Tuesday 14 June 2022

Seminar RYG Kuantan 2022

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Since harini free sikit maka saya nak sambung kisah tour kitorang. Kali ni geng pursuericious ke Kuantan pula 😘
Since RYG nak buat seminar di Kuantan, dan beberapa downline saya di Kuantan dan Terengganu pun nak datang, maka i decided untuk jom lah kita pergi sekali. hehe

Plan asalnya, kitorang yang dari KL ni akan konvoi naik 2 buah kereta. Saya akan drive dan bawa Tha serta Kak Anne. And mungkin Yus sebab masa ni Yus belum decide lagi nak pergi ke tak. And Erna pula akan drive dan bawa Tasya, Zirah serta Miya. Kak Su pun join sekali tapi dia akan pergi dengan husband dia. 

Tapi itulah, sebagai manusia memang kita hanya mampu merancang je. Ramai yang tak dapat ikut last minit gara2 covid dan close contact. Masa tu, tengah strict lagi. Close contact pun kena kuarantin. Tapi kitorang still bawa 2 kereta juga la dari KL. haha

Saya decided untuk bawa husband dan anak2 sekali. Habis seminar boleh jalan2 sekitar bandar Kuantan. Sebab saya pun tak pernah lagi sampai Kuantan. Erna pun bawa husband sekali dan zirah. 

My team yang datang ke Kuantan. Tq Korang!!

Ain dengan Syikin datang dari Terengganu. Saya masa mula dengar tu terkejut jugak sebab tak sangka dorang sangup datang dari jauh. Tapi lepas tu baru tahu Terengganu ke Kuantan lebih kurang KL - Kuantan je. Haha butttt still the efforts count. 

Khusyuk masing2 dengar perkongsian dan ilmu mahal dari master coordinator RYG

Esp + pisang + badam. Resipi esp yang ni memang terpaling favourite untuk saya. hehe

 Zirah menang lucky draw. Happy dia dapat tote bag cantik dan comel ni. 

I am a proud leader. Beruntung sangat dilorongkan Allah ke jalan ni dan bertemu dengan ramai orang baik-baik yang sentiasa positif dan semangat.


I really love bonding with them. And bila tengok gambar ni terus rasa rindu kat dorang. haha

Dengan masters RYG

Moment yang sangat berharga untuk zirah. Pastinya jadi kenangan yang terindah untuk dia

Masa ni kitorag tukar ke tempat duduk belakang lepas satu insiden dengan Zirah. Kitorang sama2 tenangkan dan temankan dia. Owhhh i just love my pursuericous sisters









Memang semua gambar cantik2. Tak tahu nak skip yang mana. Maka korang tengok je lah semua ye. T_____T

Dengan salah seorang bakal sv saya. Zirah ni LB1 Tha. Kebetulan masa tu tha tak dapat ikut sebab kena kuarantin jadi upline Zirah yang paling hampir adalah saya. Maka kita berkepit berdua sajalah. T___T

Credit to Erna yang tangkapkan semua gambar-gambar cantik saya

Seminar RYG di Kuantan ni adalah big success to me. Memang pembuka mata. Apa saja kejayaan yang kita nak semua nya kita boleh dapat. Kami semua kat sini lah buktinya untuk anda


Habis seminar di Kuatan Parade, kitorang sambung di rumah pula. Saya booked airbnb untuk satu malam. Kitorag semua stay kat sini. So malam tu memang sambung bersembang sampai lewat malam la

Sejujurnya trip ke Kuantan ni adalah satu pengalaman yang baru dan luar biasa untuk saya. Saya bukan orang yang suka bersosial sangat sebenarnya terutama dengan orang yang baru saya kenal. Tapi asbab bisness shaklee, saya keluar dari comfort zone dan mula travel untuk jumpa dengan dowlines. And surprisingly semua downlines saya sangatlah peramah dan mudah mesra. Jumpa sekali pun macam dah kenal bertahun.

