Monday 23 December 2019

Arahan Pembunuhan Atau...

Assalammualaikum w.b.t

Lately rasa terganggu dengan isu politik Malaysia antara pengakuan bersumpah Azilah dan sumpah laknat Dato Seri Najib. Well i'm not here to talking about politik sebab minat Dhuri adalah pada kes pembunuhan dan misteri

Dari kecik Dhuri memang suka baca novel-novel penyiasatan. Kisah 5 Sekawan, 3 sekawan, 7 penyiasat, siri salma, and many more. Movie mcam X-files, Sherlock Holmes, CSI, and banyak lagi la...Memang always become one of my favourite genre. Documentary or biography pasal2 kes2 crime yang besar kat Malaysia ni pun Dhuri akan tengok sama ada baca kat blog, kat youtube atau iflix-netflix

Cuma kes pembunuhan Altantuya ni yang agak misteri sikit sebab sampai sekarang motif pembunuhan tak diketahui dengan jelas. Ada banyak misteri pembunuhan atau kehilangan yang unsolved until today macam pembunuhan adik Nurin Jazlin, kehilangan adik Sharlini, kes Norita tapi kita tahu kenapa dorang dibunuh atau hilang cuma pembunuh nya yang tak dapat dikesan sehingga ke hari ni

Cuma kes Altantuya ni bagi Dhuri pelik sebab pembunuh dah ditangkap tapi motif masih tak jelas sehingga ke harini. Sama macam hilangnya MH370 tapi tak tahu sampai ke hari ni kenapa boleh hilang? Hilang ke mana?

Sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, Dhuri pun antara yang masih menanti untuk mengetahui kebenaran akan kes ni

Well I'm not an expert cuma Dhuri pelik kenapa sewaktu pengadilan, hakim atau pendakwa raya tak pernah tanya apa motif Azilah dan Sirul bunuh Altantuya? Atau dah ditanya tapi dorang yang tak nak jawab? Why dorang tak nak bagitahu?? Apa yang dorang cuba sembunyikan?

Betul ke kes ni adalah konspirasi untuk menjatuhkan seseorang atau konspirasi yang perlu ditutup atas salah laku VVIP???

I'm not judging sebab Azilah dan Sirul dah diberi masa bertahun tahun untuk membela diri dan peluang untuk membela diri sentiasa ada selagi nafas masih di badan dan orang yang dituduh pun telah bersumpah laknat yang beliau tidak buat. So for me it's fair. 

Cuma yang Dhuri fikir...di saat semua orang merasakan kes ni complicated, konspirasi, penipuan, penutupan and so on why takde yang terfikir mungkin kes ni hanyalah sebuah pembunuhan yang mudah

Kerana dorongan nafsu? 
Kerana keadaan yang tidak memihak
Kerana memang ingin membunuh...

Ingat lagi kes Canny Ong? Mayatnya dibakar selepas dirogol dan dibunuh.. Cuma forensik masih menemui bukti sebab mayatnya tidak 100% hapus

Berbeza dengan Altantuya. Mayatnya sudah 100% hapus. Jika ada pun kesan pergelutan, rogol atau sebagainya..bukti itu sudah tidak dapat ditemui lagi

Mungkinkah Azilah dan Sirul membunuh kerana diarahkan atau kerana nafsu yang tidak dapat dikawal lalu kerana tidak mahu mendedahkan sikap buruk mereka lalu kisah itu dipendam dan dipergunakan oleh sesetengah pihak yang bertujuan jahat. Mereka tidak menafikan yang mereka membunuh Altantuya tapi how far it's gonna be, how brutal it can be......we dont know. They are UTK. Unit yang terlatih. They can be brutal if they want to

We have to remember, Mahkamah melepaskan Razak Baginda tanpa perlu membela diri. Seandainya mahkamah tidak dipengaruhi, maka keputusan membunuh ni sepenuhnya dibuat oleh Sirul dan Azhar sendiri

Semuanya logik bukan???

