleh balik kampung. Kitorang celebrate di rumah sendiri je. Tak pasal Dhuri belajar buat rendang dan nasi himpit T___T

Tapi November kot kes berkurangan dan menurun kepada sifar, kitorang dah boleh rentas negeri so ambil peluang untuk balik kampung and jumpa mak abah. Beli barang keperluan sekolah untuk kakak bunga naik darjah 1. Sempat lah juga naik sekolah kejap. Tapi sayangnya tak lama pun sebab lepas tu kes naik balik and bermula lah eposod pkp, pkpb,pkpp yang tak berkesudahan.

Dan apa yang paling merubah hidup kami satu keluarga adalah kesihatan abah yang tiba2 saja jadi buruk. Hari yang kami balik kampung first boleh merentas tu, itulah hari terakhir yang kitorang tengok abah sihat. Start petang tu dia mula demam, menggigil, sakit pinggang sampai tak boleh bangun. lepas hampir 2 minggu bertahan, tengok makin teruk and kitorang decided bawak pergi hospital

Doktor detect kreatinine abah sangat tinggi sehingga dorang nak tebuk leher and terus buat dialisis. Masa ni perasaan masing2 tak yah cakap lah. Sedih, terkejut, tak percaya semua bercampur baur. Rasa macam benda ni jadi tiba2 sangat. rasa bersalah dalam diri Dhuri tu sangat besar sebab rasa "aku ke punca semua ni? Sebab ambil sambil lewa sakit abah? lambat bawak hospital..."

Macam2 lah. Tapi mujurlah lepas refer dengan doktor pakar buah pinggang yang abah selalu check up tu doktor tak bagi tebuk. Dia suruh masuk kan air and hidrat kan je dulu buah pinggang tengok ada perubahan tak. Alhamdulilllah dari buah pinggang yang mengecut, kembali pada saiz normal

Cuma doktor tak boleh detect kenapa abah sakit pinggang teruk tu. Lama jugak. Lepas beberapi kali ujian baru dapat kesan ada nanah kat buah pinggang abah. So doktor plan untuk bagi antibiotik supaya nanah tu boleh keluar sendiri

Tapi sayang nya tak berhasil. 6 minggu kat hospital tu memang sia2 lah

Doktor tukar antibiotik lain and habiskan 6 minggu lagi. Tapi itupan gagal juga keluarkan nanah tu.

So plan kedua, doktor tebuk buah pinggang and keluarkan nanah tu melalui tiub. Tapi ada risiko rawatan ni sebab tiub tu boleh jadi punca kuman masuk jugak. Seminggu doktor cuba keluarkan nanah tapi tak boleh sebab nanah tu bukan dalam bentuk liquid tapi dia ketulan yang dah keras. So lepas semua tak berjaya doktor pun dah takde treatment nak bagi dia suruh kitorang bawa balik sebab result masa ni semua dah okey. Nanah tu memang tak boleh nak buat apa dah. 

Tak sampai seminggu abah balik, dia demam sekali lagi and kali ni rupanya ada kuman lain pulak yang masuk. Mungkin berpunca dari rawatan di hospital. Macam Dhuri cakap lah, yang tiub tadi tu kan. Walaupun abah dah diasingkan ke wad persendirian tetapi tetap risiko kuman tu ada. And kali ni doktor hanya boleh bagi antibiotik sahaja dan ubat untuk matikan kuman

6 minggu lagi kat hospital

Pendek kata, setengah tahun abah memang habis kat hospital je

Dari sihat, badan berisi sampai tinggal tulang. Dari boleh bangun berjalan, terus tak boleh bangun lagi dah. Kene pakai pampers dan minum susu dari tiub

So pkp kitorang setahun ni kalau orang lain tak dapat balik kampung jumpa mak abah kitorang memang berkali kali juga dapat balik sebab uruskan abah. 

And finally abah betul2 discharged tapi dengan keadaan yang Dhuri cakap tu lah. Dah terlalu uzur dan perlu orang uruskan 100%

Kalau ikut doktor, dorang cakap abah dah takde sakit. Result x-ray semua okey. Ujian darah okey, air kencing okey cuma otot merosot sebab dia hanya tidur saja sepanjang kat hospital dan tak nak makan. Bila dah berusia otot kita sangat cepat merosot apatah lagi bila tak buat apa2 aktiviti. Doktor dah suruh abah bangun berjalan jalan tapi dia tak nak. Makanan hospital dia tak nak makan langsung. Dia tunggu kitorang hantar makanan tapi hospital tak boleh nak masuk sebab kes covid ni

Setengah tahun di hospital tanpa aktiviti, itu yang buat abah terus tak boleh jalan dah. 

Itulah ringkasan yang Dhuri boleh cerita kan. Kiranya tahun 2021 ni memang tahun ujian untuk kami. Ada banyak luahan yang Dhuri nak ceritakan cuma tak tahu boleh tulis atau tak. Doakan urusan abah Dhuri dipermudahkan. Kitorang sebenarnya dah redha. 



Sekian ~~