Wednesday 31 January 2018

CLOSING DAY & SHOPPING DI SOGO

As'mualaikum w.b.t

Saja nak story kisah closing semalam. Biasalah bisness Shaklee ni hari terakhir untuk bulan tu kitorang akan kalut untuk closing. Masa ni lah masing2 nak make sure capai target dan secure rank atau bonus masing2. Kiranya hari closing ni adalah last day dah untuk pulun supaya dapat berapa banyak bonus yang kita nak bulan depan

So pagi2 lagi Dhuri dah bangun kemas rumah, basuh kain and siapkan apa yang patut supaya rumah teratur dan Dhuri boleh concentrate untuk closing. Masa ni peluh sejuk semua keluar la sebab nak make sure anak cucu bisness capai the highest percentage untuk bonus dorang. Bisness Shaklee ni dia ada pengiraan untuk percentage bonus. Paling rendah 5% dan paling tinggi 21%. Yang ni tak termasuk bonus lain seperti car bonus dan leadership bonus la. So kalau anak bisness dah hampir nak capai 5% tu memang tugas leader la untuk encourage dorang bagi cukup kan.

Apa yang Dhuri perasan sepanjang lebih setahun berniaga Shaklee ni, bisness Shakle ni bukan diukur dengan berapa banyak kau mampu buat sales tapi berapa banyak yang kau mampu untuk korbankan demi kejayaan mereka yang ada di bawah ko. Sejujurnya dulu Dhuri ni adalah orang yang introvert tau. Seorang yang pendiam dan cuma buat hal sendiri je. Tak campur sangat dengan orang apatah lagi dengan masalah hidup orang. Memang jenis tak suka nak dengar. Haha

Sampaikan dah kerja bertahun kat Utar ni pun ramai lagi yang Dhuri tak kenal walaupun satu level je. Tercengang cengang kalau kawan2 cerita. Bukan kat ofis je, kawan2 sekolah pun kalau bukan satu kelas, memang payah lah Dhuri nak ingat nama dan muka. Kadang2 bila orang cerita penat perah otak fikir siapalah ni. Haha. Memang pelik sikit tapi itulah diri Dhuri.

Tapi sejak berniaga, dan Shaklee pulak sistem dia ada upline dan downline. Upline kena tolong downline, kena ajar cara berniaga, ajar cara branding, ajar tulis iklan dan ajar macam2 benda lah supaya dari seorang yang tak tahu pape pasal bisness dia boleh pandai berniaga. Tapi sifat manusia ni ada masanya dia happy dan ada masanya dia mungkin down atau ada masalah dan kat sini lah leader atau upline tu mainkan peranan. So dari seorang yang tak suka campur masalah hidup orang Dhuri bertukar jadi a bit kepochi skit. Tapi kepochi yang baik la sebab dah jadi rajin tanya khabar anak bisness, rajin bagi nasihat kalau dorang ada masalah dan rajin brainstorming idea bisness marketing dengan dorang.

So back to the topic. Haha jauh melencong

Since semalam adalah hari closing so memang busy lah. Tapi husband pulak tiba2 cakap yang khamis depan dia ada confirmation meeting. Tak sangka dah setahun rupanya dia tukar kerja. Rasa macam baru semalam je ngaruk2 cakap kenapa kena kerja sampai malam, kenapa kena kerja weekend, sampai last2 dia berhenti kerja dan cari kerja lain. Kehkeh

So untuk isteri kat luar sana, kalau rasa tak boleh handle sebab kerja suami korang timetable dia pelik sangat, korang mengaruk okey sampai dia tukar kerja lain. Haha

Husband Dhuri ni kerja setiap hari pakai t-shirt dengan jeans je. Tapi untuk confirmation meeting ni dia kena pakai baju formal la which is baju yang dia takde. Haha
Rasanya last beli baju kemeja dia 5 tahun lepas masa dia keja kat UTM tu pun dah tak tau masuk kotak mana dah. So sebab semalam cuti Thaipusam husband ajak pergi shopping cari baju dia. Kebetulan Sabtu ni kitorang ada BLNC (event Shaklee) so timing tu agak perfect la untuk dia (tapi tak perfect untuk ku)

Ingatkan dia ajak pergi yang dekat2 je sekali dia bawak sampai ke SOGO dahhhhh

Orang lelaki ni memang, kalau time kita nak shopping dia bawak pegi Aeon je. Tapi time dia nak shopping tudiaaaa sampai ke SOGO wehhhhh

Tapi semalam okey lah jalan tak sesak sangat walaupun cuti Thaipusam. Sales macam biasa merata-rata. Kat SOGO kalau tak sales tak sah lah kannn. Heheh




Semalam terlupa nak ambik gambar so belanja gambar kitorang shopping kat SOGO dua tahun lepas. Heheh. Tapi lebih kurang lah dengan suasana semalam.