Well, i will keep this theory until the truth prevail



Monday 16 December 2019

Short Trip ke Melaka 2019

Assalammualaikum w.b.t

Cuti hari keputeraan Sultan Selangor haritu kitorang balik kampung husband kat Senggarang Batu Pahat. Ambik cuti lama sikit kali ni 5 hari. Tapi masuk hari ke 4 dah mengelupur rasa sebab bosan. Haha. So hari kelima tu decided dengan husband balik awal sikit so that boleh singgah Melaka. Plan asal nak makan big bowl ice je tapi lepas tu melencong sekejap ke Muzium Penjara Melaka. Boleh baca review kat sini 

So back to story, Ni second time kitorang masuk Melaka untuk tahun ni, dah tahu tempat makan mana yang best so terus je lah ke sana sebab kebetulan sampai pun dah tengah hari. Perut dah berkeroncong gilerr


Asam pedas Claypot atau kalau korang nak cari kat waze type Asam Pedas Laksamana. Kitorang tak tahu tempat lain yang lebih sedap dari asam pedas laksamana ni tapi so far dua kali dah datang sini memang sedapp!! Memang confirm licin pinggan korang. 


Close up sikit. Kalau tengok kedai buruk je. Style kedai lama tapi orang non stop datang tau. Kalau korang datang waktu puncak maybe kena tunggu lama untuk dapat tempat duduk. So datang awal sikit. Around 11 am is just nice


Selfie depan kedai tapi tak nampak pulak kedai nya. haha. parking kat sini boleh kata banyak boleh kata limited, ikut waktu korang datang. Time kitorang sampai tu parking banyak lagi


Kakak Bunga tak berhenti mengunyah


Sambil tunggu order kitorang sampai. 


Cantik tak gigi saya???...lol


Sebenarnya tunggu order sampai takde lah lama sangat. Lagipun kitorang order asam pedas which is Dhuri rasa dorang dah siap2 masak pun. Tinggal lagi nak campur ikan yang kita pilih je


Kitorang order dua set asam pedas ikan pari, set nasi yang ada telur asin + sayur kubis and ayam goreng kunyit for the kids


Kan dah cakap asam pedas dia sedap! sampai licin mangkuk kitorang kerjakan. Harga semangkuk ni kalau tak silap dalam 12 ringgit. Kitorang tambah satu bungkus untuk tapaw bawa balik. Total semua tak sampai RM50 pun. Murah!!!

Lepas je makan kitorang ke Muzium Penjara Melaka and then after that kitorang ke Big Bowl Ice Melaka


With my beloved son pulak. Makin susah nak bergambar dengan dia ni. Tak duduk diam dah


Style kat sini, Pilih je nak apa kat menu then tulis kat kertas and submit kat kaunter


Ni pilihan hati Dhuri. I dengan longan memang tak boleh dipisahkan. Longan Manggo Snow something nama dia. Tak ingat dah


Close up sikit. Dia sebenarnya air batu yang dikisar, macam kita buat abc tu, lepas tu dia letak fresh fruit and siram dengan caramel. Serius sedap gilerr. Buah mangga tu manis macam harummanis. 


Husband pun pilih mangga jugak tapi with ice cream. Pun sedap!! Piaw rasa mangga dia sebab takde campur buah lain


Yang ni untuk anak2 pilihan Kakak Bunga. Coklat oreo apa ntah nama dia. Sedap. Yang suka coklat boleh lah try sebab coklat dia memang pekat dan padu

Dari kamera husband. Alamakkk terus teringat ice cream gula apong Sarawak!!

Overall it is a very nice trip untuk kitorang. Lepas ni balik batu pahat boleh lah singgah Melaka lagi. Hehe. Hopefully membantu korang serba sedikit mencari tempat best untuk disinggahi kalau ke Melaka. Nak baca pengalaman Dhuri bercuti ke Melaka 2 hari 1 malam boleh baca kat sini

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




Friday 13 December 2019

Melawat Muzium Penjara Melaka

Assalammualaikum w.b.t

Totally unplanned trip. Since ni adalah trip yang tak dirancang so kita terus jelah proceed ikut tajuk. Kitorang ikut waze nak ke lokasi muzium ni and trust me senang sangat nak parking.

 (Warning!! Entry ni banyak gilerrr gambar. Harap tak bosan k)


Parking free kat kawasan berek pegawai penjara


Ikut je anak panah ke pintu masuk muzium


Kitorang sampai dalam pukul 2 lebih so cuaca masih lagi panas terik. Tapi sebab dalam muzium ada aircond so tade hal lah kan. T__________T


Replika senjata hukuman yang diletak kan kat koridor belakang muzium


kerusi hukuman maybe


Macam alat untuk potong kepala je


Koleksi pintu-pintu penjara yang pernah digunakan


Anak daraku kat pintu sisi penjara. Pintu ni locked, kena masuk ikut pintu depan

Agak-agak berapa kaki tinggi tembok tu??? Kalau dah duduk dalam tu memang tak nampak dah dunia luar


Haa ni pintu masuk. Harga tiket RM3 untuk dewasa, kanak-kanak free

Bergambar dulu..


