Tuesday 20 December 2022

Holiday Trip ke HatYai ~ Tips & Cost

 Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Sebelum cerita trip ke Hatyai ni basi,  betterlah Dhuri tulis dulu kat blog terchenta ni. Tunggu lama2 kang banyak pulak memori yang lost. Haha

So again, trip ni Dhuri plan dengan besties kesayanganku yang juga kaki jalan dan makan2 sama macam ai...lol

Sebenarnya since kitorang balik dari USS lagi dah plan nak ke Hatyai ni. Tapi biasalah bukan boleh terus pergi je. Kenalah mengumpul duit dulu..ahaks 

Dok tunggu duit cukup, covid pulak melanda. Maka terpostpone lah plan kitorang ni selama 2 tahun. Alhamdulillah awal bulan haritu dah boleh cross dah one of our bucket list. Trip ke hatyai ni memang tujuan utama kitorang adalah untuk makan2 je tau. Tapi nanti Dhuri akan share kenapa tujuan asal tu bukan lah utama sangat pun...hahahaa 


So jom sebelum i lost memory, Dhuri share dulu ringkasan itinerary dan cost kitorang sepanjang 3 hari kat sana. Bear in mind, ini adalah trip single ye. Jadi cost mostly adalah share 3 orang. 


1. Date

Sebelum apa2, kena lah fikir dan plan date dulu. Dhuri nak advise korang untuk cuba elak kan pergi hujung tahun. Sebab kita negara asia tenggara ni bila dah hujung2 tahun ni sokmo lah musim hujan. Banyak plan yang kena ubah nanti kalau hujan terlalu lebat. Macam kitorang mujur jugak sepanjang 3 hari tu hujan cuma gerimis kecuali time nak balik hujan lebat siap banjir lagi sampai jalan jadi jammed giler. T_____T

Tapi walaupun gerimis still tak best jugak lah bila nak jalan. Sebab baju dan kasut akan basah. Better pilih pertengahan tahun. Bulan 4 hingga 10 pada Dhuri adalah waktu yang okey. 


2. Passport

Ini lesen besar untuk korang  merentasi negara. Takde passport sayonara lah jawabnya. Since kitorang dah ada pasport, so jimatlah RM200 kat sini. Passport ni tak yah buat awal sangat pun takpe. 1-2 minggu nak pergi okey dah. Buat awal nanti cepat pulak expirednya. T______T


3. Hotel

Antara benda paling awal yang korang kena fikir dan booked pada Dhuri adalah hotel. Nak pilih hotel yang murah ke atau mahal.. Nak tengah2 bandar atau jauh sikit dari bandar..semua kena decide dulu. Sebab Hatyai ni famous. Rakyat Malaysia saja kalau weekend tu penuh satu keretapi ke Hatyai. Jadi kalau korang lambat booking, alamatnya gigit jari lah. Bilik semua penuh. 

Macam kitorang, lepas fikir dan ukur jarak guna google maps, lol

kitorang pilih untuk stay di V.L Hatyai Hotel. Betul2 di tengah bandar Hatyai. Cuma dia bukan di Lee Garden ye. Hotel kitorang ni berdepan dengan Kimyong market. Tapi kimyong market dengan Lee Garden tu walking distance je. So antara dua tempat ni mana-mana pun okey je. Bila pilih hotel kat Center ni korang boleh jimat duit grab atau tuktuk kalau nak pergi tempat yang kat center tu. And senang nak cari makanan halal jugak. Agak2 lapar tengah malam tu turun je lah bawah beli makanan. Hehe

Rate 1 malam di V.L Hatyai Hotel lebih kurang RM116. Untuk 2 hari, RM 232. Kitorang tambah satu katil jadi total untuk 3 hari 2 malam, RM347

Bilik luas, selesa, aircond pun kuat. Ada fridge tapi takde iron. Sila bawa iron sendiri atau beli je nanti iron compact yang sesuai untuk bawa travel kat kimyong market. Murah je dalam belas2 ringgit duit Malaysia kita. Owhh lagi satu bawa international plug juga k. Sebab plug kita dengan Thailand tak sama. 