Husband try seluar dengan kemeja. Ada sales sampai 80% tapi yang murah baju je. Seluar dia tetap beli yang mahal k. Tapi takpelah setahun sekali kan bang. 😏




Seluar pilihan husband. Lagi mahal dari harga kasut Dhuri sepasang 😂




Baju ni lawak. Sebab masa test kat SOGO muat je tapi bila balik rumah kecik pulak. Rupanya kat sana dia try yang lengan pendek. Yang dia beli ni lengan panjang fitting kecik. Memang sempit la. Seksa ku tengok. Haha




Tali pinggang pun dia ambik jugak sebab yang ada kat rumah versi tak formal




Sambil tunggu husband shopping Dhuri pusing2 tempat lain. Terjumpa pulak jeans comel ni. Macam sesuai sangat kalau Aqeel yang pakai. So ambik la sehelai. Murah je, RM 30 tapi tak tahu lah tahun bila baru Aqeel boleh pakai sebab saiz 1-2 yrs dia ni besar kat Aqeel. Haha comel sangat anak ku itu




Eh apa ni..apa ni...Haha. Dah settle shopping barang husband dia ajak naik tingkat atas pusing2 sekejap sebelum balik. sampai kat bahagian handbag ni dia cakap "kalau bie nak, ambik lah satu"

Wahhh apa lagi kan, orang dah offer, kita rebut lah peluang. Hehe. Lepas pusing 16 kali depan cermin Dhuri ambik yang ni sebab warna ni tak pernah ada lagi. Plus harga dia tak mahal sangat. Ku sayang duit laki oiii sebab bini dia ni lah menteri kewangan keluarga. Takmo membazir di saat banyak lagi benda lain lebih penting. Ceewahhh 😂

Dah siap bayar semua turun bawah sekejap pastu makan. Masa ni dah tak senang duduk sebab Upline Kak Cip dah start wassap tanya pasal closing. Haa baru tau panas bontot kannnnn. Time menyoping tak hengat doniaa

Cepat2 ajak husband balik and sampai je rumah kembali memerap dalam bilik dengan laptop dan phone untuk fokus closing pulak

Sampai ke malam dok pulun kejar target lagi.




Sempat bancuh secawan vivix sejukkkk sambil tangan laju berbalas wassap dengan team mates Pursuericious dan customer sebelum ni

Alhamdulillah tepat kol 10.30 malam Dhuri finally closing dengan sales keseluruhan Pursuericious hampir RM 10 Ribu Ringgit dan berjaya kekalkan bonus 4 angka dalam Shaklee. Alhamdulillah

Sepanjang setahun lebih berniaga ni tak pernah lagi Dhuri tak dapat bonus dari Shaklee. Sentiasa on time Shaklee bayar. Dengan duit bonus ni jugak lah banyak yang kitorang mampu simpan dan beli apa yang kitorang nak. Tahun lepas sahaja total bonus Dhuri lebih 10 ribu ringgit dan dengan bonus tu kitorang dapat percepatkan impian untuk beli rumah. Alhamdulillah

Lagipun berniaga ni memang salah satu tujuan nya adalah untuk bahagiakan keluarga dan insan tersayang kan...So happy lah sebab sekali lagi dapat bonus 4 angka bulan depan. Hehe

Yang nak join Dhuri berniaga dan tambah pendapatan Dhuri alu-alukan sangat. Boleh join Dhuri di Pursuericious dan RYG. Ada banyak sangat kelas bisness yang kitorang aturkan untuk bantu korang belajar berniaga

Jangan segan silu untuk tekan imej kat bawah k



Atau kalau nak tengok katalog harga dan pesan order boleh pergi kat link ni (katalog Dhuri)

Ok till then. Bye ~



Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious



Sunday 28 January 2018

KRITERIA UTAMA SEBELUM MULA BERNIAGA ONLINE

Assalammualaikum w.b.t



Sekarang ni dah merata orang buat bisness online kan. So petang ni Dhuri nak share sikit kenapa bisness online ni jadi pilihan ramai dan apa kriteria yang perlu diambik kira sebelum menceburkan diri dalam dunia bisness online yang penuh onak duri ni. Eh bukan bisness online pun banyak onak duri jugak. Heheh

Tapi harini kita cerita pasal bisness online jela k sebab Dhuri pun buat bisness online jerrr


Walaupun Dhuri baru je berniaga online tak sampai 2 tahun lagi tapi sikit2 ilmu tu boleh la untuk share dan mana tahu kalau ianya bermanfaat dan boleh jadi panduan untuk orang lain jugak. Kannnn


Okey so back to the topic, kalau nak berniaga online apa kriteria utama yang korang kena fikir?