Tak tahulah apa motif patung ni mungkin sebagai simbol perhambaan/pemenjaraan


Patung tembaga ni diperbuat daripada kelongsong peluru. memang keras besi dia


Pintu besi untuk masuk bahagian sel penjara. 


Drama sebabak. Bertolak tolak siapa nak masuk dulu

Seram takkk?


Semua sel lebih kurang ni je saiz dia

kalau tengok lantai simen dia banyak yang dah terkopak kopak. Kalau keadaan penjara yang real memang macam ni serius tak selesa. Tapi tu lah kalau nak selesa bukan penjara la, tu tido hotel namanya..



Dinding sempit, lembap, berkulat lagi...rasanya ni sel perseorangan


Kelengkapan yang penjara bagi dalam sel. Tilam dia tu tebal satu inci je guys. Selimut pun nipis. Mesti sejuk giler. huhu


Close up. Ada berus gigi, gayung dengan kole


Tong najis dengan tong air bersih. I can't imagine kalau time cirit birit camne. Mesti busuk giler satu bilik. T__T


Pandangan dari dalam. Boleh terasa 'kesepian' dia tu..Boleh berhalusinasi kalau duduk dalam ni lama2. Bunga yang berani tu pun cakap " tak suka lah bilik ni ibu"

Pintu dia memang muat2 sorang je masuk

Ada bilik yang dipasang lampu tapi lampu dia pun warna kuning samar2 je. 

Kiri kanan tu adalah sel. Setiap sel ada nombor pintu


Husband. Puas pujuk dia untuk bergambar. Ni jelah satu yang dia nak


Next kita pi teroka side lain pulak


Tempat dorang berekreasi petang2


Ni pulak tempat dorang mandi beramai-ramai. Open space je. Sebiji macam dalam drama Qalbu


Contoh pintu untuk sel isolation. Rasanya ni adalah tempat banduan yang diasingkan sebab ada buat masalah. Macam dalam cerita prison break tu


Kakak Bunga tak duduk diam pulak.. T__T

Okey nak tunjuk kat korang antara lukisan dan karya banduan kat dinding sel dan sepanjang kat penjara. Mana yang menarik dan sempat Dhuri snap jelah


Macam luahan perasaan lepas sesi kaunseling kan..


Benalu? benala? Macam tulisan dari indonesia kan..


'Hangman" gambar lelaki yang sedang dihukum gantung


Definitely not a muslim...


Secebis memori dari masa silam mungkin..


Lukisan kat dinding. 


Mungkin kartun favourite dia atau personaliti dalam diri - eager to kill


Luahan perasaan rindu pada isteri dan keluarga


Sayu bila baca..bila dalam penjara baru kita faham betapa berharganya kebebasan di luar


Lukisan dari banduan akhir yang sedang menunggu keputusan rayuan. Lukisan ni menggambarkan perasaan dia yang nak bunuh diri. Tapi after 2 sesi kaunseling banduan ni dah boleh redha menerima takdir dari Allah


Banduan hukuman lama. Sounds macam penjara sepanjang hayat atau menunggu pengampunan diraja kan..


Haa yang ni sangat positif. Kelakar pun ada bila baca


Cantikkkk. Berbakat sangat banduan ni


Ni pun cantik...


Gambar dari penjara sebenar


Antara koleksi gari lama


Rotan yang digunakan untuk hukuman sebatan. Kitorang sempat tengok video dia. Scary gilerr. Sekali sebat je dah terkoyak bontot


Pinggan mangkuk yang banduan guna dalam penjara. Boleh bayang lauk pauk dia mesti hambar dan takde rasa

Tempat berhimpun dan dengar taklimat dari ketua penjara mungkin


Apapun lawatan yang tak dirancang ni sememang nya membawa seribu satu keinsafan. Tempat yang seronok dilawati tapi bukan untuk ditempati


Hopefully my kids are enjoy. 


Ingat lah wahai anak-anakku jangan sesekali menjebakkan diri dalam permulaan jenayah. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Betapa indahnya pepatah orang tua2 untuk kita jadikan sebagai pedoman

Anyway, untuk korang yang belum lagi pernah ke sini boleh masuk kan dalam senarai tempat wajib dilawati k. Dhuri memang suka pergi muzium dan tempat2 bersejarah ni sebab ku suka menilai dan berfikir. hehe


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!