I really feel appreciated. Thank you korang for make this happen. Next time kita plan airbnb gathering lagi k

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


Thursday 9 June 2022

Pursuericious Tour ~ Johor Bahru

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Alhamdulillah impian saya sekian lama untuk datang ke JB jumpa dengan downlines di sana akhirnya tercapai pada March haritu. Yeppp entry ni sudah lama peram. HAHAHAHA

Saya sebenarnya memang dah lama sangat plan dengan salah seoarang leader saya Thalitha untuk kitorang jalan2 ke JB. Maklumlah team Tha pun dah sangat ramai di sana. Downlines Tha dah tentulah downline saya juga kan. Hehe 

Bila Erna bagitau yang dia ada bakal sv di Johor, saya terus cadangkan kitorang segera ke sana. Jumpa depan-depan ni lebih seronok. Lebih santai dan insya Allah lebih mudah juga untuk downline faham. Saya juga dulu bermula dengan shaklee walaupun secara online tapi aktif juga menyertai program2 offline. Dan saya rasakan sebaik mana pun program online, tapi dari segi aura, kefahaman tetap tak kan dapat menandingi program secara offline.

 Sebab tu kami usahakan juga untuk pergi jumpa dengan downline. Ibaratnya kita buka sebuah kedai dan tambah pula branch di negeri lain. Dah tentu kita kena pergi juga melawat branch kita tu sesekali kan. And to me, trip luar dari KL ni memang sangat seronok. Business trip sambil enjoy jalan-jalan, makan2. Hehe

And so, Alhamdulillah selepas 2 minggu merancang kami akhirnya sampai di kota Johor Bahru


Kami tempah meja di Orked Coffee, yang juga merupakan cafe salah seorang downline dan sahabat saya Ana. Kami pilih orked coffee ni selain sebab ianya adalah cafe Ana, juga disebabkan lokasi yang sesuai dan suasana cafe yang selesa untuk kami habiskan seberapa lama pun masa di sana.


Decoration adalah ilham dari kami. Especially Tha la yang rajin dan kreatif bab2 macam ni. Bila dah jumpa yang sesuai dengan tema warna yang kami nak, saya forward sahaja gambar dan staf2 cafe yang uruskan. Alhamdulillah memang kami sangat2 puas hati


Inilah pertama kali saya jumpa dengan Umi berhadapan. Sebelum ni hanya di wassap dan zoom online sahaja. Saya terangkan tentang basic perniagaan shaklee dan cara untuk rank up ke rank supervisor. Manakala Erna pula terus bawa Umi ke branch Shaklee JB untuk belajar membeli barang di branch dan buat video serta reels. Dunia marketing sekarang memang tengah in dengan video dan reels. Jadi kalau nak result cepat memang kena ikut trend. T______T


Alhamdulillah sahabat dan juga downline tersayang Pau juga datang untuk belajar bersama-sama. Pau ni adalah kawan saya dari Uitm Segamat lagi. Sama-sama sambung belajar di UiTM Shah Alam. Jadi dia bukan sahaja business partner, tapi more than that. Tq Pau for the loyalty. Setia dengan aku sama2 bangunkan bisness shaklee kita 😘


Antara makanan yang kami order. Masya Allah carbonara grilled chicken dan kek pelangi tu memang sedap sangat! Tengok semula gambar ni pun terliur dah. Banyak lagi sebenarnya yang kami order tapi biasalah....lupa nak ambik gambar. lol



Kek hari jadi untuk saya hadiah dari Kak Su. Kak Su juga adalah downline saya. Sayang nya trip ke JB ni kak su tak dapat ikut serta jadi senyap2 kak su belanja kek birthday. Suwet sangat. Tq so much kak su!!

My Self.

