Wednesday 14 August 2019

Jalan-Jalan di Kuching Sarawak ~ Day 2 (Kampung Budaya Sarawak)


Assalammualaikum w.b.t

Hari kedua di Kuching dimulakan dengan bermalas - malas atas katil. Sepatutnya pagi2 lagi dah kena keluar sebab jadual harini packed. Nak pergi Pasar Pagi Satok yang cuma beroperasi sabtu dan ahad je and lepas tu nak ke Kampung Budaya Sarawak pulak. Tapi kalau dah namanya cutiiiiiii...dari bapak sampai ke anak liat nak bangun. T__T

Last-last pukul 10 jugak baru semua ready and keluar dari rumah



So inilah dia Medan Niaga Satok. Setiap hari sabtu dengan ahad kat sini meriah sebab ada pasar pagi. And ini yang Dhuri nak kejar sangat. Nak tengok souvenier dan apa yang menarik



 Banyak jual pokok-pokok bunga. Kalau mak ikut ni confirm dah berbintang bintang mata mak. haha



Pokok bunga kertas pelbagai warna



Ternampak ada orang jual selipar terus belikan sepasang untuk kakak Bunga. Sejak semalam lagi dia mengadu kata kaki dia sakit. Maybe kasut dia dah ketat and tak muat lagi dah. Ni muka monyok sebab dia nak color pink tapi Dhuri suruh ambik purple. Pink tu striking sangat nakkk. 



Beg hand made. Ada macam2 design tapi corak semua lebih kurang je. Harga pun murah



Dhuri ambik satu yang jenis ni. No 2 dari kanan. hehe



Macam biasa. Fridge magnet wajib!!



Dhuri teringin jugak nak beli beg yang atas tu tapi terfikir nak buat apa banyak2 beg. Beg beli untuk pergi Singapore haritu pun tak guna lagi. Terus cancel. lol
Yang atas RM 25 yang bawah RM 20



Pashmina Sarawak. Kalau ofis sejuk teringin jugak nak beli tapi sebab ofis pun kena tambah kipas so mampu tengok jelahh.. :p



Sempat masuk sekejap je ke dalam tengok ikan terubuk masin tapi kitorang decide untuk datang semula esok. Lagipun kedai dalam bangunan ni buka setiap hari. Beli awal-awal pun buat susah je nak simpan.

Tapi nak tahu tak? husband sejak hari pertama datang sarawak ni memang mencari buah kristal. Katanya tengah musim time kitorang datang tu. Masa round2 kat dalam bangunan tu ada lah nampak dua kedai yang jual tapi masa tu kitorang tak tahu yang tu adalah buah kristal. Husband pulak tak google gambar. Bila tanya orang kedai dorang tak sebuat buah kristal. Bila dah sampai kampung Budaya tiba2 adik Dhuri Amy hantar wassap gambar buah kristal. kitorang macam "eh...eh...ni bukan buah tadi ke?"

Nak tergelak pun ada time ni. Tapi fikir balik takpelah esok boleh datang balik beli. Kan bukak setiap hari....


Dalam perjalanan ke Kampung Budaya Sarawak. Cantiknyaa kamuuuu wahai Santubong!!



Ahirnyaa!!. Dekat pukul 12 tengah hari jugak kitorang sampai ni



Dari luar lagi dah teruja dah bergambar...T__T



Adik kat kaunter tu tengok je kitorang bergambar. Dia dah lambai2 dah suruh masuk cepat sebab katanya show dah mula sejak pukul 11.30 tadi. ada setengah jam lagi sebelum show habis. Kitorang pun teruslah stop bergambar and beli tiket

Sepatutnya harga tiket RM60 untuk dewasa and RM30 untuk kanak-kanak atas 2 tahun. Tapi kitorang kena RM150 je sebab dia kata "yang ni saya kira bawah 2 tahun lah kak" dekat Aqeel. Aqeel pulak tengah berdukung time tu memang nampak kecik lah. lol



3 tiket untuk 3 passport. Ada 7 buah rumah dalam Kampung Budaya ni. Setiap rumah yang kita pergi tu boleh lah cop dalam passport ni



Masuk-masuk je terus tengok show dulu. Ada persembahan tarian dan menyumpit dari orang Penan



Penuh jugak hall time ni. Mungkin sebab weekend



End of the show dah. Puas jugak walaupun cuma setengah jam je kitorang dapat tengok