4. Pengangkutan

Yang ni pun kena booking awal kalau korang ada plan nak guna ETS. Sebab tiket ETS ni laju sangat habis. Lagi2 yang timing cantik tu. Macam kitorang beli sebulan awal pun dapat seat paling hujung  sekali di coach paling last. Haha

Tiket balik terus tak dapat beli sebab tiket petang semua dah habis. Nak ambik pagi kitorang rasa macam rugi pulak sehari. So lastly kitorang decided untuk balik naik bas je. Ambik tiket petang 6.30pm. Lagi bagus pada Dhuri sebab time balik tu kita dah confirm akan bawa banyak barang. Nak turun naik ETS memang siksa..Sebab korang kena ambil van ke immigresen lepas tu turun and tukar van lain pulak. Dah sampai Padang Besar nak kena naik turun tangga lagi. Kalau korang sejenis kaki shopping tak hengat dunia macam Dhuri mau berterabur beg korang kat tangga Padang Besar tu nanti. Haha

Kitorang pilih bas dari Alisan Group. Tiket seorang cuma RM75 je. Bas besar, selesa dan ada selimut disediakan setiap sorang. Plug untuk charge phone pun ada. Dan bas akan pickup korang kat Hatyai lagi. Jadi hanya turun kat immigresen sahaja. And kalau korang lucky enough ambil bas malam macam kitorang, masa turun kat immigresen tu dorang hanya suruh bawa turun beg yang kita letak kat bawah je. Beg yang kita bawa naik ke atas tak payah. Memang seronok lah sebab kalau nak bawa turun semua beg mau putus jari ku sebab barang kitorang memang banyak gilerrr. lol



5. Cash

Untuk cash ni kan Dhuri advise korang untuk tukar lah seberapa maximum yang korang ada. Haha

Tak perlu letak separuh dalam debit card ke apa. Tukar je dalam bentuk cash and standby juga duit Malaysia beberapa ratus. In case duit tak cukup ke apa boleh tukar kat money changer sana. Rate tak banyak beza pun. Kitorang ni silap sebab ikut tips kat FB. Dhuri tukar RM 500 dapat  4000 baht dan simpan extra lagi 300 dalam bigpay dengan harapan bigpay tu boleh guna kat sana. Rupanya Hatyai belum maju sangat lagi. Banyak tempat kat sana still guna cash sahaja dan tak boleh guna kad. Kedai macam 7E dorang je yang boleh guna kad. So hari kedua lagi duit cash kitorang dah habis. Boleh bayang macam mana harunya kitorang kat sana?? Dah lah duit Malaysia pun bawak RM50 je. hahaha T______T

Korang boleh lah asingkan siap2 untuk makan, shopping dan grab kat sana. 

Untuk 3 hari Dhuri spent lebih kurang 2500 baht untuk makan.  3000 baht untuk shopping, dan 500 baht untuk grab. Ini lebih kurang lah ye. 



6. Itinerary

Plan siap2 tempat yang korang nak pergi. Walaupun orang kata alaaa hatyai sajo tapi hatyai pun banyak tempat best tau. Nak ikutkan 3 hari tu tak cukup tau. Belum tolak lagi masa yang terbuang sebab tunggu lama kat immigresen. And ada sesetengah tempat korang kena sampai awal pagi untuk elak kan perebutan kerusi....lol

Macam kitorang, Hatyai ni sebab misi untuk makan dan shopping saja maka takde lah kitorang pergi tempat2 tarikan tu. Jom Dhuri share itinerary kitorang 


               Day 1

- Perjalanan dari KL - Padang Besar (ETS) 

- Cop passport di Immigration Malaysia dan Thailand 

- Check in V.L Hatyai Hotel 

- Kaitod Meena, Kimyong Market. (Try lah pulut ayam famous kat sini)

