Thursday 21 March 2019

Tempat Menarik di Melaka (Trip Day 2~~)

Assalammualaikum w.b.t


Lama giler nak continue trip Melaka day 2 ni. Haha. Sorry lah lately Dhuri busy sikit. Kat ofis sekarang ni ramai pulak yang resign so kena take over kerja orang, dengan projek baru, etc, etc.....
Tapi seronok jugak buat projek dengan vendor yang baru ni sebab dorang ajar balik basic programming yang dah 7 tahun Dhuri tinggalkan. Plus dorang pun sangat helpful dan cakap baik2 je bila mengajar. Sepanjang Dhuri kerja kat UTAR ni memang ramai sangat jumpa orang baik2 yang ikhlas dalam mengajar. Tu jugak lah yang buat Dhuri susah nak tinggalkan tempat ni. Walaupun mungkin tempat lain offer gaji lebih tinggi tapi environment macam kat Utar ni susah nak dapat kat tempat lain. Kawan2 yang sehati sejiwa pun ramai.

Okeylah back to the topik. Since trip ni trip dengan family in laws and adik ipar Dhuri dah arrange tempat2 yang kitorang nak pergi, so Dhuri dengan husband just follow jelah. Nak baca trip kitorang day 1 boleh click link kat atas k

Pagi hari kedua tu aktiviti pertama adalah turun breakfast. Since kitorang dapat 5 free breakfast so Dhuri turun dengan adik2 ipar dan mak mertua. Husband dengan suami adik ipar dorang breakfast kat luar


Banyak jugak pilihan makanan untuk breakfast kat hotel The Wave Melaka ni. Tapi sebab Dhuri dah jarang makan berat time breakfast so just ambik roti jala dengan ayam goreng je. Untuk anak2 coco crunch dengan honey star

Lepas dah settel breakfast bawak anak2 turun mandi kolam pulak. Tapi sejuk giler wehhh air kolam dia. Maybe sebab kat tingkat 4 and sebelah laut pulak. So angin dia sangat kuat. Duduk kat tepi pun dah terbang2 dah tudung


Insha Allah rumah kitorang kat Cyberjaya nanti pun style macam ni jugak. Kolam renang and gym kat tingkat 4. Tu pun tak tau lah mampu ke tidak nak turun mandi tu. Maybe kena turun tengah hari kot baru tak sejuk. Hehe

Dah siap bermandi manda, kitorang naik atas, packing and check out. Nak gerak ke Banda Hilir pulak. Tapi sebelum tu
.
.
.

Singgah pekena asam pedas pokok besar yang famous kat Jalan Laksamana dulu


Makan dengan nasi panas, ulam, sambal, dan telur masin memang terangkat wehhh. sampai habis kuah dia Dhuri hirup

So korang kalau pergi Melaka boleh lah singgah kat Restoran asam pedas pokok besar ni k. Dia tepi jalan je. senang nak cari cuma parking kalau korang datang ngam2 lunch hour tu jenuh jugak lah nak pusing. Kitorang naseb baik datang awal so dapat park tak jauh dari depan kedai

Disebabkan dah masuk waktu zuhur so lokasi kedua kitorang adalah Masjid Selat Melaka. Masjid ni unik sebab terletak betul2 tepi laut. Tenang dan damai sangat. Angin laut pun kuat


 Masjid ni jugak dibuka untuk pelancong masuk dan meneroka kawasan masjid


Ini kat belakang kat area tempat solat wanita. Betul2 tepi laut


Awat tembam sangat muka time ni. Hehe

Kitorang kat Masjid Selat ni lebih kurang sejam lebih jugak. Lepas je solat and bergambar sekejap terus ke Banda Hilir pulak


Kali kedua dah naik kapal besar ni. Tapi kali pertama untuk anak2. Kakak sangat excited bila masuk dalam tu


Merajuk pulak ibu suruh posing. Haha


Ayah kata bila merajuk muka sebiji macam ibu. :p


Kat bahagian dalam kapal. 

