Friday 6 January 2023

Birthday Bunga 8 Tahun

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Merasmikan perpindahan mak abah ke Senawang bulan 11 haritu maka Dhuri decided untuk celebrate birthday Bunga kat Senawang jugak. Memang dia terpaling excited sebab cousins dia ramai kat sini. And my sweet baby girl ni tak pernah demand untuk apa2 hadiah atau celebration pun. Nak kek macam mana pun tak pernah request. She is so nice and considerate child. 

And that's why jugak Dhuri ajak husband sampai ke Damansara untuk belikan dia kek coklat special yang ada decoration cantik macam ni. The last time kitorang beli kek deco2 macam ni masa dia umur 4 tahun which is dah lamaaaa sangat kan. Haha

Bukan apa, Dhuri ni kalau bab planning benda2 macam ni i'm quite failed. Sejenis yang tak creative. Sobbs...

Okeylah enough with the emotional part, jom layan gambar

.

.


Ibu doakan kakak sentiasa cantik, bahagia dan gembira selalu. I'm so sorry sebab kadang2 ibu a bit harsh dengan kakak. But I'm always love you. Please remember that. Doa ibu semoga kakak membesar menjadi seorang wanita yang cekal, hebat, berdisiplin dan bijak menguruskan diri, keluarga dan kewangan. You are a mirror of me. I see me in you. That is why i want you to be a better than me. 

Ya Allah Ya tuhanku, peliharalah anak ku ini sentiasa dalam lindungan kasih dan rahmatMu. Kurniakan umur yang panjang lagi berkat kepadanya. Sihat sempurnakan lah tubuh badan serta akal fikiran nya hingga ke hujung usianya. Jodohkan dia dengan suami yang soleh, baik terhadapnya serta kepada anak-anaknya. Berikan dia petunjukMu selalu wahai tuhanku yang Maha Pengasih. Dan jadikan dia kaya, berjaya, dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbal-A'lamin






Monday 2 January 2023

Corat - Coret Persekolahan Anak 2022

 Assalammualaikum w.b.t 

Haii korang. Sebelum tahun 2022 ni berakhir Dhuri saja lah nak simpan segala memori persekolahan anak-anak kat sini. Sebab macam yang kita semua tahu, dua tahun kan negara kita dalam episod PKP berpanjangan. Tahun ni lah yang baru betul-betul anak-anak dapat bersekolah semula. So sesi persekolahan tahun ni dimulakan dengan pendaftaran pra sekolah aqeel 








Kakak bunga pun dah start sekolah agama. Sekolah agama pagi, sekolah kebangsaan petang. Alhamdulillah dia okey. 

Antara aktiviti yang anak-anak join tahun ni adalah jamuan hari raya sekolah, rombongan ke zoo dan kilang coklat serta aktiviti harian biasa di kelas 








Enjoy your childhood memories kiddos.