- Khlonghae Floating Market (best untuk tengok culture dorang sambil ambil gambar dan record video banyak2. hehe)

- Khlonghae Seafood & BBQ (Paling berbaloi sebab bayar 299 baht je tapi puas makan segala jenis seafood)

- Body massage, Lee Garden Plaza. (Harga massage lebih kurang Malaysia. Standby lah 400-500 baht untuk full body)


               Day 2

- Dimsum Chabura (sila datang seawal 7 pagi kalau tak nak kena beratur lama)

- Hatyai Central Festival (ini tak payah pergi pun takpe. Macam ioi mall je kalau kat Malaysia ni. Better pergi greenway market ke lagi best pada Dhuri)

- Kaitod Decha (sotong telur masin dia sedap gilerrr. Kat sini korang kena standby cash banyak sikit sebab harga lebih kurang standard Malaysia)

- Kimyong market (kekacang kat sini murah. Selain kacang, buah, asam dan pakaian pun banyak jual)

- Asean Night Market (Lebih kurang padang besar kalau kat Malaysia. So sila sediakan duit cash yang banyakkkk. Haha

- Lee Garden Plaza (Plan asal kitorang lepas shopping di Asean Night Market kitorang nak dinner tomyam kelapa kat sini tapi disebabkan hujan maka plan itu terbantut. Sobs)


               Day 3

- Dimsum Chabura (Percayalah kalau korang pergi kat sini sekali je tak cukup. Kena pergi dua hari berturut. Haha. Pau salted egg dia sedapp gilerrrr. Must try hokeh. Tak tahu yang mana satu..? tanya je kat staff kedai tu. Kecek kelate dehh) lol

- Kimyong Market (shopping lagiii sebelum balik Malaysia)

- Hamid Restaurant (Pada Dhuri makanan dia biasa2 je. Tapi sebab halal dan located kat Lee Garden tu so makan je lah. Hiks)

- Packing (Sila praktis ilmu jurus yang kasi muat segala harta-harta shopping korang dalam satu beg. Haha)

- Checkout dan naik bas di Alisan Group, Hatyai 


Nampak macam trip santai-santai je kan. Tapi kitorang keluar subuh bukan balik senja lagi tau. Tapi balik tengah malam dah. T_____T 

Itupun still ada a few tempat jugak yang kitorang terlepas nak pergi sebab masa yang tak cukup. Macam Greenway Market and jalan2 cari dinner kat Lee Garden Plaza tu. Kawasan Lee Garden tu memang happening waktu malam and banyak street food halal yang sedap-sedap. Sayang nya tak dapat nak try. Maybe ni alasan untuk datang lagiii...???? T_______T

And nampak tak macam mana trip yang asalnya datang sebab utama nak makan-makan je tapi dah bertukar jadi kepada shopping sambil makan2?? haha

Anyway, nanti kalau rajin Dhuri akan tulis day per day entry. Tapi untuk korang yang nak pergi, just baca ni pun dah cukup untuk reference. Selamat Bercuti!!!!



Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!



Wednesday 19 October 2022

Banjir Besar 2022

Assalammualaikum w.b.t 


Haii korang!! Disebabkan harini free sikit jadi Dhuri nak throwback sikit antara insiden besar yang berlaku kat family kitorang pertengahan tahun haritu. Kali kedua dalam sejarah hidup Dhuri, Dhuri berhadapan dengan banjir. First time masa kecik dulu masa umur lebih kurang 7-8 tahun. Waktu tu kitorag memang ramai-ramai kat kampung. Tak ingat lah pulak balik sebab raya ke atau memang saja-saja balik waktu tu. Mak saudara, bapak saudara dengan sepupu semua ada. Hujan non stop dari petang and menjelang maghrib air naik. Dhuri ingat lagi bapak-bapak saudara waktu tu pindahkan barang-barang elektrik naik ke rumah atas. Kitorang yang kanak-kanak ni pun semua dah duduk kat atas. Rumah kampung dulu kan ada rumah bawah dengan rumah atas. Mujurlah banjir tu tak lama. Sebab malam tu hujan berhenti and esok tu air banjir pun dah surut. Takde lah sampai kena pindah. And sebab masa tu Dhuri budak lagi jadi rasa takut tu tak ada. Lebih kepada seronok je. Hehe 


