Wednesday 13 April 2022

Birthday Aqeel ke-6 Tahun


Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Nak cerita sikit sambutan birthday anak bongsu kitorang Muhamad Zuhayr Aqeel yang ke 6 tahun pada 7 April 2022 baru-baru ni. Since tarikh ni jatuh pada bulan puasa maka celebration dibuat selepas berbuka. Simple2 saja. Yang penting semua happy

Jom tengok gambar
 
My handsome boy finally turn 6 years old

Cepatnya masa berlalu. Dah 6 tahun awak lahir ke dunia ni. Tapi ibu dengan ayah rasa macam baru semalam je. Naseb lah jadi anak bongsu kan..pagi2 dia lah kena gomol sebab ibu dengan ayah dia perasan dia baby lagi. T______T

Happy Birthday Aqeel 

Senyum manis seperti biasa. Tak berubah dari dia baby lagi
 
Dengan kakak Bunga kesayangan

Haha 2,2 dengan muka lentok sepesen. Masa lepas potong kek tu Aqeel siap cium tangan kakak dia lagi. Tapi sebab video jadi Dhuri malas nak upload kat sini. Semoga terus berkasih sayang sehingga ke Syurga-Nya

Kek Secret Recipe ni ayah dia yang belikan. Dhuri terkejut jugak sbb kitorang ni bukan makan sangat kek. Ingatkan dia beli 2-3 slices je. Tapi tu lah husband ku...kalau bab makan memang pemurah. hehe 

Dhuri masak kan ayam goreng faourite Aqeel dan lala masak sambal je. Sehari sebelum tu kitorang dah beli KFC. So untuk hari special ni saja je lah nak masak. Ada satu lagi lauk tapi lupa masak apa. Haha


Lepas celebration semua dah keletihan. Kakak bunga tertidur sambil siapkan homework

Yang ni kemain lagi tertidur atas sofa dengan bontot muncung nya. Haha

Tak tahu la perangai sape dia ikut ni..Umur 6 tahun makin bayak keletah. T_____T

Bergembiralah menikmati usia kanak-kanakmu wahai anak ku 

Selamat Hari lahir sekali lagi dari ibu. Segala doa yang baik2 semua untuk adik. Semoga membesar menjadi anak soleh, kebanggaan ibu ayah. Baik budi dan perilaku serta berjaya dunia akhirat. Semoga menjadi Master coordinator shaklee, usahawan yang jutawan dan dermawan. Aminn 💗


Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!


 

Tuesday 12 April 2022

Muzium 3D Art Langkawi

 Assalammualaikum w.b.t


Haii korang!! Nak sambung entry percutian kitorang kat Langkawi haritu. Sebenarnya tak banyak sangat tempat yang kitorang pergi sebab dah banyak kali datang langkawi. So untuk trip kali ni memang purpose untuk lepak kat hotel je sambil shopping coklat sikit2. Tapi kebetulan kitorang tak pernah lagi naik cable car so sampai2 je kat Langkawi tu husband ajak naik cable car

entry cable car kat sini

And since tiket cable car ni termasuk sekali untuk muzium 3D maka kitorang teruslah ke muzium ni 

Ohhh btw sebelum tu. Harga tiket adalah RM 42 untuk dewasa, RM 30 untuk kanak2. Harga ni termasuk untuk cable car, skyDom, skyrex, dan 3D Art Langkawi. Kitorang beli online je kat klook. Senang dan mudah sebab tak perlu beratur. Sampai je kat sana terus pergi kaunter 6 (iaitu kaunter yang dikhaskan untuk pembelian tiket secara online). Tunjuk resit pembelian kat phone and settle!

