Tuesday 27 September 2022

Review: Bayview Hotel Langkawi

  Assalammualaikum w.b.t

Haii korang!! Dua hari terakhir di Langkawi kitorang check out dari Hotel La Villa dan check in Bayview Hotel di Pekan Kuah pulak. Dhuri sebenarnya dah lama teringin nak check in Bayview ni sebab ni antara hotel yang kita akan wajib nampak kalau ke pekan Kuah. So selalu lah tengok dari jauh. Cuma nak stay tu tak berkesempatan sebab selalunya dah ada plan lain. Yang kali ni sebab trip ni pun memang untuk santai-santai so last day lah baru kitorang plan nak beli sikit coklat atau ada pinggan mangkuk yang berkenan ke untuk bawa balik KL. Bayview ni memang strategik sebab dia betul-betul kat pekan kuah dan sangat dekat dengan HIG. Jalan kaki pun boleh. But, being me..(princess lilin) of course lah pergi sana naik kereta. Haha



So dah alang-alang last day takde plan nak buat apa dah. So kitorang booked lah hotel Bayview ni. Bayview ni hotel 5 star. Tapi rate dia tak lah mahal sangat. Kitorang ambil superior room with twin beds, harga cuma rm99 je untuk 2D 1N. Sampai je depan hotel ada bellman yang akan bukakan pintu dan bawa luggage kita ke bilik. Hotel La Villa yang kitorang bayar hampir 2K tu pun kena bawa luggae sendiri k. lol


Disebabkan kitorang sampai tu dah petang sebab sebelum tu jalan-jalan dulu kat sekitar pantai cenang makan laksa dan beli souvenier sikit so masa sampai tu memang kelaparan lah. Kafe pulak dah tutup untuk lunch tapi dorang still ambil order. So kitorang tempah room service je. Order pineapple fried rice dengan ayam goreng. Ya Allah sedappp gila wehh. Chef hotel 5 star lah masak kannn. Dhuri rasa memang sangat berbaloi. Tak payah makan tempat lain dah. Kat hotel ni je pun memang dah sedap sangat. 




Bilik pun luas. Selesa. Superior room je pun tapi puas hati! Setiap bilik pulak memang ada bath tub. Lagi bergumbira lah anak-anak ku mandi. Haha

Cuma yang kurang nya adalah toiletries. Tak disediakan berus gigi ye disini. Hanya shampoo, shower dan conditioner sahaja. Ohh dengan shower cap. Mujur ada extra berus gigi dan ubat gigi yang kitorang angkut dari La Villa. So kitorag guna yang tu je. lol

Takde aktiviti sangat pun kat hotel ni. Malam tu keluar sekejap untuk cari luggage tambahan tapi sayang nya pekan Kuah waktu tu betul-betul suram. Luggage yang kitorang beli agak menyedihkan tapi dah takde option lain dah. Beza sangat dengan last time pergi dulu. macam2 jenis luggage ada. HIG pun suram lagi menyedihkan. Coklat tak banyak pilihan. Pinggan mangkuk semua lagi lah takde. Kitorang tak beli pape pun kat HIG. 


Esok tu disebabkan kitorang tak ambil breakfast so pagi tu memag bermalasan je lah. Pukul 12 tengah hari check out baru kitorang pergi ke kafe dia untuk lunch

And again, makan kat sini memang sangat-sangat sedap!!! Bila ingat balik kan Dhuri rasa rinduuu gila nak makan lagi pizza dia tu. Ya Allah sedapnya. Walaupun sebelum ni cakap tak nak dah pergi Langkawi sebab semua tempat dah pergi tapi now dah ada reason untuk datang lagi. Haha


Perut dah kenyang maka jom lah kita balik. Sebelum ke airport sempat lagi singgah beli coklat sikit. Kitorang macam tak nak beli banyak sangat sebab takut lebih muatan. Dah sampai airport baru perasan coklat daim kitorang 2-3 pack je. Apoooo
And kat airport Langkawi takde timbang luggage ye. So kalau terlebih tu takde hal pun sebenarnya. Ramai je yang bawak naik ke kabin. Padahal kan kitorang ni dah selalu pergi Langkawi, tapi part ni mesti lupa. Rugiiiiiiii. lol