And sejak kejadian banjir tu kerajaan bina longkang besar kat kampung kitorang. Sejak ada longkang tu memang dah tak pernah banjir lagi dah. Cuma tahun ni tak tahu lah, perubahan angin apa boleh banjir sekali lagi. Dhuri rasa sebab hujung tahun lepas banjir besar kat pahang dan selangor. Lebuh raya kat karak sampai terbelah dua. Ada yang kata sebab pembalakan haram. Apapun sebab nya, tapi kesan dari huru hara kat karak tu yang menyebabkan kampung kitorang banjir sekali lagi. Boleh nampak air turun laju dari jalan. 

So nak dijadikan cerita, kejadian ni berlaku lepas waktu tengah hari. Kebetulan Dhuri, adik lelaki bongsu dengan adik perempuan balik kampung waktu tu. And kitorang ni biasalah style jenis kuat bersembang. Lepas makan tengah hari tu sambung berborak kat dapur. Mula-mula dengar bunyi hujan macam perlahan je tapi tiba-tiba makin kuat. Yang kitorang ni bila hujan makin kuat lagi makin kuat pulak suara masing-masing. T______T

Sampailah Dhuri perasan air kat rumah arwah atuk which is sebelah rumah mak dah naik sikit. Dhuri pun bangun lah nak tengok. Sekaliiiii tudiaaaa punyalah laju air turun. Tengok pulak sebelah kat longkang besar tu air dah nak melepasi tebing dah. Laju tak usah cakap lah kan. Terus Dhuri bagitahu adik suruh kejutkan suami masing-masing. Yang adik ku ni boleh pulak dia pergi ajak mak sambung berborak kat depan siap ambik bantal lagi tu nak tido. Dia tak tahu ke air dah masuk dapur???? T_____T

Masa ni air paras-paras lagi tapi dah start nak sampai tebing sebelah tu


Yang Dhuri ni bila tengok air dah penuh kat ruang laman kitorang tu terus menjeritlah panik. Baru lah masing-masing kelam kabut bangun and tengok kat depan. Tapi masa tu teragak-agak lagi nak alihkan kereta sebab tak pernah banjir kan so macam was-was lah jugak betul ke akan banjir ni? Tapi Dhuri suruh jugak adik ipar alihkan kereta. Dia alihkan sikit je kat rumah jiran. Yang husband pulak lambat-lambat lagi. Sekali masa dia nak alihkan kereta tengok air dah paras lutut. Memang tawakal je lah time tu. Sempat Dhuri sumbat segala supplement dan skincare youth ku masuk kereta sebab risau rumah tenggelam. Haha


Adik ipar alihkan kereta masa air baru nak naik macam ni

Air dah makin naik dan tinggi

Lepas alihkan kereta memang terus bermula lah episod kitorang menahan air dari masuk ke dalam rumah. Kalau kat luar memang air dah sangat tinggi and laju. Mujur jugak ada longkang besar kat tepi tu jadi air laju pergi ke situ. Tapi memang semua benda yang ada kat laman rumah dikaut sekali la..Kitorang masa tu hanya mampu tengok je. Risaukan abah jugak sebab fikir kalau air masuk dalam rumah and kitorang kena pindah macam mana nak bawak dia. Sebab abah Dhuri kan terlantar. Tapi Alhamdullah lah berkat kerjasama husband dengan adik Dhuri air tak masuk sangat dalam rumah. Paras-paras buku lali je sikit. Cuma kat dapur adik lelaki ku tewas..air masuk sampai ke tengah dapur jugak. Haha

Mujurlah lepas buat benteng tu air memang tak masuk sangat ke dalam rumah walaupun kat beranda luar ni air tinggi jugak.