1. Nak bisness ada mentor atau takde mentor




Sekarang ni ada banyak bisness yang offer sistem mentoring. Stokis dengan dropshipper. Upline dengan downline. Tak kisah korang nak pilih yang mana pun asalkan kena kat hati sendiri. Tapi better ambik bisness yang ada mentor. Jangan start bisness online sorang2.

Sebab...


berniaga online ni benda baru yang kita baru nak cuba buat. Jadi kenalah ada mentor untuk tunjuk camne cara nak mula menjual tu. Tak kan main ambik gambar lepas tu up iklan "Saya jual ni. Meh la beli"

Kalau jual kuih kat padang sekolah boleh la guna teknik ni kan. Tapi bisness online berbeza. Customer tak duduk depan mata kita. So kita kena fikir

Berapa kali iklan kita nak up?
Macam mana nak tau orang baca ke tidak iklan kita?
Nak tulis gaya macam mana supaya orang tertarik nak baca?
Gambar pulak nak letak macam mana supaya orang tak rasa menyampah tengok iklan kita?


Semua ni kena ada orang yang boleh bagi tunjuk ajar. Kalau hentam keromo je result dia akan kurennggg memberansangkan. Belum kira lagi kalau kita nak belajar buat fb ads, copywriting sentap menyentap. Bayangkan takde cikgu nak ajar? Memang boleh karam bisness kita sebab kita akan lost. Tak semua benda kita boleh belajar sendiri dalam masa singkat. Jadi the fastest way untuk bisness kita bagi untung dan bukan nya rugi adalah find a good mentor first

Kalau boleh dari niche bisness yang sama. Kalau dia buat bisness lain kureng sesuai sebab setiap produk tu adakalanya tak sama cara marketing dan approach

Kalau bisness yang korang nak buat tu tak offer mentor maka cari atau pertimbangkan bisness lain dulu. Takut nanti korang baru mula sebulan lepas tu tenggelam. Tak nak macam tu k. Kita berniaga kalau boleh biar sampai bisness tu boleh diwariskan pada zuriat keturunan kita. Bukan untuk sehari dua atau sebulan dua k!! 


2. Apa platform bisness online yang korang nak guna

Nak guna FB sahaja ke? Atau instagram sahaja ke? Atau blog? Atau semua sekali? Macam mana nak tahu audience korang kat Fb suka baca iklan yang macam mana, instgram pulak suka yang macam mana. Semua ni kena tahu dulu lah. Atleast yang basic. Nak kerja mudah belajar dari mentor. Back to kriteria no 1. Hehe

3. Ada produk atau tanpa produk



Kena hati2 tau sebab sekarang ni zaman orang banyak menipu. Bila kita nak mula berniaga kita tak faham lagi kerenah manusia. Kalau bisness kita tu produk dia asik takde stok je, Macam mana kita nak jual. Betul tak? Ni banyak terjadi pada drosphipper yang tolong jual produk orang lain. Sebulan dua meletop lepas tu senyap. Customer nak repeat order, stok tak cukup atau tak sempat renew. Sudahnya customer mengamuk dan lari kat orang lain. Kita pun tercengang cengang sebab ini bukan salah kita tapi kita yang mendapat bahananya. Dah kena carik produk lain dan start semula from 0 marketing.  Rugiii masaaa

Kalau korang nak pilih bisness yang ada produk kat tangan pulak hati2 jangan sampai buat personal loan berpuluh ribu. Belum pandai berniaga lagi tapi dah percaya diri mampu jual stok berpuluh ribu ringgit

Impossible melainkan korang public figure terkenal!

Ukur baju di badan sendiri. Jangan termakan dengan janji manis orang yang nak tarik korang berniaga bawah dia sebab nanti dia dapat komisyen, korang semput nak habiskan stok sebab nak rolling duit bayar loan

Kita berniaga sebab nak tambah income bukan untuk buat hutang dan jerut diri sendiri!