Beg merah tu lah yang kitorang beli. Tak best pun sebab tak boleh tarik sisi tapi sebab dah takde choice lain.. Anyway, Bayview hotel is the best!!! Hopefully next time kitorang pergi lagi, Bayview still sediakan harga bilik yang murah macam ni dan makanan still sedap macam sebelum ni. Aaaaaaa dah start rinduuuuuu T________T




Goodbye Langkawi. Jumpa lagi next year. Hiksss


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




Monday 26 September 2022

Laksa Sedap di Langkawi

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang! Kembali bersiaran. Kalau ke Langkawi tak sah lah kalau tak pekena laksa kan. Tapi kat mana laksa yang sedapppp? 

Okey ikut pengalaman Dhuri, Laksa tersedap di Langkawi adalah laksa ikan sekoq yang boleh didapati di sekitar airport Langkawi. Memang banyak food truck kat situ. Mostly dengan menu yang lebih kurang sama. Laksa, air kelapa, abc, pasemboq, rojak...Kalau korang rajin boleh try setiap satu food truck untuk cari yang paling sedap. Dhuri personally takde yang favourite sebab semua pun sedapppp. Hehe

Makan-makan kat sini sambil menikmati angin laut dan turun naik kapal terbang memang best.

Trip kitorang ke Langkawi kali ni lebih santai jadi hampir setiap hari memang kitorang akan datang ke sini sama ada waktu lunch atau untuk minum petang


Cantiknya bila tengok lautan biru luas terbentang. Sometimes kan Dhuri rasa dorang yang buka gerai kat sini beruntung sebab boleh nikmati pemandangan indah macam ni setiap hari. Mesti seronok je kan..hidup sederhana tapi jiwa aman bahagia. 



Sementara tunggu makanan yang kami order sampai, anak-anak main di tepi pantai dulu. Seronok sangat dorang walaupun kat rumah dah puas mandi kat private pool tapi bila jumpa laut tetap excited juga. 





Laksa yang Dhuri makan first day ni sedap tapi kalau ikutkan Dhuri pernah makan yang lebih sedap lagi dari ni. Tak sure la maybe sebab takde ikan sekoq ke atau sebab kuah nya agak kurang pekat..


Tapi mee bandung dia sedap! Yang ni memang Dhuri suka dan puas hati. Cuma kalau kurang pedas lagi umphhh sebab ku ni tak tahan pedas sikit. T____T


Hari ketiga kitorang datang lagi. Kali ni order mihun sup, rojak dan macam air lai chi kang tu tak sure nama apa. Dari gerai lain-lain pula. 



Laksa kali ni sedap sikit dari semalam. But still Dhuri tak jumpa rasa yang sesedap Dhuri pernah makan dulu. Ohh btw, time kitorang pergi ni memang takde ikan sekoq tu. Dorang kata tak musim. So marilah berhuhu....


 Coconut manggo ni memang banyak kat situ. Kitorang beli juga untuk rasa. Sedap juga




Gelagat anak-anak di hari ketiga. Seronok betul lepak kat sini. Datang setiap hari pun Dhuri sanggup. Hehe

Ohh selain daripada laksa, ada satu kedai ikan bakar yang sedap kat Langkawi ni tau. Kitorang jumpa secara kebetulan sebab time tu agak kurang kedai makan beroperasi. Kedai pun tutup awal. Maybe sebab baru nak okey dari pkp, so lepas jalan-jalan kat Pekan Kuah nak on the way balik ke Cenang kitorang jumpa kedai ni. Husband berhenti kat sini sebab nampak tak ramai sangat orang. Kitorang memang dah lapar gila time tu sebab cari kedai makan tak jumpa. So bila tengok tak ramai kitorang agak mesti lah makanan nya cepat sampai kan...

 Rupanya bukan setakat servis je bagus tapi makanan dia pun memang sedap!! kedai ni bukak dari petang sampai awal pagi. Siap ada live band lagi tau kat sini. Malam pertama kitorang datang tu, dorang nyanyi lagu Alleycats, setahun sudah berlalu. Fuhh syahduuu. Terus lusanya tu datang lagi. Haha 




Kena datang sini k kalau korang ke Langkawi. Daging goreng kunyit dia wajib untuk korang cuba sebab lain dari yang lain. Dan Insya Allah tak mengecewakan. 

Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Wednesday 14 September 2022

Pengalaman Naik Cable Car di Langkawi

Assalammualaikum w.b.t


Haii korang! Okey sambung kisah kami di Langkawi. Masih lagi Day 1. Lepas je lunch plan kitorang adalah naik Cable Car. Ni first time kitorang nak pergi. Sesat juga masa nak cari parking untuk kereta sebab kitorag cuma jumpa parking bas je. 2 kali husband pusing sebelum Dhuri decided untuk tanya orang. Rupanya tempat untuk parking kereta dan pintu masuk dia agak tersorok sikit. Kena search Oriental Village baru jumpa. 

Memandangkan Dhuri dah beli tiket online jadi terus je pergi kaunter 6 untuk tebus tiket.

Harga tiket untuk kitorang 4 beranak RM144 (2 dewasa, 2 kanak-kanak) Harga tiket ni termasuk Langkawi Skycab Cable Car, SkyDome, SkyRex dan 3D Art Museum. Pada Dhuri memang sangat berbaloi walaupun 3 yang pertama tu actually kat tempat yang sama je.
 T_____T


Cable Car kat Langkawi ni panjang. Puas hati jugak. And takde lah seram sangat unless masa dia nak sampai kat tempat stop tengah-tengah tu. Yang tu agak berayun sikit. Dhuri pejam mata jugak. lol


Tapi Bunga dengan Aqeel memang sangat berani. Dorang rileks je duduk dalam Cable Car tu and tengok pemandangan hutan dan laut kiri kanan tu. Syabas anak-anak ku



Masa kat tempat stop tengah-tengah tu kita boleh turun. Tak silap Dhuri kat sini lah tempat yang dinamakan SkyDome dengan SKyRex tu. Kita boleh turun and jalan-jalan sampai ke atas tu. Cuaca panas terik time ni tapi kitorang redah je. Bila tengok balik gambar memang kelakar sebab muka masing-masing semua rentung dengan mata pun separa terbukak. Haha T_______T






Dah puas bergambar, Dhuri ajak husband minum air kat sini. Panas terik hoiii. Kering tekak ku. Dapat fresh orange sejuk2 terus rasa nyaman tekak. Harga macam biasalah, kayangan. Ingat senang nak bawak buah oren naik sampai ke atas tu? lol



Ohh btw, dari start korang naik gondola tu sampai lah kat area stop ni memang akan ada je orang yang akan ambil gambar korang. So ikut lah korang nak beli yang mana satu. Dhuri pilih gambar yang kat SkyDome ni sebab memang cantik. Kenangan untuk kami berempat di tahun 2022. Hehe


Sayang pulak husband dengan anak-anak tak bukak mask masa ambil gambar ni.

Dah puas berehat dan menikmati pemandangan serta angin segar dari atas gunung Mat Chencang ni kitorang ambil gondola untuk turun ke bawah semula. Haa yang kali ni agak seram sebab laju bila menurun. Angin pun lebih kuat jadi agak bergoyang jugak. Tapi pemandangan seriusly sangat-sangat cantik. 


Insya Allah next time kalau pergi Langkawi lagi, boleh consider untuk naik cable car ni lagi. T____T


Lepas je turun kitorang terus ke museum 3d Art pula which is memang kat kawasan tu jugak. Dah puas berpanas kat luar masuk museum tu kena aircond memang rasa nyaman gila. Hehe

Entry kat Museum 3D Art ni Dhuri dah siap tulis. Boleh lah sambung baca k

Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!
 

Monday 12 September 2022

Holiday ke Langkawi 2022

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang! Nak continue cerita trip kitorang ke Langkawi March haritu. Ya Allah dah lama baru nak sambung ni. Haha. Nak buat camne, aktiviti sangat penuh. Every weekend pun full dengan event atau seminar. So jom kita sambung 

At first Dhuri beli tiket tarikh 2 April - 5 April 2022. Lepas tu baru perasan 3 April dah start puasa. Dhuri ni sokmo lah terbeli tiket time puasa. T____T Bila dah sedar salah tu Dhuri beli semula tiket tarikh 30 Mac - 1 April. Harga tiket masa tu murah je. 4 orang pergi balik RM99. Tapi husband pulak tanya kenapa beli 3 hari je. Mana cukup. Kemain kannnnn. Tapi sebab dah beli redha je lah.