Segala peralatan digunakan ye. Adik ku siap sapu air dengan penyapu lidi lagi. Cannot brain betul. haha


Bila dah takde apa lagi boleh buat kita selfie jela..T_____T

Syukurnya sebab tak lama lepas tu hujan berhenti. Jadi air makin surut. By the time waktu maghrib macam tu memang air dah surut betul dah. Kitorang terus kemas kan dalam rumah. Yang ni memang extra penat gilaaaaa. Sebab kena cedok air keluar. Lepas tu bersihkan dengan air bersih. Mop lagi. Barang-barang yang basah semua bawak keluar. Ini baru banjir yang sipi-sipi. Kalau yang sampai tenggelamkan rumah sampai bumbung tu Dhuri tak tahu lah camne dorang kemas tu. Huhu


Anak-anak macam biasa lah happy. Hehe. Bila hujan dah berhenti tu time nak bersihkan beranda, Dhuri siram je dorang sekali mandi. Haha




And masa ni ramai jugak lah orang kampung yang datang untuk tengok. Sebab rumah kitorang yang affected kan. Rumah jiran-jiran tak sangat sebab tinggi sikit. 

Adik Dhuri yang lelaki datang dari Seremban sebab risau fikirkan rumah kitorang banjir tu. Masing-masing dok fikir abah je. Tapi Alhamdulillah lah banjir tak lama. Malam tu masak sardin lah kita. Lauk wajib musim banjir. lol


Esok tu disebabkan Dhuri kena balik KL awal pagi sebab ada class dengan Pursuericious jadi mak dengan adik2 je yang sambung mengemas. Memang penat lah adik Dhuri cakap sebab kena angkat dan basuh karpet berat-berat tu. Huhu. Thanks adikku...

And ni kitorang masa on the way balik KL boleh pulak tayar pecah. hehe. Berhenti lah kejap tepi. Sambil husband tukar tayar spare Dhuri snap je lah gambar sebab highway ni highway baru. New Zealand Malaysia orang panggil. Nama sebenar highway Temiang. Memang cantik. Saujana mata memandang. Lagi pulak awal pagi, penuh kabus. Sejuk dan segar je. Hehe




Itulah sikit sebanyak pengalaman Dhuri dengan banjir awal tahun haritu. Insya Allah bulan depan mak dengan abah pindah seremban. Lega sikit hati. Sebab once dah pernah banjir ni bila hujan je rasa risau. Ni hujung tahun ni diramalkan akan banjir besar lagi. mampu doa je lah semoga semua urusan nanti dipermudahkan dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Shaklee insya Allah akan sekali lagi turun memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir berupa bekalan vitamin untuk kuatkan immune badan melawan wabak dan penyakit yang biasanya banyak bila musim banjir ni. Eh actually kan sekarang pun kitorang dah start program tau. Beli kombo vitamin kanak-kanak shaklee akan terus dermakan kombo yang sama kepada anak-anak yatim. So siapa nak rebut peluang membuat amal kebajikan tu boleh grab promosi ni ye. 



Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Tuesday 27 September 2022

Review: Bayview Hotel Langkawi

  Assalammualaikum w.b.t

Haii korang!! Dua hari terakhir di Langkawi kitorang check out dari Hotel La Villa dan check in Bayview Hotel di Pekan Kuah pulak. Dhuri sebenarnya dah lama teringin nak check in Bayview ni sebab ni antara hotel yang kita akan wajib nampak kalau ke pekan Kuah. So selalu lah tengok dari jauh. Cuma nak stay tu tak berkesempatan sebab selalunya dah ada plan lain. Yang kali ni sebab trip ni pun memang untuk santai-santai so last day lah baru kitorang plan nak beli sikit coklat atau ada pinggan mangkuk yang berkenan ke untuk bawa balik KL. Bayview ni memang strategik sebab dia betul-betul kat pekan kuah dan sangat dekat dengan HIG. Jalan kaki pun boleh. But, being me..(princess lilin) of course lah pergi sana naik kereta. Haha