Habis je show kitorang makan dulu. Isi perut kenyang2 baru best berjalan nanti. Lagipun kafe dia ni sebelah je dengan panggung theatre



Ada lauk sayur campur, sambal sotong dengan sayur midin goreng



Ni sementara tunggu husband ke toilet dengan Aqeel. Suruh kakak Bunga bergambar dulu



Tadi buat peace. Ni buat love pulak. Tak tahu mana dia belajar. T__T



Tak sangka akhirnya sampai jugak Dhuri ke negeri yang paling paling Dhuri teringin nak pergi. Sejak kecik lagi memang impian Dhuri nak sampai ke Sarawak ni. Ada banyak kisah angan-angan Dhuri dengan Sarawak ni. Haha

First sekali sebab cerita dongeng kakak ku. Kat kampung kitorang ada satu banjaran gunung yang sangat jelas dan cantik sekali terutama bila waktu pagi berembun dengan waktu petang (sunset). Memang akan terpaku habis. Dhuri pernah tanya kat kakak pasal banjaran tu and dia jawab "kat sebalik gunung tu adalah Sarawak. kalau ko panjat gunung tu and turun kat sebelah sana maka ko dah sampai lah Sarawak"

And i hold to that answer for years okey. Sampailah Dhuri dah besar sikit dah belajar geografi barulah tahu tu adalah banjaran titiwangsa. lol



Bergambar kat depan theatre yang buat show tadi



Titi buluh nak ke rumah orang Bidayuh



Muka je senyum tapi gemuruh hokeh. Tengoklah berdiri pun senget



Mula-mula nak ikut jalan biasa je tapi husband ajak jugak naik titi buluh ni bawak anak-anak sekali. So Dhuri fikir why not kan..bila lagi nak merasa?? Tapi half way i menyesal okey sebab dia pimpin Bunga je senanglah. Dhuri kena bawak si Aqeel yang tak reti takut ni. Punyalah laju dia nak jalan. Sampai last2 Dhuri terpaksa dukung dia sebab ku serammm buluh tu licin



Dah sampai rumah Bidayuh!!



Macam ruang untuk istirehat gituuu



Atau boleh Dhuri katakan tempat dorang memasak sebab ada stok simpanan kayu kat tengah2 tu. 



At first confused jugak ni ke rumah orang Bidayuh sebab lepas keluar ni ada satu lagi rumah yang lebih besar. Rupanya ni adalah rumah orang bidayuh yang tinggal satu family atau dua family



Yang ni baru rumah panjang dorang. Besar mak datuk. Dah tu tinggi pulakk



Tengoklah tangga dia..berliku-liku



Basically apa yang ada kat dalam ni sama je cuma saiz dia lebih besar



Boleh bayangkan tak time nak masak duduk ramai-ramai kat sini panggang kambing golek? T__T



I pun nak pose jugakkkk. T__T



one more plishhh



Yang ni rasanya bilik untuk dorang tidur



Ada ruang tingkat atas jugak. 


Senapang gajah pun ado. Nak tembak binatang buas agaknyaa



Pahlawan Bidayuh. Tapi rambut sejemput tu spoil la bang....T__T



Ini pulak rasanya ruangan santai dorang petang-petang2. Walaupun kagum dengan pemandangan latar belakang gunung Santubong tu tapi Dhuri jugak kagum dengan keberanian dorang duduk bersidai kat tepi ni. Dah lah daripada buluh, tinggi pulak tu. Tak gayat ke???

Anyway sebab kedua yang Dhuri teringin nak pergi Sarawak sebab during my childhood dulu ada satu novel kanak-kanak ni yang sangat memberi inspirasi to me. Tajuk dia 'Taram'. Kalau google tak jumpa dah sebab novel picisan je tapi Masya Allah bring so much inspiration and value to me. sampaikan nak tidur malam pun Dhuri akan pastikan buku tu kat sebelah. Taram ni cerita budak lelaki yang hidup susah kat Sarawak. Ibu dia buta dan dia anak yatim. Tapi semangat dia untuk belajar sangatlah mengagumkan. And sebab background dia kat Sarawak so banyaklah keindahan budaya dan hutan-hutan di Sarawak yang penulis dia cerita yang buat Dhuri teringin sangattt nak jejak kaki kat Sarawak ni. Kiranya datang ke Sarawak ni ibarat menjejak cinta zaman kanak-kanak gituuw. Haha