The best bisness online bagi Dhuri adalah bila dia boleh offer korang mentor, stok in demand dan korang tak perlu buat loan sampai berpuluh ribu semata2 mata untuk mula berniaga

Macam Shaklee, Dhuri tak perlu keluarkan duit untuk modal. Cuma bayar keahlian je 80 ringgit. Dhuri dapat mentor hingga 6 orang ke atas which mean kalau mentor atas Dhuri stop berniaga atau tak membantu I can go for the other up level




Dan style bisness Shaklee ni registerkan orang ahli tak kan dapat apa2 komisyen. Dan bisness ni pun tak perlukan korang keluar duit untuk beli stok awal. Style dia, ada order baru kita submit dan Shaklee poskan barang

Basically lebih kurang dropshipper lah sebab kita cuma collect order je tapi bonus lebih besar hingga 43% dan sebab produk ni dari establish company yang dah bertahan 30 tahun kat Malaysia jadi takde isu yang biasa wujud antara dropshipper dan stokis. hehe. Sebab kita order direct dari website atau beli sendiri kat branch

Walaupun cuma ahli biasa tapi dah act macam stokis sebab boleh ambik sendiri, order sendiri, dan plan marketing sendiri. 


So amacammm nak buat bisness Shaklee tak?


Kalau nak boleh join Dhuri di team Pursuericious dan RYG. Boleh tengok katalog produk dulu kat sini (katalog Dhuri)

Atau register terus keahlian korang dengan click imej kat bawah 😊






Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious





Monday 22 January 2018

PENGALAMAN HANTAR ANAK PERTAMA KALI KE SEKOLAH

As'mualaikum w.b.t


Awal tahun haritu kitorang decide nak hantar Bunga ke tadika PASTI. Walaupun kalau ikutkan bulan 12 tahun lepas Bunga baru je celebrate birthday ke 3 tahun tapi kalau ikut tahun, dia dah 4 tahun 2018 ni. And mostly tadika start dengan umur 4 tahun

Tak dinafikan awal2 tu saya dengan Izwan memang bercanggah pendapat. Saya nak hantar Bunga tadika awal tapi Izwan pulak tak nak. Dia cakap anak dia kecik lagi. Tak puas lagi bermain. Kalau sekolah kena paksa belajar, etc, etc.... Something like that la ayat dia


Tapi of course la saya bangkang kan..haha


Tak semestinya bila kita hantar dia awal bermaksud kita sekat kebebasan dia untuk bermain. Tak bermaksud kita paksa dia belajar dan dapat straight As masa exam hujung tahun. Hantar sekolah awal sebab nak pupuk semangat sukakan ilmu pada dia sejak dari kecil. Nak bagi dia selesa bergaul dengan kawan2. Nak latih perasaan hormat pada cikgu dan bagi dia sesuaikan diri dengan disiplin ilmu dan sekolah


Kalau kat rumah memang susah nak ajar dia. Sebab nak ajar budak kecik ni kena ada ilmu dan skill jugak


Nak bagi dia concentrate dan faham apa yang kita ajar tu bukan senang. Lagipun umur 4 tahun sampai 8 tahun otak kanak-kanak berada pada kadar penyerapan paling tinggi. haha ayat skema. So apa saja yang kita ajar pada umur dia masa ni akan sangat mudah diserap. Dari bagi dia main je pagi sampai malam apa salah nya 4 jam untuk dia bermain sambil belajar kan. tak rugi pun. Malah sangat membantu untuk perkembangan dia. 

So dipendek kan cerita, Izwan kalah dengan hujah2 bini dia. Haha


So dua hari sebelum hujung tahun saya pergi PASTI yang dekat dengan area rumah kitorang untuk register Bunga. Naseb baik untuk umur 4 tahun ada lagi kosong. Memang last minit kitorang ni. Hehe


Bayaran pendaftarn PASTI murah je berbanding tadika lain macam little caliph, smart reader and so on. Cuma RM 685 termasuk transport untuk transit. Saya tak hantar sampai petang sebab adik dia dok rumah pengasuh. Jadi lepas sekolah biar la dia jumpa dan main dengan adik pulak. Lagipun PASTI dengan rumah pengasuh dekat je






Haa ko siap menguap lagi. T__T. 