So dah alang-alang last day takde plan nak buat apa dah. So kitorang booked lah hotel Bayview ni. Bayview ni hotel 5 star. Tapi rate dia tak lah mahal sangat. Kitorang ambil superior room with twin beds, harga cuma rm99 je untuk 2D 1N. Sampai je depan hotel ada bellman yang akan bukakan pintu dan bawa luggage kita ke bilik. Hotel La Villa yang kitorang bayar hampir 2K tu pun kena bawa luggae sendiri k. lol


Disebabkan kitorang sampai tu dah petang sebab sebelum tu jalan-jalan dulu kat sekitar pantai cenang makan laksa dan beli souvenier sikit so masa sampai tu memang kelaparan lah. Kafe pulak dah tutup untuk lunch tapi dorang still ambil order. So kitorang tempah room service je. Order pineapple fried rice dengan ayam goreng. Ya Allah sedappp gila wehh. Chef hotel 5 star lah masak kannn. Dhuri rasa memang sangat berbaloi. Tak payah makan tempat lain dah. Kat hotel ni je pun memang dah sedap sangat. 




Bilik pun luas. Selesa. Superior room je pun tapi puas hati! Setiap bilik pulak memang ada bath tub. Lagi bergumbira lah anak-anak ku mandi. Haha

Cuma yang kurang nya adalah toiletries. Tak disediakan berus gigi ye disini. Hanya shampoo, shower dan conditioner sahaja. Ohh dengan shower cap. Mujur ada extra berus gigi dan ubat gigi yang kitorang angkut dari La Villa. So kitorag guna yang tu je. lol

Takde aktiviti sangat pun kat hotel ni. Malam tu keluar sekejap untuk cari luggage tambahan tapi sayang nya pekan Kuah waktu tu betul-betul suram. Luggage yang kitorang beli agak menyedihkan tapi dah takde option lain dah. Beza sangat dengan last time pergi dulu. macam2 jenis luggage ada. HIG pun suram lagi menyedihkan. Coklat tak banyak pilihan. Pinggan mangkuk semua lagi lah takde. Kitorang tak beli pape pun kat HIG. 


Esok tu disebabkan kitorang tak ambil breakfast so pagi tu memag bermalasan je lah. Pukul 12 tengah hari check out baru kitorang pergi ke kafe dia untuk lunch

And again, makan kat sini memang sangat-sangat sedap!!! Bila ingat balik kan Dhuri rasa rinduuu gila nak makan lagi pizza dia tu. Ya Allah sedapnya. Walaupun sebelum ni cakap tak nak dah pergi Langkawi sebab semua tempat dah pergi tapi now dah ada reason untuk datang lagi. Haha


Perut dah kenyang maka jom lah kita balik. Sebelum ke airport sempat lagi singgah beli coklat sikit. Kitorang macam tak nak beli banyak sangat sebab takut lebih muatan. Dah sampai airport baru perasan coklat daim kitorang 2-3 pack je. Apoooo
And kat airport Langkawi takde timbang luggage ye. So kalau terlebih tu takde hal pun sebenarnya. Ramai je yang bawak naik ke kabin. Padahal kan kitorang ni dah selalu pergi Langkawi, tapi part ni mesti lupa. Rugiiiiiiii. lol



Beg merah tu lah yang kitorang beli. Tak best pun sebab tak boleh tarik sisi tapi sebab dah takde choice lain.. Anyway, Bayview hotel is the best!!! Hopefully next time kitorang pergi lagi, Bayview still sediakan harga bilik yang murah macam ni dan makanan still sedap macam sebelum ni. Aaaaaaa dah start rinduuuuuu T________T




Goodbye Langkawi. Jumpa lagi next year. Hiksss


Till then bye ~~~


Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??

Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!




Monday 26 September 2022

Laksa Sedap di Langkawi

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang! Kembali bersiaran. Kalau ke Langkawi tak sah lah kalau tak pekena laksa kan. Tapi kat mana laksa yang sedapppp? 

Okey ikut pengalaman Dhuri, Laksa tersedap di Langkawi adalah laksa ikan sekoq yang boleh didapati di sekitar airport Langkawi. Memang banyak food truck kat situ. Mostly dengan menu yang lebih kurang sama. Laksa, air kelapa, abc, pasemboq, rojak...Kalau korang rajin boleh try setiap satu food truck untuk cari yang paling sedap. Dhuri personally takde yang favourite sebab semua pun sedapppp. Hehe

Makan-makan kat sini sambil menikmati angin laut dan turun naik kapal terbang memang best.

Trip kitorang ke Langkawi kali ni lebih santai jadi hampir setiap hari memang kitorang akan datang ke sini sama ada waktu lunch atau untuk minum petang


Cantiknya bila tengok lautan biru luas terbentang. Sometimes kan Dhuri rasa dorang yang buka gerai kat sini beruntung sebab boleh nikmati pemandangan indah macam ni setiap hari. Mesti seronok je kan..hidup sederhana tapi jiwa aman bahagia. 



Sementara tunggu makanan yang kami order sampai, anak-anak main di tepi pantai dulu. Seronok sangat dorang walaupun kat rumah dah puas mandi kat private pool tapi bila jumpa laut tetap excited juga. 





Laksa yang Dhuri makan first day ni sedap tapi kalau ikutkan Dhuri pernah makan yang lebih sedap lagi dari ni. Tak sure la maybe sebab takde ikan sekoq ke atau sebab kuah nya agak kurang pekat..


Tapi mee bandung dia sedap! Yang ni memang Dhuri suka dan puas hati. Cuma kalau kurang pedas lagi umphhh sebab ku ni tak tahan pedas sikit. T____T


Hari ketiga kitorang datang lagi. Kali ni order mihun sup, rojak dan macam air lai chi kang tu tak sure nama apa. Dari gerai lain-lain pula. 



Laksa kali ni sedap sikit dari semalam. But still Dhuri tak jumpa rasa yang sesedap Dhuri pernah makan dulu. Ohh btw, time kitorang pergi ni memang takde ikan sekoq tu. Dorang kata tak musim. So marilah berhuhu....


 Coconut manggo ni memang banyak kat situ. Kitorang beli juga untuk rasa. Sedap juga




Gelagat anak-anak di hari ketiga. Seronok betul lepak kat sini. Datang setiap hari pun Dhuri sanggup. Hehe

Ohh selain daripada laksa, ada satu kedai ikan bakar yang sedap kat Langkawi ni tau. Kitorang jumpa secara kebetulan sebab time tu agak kurang kedai makan beroperasi. Kedai pun tutup awal. Maybe sebab baru nak okey dari pkp, so lepas jalan-jalan kat Pekan Kuah nak on the way balik ke Cenang kitorang jumpa kedai ni. Husband berhenti kat sini sebab nampak tak ramai sangat orang. Kitorang memang dah lapar gila time tu sebab cari kedai makan tak jumpa. So bila tengok tak ramai kitorang agak mesti lah makanan nya cepat sampai kan...

 Rupanya bukan setakat servis je bagus tapi makanan dia pun memang sedap!! kedai ni bukak dari petang sampai awal pagi. Siap ada live band lagi tau kat sini. Malam pertama kitorang datang tu, dorang nyanyi lagu Alleycats, setahun sudah berlalu. Fuhh syahduuu. Terus lusanya tu datang lagi. Haha 




Kena datang sini k kalau korang ke Langkawi. Daging goreng kunyit dia wajib untuk korang cuba sebab lain dari yang lain. Dan Insya Allah tak mengecewakan. 

Till then bye ~~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!