Tapi ditakdirkan Air Asia banyak pula kes reschedule flight. And flight kitorang pun tak terkecuali. Bila dapat je email kata tiket yang kitorang beli first tu kena reschedule, Dhuri terus option untuk tukar tarikh. Ambil 30 Mac - 2 April. Dapat lah 4 hari. And kitorang akan balik betul2 sehari sebelum puasa. Kira okey lah. And rezeki lagi bila flight yang kedua tu pun reschedule jugak. Yang ni Dhuri terus minta untuk refund. Tak dapat duit tapi dapat points. Okey jugak lah sebab Dhuri dah tebus dengan tiket flight ke Sabah next year. Hihi

Dah lama teringin nak ada gambar kat ruang legar airport ni tapi haritu macam rushing pulak. Jadi sempat ambik gambar kakak bunga je.

So bermula lah perjalanan kitorang 4 beranak seawal 6 pagi. Sampai airport pukul 7. Tengok gate dah buka terus je la masuk. Boarding pukul 8.30 pagi. Alhamdulillah everything went smooth je walaupun airport waktu tu sangat lah berbeza dengan zaman sebelum covid. Memang sangat2 lengang. Sunyi sepi. Tapi flight kitorang penuh. rasanya tu lah reason kenapa Air Asia banyak kali reschedule. Sebab nak bagi flight dia penuh baru jalan. 

Tengok lah memang sangat-sangat lengang KLIA masa ni

Dorang berdua ni memang sangat excited waktu ni. Mungkin sebab dah 2 tahun berkurung dalam rumah. So sepanjang kat airport tu memang tak reti duduk diam la

Kakak bunga sibuk nak bawak beg sendiri jugak. Dhuri cari-cari terjumpa beg dia masa tadika ni, kira boleh lah. Haha

kan dah kata...tak reti duduk diam. Hehe

Ready to boarding. Seats kitorang ni Air Asia dah siap susun elok dah.

Husband duduk sorang-sorang kat seat sebelah.

My baby boy

Mendarat je kat airport Langkawi, kereta sewa kitorang dah siap tunggu. Dhuri booked saga tapi dapat nissan almera. T______T 

Nah no phone : 012-414 4408 Nama dia Dhuri dah lupa. Deposit RM50, total untuk 4 hari RM240


Alhamdulillah safely landed

Ya Allah rockersnya anak ku. T________T

Tengoklah keletah masing-masing. Memang tak duduk diam si Aqeel ni time tu

Dah dapat kunci kereta apa lagi....jom lah cari makan pulak 


Memenuhi hajat suami yang nak lunch kat Selera Kampung ni. Tempat ni kitorang pernah pergi dulu masa last time datang Langkawi. 

Ikan bakar dia memang sedap!

Dulu penuh dengan aneka makanan. Yang kali ni kitorang datang kurang sikit. Mungkin baru nak slowly hidup selepas suram 2 tahun sebab covid. Tapi apapun, makanan dia tetap sedapppp! Pakcik owner kedai makan ni pun sangat ramah dengan husband. 

Dulu lagi banyak pilihan. Tapi masa kitorang pergi ni pun kira not bad jugak. 


Settle isi perut, kitorang tak check in hotel lagi...tapi terus ke Jalan Telaga Tujuh sebab nak naik CABLE CAR....!!!

Yayy dah lama sangat teringin nak naik cable car ni tapi sebelum ni kalau pergi Langkawi mesti timing tak kena. Cable car nya tutup sebab under maintenance. So kalau korang nak naik cable car jangan pergi bulan April k 

Anyway...untuk kisah di Cable Car ni, Dhuri up next post ye. Sebab nak story lebih tersusun. Hehe 

Datang langkawi jangan lupa singgah di Selera Kampung tu...

Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!