Masa testing baju. Sebab dia kecik comel je jadi baju saiz S pun besar kat dia. Balik tu saya alter baju dengan seluar, bagi pendek sikit

Hari first pergi sekolah. Excited pakai baju baru tapi sampai sekolah dia nangis. Sebab semua yang dalam kelas PASTI tu menangis 😄

Masa ni jugak saya dengan Izwan bergilir gilir intai bawah tingkap. Tak nampak pun dia tapi saja nak bagi sedap hati sikit sebab tak pernah hantar ke rumah pengasuh dia menangis. Kali ni totally a new experience utk Bunga dan mak ayah dia


Mula-mula semangat tapi masuk kelas nangis pulak. Maybe sebab dia rasa ditinggalkan. And kawan2 pun takde lagi yang dia kenal



Tapi Alhamdulillah makin lama makin okey. Dah boleh sesuaikan diri, berani dan seronok bila sebut sekolah. Tudung pun setiap hari mintak nak pakai. Alhamdulillah

Perasaan saya yang pada awalnya sedih jugak sebab tengok Bunga menangis tu mula hilang bila tengok dia happy. Setiap hari akan nampak benda baru yang dia belajar. Makin cekap susun ayat. Dah makin pandai berbual. Tak takut orang dan boleh pegang pensil dengan elok

Semua ni perubahan yang sangat positif. 

Cikgu sendiri pun bagitahu yang umur 4 tahun ni dorang tak tekan kan sangat untuk belajar tapi lebih kepada rangsangan motor dia. Bagi dia pandai menggenggam, kenal warna, potty training, belajar mewarna, belajar berkawan, bersukan. Benda2 yang seorang ibu bekerja mungkin susah sikit nak ajar kat anak setiap hari so kat tadika lah dia belajar semua ni. Dan cikgu2 ni adalah orang yang terlatih dan ada skill untuk tarik minat budak2 untuk belajar. Dan saya happy jugak sebab pilih tadika PASTI sebab kalau ikut rank tadika kat Malaysia, PASTI antara yang terbaik. Lagipun basic tadika PASTI ni adalah agama which is kriteria penting yg saya tetapkan

Saya nak anak2 saya belajar kenal agama dan cintakan ayat2 Al-quran sejak kecik. Bila ilmu agama penuh di dada, belajar lah apa pun dia akan cepat tangkap. Terang hati

Itu apa yang saya percaya dan nak untuk anak saya








Sesekali saya ambik cuti dan jemput dia dari tadika untuk bawak lunch dan jalan2. Seronok dia bila tengok ibu jemput

Dan sejak dia dah start sekolah ni setiap hari tanpa miss saya akan suapkan dia OmegaGuard untuk otak dia aktif dan cepat tangkap apa yang cikgu ajar. Lagipun minggu pertama dengan kedua ni setiap hari mesti ada ibu bapa yang update anak2 tak dapat datang sekolah sebab tak sihat jadi saya takut jugak kalau Bunga berjangkit demam. Tapi so far Alhamdulillah Bunga kuat. Dalam OmegaGuard yang saya bagi ni ada Omega3, DHA dan EPA yang baik untuk otak dan jugak pertahanan badan dari penyakit




I've made a right choice by choosing OmegaGuard from Shaklee. Brand yang saya percaya dan terbukti keberkesanannya 👍

Semoga kakak Bunga membesar dengan sihat. Jadi anak yang solehah dan bijak pandai. Yang menyenangkan orang lain dan yang dihormati akan kerana akhlak dan ilmu nya


Itu doa ibu untuk kakak setiap hari

lots of love
Ibu



Kalau nak beli OmegaGuard atau any produk Shaklee boleh wassap saya tau. Nanti saya akan sediakan jadual pengambilan dan konsultasi percuma untuk korang.

1. Boleh Whatsapp saya kat no ni +6013-2331510 (Penghantaran seluruh negara)


2. Atau kalau korang nak beli direct di branch berdekatan boleh guna id saya (ID: 1235793)


3. Kalau nak beli direct kat website guna credit card atau debit card pun boleh. Click je imej kat bawah ni




4. Kalau nak tengok produk supplement yang lain click kat sini (katalog Dhuri)

5. Kalau nak lebih penjimatan boleh la beli dengan harga ahli. Tapi kena register keahlian dulu tau. (Daftar ahli express)

6. Nak jadi pengedar sah dan jana income bersama Shaklee pun boleh. Join Dhuri di Pursuericious dan RYG untuk panduan berniaga from A to Z. Kami ada banyak sangat kelas online dan offline dengan masa yang fleksible utuk membantu anda 😊





Macam biasa kalau korang nak order supplement shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!