 Tema pink ni adalah request dari saya sendiri sebab dengan RYG memang jarang-jarang kami dapat pakai warna pink. Master kami peminat warna hitam dan gold. T______T

Cenderahati untuk semua downlines kami yang datang. Doorgift ni Tha yang cari dan sediakan. Tq so much Tha sebab sangat banyak menyumbang idea dan tenaga untuk tour di JB ni


Love them so much! Nak tua sama2. Hidup mewah dan senang sama2 asbab dari bonus shaklee. T______T

Sementara Erna, Rin dan Umi ke branch JB, saya, Tha dan Pau sambung berbual dan berkongsi macam2 kisah. Bukan la semuanya sembang bisness saja. Dah tentunya kami ni berkawan dah lama kan, jadi banyak juga lah update hidup masing2. Tapi dah tentu sebagai sahabat dan juga leader mereka, apapun kisah yang diluahkan saya tetap kena berikan semangat, sokongan dan inspirasi untuk mereka. Walau apa jua pun ujian dan cabaran yang dihadapi dalam hidup ni, sudah pasti semuanya ada hikmah dan untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih sabar. Insya Allah


Inilah branch Shaklee di JB. Lokasinya di Taman Molek. Sesiapa yang berdekatan dengan Taman Molek dan nak membeli supplement Shaklee boleh lah terus saja ke sana. Boleh submit order menggunakan ID saya 1235793, dan kemudian contact saya untuk panduan pengambilan. 

Pertemuan kami berakhir sebelum maghrib dan tibalah masanya untuk merehatkan diri pula selepas perjalanan yang panjang dari seawal pagi.  Kami ke hotel yang saya tempah beberapa hari sebelum tu. Betul2 di tengah bandar JB 

New York Hotel! Saya booking through booking.com saja. RM 189 untuk satu malam. Memang sangat selesa lah untuk saya, Tha, Erna dan juga Rin. Umi pun join lepak sekejap sementara tunggu kakak dia jemput.
 

And kalau ikutkan malam tu kitorang memang dah penat dah sebab gerak dari awal pagi kan...tapi haruslah peluang sesekali 'single' macam ni tak dilepaskan. haha. Saya dengan Tha dinner di restaurant depan hotel kami. Erna dengan Rin pula makan sup tulang merah di restaurant lain. Kitorang tak join sebab Erna kata orang terlalu ramai. Diorang dah stuck kat situ sebab kena juga tunggu order sampai.


Saya order sup ekor while Tha order sup daging. Sedap tapi pedas. lol


Breakfast di hotel ni so-so je. Tak banyak sangat pilihan. Cuma yang bestnya kami enjoy habiskan masa sama2. And sewaktu breakfast ni juga Erna cerita kan sesuatu yang agak mengejutkan pada saya. Yang buat saya still tak percaya sehingga ke hari ini. Bukan tak percaya dengan apa yang diceritakan cuma tak percaya ianya berlaku pada downline saya sendiri. Apapun, biarlah saya rahsiakan dan doa saya semoga kisah yang diceritakan itu berakhir dengan kesudahan yang baik. 


Balik dari breakfast kami terus bersiap-siap untuk check out dan ke lokasi kedua pula. 

Saya dah lupa nama cafe ni apa. Tapi lokasi di gelang patah. Masya Allah memang sedap sangat2. Jom close up

Pancake pisang ni memang super sedap. Coklat dia memang melimpah ruah. Kalau sejenis peminat coklat, memang satu kepuasan dapat makan ni.


Saya refill air tembikai soda ni dua kali. Sedap sangat. haha


Okey, ni lah tujuan nya kenapa kami ke Gelang patah pula. Sebab nya nak jumpa dengan Tasya. Tasya ni adalah downline Tha dan bakal sv kami yang sangat2 berpotensi. Sebab tu kedatangan ke JB ni memang tak sah lah kalau tak jumpa dengan Tasya. 

