Thursday 7 March 2024

Kitchen Kabinet Aluminium Murah dan Cantik

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Alhamdulillah, finally dapur Dhuri dah siap. First time ada kitchen kabinet ni so feeling dia memang excited giler. Dhuri ada share part by part pemilihan kitchen kabinet yang cukup memeningkan kepala Dhuri satu ketika dulu...

Part 1

Part 2

Part 3

And inilah hasilnya.....taraaaaaaa

Dhuri sangat berpuas hati.No complain at all!! 

Sebiji sama dengan apa yang Dhuri imaginekan. Setiap ruang dan sudut digunakan sebaiknya. 

Dhuri bahagikan dapur Dhuri ni kepada 3 bahagian. Prepping, Cooking and Serving. Memang sangat selesa. Ruang cukup dan luas. Inilah tempat bonding family kecil kitorang sekarang. 

So untuk menunaikan janji..since Dhuri pun memang berpuas hati, korang boleh lah contact company ni ye mintak quotation, etc... Panelab Marketing Sdn. Bhd. Kilang dorang kat Semenyih. Boleh terus datang sana tengok material and booking. 

Dhuri rasa part criticalnya adalah untuk deliver apa yang kita nak pada designer je. Bila design dah siap, everything dah smooth dah lepas tu. Sebab kadang-kadag orang tak faham kenapa kita nak buat macam ni, macam tu, bukan trend, etc...tapi please pegang kata-kata Dhuri ni "Jangan buang masa untuk explain. Apa yang kita nak, just say it! Walaupun itu bermakna design kena ubah 100 kali. But selagi kita tak kata confirm and final....don't you ever untuk malas-malas nak layan" 

Hahahaha

Final summary kat bawah. Semoga membantu korang jugak untuk decide dan buat keputusan yang terbaik. I know yang baca ni pun tengah survey-survey harga jugak kan so hopefully bermanfaat.

************************

Design: U-Shape, base sahaja

Material: Fully aluminium 

Design Pintu:  J27 (full aluminium juga cuma motif kayu untuk classic look)

Warna: Creamy White

Table top: Porcelain

Total kos: 12k++ all in (takde kos tersembunyi, transport, pemasangan, etc...)

For me memang sangat worth it harga ni dengan hasil yang Dhuri dapat.


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Tanam Rumput Mutiara di Backyard

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Lamanya tertangguh progress update rumah Dhuri. Busy sangat dengan macam-macam. But, Alhamdulillah banyak benda juga dah settle sekarang. Defect dah almost complete, kitchen kabinet pun dah siap. Tapi harini Dhuri nak share dulu pasal backyard kitorang ni sebab projek ni yang Dhuri terpaling excited sekali. 

Belakang ni sekarang adalah port paling Dhuri suka dan enjoy sebab belakang ni sejuk je dari pagi sampai petang. Ditambah pulak dengan adanya awning, lagi bertambah redup kawasan ni. Memang best decision ever untuk jadikan kawasan ni sebagai tempat santai. 

Kebetulan haritu teman mak ke nurseri bunga di Jalan Kuala Pilah, kitorang jumpa stepping wood yang Dhuri memang dah lama aim. Cuma sebelum ni tengok kat shopee je shipping tersangat lah mahal. So asik postpone je. Bila dah jumpa depan mata memang terus grab lah. 

Harga sekeping ni RM 18. Dhuri ambik 4 keping je. Sebab memang plan nak letak kat hujung je and bukan semua. 

So first step yang kitorang buat:


1. Bersihkan dulu kawasan tanah ni dari rumput asal. Kena cabut sampai ke akar sekali. Tapi tanah ni spoil sikit sebab banyak batu-batu besar. Barang buangan dari construction pun ada. Dorang main tanam je dalam tu. Nak tak nak kenalah gali betul-betul sampai boleh buang semua. 

Dhuri ambik masa untuk settlekan part tanah ni berbulan jugak. Sebab buat sikit-sikit. Anak-anak pun kena kerah juga buat sama-sama. Cuma lepas kitorang dah booking rumput baru speed up. Masa ni memang penat giler sbb kena settlekan dalam masa 3 hari. Balik je kerja memang terus lepak kat belakang ni sampai maghrib

2. Dah settle bersihkan, Dhuri lapis dengan tanah jenis top soil pulak. Tanah ni Dhuri beli kat kedai Eco je. Satu beg ni rm2.40. Tapi kan sebenarnya tak perlu beli sebab area rumah Dhuri memang banyak tanah merah ni sebab dekat dengan bukit. Tapi takpe lah dah beli kan...



Untuk keluasan 5ft x 20ft perlukan lebih kurang 20 beg top soil ni. Itupun tak cukup tau sebab boleh lapis nipis je. Tak boleh nak padat-padatkan sangat. So hasilnya ada beberapa bahagian yang mendap sikit. 

Since rumput yang kitorang order tu dah pickup, maka tak sempat lah nak topup lagi top soil. Terpaksa redha. 

Tapi kalau nak sekata dan cantik je memang kena sediakan top soil banyak sikit and lepas tu lapis lagi dengan tanah pasir supaya struktur tanah jadi kuat dan tak lembik. Kitorang tak sempat cari tanah pasir, so awal-awal tu memang tak boleh pijak langsung backyrad ni sebab tanah dia mendap dan lembik. 

3. Bila tanah dah ready, baru tanam rumput pulak. Kitorang pilih rumput mutiara ni sebab rumputnya cantik dan sejuk. Sesuai untuk kawasan yang tak dapat banyak cahaya matahari. Plus, less maintainance sebab rumputnya lambat panjang. 


Dhuri beli rumput ni kat kedai di Ampang. Nama kedai tu grass2u. Dhuri jumpa kedai ni kat shopee. Since dekat je kitorang pickup sendiri je lah. Sebab kalau beli online, boleh pos 8 keping je per order. And ada risiko rumput rosak kalau shipping delay. Dhuri ambik 40 keping. Ada lebih dalam 3-4 keping. Yang lebih ni Dhuri tampal-tampal je bagi nampak penuh dan padat. 


Hasilnya lepas berusaha keras! Cantik sangat di mata Dhuri. 

Untuk 3 bulan pertama ni kitorang kena siram kerap dengan air yang banyak. So sepanjang 3 bulan ni memang Dhuri tak boleh buat apa sangat lah kat belakang ni sbb rumput nya tak boleh pijak lagi. Tanah pun lembik sebab basah je kena siram. Haha

Tapi sempat juga pasang ampaian tarik. Nak bagi kemas. Lepas ni takde lah ampaian besar-besar buat serabut tu. Cuma tempat sabun, hanger semua belum setting lagi. And since rumput pun belum kuat so kitorang masih belum guna sangat lagi kawasan laundry ni. 

Next plan, kitorang nak tempah drain cover pulak yang besi tu and pasang floor decking. Dah siap semua ni, baru beli meja, kerusi dan rak untuk storage barang-barang pertukangan husband dan barang-barang berkebun. 

Excited and kalau boleh nak siapkan cepat tapi terpaksa hold dulu untuk bagi laluan pada projek lain pulak yang lebih priority. Macam ni lah kan bila buat ikut bajet. Ada duit baru kita jalannn. Hehe


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!