I can't imagine la macam mana mak2 orang Sarawak yang duduk kat rumah panjang tinggi2 ni jaga anak dorang. Yang ada anak lelaki sorang ni pun rasa nak tercabut nyawa dah tengok dia memanjat and berdiri kat tepi dinding buluh tu. Risau tergelincir jatuh je



Anak dara yang ni behave sikit. Mendengar arahan. T__T



Kalau mau tangkap ikan...bubunya ada di belakang saya. kiki



Panas terik time ni. Eh apahal Dhuri rasa cerita kat kampung budaya ni panjang giler eh??? tengok gambar pun masih beribu lagi...

Kita sambung next entry la okey tak?? Haha




Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Monday 5 August 2019

Jalan-Jalan di Kuching Sarawak ~ Day 1 (Muslim Seafood @ Jambatan Gantung Satok)


Assalammualaikum w.b.t

Lepas je check in kitorang rehat2 sekejap sambil makan buah limau tak sedap yang kitorang beli kat Pasar Serikin tu. (Serius Dhuri cuma makan sebijik je) sambil tunggu waktu maghrib. Tapi takde lah exactly lepas maghrib kitorang keluar. Lambat jugak dalam pukul 8 lebih. Terlupa pulak waktu kat Sarawak ni cepat.

Kitorang sebenarnya tak tahu nak makan kat mana. Kalau ikut itenary nak makan kat uptown Satok tapi Dhuri masa tu dah kebuluran sangat so Dhuri cakap dengan husband kita makan tempat yang dekat jelah. Bila google maps keluar dua nama satok

Satu food court kat Jambatan Gantung Satok and satu lagi Just food court Satok je. Dhuri pilih food court kat jambatan gantung Satok sebab paling dekat tapi ironinya kitorang sesat okeh. Google maps bawak masuk taman perumahan and stop kat depan rumah orang. Dhuri dah give up dah rasa nak balik rumah makan megi je tapi husband tak panik. Dia try guna waze pulak and after satu round kitorang terus jumpa food court tu



Ni lah tempatnya!! Walaupun nama dia food court tapi dia bukan dalam bangunan. And disebabkan dah lapar sangat kitorang terus je masuk and duduk kat kedai first ni.



Food court ni betul2 bersebelahan dengan jambatan gantung Satok. And kalau nampak lampu2 kat hujung tu, tu ialah food court Satok. Kan ada 2 food court Dhuri cerita tadi




Menu dia semua sedap-sedap. Tapi since kitorang takut lambat and anak2 pun dah penat so Dhuri order 3 lauk je dengan 4 pinggan nasi



Ikan siakap masak 3 rasa. Husband teka harga ikan ni more than RM120 sebab ikan dia besarrrr tapi rupanya dalam RM32 je



Sayur midin goreng belacan. Sepinggan ni RM15. Sayur midin ni Dhuri memang dah lama nak makan sangatt sejak Dhuri mengandungkan Bunga lagi. Masa tu mengidam. Kitorang terpaksa cancel flight ke Sarawak sebab Dhuri morning sickness teruk. Mujur lah kawan-kawan yang pergi sana tolong belikan and masak untuk Dhuri tapi still rasa mengidam tu tak habis. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak makan hasil air tangan orang Sarawak



Chicken mushroom sup + egg, RM10. Yang ni orang kedai recommend suruh tambah. Sedap gilerr sup ni. Makan panas-panas memang terangkat. Kitorang order untuk Aqeel sebab dia kan tak boleh makan ikan tapi end up ibu dia yang perabiskan sampai menjilat mangkuk. T__T 



Total kitorang habis dalam RM 62 jerr. Tak tahulah murah ke mahal sebab takde ambik seafood lain kan. Tapi bagi Dhuri okey lah harga nya. Tu pun puas meratah ikan tu sebab besar



Meja kitorang tepi sungai Sarawak ni haa..

Lepas je makan terus balik homestay. Masing-masing dah kepenatan and esok nak kena bangun awal. Plan untuk esok ke Kampung Budaya Sarawak! Ada scene kelakar dan mencemaskan sampai Dhuri rasa jantung Dhuri dah gugur tau! Lutut longlai tak boleh bergerak and sampai harini Dhuri rahsiakan daripada husband tercinta.

Nak tahu apa tu??? Tunggu next entry.


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??







Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!