Panglima Awang Hitam ni kan kalau korang nak tahu adalah antara krew kapal yang pertama mengelilingi dunia dan dia berbangsa melayu. Tapi sayang nya Dhuri tak pernah jumpa nama Panglima Awang Hitam dalam buku sejarah. Cuma bila pergi Melaka ni yang baru kenal dan tahu pasal Panglima Awang Hitam ni. Tak tahulah sebab apa. Mungkin sebab asal usul dia yang tak jelas atau mungkin sebab agama nya yang buat nama dia tak dicatit dalam buku sejarah sekolah

Apapun, bangsa melayu kita satu ketika dulu memang diakui antara bangsa terkuat dan terkaya di dunia. Kita ada pendekar yang nama nya gah seantero dunia. Kita ada kerajaan yang emas nya berkepuk kepuk tak terhitung. Sayang nya akibat dengki, pergaduhan saudara,dan sikap tamak kita akhirnya dijajah dan hilang semua kekayaan2 yang pernah kita miliki. Betapa buruk nya penjajah buruk lagi manusia yang berhati busuk yang sanggup menggadai negara demi kepuasan peribadi.


Bilik kapten


Tourist sangat kakak siap dengan teropong dia bagai. Haha


Simpan gambar budak kuat nangis ni kat sini. :p

Yang masuk kapal ni Dhuri, husband, anak2 dengan family adik ipar je. Mak mertua dengan adik2 ipar lelaki tak masuk. Dorang pergi shopping kat bazar berdepan dengan Kapal besar ni. Memang murah souvenier kat sana. Kalau korang nak cari tshirt i love Melaka, keychain, fridge magnet, keropok2 Dhuri cadang beli lah kat sini sebab harga dia murah dan boleh tawar menawar

And sebelum masing2 balik, kitorang pekena dulu dessert kat Big Bowl Ice Melaka


My choice!


Husband's choice

Puas hati wehh!! sedap giler and cukup rasa. Datang Melaka jangan lupa singgah k. Dhuri teringin nak cuba yang Manggo pulak if datang lagi next time. Haha

So habislah trip kat Melaka. Next trip ke USS dan Singapore pulak. Yang ni Dhuri punya single trip dengan kawan2 ofis. Nanti Dhuri update k


Previous post : 



Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??



Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!

Tuesday 12 March 2019

Tempat Menarik di Melaka (Trip Day 1~~)

Assalammualaikum w.b.t


Trip Melaka ni pergi bulan 1 haritu tapi biasalah i kan busyyyyy so ni lah baru menyempat nak tulis. Haha tipu jerrr yang sebenornya sebab nak tulis entry pergi USS Singapore haritu so kena cepat2 la langsaikan hutang entry Melaka ni sebab kena tulis ikut turutan. So walaupun malas ku paksa kan jugak jejari runcing ni menari atas keyboard. Hehe

Trip Melaka ni lebih kepada family day dengan family mak mertua. Melaka ni pun pilihan mak mertua. Asalnya nak pergi PD tapi mak mertua kata dia dah bosan pergi PD, nak try Melaka pulak. Hehe

And memang kena sangat lah dengan kitorang sebab dah lama jugak nak pergi Melaka tapi malas nak arrange. Kira nak pi terjah je bila ada masa tapi sampai ke sudah takde masa. Haha
So thanks to my sister in law sebab dia booking kan hotel and buat itenary semua lengkap. Tinggal nak start enjin and jalannnn je


Style apa mak dengan anak bergambar ni. Hehe. Cuaca panas terik ni jangan lupa pakai sunblock bila keluar rumah k. Sunblock boleh halang kulit dari berjeragat dan cepat berkedut. Tak cun lah kalau kulit dah start berjeragat kan..

First stop kitorang adalah Pantai Klebang. Datang kat sini sebab nak lunch tepi pantai sambil menikmati the famous coconut shake Klebang (sorry takde gambar. Sedap sangat sampai lupa nak snap)


Husband kata tempat yang Dhuri berdiri ni dulu adalah laut tapi sekarang kerajaan negeri dah tambak jadi lautnya dah jauh ke tengah. Kawasan ni tak sesuai untuk mandi manda tapi Dhuri perasan ada je budak2 kecik yang main air kat tepi2 tu. Tapi mesti dengan pengawasan ibu bapa k sebab pantai yang ditambak ni dasar dia dah tak rata


Husband pun nak layan perasaan jugak. Hehe

Memang seronok berpiknik kat sini sebab angin nya kuat dan banyak pokok2 yang boleh buat tempat berteduh. Kalau nak beli Coconut Shake boleh pergi kat dataran hujung tu. Ada karnival dan banyak gerai2. Pilih je nak beli kat mana. Harga pun okeylah, boleh tahan.