Masa ni Erna dengan Rin terpaksa balik KL serta merta sebab ada urusan yang tak dapat dielak kan. Jadi tinggal saya dengan Tha saja lah. Sahabat saya Ana datang kemudian tapi sayang nya gambar dengan Ana haritu takde pula. Selesai pertemuan dengan Tasya, Ana bawa saya dan Tha ke rumah mak dia di Batu Pahat untuk rehat2 sekejap sementara tunggu Usamah, husband Tha datang jemput kami. 

Overall, saya memang sangat gembira dan berpuas hati dengan perjalanan yang diatur sepanjang di JB ni. Alhamdulillah segala ilmu, tips dan nasihat tekah pun disampaikan dengan baik. terpulang lah pada mereka untuk amal dan buat sehabis baik pula untuk kehidupan mereka. Sebagai leader mereka, saya sentiasa ada untuk memberi bimbingan dan doa, sesungguhnya tiada lain yang saya harapkan melainkan bisness ni membawa banyak kebaikan dan dapat membantu kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik. 

Terima kasih pada sahabat dan juga bisness partner saya yang terpaling setia sebab sama2 uruskan kelancaran perjalanan ke JB ni. Lepas ni boleh plan untuk tour lagi. Business trip plus jalan2 cari makan. I know this is one of therapy for you. Hihi

Till we meet again JB !!

bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!





























































































Thursday 2 June 2022

RYG Turns 6

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Entry ni dah lama peram. Haha. So untuk pengetahuan korang tahun ni adalah tahun ke-6 RYG ditubuhkan. Bermakna dah 5 tahun juga saya setia bersama RYG. Selalunya setiap kali sambutan anniversary RYG ni saya tak dapat datang sebab ada saja urusan lain yang menghalang. Tapi tahun ni Alhamdulillah dapat juga meraikan bersama sama dengan RYGian yang lain. Event diadakan di Everly Hotel, Putrajaya. Okey jom tengok gambar

Happy anniversary RYG

Dengan downline dan juga leader tersayang, Erna Aqilah


Sudah pasti lah tak sah kalau tak bergambar dengan upline kesayangan, Master Hasifah. Masih segar dalam ingatan saat2 pertama kali saya hubungi Master Hasifah 5 tahun dulu untuk mulakan perniagaan dalam bisness shaklee. Dan sejak itu juga Master hasifah telah tanpa jemu mendidik saya dari seorang sid sehingga mencapai rank coordinator shaklee pada hari ini


Saya juga adalah penerima CAR BONUS ACHIEVER Shaklee






More pictures of me 


If you wanna be a best, be among the best!



Bersama dengan leader2 RYG yang lain yang duduk satu meja dengan saya. 






Bergambar bersama dengan master-master RYG pula. Sambil bergambar sambil minta doa dari mereka untuk doakan saya pula menjadi next master coordinator


Bersama Kak Sya yang tak pernah lokek memberi tips. Walaupun kami ni buat bisness yang sama tapi masing2 tak pernah kedekut ilmu, tips dan pengalaman. Ukhwah kami dalam RYG ni sangat kuat terutama orang2 lama dalam RYG macam saya dan kak sya ni. hehe






Antara gambar makanan yang sempat saya snap. Banyak sangat makanan yang dihidangkan haritu sampai kekenyangan makan. 



Owh btw, outfit saya haritu saya beli onlein saja di Shein. Scarf dari Ariani manakala kasut pula last minit shopping di Ioi Mall, Putrajaya. 




Gambar-gambar saya kebanyakan nya memakai mask kerana SOP pada waktu itu masih ketat. Ini gambar yang suami ambil sebelum kami gerak ke Putrajaya.


Event berakhir pada pukul 4.30 petang. Saya dan erna pula selesai bergambar lebih kurang pukul 5.30 petang dan dijemput suami masing2. Hehe. Rumah saya dan Putrajaya tak jauh sangat jadi boleh lah suami hantar dan jemput. T_____T

Jadi, once again....Happy Anniversary RYG yang ke 6 tahun. 

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!