Masa mula2 sampai anak2 belum reti lagi bergambar. T_____T 
Dorang teruja sebab tengok dinding cantik dipenuhi dengan lukisan. And sejujurnya Dhuri pun terpegun sekejap sebab warna warni lukisan 3D tu memang menaik kan mood

Ni bila dah pandai. Kitorang cuba beri arahan untuk kakak bunga jadi duyung dalam gambar. Tak tahu lah jadi ke idok. Korang rasa??? haha

Ni ala-ala tengah kutip batu permata. Masa ni dah pandai sikit nak pose

Pengembaraan diteruskan lagi

Adik dia memang over. T______T

Kali ni adik pula nak try...Actually kan ni lah satu2 nya gambar Aqeel sorang2. Selain dari tu memang dia susah nak dikesan sebab asik berlari ke sana ke sini.

Dah macam poster filem. T____T

Dalam mulut ular pulak. Cantik betul lukisan kat sini. Berbakat sungguh

Mahapkan lah diriku yang tak reti berpose inniiiii. T_____T

Ini drama batu belah batu bertangkup versi baru. Versi ibu merajuk bawa diri masuk mulut ular. Haha

Bapak dorang selepas dipujuk bergambar. Haha

Sempat tengok camera tu. Tadi suruh ambik gambar kemainn dia tak nak. Tak reti la.....

Ek eh lepas tu tetiba jadi over pulakkkkk......yg badak sumbu ni pun dia ingat comel pakai spender camtu. haha

Tinggal kepala je...tacodddd

Keoveran diteruskan lagi. Siap terbaring lagi tu haa....

Anak-anak dah nampak bapak dia baring apalagi......serang!!!!!

Tapi lantai dia memang sejuk. Sebab simen je kan. Syok bila baring. hehe

Ntah lerrr apa motip dorang ni.. T_____T

Tengok mak dia...sopan ayu je bergambar. T_______T


Ek eh senget sangat ni....haha. 

Gambar2 kat snow man ni kakak bunga yang tolong ambilkan. Tu yang mata terlelap, gambar senget2. Bapak dia dah hilang naik ke atas untuk show 3D pulak. Ye kat muzium ni ada tayangan show 3D tau. So korang pandai2 lah pilih timing. For me, memang berbaloi!

Kakak bunga kena pakai mafela ni baru sesuai dengan tema. T_____T

Nice one...

Sambung jalan-jalan dan bergambar lagi. So beautiful

Kita menyeberangi jambatan pula...

Drama lagi....



Dengan bapak dia pun nak berdrama jugakkkk

Comel sangat gambar ni!!!

Anakku dijadikan eksperimen....lol


Okey jom menyeberangi jambatan lagi...

Hati-hati pak meon....lol

Yang dia ni ku tak faham apa motip nak melambai je....






Korang dah faham ke belum camne dorang lukis gambar 3D ni? hihi

macam-macam pose kakak bunga bagi....

Jambatan ni selalu muncul dalam drama klasik cina kan....? Eh ke sebab tempat ni femes kat Jepun? haha

Gambar Aqeel camni lah. Kalau tak jauh, gambar bontot dia bagi.....lol

Ni tempat ala-ala glow in the dark

Sangat cantik!!



Okey dah penat kan....

Jomlerr balik...


Finally!!! we come to the end jugak. Sepanjang Dhuri tulis blog ni lah entry terpaling panjang sebab banyak sangat gambar. Semua cantik2 dan rasa sayang kalau tak upload semua. So Dhuri upload je lah walaupun sampai kehabisan idea nak tulis caption apa. lol

Bukan apa, untuk kenangan anak2 di masa depan nanti. Nanti dorang dah besar boleh lah dorang tengok gambar2 ni semula dan throwback kenangan manis holiday dengan ibu ayah. Insya Allah. T____T

Untuk entry lain2 di Langkawi...tunggguuuuu

Till then bye ~~

Macam biasa kalau korang nak order supplement Shaklee boleh contact Dhuri seperti kat bawah

Nur Akma Binti Mohd Yusof
Sms / Whatsapp: +6013-2331510
Personal Fb : Nur Akma Yusof
Instagram : akma.pursuericious 


Atau nak lebih pantas??


Click je link ni untuk beli secara online. Happy shopping guys!