My baby...Seronok dia sebab dapat jumpa nenek dengan pak ude dia. Terus lupa kat ibu dengan ayah. Naik kereta pun tak nak naik dengan ibu. Nak nak naik dengan nenek. Terpaksala ibu dengan ayah dia berlagak macam orang honeymuun sekejap. Hehe


Tak jauh dari Pantai Klebang tu ada Muzium Kapal Selam. Kitorang sempat datang sini sekejap and ternyata memang berbaloi


Kapal selam ni jenis Scorpene. Terlupa pulak panjang dia berapa kaki tapi memang besar dan panjang lah. 


Pintu masuk dia. First time ni Dhuri masuk kapal selam. Selalu tengok kat movie je


Tempat controller dia kot. 


Terperanjat titew sebab tiba2 je nampak orang. Rupanya patung. I wonder macam mana lah krew kapal boleh ingat semua plug, suis, and button tu untuk apa. Kalau Dhuri lah memang dah mengagau dah. Kalau emergency confirm terlupa semua.


Laluan kat dalam kapal selam ni. Sempit je. Muat untuk sorang je jalan. 


Kat tempat peluru berpandu. Yang sebelah kiri dalam gambar tu tempat letak pelancar meriam dia. And kalau perasan kat bahagian atas tu ada tilam untuk tempat tidur. Memang muat-muat untuk sorang je dengan saiz sederhana. Ngeri pulak bila terbayang kalau Dhuri kena tidur kat katil dengan ruang tertutup macam tu. Salute lah dengan para tentera kita yang rela berjuang dan mengorbankan keselesaan demi untuk mempertahan kan negara. Tabik!!


 My family in laws. Tengok lah Aqeel dengan kakak Bunga tu melekap je dengan nenek and pak ude dorang


Sudahnya ibu jelah yang bergambar sorang-sorang. hehe

Habis jelajah kapal selam ni kitorang terus check in hotel. Tapi sebelum tu Dhuri dengan husband sempat round kat Bandar Melaka dulu cari t-shirt nak pakai untuk malam nanti. Hehe


Ni hotel kitorang. Hotel The Wave Melaka. Adik ipar booking through agent rasanya. RM 300 satu malam


Paling best kolam renang dia lah. Tapi kitorang semua tak tahan mandi lama sebab sebelah dengan laut jadi angin sangat kuat. Baru turun sekejap dah menggigil masing-masing. Hehe

Dhuri terlupa nak snap gambar kat dalam. Tapi dia style apartment. Ada 3 bilik and dapur lengkap semua. Ada tivi, peti ais, bilik air pun cantik. Memang selesa. And kitorang dapat free breakfast untuk 5 orang


Malam nya kitorang spend untuk naik Melaka River Cruise pulak


Tengah tunggu turn nak naik cruise


Tengok lah Aqeel tu. Dengan ayah pun tak nak. Nak berdukung dengan Pak Ude dia je. Situasi yang jarang2 terjadi ni. Hehe 

Tapi sebenarnya tak hairan pun sebab husband dengan adik2 dia memang jenis suka dan pandai melayan budak2. Dhuri sendiri pun dari anak first memang mostly husband yang uruskan semua. Kerja Dhuri bagi susu je. Yang lain2 tu bukan Dhuri tak nak buat k tapi dah dia yang nak buat....Orang nak buat kita okeykan jelah. Haha


Pemandangan sekitar bandar Melaka. Cantik diterangi lampu-lampu


Kalau korang nak naik river cruise ni boleh park kereta kat Kampung Moten and beli tiket kat sana. Kitorang naik dalam pukul 9.30 malam and habis pusing dalam 45 minit. Lepas tu terus balik hotel. Masing2 dah kepenatan dah. Sambung trip Day 2 esok pulak.

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Fb Page: Akma Pursuericious
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!